Nazir mengeluarkan kad kuasanya sebagai seorang pegawai penyiasat. Tangan kirinya pula sigap menahan dan mencengkam ditangan seseorang yang bersalah agar tidak terlepas.
"Lepas ! Kenapa kau menahanku ?" Razif mulai memberontak, tampak raut wajahnya ada ketakutan terpampang. Bukannya dilepaskan, Nazir malah menggari pergelangan tangan Razif.
Awal pagi yang sungguh malang bagi Razif. Nasib tidak ramai yang melihat kejadian dimana dirinya ditahan dan digari oleh seorang pegawai Polis yang tidak berseragam.
"Maaf Encik Razif, kita discuss kat office je.. " Seringai tajam menyerlah pada raut wajah Nazir.
'Brukk!'
Tubuh Razif ditolak keras oleh Nazir. Satu ruangan berpapan tandakan 'Jabatan Siasatan Jenayah' pada bahagian pintu hadapan.
Mata Razif melebar sempurna saat melihat papan tanda tersebut. Jenayah ? Otaknya mula mencerna apakah dirinya telah berbuat jenayah..
"Adakah aku buat jenayah ? Oh no !" Ucap Razif protes. Sebelah bibir Nazir terangkat.. terlihat sekali sindiran sinis.
"Aku.. Inspektor Nazir, Pegawai Siasatan Jenayah.. ya ! aku sedang menyisat.. Dan aku akan buatmu masuk meringkuk ke dalam penjara.. " Mendengarnya sahaja mula Razif bergedik ngeri.Kepalanya bagai nak pecah. Oh, tidak ! Apakah dirinya sedang berdepan dengan masalah besar ?
"Jenayah apa yang sudah ku buat ?" Tanya Razif.
"Siapa bekas isterimu ?"
Seperti terkena layangan tamparan keras diwajah Razif. Apakah Nazirah telah melaporkan dirinya pada pihak berwajib ?
"Nazirah.. Kenapa bertanya ? Apa kaitannya denganmu ?" Sombong sekali Razif saat mengatakannya. Dan hal buat Nazir jadi menyampah.
"Hei ! Aku bertanya kerana itu mahu ku ! Aku Pegawai penyiasat Dan itu adalah tugasku, faham !" Razif membuang mukanya tanpa menanggapi langsung pada kata - kata Nazir.
"Siasat ? Ha.. ha.. ha.. it is very funny !" Tekan Razif. Mata nyalang Nazir mula menyala. kiSungguh ia tak suka pada sikap dari Razif itu. Buat bengang !
"Kau ingat kau akan lepas ? Jangan pernah bermimpi pun! Kau nak aku pasang video CCTV kat kafe time kau masukkan ubat tidur pada Milo panas bekas isterimu itu? Atau kau nak aku buka sekali time kau heret bekas isterimu itu ke hotel ?
Apa yang kau buat pada Nazirah ? Hah !!! Jawab !!" Suara Nazir yang meninggi itu buat Razif sekali lagi bergedik ngeri.
DEG !!
"A..pa.. !! Tidak !" Kegugupan Razif itu jelas memberi jawaban jika dia sedang bersalah. Senyum kecut terlihat kini pada raut wajahnya.
"Aku akan buat kau menyesal seumur hidup ! Ingat itu baik - baik !!" Tekan Nazir sekali lagi.
Saya minta maaf belakang ini jarang update..
Share this novel