"Eh ! Ada call masuk, jap aku nak tengok siapa ?" Ucap Nazirah. Ternyata telefon Nazirah yang berdering. Nazirah dan Hisyam saling pandang selepas melihat nama yang tertera...
"Sambut je, pasti penting. " Nazirah mengangguk.
"Hello.. " Kata Nazirah sebagai pembuka bicara.
"Hai awak... ini aku, datang kat balai jam 10 pagi ini.. aku nak ambil statement tentang kes Razif.. ajak sekali suamimu, itu je aku nak bagitau Kat awak." Kata Nazir diseberang sana.
Hisyam mengangguk menyetujui apa yang Nazir katakan tadi setelah dia juga sendiri mendengarnya.
"That's okay Honey, aku akan pergi bersamamu. Itu adalah termasuk tanggungjawabku sebagai suami. Semoga Allah permudahkan urusan.. Amin.. " Ucap Hisyam penuh semangat berharap agar Razif terima hukuman setimpalnya atas jenayah yang ia lakukan sendiri.
"Thanks awak.. aku bersyukur pada Allah kerana punya suami sepertimu, I love you.. "
"Hah ! Cakap sekali lagi.. aku nak dengar.. "
Tanya Hisyam memastikan
"I love you.. " Ulang Nazirah buat sejuta kupu - kupu berterbangan keluar dari hatinya Hisyam.
"I love you too my wife.. so much.. " Balas Hisyam penuh perasaan.
Akhirnya jam 10 pagi yang dijanjikan telah tepat waktunya. Hisyam dan Nazirah pun sampai ke tempat tujuan dimana Nazir sedang menantikan kedatangan keduanya.
"Duduklah.. " Pelawa Nazir pada Hisyam, kawan baiknya itu serta Nazirah isterinya.
"Jangan kecil hati padaku Syam.. aku tidak bermaksud membuka pekung didada isterimu but, aku benci ada pesalah yang bebas seperti Razif.. " Ucap Nazir pada sang sahabatnya.
"No.. and thanks, kau buat keputusan yang tepat.. " Sahutnya Hisyam.
"Kau apa khabar sekarang Nazirah ? Are you okay selepas kejadian tu ?" Tanya Nazir pada Nazirah.
"Ya.. aku baik - baik saja, ada suamiku yang jaga dan menasihatiku.. thanks kerana membantumu.."
"Oh baguslah jika begitu, kau beruntung punya suami sebaik dan setia.. by the way, Razif sekarang ada dalam tahanan. Aku lihat dia seperti kehilangan akal fikiran. Mungkin sahaja dia disahkan tidak waras saat buat kerja segila itu.. " Kata Nazir. Sebelah alis Nazirah terangkat. Rasa penasaran maksudnya.
"Pihak kami sedang tunggu keputusan, pengesahan sama ada Razif diserang tekanan perasaan atau sebaliknya. "
Hisyam terdiam, lidahnya tiba - tiba kelu. Patut saja Razif tega melakukan hal sejijik itu pada Nazirah jika benar dia punya tekanan perasaan.
"So Nazirah, boleh kita mulakan sekarang, aku nak ambil sedikit keterangan darimu apa saja yang masih dalam kesedaranmu sebelum kau tertidur oleh effect ubat tidur tu ?" Nazirah tertunduk malu mengingat kebodohannya saat itu. Dia benar - benar tidak menyangka pada insiden sebegini.
Hampir sejam Nazirah memberi keterangan pada Nazir dengan deraian airmata yang tak kunjung henti. Jauh disudut hatinya dia sangat malu pada Hisyam, sang suami juga pada Nazir.
Tapi dapatkah Nazirah mengelak dari takdir yang telah menimpanya ?
Share this novel