Nampaknya Hisyam tak bergurau atas ucapannya.
Dia benar - benar menemui Datuk Malik yang sedang duduk bersarapan.
Dahi Datuk Malik berkerut. Melihat Hisyam yang sudah tampak kemas dan rapi tapi tangan sedang mengangkat sebuah beg pakaian.
"Nak traveling ke ? Bulan madu bersama Nazirah ?"
Tanya Datuk Malik bersungguh - sungguh.
Hisyam menggelengkan kepalanya sahaja.
"Habis tu nak ke mana pulak ? Nak balik rumah sendiri ?" Tanya Datuk Malik lagi.
"Papa.. aku akan ceraikan Nazirah sesuai perjanjian kami.. I'm sorry Pa.. tapi Nazirah nak sangat berpisah dariku. Aku sudah cuba pujuk but Nazirah tu keras kepala." Itulah yang Hisyam katakan.
"Wait ! Alasannya kenapa ?" Datuk Malik bagaikan nak gila setelah mendengar anak menantunya yang ingin pisah.
"Ni Pa.. aku minta maaf jika ini aibnya Nazirah yang terpaksa aku buka." Ucapnya Hisyam.
Datuk Malik membaca surat perjanjian itu yang cukup ringkas. Senyum disudut bibir sebelah terangkat.
Kemudian Datuk Malik menatap lekat pada Hisyam.
"Jadi hasilnya apa ?" Tanya Datuk Malik penuh penasaran.
"Ya.. Nazirah masih virgin Papa.. " Jawab Hisyam polos.
"Owh ! Hisyam.. apakah masih ada didunia ini lelaki yang tidak ingin menyentuh istrinya seperti Razif ?
Oh My God ! Aku hampir tak percaya ini.. " Datuk Malik terasa tercabar. Apakah kurangnya Nazirah yang cantik nya bagaikan seorang model ? Tinggi lampai dan punya badan bak gitar Sepanyol ?
"Papa.. aku jugak tidak tahu apa dah jadi pada rumah tangganya Nazirah sebelum ni.. Tapi Razif memang lelaki dayus !" Tiada segan - segannya dia merutuki bekas suaminya Nazirah, si Razif tu.
"Jadi apa kau nekad nak bercerai dengan Nazirah ?"
Selidik Datuk Malik.
"I dont wan't to divorce him.. dan aku sangat berharap punya anak bersamanya selepas berhubungan. Tapi apa yang Nazirah buat kat aku, aku kecewa Pa.. "
"Apa yang si Nazirah dah buat ?" Tanya Datuk Malik ingin cepat tahu. Helaan nafas kecil Hisyam terdengar.
Pasti Nazirah akan marah besar padanya jika tahu hal ini sudah sampai pada Datuk Malik.
"Ada ke patut Pa.. sebelum berhubungan, dia telan pil cegah hamil. Jujur saja aku juga sangat kecewa dengan tindakannya itu.. " Kepala ditundukkan. Cuba menutupi raut wajah kecewanya. Namun Datuk Malik sudah melihat melalui raut wajah Hisyam. Nampak sekali kalau Hisyam ikhlas memperisterikan Nazirah.
"Haish ! anak itu ! Selalu saja ambil keputusan sendiri.."
Kepala tergeleng - geleng. Helaan nafas terdengar.
"Apa rencanamu sekarang ? Aku harap kau tidak terburu - terburu untuk ceraikan Nazirah.."
Harapan Datuk Malik jatuh pada Hisyam. Besar harapannya untuk Hisyam terus jadi menantunya. Kerana Hisyam tak membelakangkan apa pun keputusan yang diambil menurutnya. Tak seperti Razif,
yang pandai membelakangkan keluarga.
"Aku tak nak ceraikan Nazirah ! Tapi Nazirah tu nampaknya berkeras sangat. Aku akan abaikan saja jika dia tetap nekad. Sebenarnya aku sengaja pergi agar si Nazirah tu tak terus nak minta cerai. Atau aku akan berpura - pura merajuk saja, boleh ya begitu Pa ?"
Datuk Malik tergelak mendengar kata - kata dari Hisyam. Kasihan pada menantunya itu yang harus berlakon demi pertahan sebuah hubungan.
"Kau tenang saja Hisyam.. aku akan membantumu setelkan hal tentang budak pompuan yang tak betul otaknya itu.. Aku percaya padamu ! Jangan sekali ceraikan si Nazirah tu.." Datuk Malik rasa lega bila tahu jika Hisyam tidak akan menceraikan anak perempuan sematanya itu.
"Thank's Pa.. apa perlu aku pergi sementara dalam tiga hari ini ? Aku nak menghilang dulu dalam 3 hari ini ?"
Datuk Malik merasa hiba pada Hisyam yang sanggup bertanyakan pendapat.
"Aku tak kisah apa pun yang kau lakukan.. asal kau masih tetap jadi suami pada anakku yang nakal itu."
"Thank's Pa.. aku izin dulu ya.. aku nak masuk office pagi ini. Dan mungkin akan bermalam disana. Aku punya ruang peribadi untuk istirehat."
"Okey ! Take care.." Hisyam mengangguk lalu mencium punggung tangan Datuk Malik.
Menatap sang menantu yang menghilang disebalik pintu, Datuk Malik menghela nafas. Ada rasa hiba pada Hisyam disebabkan oleh anak perempuannya sendiri.
'Kau sudah melampau Nazirah ! Apa kau tidak punya perasaan buat suamimu begitu ? Dibandingkan dengan si Razif tu yang menyentuhmu saja dia tak sudi ?'
Monolog Datuk Hisyam.
"Morning Pa.. " Sapa dari Nazirah.
"Sit Nazirah ! Papa nak cakap sesuatu !" Kata Datuk Malik terkesan sedikit dingin.
"Ada apa Pa.. " Tanya Nazirah. Tapi firasatnya besar mengatakan jika Datuk Malik sudah tahu akan perjanjian itu.
"Kau kenapa jadi bodoh sekarang Nazirah ? Dimana letaknya akhlak seorang isteri yang menjunjung tinggi martabat untuk seorang suami ? Papa tak bergurau Nazirah, Papa nak cucu untuk buat si Razif tu putih mata. Kau tau Papa tambah sakit hati bila tahu Razif tak pernah menyentuhmu ?"
"Argh ! Sudahlah Pa.. Papa ingat aku nak kahwin sangat ke dengan si Hisyam tu ? Sudahlah difitnah, kena tangkap basah pula tu.. aku pun dah muak dah bila bahas tentang suami.. suami ! suami !"
"Nazirah ! Jadi betul kau nak minta cerai dari si Hisyam tu ? Papa sudah baca surat perjanjian gila yang kau buat tu. Kau sudah siap menjanda untuk yang kedua kalinya ?" Tanya Datuk Malik tak bergurau.
"Apa maksud Papa ? Papa punya rencana apa lagi ? Papa mengancamku ya ?"
"Oh my God ! Ada apa dengan anakku ini ? Siapa yang mengancam siapa ?" Datuk Malik dibuat pusing oleh Nazirah.
"Pa.. aku akan tetap bercerai dengan si Hisyam tu.. "
Kini senyum sinis Datuk Malik terukir. Baik ! Satu idea muncul difikirannya Datuk Malik untuk porak porandakan Nazirah dan Hisyam.
"Sebelum tu.. cuba kau kejar si Hisyam tu kat office. Kau tau.. tadi sebelum Hisyam pergi, Papa sempat dengar dia sedang menghubungi seseorang. Sepertinya mereka sangat mesra.. siapa wanita yang kau sebut kemarin tu ?"
"Alice.. " Jawab Nazirah cepat.
"Ya ! Memang dialah orangnya. Sepertinya mereka ada janji temu.. selama Hisyam masih suamimu.. kau tidak patut biarkan dia bersama wanita lain.. "
Dalam hati Datuk Malik sedang terbahak dengan idea gilanya untuk buat Nazirah kecoh. Berharap niat untuknya minta cerai dari Hisyam akan terabaikan.
"Mungkin saat ini Hisyam sedang berpelukan dengan si Alice tu.. lepas tu.. tu.. tu.. " Nazirah menatap jengkel pada Datuk Malik. Tapi hatinya mula panas bila Datuk Malik batu apikannya.
'Ish ! Papa ni buat sakit hati je tau ! Ni lagi si Hisyam ni,
takkan sampai nak cari Alice gara - gara pagi tadi tak dapat apa dia nak !' Batinnya Nazirah.
"Tak nak kejar ?" Tanya Datuk Malik lagi. Nazirah menatap Datuk Malik dengan sorot mata tajam kerana hatinya berhasil dibuat sakit oleh Datuk Malik.
Buru - buru Nazirah tinggalkan Datuk Malik sendirian dimeja makan dengan perasaan sakit entah tak suka atau entah cemburu saat tahu jika Alice sedang bermesra dengan Hisyam, suaminya. Apalagi mengingat suara - suara laknat yang mula terngiang ditelinga.
'Oh ! No !' Gumamnya Nazirah.
Share this novel