16_Rencana Datuk Malik

Romance Series 212605

"Papa.. izinkan aku ke luar negeri ? Aku nak release tension.." Datuk Malik menatap tajam pada Nazirah.
Apa yang ada dalam fikiran anak perempuannya itu Datuk Malik sendiri tidak tahu.

"Kenapa tiba - tiba pulak ? Nak lari dari problem ?
Nazirah kau boleh pergi setelah esok kau selesaikan dulu daftar nikah korang kat pejabat. Lepas tu apapun yang kau akan lakukan nanti, Papa never mind saja."

"Papa.. bolehkah tunaikan permintaanku ?"
Datuk Malik sekali lagi menatap tajam pada Nazirah.

"Jangan banyak songeh Nazirah ! Kau bukan anak kecil lagi yang perlu diurusi.." Nazirah mendelik tak suka
selalu diatur oleh ayahnya itu. Namun hakikatnya memang selalu saja begitu.

"Papa.. Tell Hisyam, I want a divorse as soon as possible.. aku tak naklah terikat dengan lelaki yang aku tak cintai. Please Papa !"

"Jadi itu permintaanmu Nazirah ?" Tanya Datuk Malik.

"Ya ! Aku bahkan tidak kenal sangat dengan Hisyam tu.
Hubunganku dengan Hisyam cuma sebatas kerja sahaja. Tolong ya.." Kata Nazirah.
Datuk Malik menggeleng. Kerana dia punya rencana tersendiri yang Nazirah belum tahu.

"Nazirah ! Listen to Papa okey ! Papa punya rencana sendiri.." Kali ini Nazirah pula yang ganti menggeleng.

"Papa please ! Stop setting me up.. aku tak nak terjebak
lagi dalam ikatan pernikahan."
Nazirah memejamkan matanya sejenak.

"Nazirah.. untuk sementara waktu, Papa tak nak kau bercerai dengan si Hisyam tu.. Papa nak kau berlakon seperti pasangan bahagia. Buat si Razif tu menyesal tak sudah kerana telah menceraikanmu. Dan jika boleh,
lebih baik punya anak bersama Hisyam.."
Nazirah bagaikan tak percaya pada rencana Datuk Malik itu. Rencana semacam apa itu yang menjerumuskan anak sendiri dalam sebuah ikatan tanpa adanya cinta ?

"Papa wait ! Rencana apa sebenarnya ni ? Kenapa sampai sebut anak pulak ni ?" Kerutan menempel didahinya Nazirah kini. Tak mengerti pada rencana dari sang ayah.

"Kau tahu Nazirah.. Papa sakit hati bila dapat tahu Razif menceraikanmu dengan membelakangkan Papa dan ssmua keluarga. Sedangkan kami sengaja jodohkan korang berdua supaya harta tak keman - mana. Punya cucu untuk warisan.. kau faham maksud Papa ?" Datuk Malik mendengus kesal. Situasi yang sedang menimpa Nazirah buat harga dirinya tercabar.
Cukup baginya Nazirah yang sudah tidak punya ibu sejak berusia 12 tahun. Walau pun rencananya itu terdengar kejam buat Nazirah setidaknya maruah keluarganya tak direndahkan.

"Bagaimana punya anak jika kami tidak saling cinta ?"
Nazirah membayangkan saat dia sering merayu ingin disentuh oleh Razif. Sampai diri ditalak, dia masih perawan. Jadi inikan pula pada sorang duda hot, tak perlu merayu pun mungkin akan dikerjai juga.

'Argh ! Tidak ! Aku tak nak disentuh oleh si Duda Hisyam tu.. " Nazirah bagaikan nak muntah saat dia mendengar suara laknat Hisyam dan Alice berhubungan intim. Memikirkannya saja Nazirah jadi benci.

"Nazirah.. call menantu baru papa tu.. bilang padanya
Papa meminta dia menginap kat sini malam ini.. "
Nazirah melotot tak percaya. Secepat itukah ayahnya memberi lampu hijau pada Hisyam ? Oh ! Ini sangat diluar dugaan.

"Tak naklah Pa ! Aku tak nak Boss Hisyam menginap kat sini.. dan untuk rencana Papa yang ingin punya cucu, itu tak mungkin akan dapatku tunaikan !"
Nazirah berlari kecil meminggalkan ruang tamu banglo milik Datuk Malik.

'Anak ini ! Selalu saja begitu.. dibagi saran malah tak nak.. takpe Nazirah ! Papa akan buat kau dan Hisyam beriku keturunan. Biar si Razif tu putih mata."
Datuk Malik lalu menghubungi orang kepercayaannya untuk membawa Hisyam pergi ke banglo mewahnya itu.

Mungkin dengan Hisyam, dia dapat membalas dendam
sakit hatinya pada Razif kerana telah mempermainkan hati dan perasaannya Nazirah.

"Aku nak buat satu kesepakatan denganmu, menantu baruku.. Dan jika kau kau berhasil pada tujuan utamaku, aku akan memberimu pewaris keduaku untuk harta - hartaku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience