Hari - hari Nazirah ia merasa sangat kekosongan. Kini dirinya telah sah bercerai dengan Razif. Tempoh tiga bulan edah juga sudah habis. Tapi Nazirah dan Razif belum siap mengabarkan penceraian mereka pada kedua belah pihak keluarga. Memandangakan ayahnya Razif yang punya riwayat serangan jantung, mereka terpaksa merahsiakan hubungan mereka yang telah berakhir.
'Aku harus mencari pekerjaan. Bosan itu akan buatku seperti orang kehilangan akal je ! Ya aku patut kerja. '
Nazirah berujar sendirian dalam hati. Mungkin dengan punya aktiviti, kekosongan itu akan terisi. Tidak akan
selamanya dia meratapi diri yang ditinggalkan suami.
HISYAM GROUP
"Okey Naz.. are you ready ? You will meet the boss of the owner this place.. Tapi, kau kena tau, Boss ni ada miang sikit. Pantang nampak wanita cantik, tembelangnya pasti pecah. Entah dah berapa kali dah secretary tukar ganti. Tu lah.. miang punya pasal, semua dah cabut.. " Nazirah memandang tak kedip pada sepupunya Razif, bekas suaminya itu. Razlan adalah salah seorang staff kepercayaannya pemilik dari HISYAM GROUP.
"Ok ! I will try to survive as much as I can. But, tolong rahsiakan perkara ini dari keluargaku dan juga keluarga
nya abang Razif. "
"But why ? Apa kau punya masalah kewangan ? Apakah Razif tau kau akan melamar kerja ?" Razlan adalah sosok seorang lelaki pujaan hati para wanita. Lembut sopan dan berkarisma. Pengertian pada sesiapa sahaja. Tapi entah kenapa masih belum bertemu jodoh ?
"Lan.. jangan bilang pada siapa pun ya.. aku dan abang Razif dah cerai. Tempoh edah pun dah habis dah. Tapi kami rahsiakan penceraian kami dari sepengetahuan keluarga. Kau adalah orang pertama yang tahu hal ini. So please.. tolong simpan baik - baik. " Nazirah menghela nafas. Sumpah demi apapun bukan pernikahan seperti ini yang ia inginkan. Apatah lagi jika dia memang tulus mencintai bekas suaminya itu.
"Never mind. Sabar ya Naz.. mungkin perpisahan korang pasti ada sebab tersendiri dan hikmah itu akan datang juga nantinya..." Razlan menatap dari hujung rambut hingga ke hunjung kakinya Nazirah. Memeriksa pada penampilannya Nazirah. Mendapati bahawa cara pemakaian wanita itu cukup dan nampak sopan, Razlan
siap membawanya pergi menemui dengan pemilik utama Group.
"Kita ke bilik Boss sekarang, aku rasa Boss dah tunggu dah. Sebab aku dah maklumkan tadi. " Nazirah mengangguk setuju.
'Tok Tok Tok' Setelah ada sahutan dari arah dalam, Razlan yang disusuli Nazirah pun melangkah masuk ke dalam pejabat tersebut.
"Boss.. orangnya yang aku maksudkan tadi sudah sampai.
Ni dia orangnya Boss. " Kata Razlan. Hisyam mendongak ingin melihat wajah yang ingin melamar kerja dengannya sebagai secretary.
"Kau !" Hisyam memekik terkejut. Begitu juga pula dengan Nazirah. Pekelahian mereka ditengah jalan dua bulan lalu ternyata bukan pertemuan terakhir buat keduanya. Tapi apakah ini baru permulaannya bagi mereka.
"Oh my God ! Lan apakah dia Boss yang kau maksudkan ?"
Nazirah bertanya pada Razlan. Sungguh hal yang tak terduga.
"Memang dia Boss kat sini sekaligus pemiliknya. Apa masalahnya.. dan apa korang saling kenal ?"
Dahi Razlan berkerut.
"Sorry Lan.. rasanya aku salah tempat melamar kerja.
Dan.. Boss Hisyam, sorry to say.. aku mengundur diri sebelum sesi temuduga. I go first. " Nazirah tak akan mengambil risko dengan bekerja ditempat Hisyam yang jelas - jelas dulu pernah bertikam lidah dengannya.
Nazirah tak kan cari pasal dengan lelaki itu. Apalagi mengetahui kalau perangainya yang miang.. Oh ! Itu
adalah bala !
"Wait ! Cik Nazirah.. " Panggil Hisyam.
"Puan Nazirah. " Tekan Nazirah memperbetulkan gelar namanya pada Hisyam.
"Whatever lah.. Kenapa menyerah, mundur sebelum berperang ? Profesional lah sedikit Puan Nazirah. Datang nak interview kerja, tapi kenapa malah pergi ? Jangan bilang kau campur adukan masalah peribadi dengan kerja. So menurutmu bagaimana ? I give you one more chance ?" Seringai licik terlihat diraut wajahnya Hisyam.
"Apakah ini satu penawaran Encik Hisyam ?" Nazirah tak kalah telak. Jangan dibiarkan ada manusia yang angkuh yang berleluasa sembarangan sikapnya.
"Anggap saja.. " Sahut Hisyam bongkah.
"Lan.. pasti Boss mu ini sedang kepayahan cari seorang secretary sampai - sampai merayu seperti ini padaku.
Siapa juga tahan dengannya yang sombong tak berkelas cam ni ? Tak kuasa aku !" Kata Nazirah santai.
"What ! Razlan, dimana kau temukan betina bermulut gila ini ? Berani sangat menghinaku. Bawa pergi betina tak tahu asal - usul ni ! Menyampah betul !" Cibirnya Hisyam.
"Ha.. ha.. ha.. Lihatlah sekarang, siapa yang disini betul - betul mundur sebelum berperang ? Tadi aku nak pergi, kau mengancamku, dan kau sendiri yang mengusirku pulak ? Wow ! Boss yang berpendirian teguh !" Hisyam dibuat tak terkutik oleh Nazirah. Sementara Razlan pula dibuat binggung oleh pendebatan yang tak sudah.
Apa saja permasalahan antara keduanya, Hisyam sendiri tidak tahu.
"Cukuplah Nazirah ! Lebih baik kau cari saja kerja ditempat lain. Disini sangat tidak sesuai untukmu. Belum juga kau mula bekerja, kau sudah berkelahi dengan bakal Boss mu. Jom lah aku hantar kau ke lobi.
Maaf jika aku tak dapat membantumu mencari pekerjaan.. " Kata Razlan tak nak memperpanjangkan
masalah diantara keduannya.
"Boss.. Aku akan carikan secretary baru ya.. Aku izin kejap nak hantar Nazirah ke lobi. " Imbuhnya Razlan lagi.
"Tiga bulan Puan Nazirah ? Jadilah secretary ku untuk tempoh itu ? Dan kau akan mendapat pampasan lebih besar jika aku melanggar etika kerja sebagai Boss dan pembantunya.." Apakah Razlan dan Nazirah tidak salah dengar pada Bosa Hisyam yang terdengar seperti merayu ?
"What ?!" Nazirah hampir saja tak percaya si Hisyam angkuh itu seperti sedang membuat kesepakatan pada dirinya.
"Mari buat kesepakatan denganku.. Kau pasti tidak akan rugi.. "
Share this novel