"Honey... Kita akan melawat Razif hari ini.. bolehkan ?" Nazirah hanya mampu mengiakannya. Sudah 6 tahun berlalu.. Nazirah kini dapat melupakan peristiwa itu seikhlasnya dberkat bantuan dari Hisyam sendiri. Apalagi kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang telah pun berusia 5 tahun usianya.
"Daddy.. nak ikut ? Nak jumpa ayah Azif.. boleh ya.. " Sampuk sang anak. Ya memang si kecil Hasyirah sejak kecil sudah terbiasa pada Razif kerana Hisyam jadikan Razif sebagai ayah angkatnya Hasyirah. Dengan niat Razif akan terhibur atau sedikit sebanyak dapat membantu kurangkan kemurungannya.
"Of course baby.. cepat bersiap sana.."
Titah Hisyam pada anak perempuannya itu. Nazirah melihat sang suami yang sangat menyayangi anaknya dengan penuh kasih itu buat bulir putih lepas dari kelopak matanya. Betapa bersyukurnya hati mendapat seorang suami seperti Hisyam.. kata sahaja mulut tak dapat mengungkapkannya. Hanya yang Maha Esa tahu segalanya...
"What's strong with you honey ? Why are you crying ? Hmm.. " Tanya Hisyam pada sang isteri.
"Awak sangat baik.. " Itulah yang keluar dari mulutnya Nazirah. Lalu keduanya berpelukan, hangat dalam pelukan.
"Hmm.. baru tau ke ?" Guraunya Hisyam. Tangan Nazirah sempat mendarat dan satu cubitan dipulas pada pinggang suaminya itu.
"Aww.. Honey.. adakah yang lebih sakit lagi dari ni ?"
"Ouh nak lagi ya.. " Nazirah mengernyitkan sebelah matanya. Sekadar menggoda Hisyam.
"Ouh my wife so sweet.. I love you.. "
"Okey, okey awak ! Cukup ya.. Nanti lain pulak jadinya.. "
"What ? You know you husband right ? So jangan nak goda - goda, aku terkam nak ? Jom sayang dapatkan adik untuk Hasyirah.. ya ?"
"Jangan nak mengarut awak.. just go and find another girl.. " Kata Nazirah santai.
"Okey, no problem Honey. Jangan menyesal ya.. aku cari nanti, jangan sampai kata itu satu doa. "
"Yes !! Bila nak bagi adik tu Dad ?" Sampuk Hasyirah yang sejak tadi sudah menguping.
"Ya Allah.. anak ini, dah pandai menyampuk.. "
Tegurnya Nazirah.
"Jom honey.. Kita gerak sekarang. " Selanya Hisyam pula.
"Hello Baby.. " Ucap Razif pada si kecil Hasyirah. Setitik air mata jatuh membasahi pipi Razif. Ya, sungguh hatinya sangat terharu tak terkata.
Share this novel