"Kau dari mana Nazirah ?" Sapaan dari Hisyam itu buat
Nazirah bertambah muak. Masih terngiang ditelinganya suara - suara laknat tadi. Nazirah tak acuh. Buat bodoh saja dan buat - buat Hisyam bagaikan tak wujud.
"Aku pasti kau tadi keluar sebab teransang kan ? Come on lah Nazirah.. aku faham jika kau.. " Hisyam sengaja putuskan ucapannya. Memang niat dalam hatinya nak kacau secretary nya.
"Eh ! Apa kau sudah tuli atau bisu ?" Hisyam semakin melontarkan pertanyaan yang buat Nazirah kesal.
"Naz.. maaf aku lambat. Ambik air ni.. " Razlan menyodorkan sebotol air pada Nazirah. Tadi Nazirah sempat menemui Razlan untuk meminta air diminum sebab di pantry telah habis. Nazirah meraih botol tersebut. Membuka penutupnya lalu menenguk seteguk dua.
"Thank's ya Lan.. " Ucapnya Nazirah dengan seulas senyum dibibir. Hisyam saat ini diam memperhatikan kedekatan keduanya.
"Apa kau masih rasa mual ?" Tanya Razlan. Peehatiannya pada Nazirah disalah ertikan oleh Hisyam. Fikir Hisyam kalau Nazirah mungkin sedang hamil kerana itu penyebab utamanya merasa mual.
"Sudah kurang." Jawab Nazirah sepatah.
"Apa yang buatmu sampai mual ? Makan tengahari tadi, kau makan apa ? Are you pregy ?" Pertanyaan dari Razlan itu bukan setakat satu malahan lebih. Nazirah tak tahu yang mana satu harus ia jawab terdahulu.
Owh ! Lantaklah apa pun jadinya. Terus - terang itu lagi
mudah.
"Aku mual kerana mendengar suara - suara laknat yang menjijikan !" Mata Nazirah tertuju pada Hisyam. Harap dia tahu maksud tatapan itu.
"Suara laknat ? Eh ! Apa kau kerasukan jin ke apa ?"
Memang Razlan tidak tahu maksud disebalik ucapannya Nazirah.
Darah Hisyam berdesir. Si Duda Hisyam kini faham, kata - kata sindiran itu memang tidak lain dilontarkan khas pada Hisyam.
'Apa kerana Nazirah mendegar desahan saat aku bermain dengan Alice tadi jadi dia terus mual ? Biar benar wanita ni ! Macam satu penghinaan buatku.. "
Begitulah monolog Hisyam dalam hati. Matanya menatap tajam pada Nazirah.
"Razlan pergilah sambung kerjamu. Mungkin Nazirah perlukan rest sekejap. Aku akan perhatikan juga keadaanya nanti.. " Tuturnya Hisyam pada Razlan.
"Okeylah Boss. Memang aku juga banyak kerja sekarang. Naz.. wasap je aku kalau kau perlukan apa - apa ?" Razlan pun keluar pergi ke bilik pejabatnya sendiri. Hisyam pula kembali semula ke mejanya. Berlakon seolah dia tidak mengerti pada maksud kata - kata dari Nazirah tadi.
Nazirah memijat pelipisnya. Merasa kepala jadi pusing.
Dalam benaknya diri menyesal kerana terjebak pada pekerjaannya sendiri. Baru sehari kerja rasanya mentalnya akan rosak disebabkan majikan tak senonoh seperti si Duda Hisyam itu.
Jika tahu begini jadinya mana mungkin ia menerima kesepakatan untuk tempoh tiga bulan itu. Argh ! Semua jadi kalut !
"Cih ! You are teasing me, weren't you ? Dan mual itu mungkin cuma lakonanmu saja.. " Hisyam menatap tajam pada Nazirah. Wajah yang ditatap itu memalingkan pandangannya ke tempat lain. Tak kuasa nak berdebat dengan Boss yang bermulut pedas itu.
"I'm talking to you ? Kenapa diam ?" Sikap tak acuh dari Nazirah itu buat darah Hisyam naik mendidih. Tentu saja Hisyam jadi kesal pada Nazirah. Satu - satunya wanita yang tak salut padanya sebagai seorang majikan.
Nazirah melihat jam yang melilit ditangan. Kejap lagi jam waktu kerja akan tamat. Dada yang terasa sesak tadi kini beransur lapang. Menghadapi majikan seperti Hisyam, Nazirah tidak yakin akan bertahan lama. Tempoh tiga bulan serasa lama. Lebih baik cabut sebelum banyak masalah dan hal yang datang bertandang kelak.
'Ouh ! Akhirnya kerjaku siap juga.. ' Kata Nazirah sendiri dalam hati. Bergulat dengan komputer adalah pilihan terbaik daripada melayani majikan yang buatnya naik gila.
"Nazirah.. bawak dokumen ni untuk di photocopy. Aku nak sekarang juga ! Aku perlukan setiap satu salinan untuk esoknya.." Nazirah berdecak kesal. Pasti majikannya itu sengaja menambah tugasnya. Nazirah juga yakin kalau dia sedang dikerjai oleh sang majikan.
Tiada protes, Nazirah kerjakan sahaja sesuai yang diperintah. Dalam hatinya menggerutu pada sang
majiikan. Umpatan demi umpatan juga tak lepas dari batinnya.
'Tunggu saja kau Boss Duda ! aku akan membalasmu nanti. Kau belum tahu aku siapa.. aku akan jatuhkanmu ! Lihat saja.. '
Sakit dihatinya Nazirah kini membara.
Share this novel