50_Honey please? Ini sangat sakit..

Romance Series 212605

"Aku nak yang itu je bang.. tak nak yang lain.."
Entah yang ke berapa kali sudah kata - kata itu diucapkan oleh Nazirah. Dan berkali - kali jugalah
Hisyam si sang suami tak pedulikan permintaannya Nazirah. Walau terlihat sangat kasihan.

"Honey please ? Ini sangat sakit.. Takde ke awak nak selain dari itu ?" Terdengar hembusan nafas kasar dari Hisyam.

"Abang.. Aku nak makan tapi disuapkan oleh abang Razif, abang kan kat Sana jugak, bolehlah.. ni anak awak yang nak.. " Rayunya si Nazirah.

"Amboi honey.. bukan awak ke yang nak ? Awak rindukan bekas suami awak tu ke apa ? Aku je lah yang suapkan awak, kan anak yang awak kandung tu anak Kita, right ?" Keluh sang suami.
Sungguh Nazirah buatnya kesal. Entah bagaimana harus melepaskan kekesalan dihatinya. Memang Nazirah sedang hamil anaknya, permintaan tidak datang dari dirinya si sang isteri. Kerana faktor mengidam.

'Ya Allah.. apakah yang perlu ku lakukan ? Ini sangat berat.. ' Keluh Hisyam dalam hatinya.
Sakit hati dan perasaan cemburu itu bertapak dihati.

Siapa sangka seorang isteri yang sedang hamil mengidam nak disuapkan oleh bekas suami ?
Hampir gila Hisyam dibuat oleh Nazirah.
Masuk akal ke ?

Nazirah mengangkat kaki meninggalkan Hisyam sendirian. Membawa perasaan hampa bila permintaan ditolak untuk ke sekian kalinya.

Bersembunyi dalam selimut dibirai katil. Setitis bening putih jatuh ke pipi. Diusap kasar.

'Kalau saja abang tau perasaaan mengidam yang tak dituruti ? Bukannya i nak minta jadi begini, kalau saja boleh tolak.. ' Begitulah kata hati Nazirah yang hampa.

"Honey.. you crying ?"
Tanya Hisyam seraya medakap tubuh sang isteri dari arah belakang.

Nazirah mengusap mata lagi.

"I tak nangislah bang, senyum je ni.. " Sindir Nazirah pada sang suami. Hisyam tergelak kecil. Lucu mendengar jawaban sang isteri walaupun dirinya sedang disindir.

"Ok abang izinkan honey makan bersama Razif, syaratnya abang kena ada kat situ.. "
Begitulah pengakuan Hisyam. Nazirah membalikkan tubuh menghadap depan suami.
Senyum tersungging dibibir. Lapang dada mendengar izin tersebut. Sungguh tak terucap bahagianya rasa hati. Namun pahit bagi Hisyam yang terpaksa turutkan keinginan sang isteri.

Cemburu ?

Next chapter 51_Geram

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience