"Sial kau janda murahan !"
Marah Hisyam pada Nazirah. Lalu mengangkat tubuhnya masuk ke dalam kenderaan. Dada Hisyam yang masih tersengal itu menghempaskan tubuh mungil Nazirah.
Nazirah menggeram kerana diperlakukan kasar oleh Hisyam. Jika mengajak Nazirah berhubungan intim,
Hisyam sudah salah. Jangankan disebabkan status Nazirah janda, Hisyam seenaknya sahaja. Apapun masalah yang tercetus, peribadi tak boleh dikaitkan.
Apa Hisyam sudah lupa pada diawal perjanjian mereka ?
"Hei ! Duda keparat ! Kenapa mengurungku dalam kereta ? Kau nak apa, Hah !!!"
Teriak Nazirah buat gegendang Hisyam bagai nak pecah. Hisyam yang tadi duduk dibangku pengemudi
langsung berpindah ke tempat duduknya Nazirah dibelakang.
Hisyam mencengkam dagu Nazirah. Tanpa ia sedar jika
perbuatannya itu telah menyakitkan Nazirah.
"Hei ! Kau kata aku keparat ? Dasar kau janda murahan.
Kau ingat aku nak sangat ke dengan tubuhmu sisa jantan lain ?" Kata Hisyam.
Tangan Nazirah mencuba menepis dagu yang dicengkam kuat oleh Hisyam. Sungguh tenaga lelaki itu tak terkalahkan.
Tidak punya pilihan lain demi untuk
pertahankan diri, Nazirah meludah ke arah wajah Hisyam. Namun sangat disayang sekali buat Nazirah
kerana Hisyam sempat mengelak dari terkena semburan ludah itu.
"Wanita gila ! Berani sekali kau janda murahan !"
Ada apa yang berlaku pada keduanya itu kerana saling maki.- memaki. Pertengkaran mereka ternyata tidak hanya disitu sahaja.
Hisyam mencium bibir Nazirah. Niat ingin menakutkan sahaja. Sakit ! Terlalu sakit yang Hisyam rasakan kerana baru kali ini dia bertemu wanita yang berani
melawannya. Ini tidak boleh biarkan.
'Awh !'
Hisyam mengelus bibirnya singkat. Tercium pula bau hanyir. Ada darah segar keluar dari bibir itu.
"Sial kau Nazirah ! Kau menggigit bibirku. Kau harus terima padahnya !" Hisyam terlihat sangat marah.
Dan Nazirah pula saat ini memang emosinya sudah tak terkendali lagi.
"Hei ! Janda jalang ! Kau kenapa seperti yang masih perawan saja ? Hah ! Kau sangat takut pada sentuhanku ? Ha ha ha.. biar betul je !"
Nazirah sudah tak tahan lagi. Entah kenapa mulut Hisyam suka sangat melemparkan gelaran kata tak
sopan pada dirinya. Benci dan benggang pada keadaan
seperti ini, Nazirah menendang kemaluan milk Hisyam.
"Argh ! Sial ! Kau nak membunuhku ?" Pekik Hisyam.
Hisyam dan Nazirah kini benar - benar bergelut. Aksi tendangan dari Nazirah itu buat kereta milik Hisyam
itu bergoyang. Apalagi Hisyam yang cuba ingin menarik rambut si Nazirah. Biar betul si Hisyam ni ! Kenapa dia bertingkah seperti budak perempuan yang bertengkar sampai nak jambak rambut ?
"Aduh ! Lepaskan rambutku ! Awas kau ya kalau rambutku sampai rontok olehmu ? Aku akan pastikan kau akan.. " Kata Nazirah namun Hisyam memotongnya cepat.
"Akan apa ? Berani kau mengancamku ?"
Potong Hisyam.
"Kau akan mati pucuk !" Nazirah mengatakannya dengan nafas tercengal. Sungguh suasana hatinya jadi
buruk.
Diluar sana, tidak jauh dari tempat letaknya kenderaan milik Hisyam, seorang wanita sedang tersenyum licik.
Dia berdiri tidak jauh dari sana kerana sedang menantikan satu wayang yang bakal meletop sebentar sahaja lagi.
"Aku akan pastikan rencanaku ini akan berhasil kejap lagi. Dan saat itu Razif akan melupakan jandanya itu..
Tunggu dan lihat saja nanti.. " Kata Annisa dalam hatinya.
Melihat kereta Hisyam yang bergoyang, Anissa yakin jika penghuni dalam kereta tersebut sedang melakukan zina. Annisa segera merakam kejadian tersebut dan menghantarkan rakamannya untuk melaporkan perbuatan keji dari Hisyam dan Nazirah.
Hati busuk Annisa itu dengan sengajanya memfitnah kedua insan yang sedang bergelut dalam pertengkaran.
Bukannya begelut dalam kenikmatan zina..
'Tok tok tok' Terdengar ketukan dari arah luar jendela kaca kenderaan miliknya Hisyam. Ketukan yang tak henti - henti itu buat kedua manusia lawan jenis didalam itu bergedik ngeri. Bulu keduk naik meremang semacam.
Share this novel