42_Gugur dan putus asa

Romance Series 212605

Hisyam masih tersedu - sedu, duduk dibangku panjang didepan ruang ICU. Dalam hati tak pernah berhenti berucap semoga sang isteri selamat. Sakit sangat terasa dihatinya bahkan bagai Tak tertelan. Kenyataan pahit harus diterima jua.

"Encik.. maaf ! Puan Nazirah banyak kehilangan darah kerana itu kandungannya tak dapat diselamatkan dan kami terpaksa buang janinnya serta - merta.. " Kata salah seorang Dokter yang baru sahaja keluar dari bilik ICU tersebut.

"Dan tolong tandatangan disini untuk persetujuan sebab kami nak tambah kandungan darah pada Puan Nazirah.. " Tambah Dokter itu semula. Dan Hisyam pun tidak berlengah turunkan tandatangannya pada lembaran kertas itu.

"Dok.. apakah isteri saya baik - baik saja ?"
Tanya Hisyam. Dokter itu cuma mengangguk sebagai tanda jawabannya. Lalu meninggalkan Hisyam begitu sahaja.

Lain hal pula ditempat Razif dimana lelaki yang telah dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara serta 2 sebatan. Sejak beberapa hari yang lalu Razif benar - benar mengalami kemurungan malah mini disahkan punya gangguan perasaan. Akibatnya Razif ditempatkan dipusat serenti. Entah hukumannya akan dikurangkan atau sebaliknya.

Duduk dibirai katil seraya tak henti - henti menyebut namanya Nazirah sudah seperti kebiasaannya tak kira siang malam. Sesekali diiringi dengan isak tangisnya.

Rasa penyesalan makin menghimpit didada. Hal itu yang buat Razif semakin tertekan. Hanya mampu berteriak dalam hati.

Tapi kesakitan dan penyesalan itu buatnya langsung tak terangkat. Kosong... itulah yang terlihat kini.

'Sayang.. abang minta maaf.. abang salah besar..
abang nak macam mana lagi semua sudah terjadi dan abang akan habiskan sisa hidup disini.. Nazirah.. ' Raung Razif jauh direlung hatinya.
Begitulah jua seterusnya...

Hari kian berganti dan seiringnya beredarnya waktu, Razif semakin diam. Tubuh kekar dulu kini terlihat kurus tak berisi. Sehinggalah Dokter menyatakan bahawa Razif tak ada peluang untuk sembuh kerana putus asa yang begitu dasyat.

"Honey... Kita akan melawat Razif hari ini.. bolehkan ?" Nazirah hanya mampu mengiakannya. Sudah 6 tahun berlalu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience