34_What do you say ?

Romance Series 212605

Akhirnya.. Nazir dan Nazirah tidak segan untuk bersembang. Disisi lain Nazir sedang memancing apa yang telah berlaku pada Nazirah sebenarnya.

"Jadi.. kau nak balik sekarang jugak ? Ini sudah jam 1 pagi.. kenapa tidak bermalam je kat sini.? Esok baru balik ? Kan ada Nana jugak.. " Nazir bertanya pada Nazirah yang masih dalam posisi bersandar dikereta miliknya sendiri.

"Maybe my husband is already find me now.. so
Saya akan pulang.. " Kata Nazirah menjelaskan.

Helaan kecil terdengar ditelinga. Sebenarnya Nazir tidak punya hak untuk melarang Nazirah.
Tapi difikirannya Nazir saat ini apakah Nazirah akan baik - baik sahaja setelah pulang ke rumah nanti ?

"Baiklah jika kau ingin pulang.. tapi biarkan aku menghantarmu, aku akan mengikutimu dari arah belakang. " Nazirah Hanya mengangguk.

"Dan berikan aku nombor telefonmu.. call aku bila ada hal yang kau nak minta aku tolong atau selesaikan.. " Ya mungkin itu idea bernas. Lantas Nazirah tidak segan untuk bertukar nombor whatsapp dengan Nazir. Keduanya lalu bertukar nombor telefon.

"Anggap saja aku sebagai abangmu.. dan boleh tolong beritahu siapa nama bekas suamimu itu?
Ya.. aku akan membantumu.. aku tak sudi ada lelaki dayus yang masih berkeliaran diluar.. aku janji, sebagai abang aku akan tuntut bela.. aku tahu, pasti suamimu sedang sakit hati sekarang.."
Nazirah menghela nafas kecil. Jauh disudut hatinya dia nakkan keadilan itu.. tapi disisi lain, dia tak nak buka aibnya sendiri.. apalagi mengingatkan Papanya yang begitu terkenal dalam dunia bisnes. Bagaimana jika media tercium nantinya ?

"Razif bin Mohd.Syukri.. He is my ex husband...
My husband now, Hisyam Hazry, pemilik Hisyam Group.. "

"What ! Hisyam menantu Datuk Malik ?" Terlihat wajah Nazir tampak terkejut. Ya.. kalau pemilik Hisyam Group, Nazir sangat mengenalinya.

"Kau kenal Papaku ?" Tanya Nazirah basa basi.

"Oh ! jadi kau anak Datuk Malik ? Hisyam tu my best friend.. oklah klu cam tu, jomlah aku scot dari belakang.. " Sebagai jawaban, Nazirah hanya menganggukkan kepala.

Bunyi kereta kini terdengar didaun telinganya Hisyam. Melalui kaca jendela, Hisyam mengintai dibalik tabir. Mengetahui kereta sang isteri mula masuk ke dalam halaman banglo, laju langkah kaki Hisyam berlari kecil demi untuk mendapatkan isterinya.

"Nazirah ! kau tahu aku sangat risau.. kemana kau pergi begitu sahaja ?" Tanya Hisyam.

Nazirah segera menghampiri suaminya itu, Lantas memeluk tubuh kekar milik Hisyam.
Berusaha melepaskan segala rasa yang berbaur dihatinya saat ini. Dan tangisnya sedang bergema ditelinga sang suami.

"I am sorry, disaat kau terancam, aku tiada disisimu. I am so stupid.. I still love you.. "
Tangis Nazirah terhenti seketika.. Apakah dia tersalah dengar atas ucapan Hisyam tadi ?

"What do you say ?" Tanya Nazirah memastikan.
Sungguh ia ingin mendengar sekali lagi apa yang diucapkan oleh Hisyam tadi.

"Maksudmu apa ?" Tanya Hisyam pula. Dia juga sebenarnya antara sedar tak sedar apa yang terucap dari mulutnya sendiri, tapi lahir tulus dari hatinya.

"You loves me ?" Nazirah sudah tidak bertapis lagi bertanya.

"Ya.. I love you.. Nazirah my wife.. " Sahutnya Hisyam tiada ragunya.

DEG !!!

Nazir mengeluarkan kad kuasanya sebagai seorang pegawai penyiasat. Tangan kirinya pula sigap menahan dan mencengkam ditangan seseorang yang bersalah agar tidak terlepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience