32_Siapa kau?

Romance Series 212605

Kerana shock, Hisyam seperti kehilangan kesedarannya seketika. Tidak sedar Nazirah yang melewati dirinya begitu sahaja. Menatap satu arah dimana ada darah segar yang menitik ke lantai marmar
dibilik air.

Buntu ? Itulah satu kata yang tepat pada Hisyam.
Mematung tanpa sedarnya Nazirah telah pun meninggalkan dirinya sendiri didalam kamar dan kediaman tersebut.

Nazirah melajukan kenderaan miliknya, membelah jalan tiada tujuan. Tanpa ada arah, hala tuju yang membimbangkan.

Sebuah pantai terpencil kini adalah satu - satunya tempat melampiaskan kehancuran hatinya. Berteriak mengarah air laut yang bergelora dipersisiran pantai.

'ARGGHHH!!!'

'I hate you Razif !!!' Ungkap Nazirah melepaskan kekesalan terbesar dalam hidupnya. Tubuhnya kini sedang berjongkok menyembah bumi, titisan demi titisan yang jatuh menitik ke pasir tidak membuat rasa hatinya merasa lega walau sedikit pun.

'Aku kotor ! Ada suami tapi ditiduri bekas suami.. ya Allah, ampuni aku.. ' Gumam Nazirah dengan kepala yang masih tertunduk menghadap ke aliran air pantai.
Sesekali ombak kecil menyapanya sehingga diri jadi basah.

"Kak.. kenapa nangis ? Kakak bertengkar ?" Seorang gadis remaja datang menyapa Nazirah kerana merasa hairan dengan tingkah Nazirah yang sedang menangis itu.

Nazirah mendongak.. kepala menggeleng.

"Kakak pasti ada problem berat ni.. mari kak, jangan disini terus nanti masuk angin. Kakak kan dah basah.."
Ucap sang gadis tersebut.

Perlahan tangan Nazirah menggapai pada tangan si gadis yang masih menghulur padanya. Mencuba memberi pertolongan untuk bangkit.

"Kak.. aku Nana, ikut aku balik ke rumah. Rumahku ada dihunjung sana.. kakak kena bersalin, baju kakak dah basah !" Ucap gadis itu semula seraya telunjuk tangannya mengarahkan hujung jalan dipojokan.

Nana si gadis remaja itu menuntun Nazirah. Nana jadi hiba melihat keadaan Nazirah yang terlihat kucut itu, dengan mata sembabnya.. Siapa pun yang melihatnya pasti tahu jika Nazirah sedang bermasalah.

"Kak.. duduklah ! Aku ambil bajuku untuk kakak pakai. Ibu dan abahku pulang esok petang sebelum maghrib. Mereka tangkap ikan dilaut.. dan abangku akan datang kejap lagi.. kak tunggu ya.. "

Nazirah masih saja mendiamkan diri. Dia sendiri jadi binggung kenapa boleh sampai dipesisiran pantai disebuah kampung rupanya. Sedangkan jam sebegini sudah pukul 11:20 malam.

"Assalmualaikum.. "
Salam suara seorang lelaki dari arah luar rumah.

"Nana ! Pintu kenapa tak ditutup ? Kau keluar rumah lagi kan ? Merayap kat pantai tu... " Kata lelaki yang Nazirah yakin itu pasti abang yang dimaksudkan oleh Nana tadi.

"Kau siapa ?!" Tanya lelaki tersebut. Nazirah mendongak memberanikan diri melihat empunya wajah yang bertanya padanya itu.

Seorang lelaki yang bertubuh atlit, tinggi lampai dan memiliki wajah yang boleh dikatakan kacak. Lelaki tersebut memakai pakaian seragam Polis. Mungkin dia salah satu anggota Polis.. Fikir Nazirah.

"Siapa kau ? Aku bertanya ni, kenapa tak jawab ?"
Tanya semula lelaki tersebut selayaknya seorang Polis yang sedang menyiasat. Apalagi dengan wajah dingin dan datarnya.. Itu terlihat menyeramkan bagi Nazirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience