15_Tangkap basah 2

Romance Series 212605

Datuk Malik menghubungi Razif serta merta. Jawaban
itu ada pada Razif sendiri. Situasi yang mengejut sebegini seperti menguras naluri dan emosinya.
Apa boleh dipercaya atau pun tidak pada tiap kata - kata dari sang anaknya itu.

"Papa.. I'm sorry Papa ! Aku tidak dapat tunaikan janjiku menjaga Nazirah seumur hidupku.. "
Datuk Malik menatap Razif bagaikan nak telan hidup - hidup. Senyum sinis dibibirnya tersungging mengerikan.

"Papa.. aku dan Nazirah sudah cerai hampir enam bulan yang lalu.. " Razif mula terbata dalam menyampaikan ucapannya itu.

"Wow ! Razif ! Kau sangat hebat ! Dapat sembunyikan
hal ini dari keluargamu. What about your familiy ?
Apakah mereka sudah tahu ?" Razif menggeleng.

"Okey fine ! Itu urusanmu sendiri. Oleh kerana kau telah menceraikan Nazirah, aku dan keluargaku tidak punya hubungan lagi dengan korang. Jika sesuatu berlaku pada ayahmu, jangan salahkan pihak kami pulak.. dan..
aku akan nikahkan Nazirah dengan Hisyam kejap lagi.
Semoga suami keduanya dapat menjaganya sampai bila - bila ! Aku sangat kecewa padamu.. "
Nada kekecewaan keluar juga mulut Datuk Malik.

"Papa ! I'm very sorry.. " Razif memohon maaf pada ayahnya Nazirah walau tahu tiada maaf baginya.

"Papa.. enough ! I don't want to married again.. cukup sekali dalam hidupku punya suami."
Tegas Nazirah.

"No ! Papa said no !" Datuk Malik membentak. Sakit hati dan ada rasa malu terhadap dirinya apabila diri diperbodohkan hidup - hidup.

"Tok Kadi.. saya siap sekarang untuk walikan anak saya. Daripada zina dan fitnah, eloklah dipercepatkan."
Hisyam dan Nazirah saling pandang. Tak punya pilihan lain lain.

"Minta I/C Encik Hisham dan Puan Nazirah.. "
Kata Tok Kadi. Setelah kedua I/C dalam genggaman, Tok kadi pun meminta Datuk Malik untuk mewalikan Nazirah.

"Papa.. please.. I don't want to married with him !"
Lagi - lagi Nazirah memohon agar tidak dinikahkan dengan Hisyam.

"Hisyam..untuk emas kahwin cukup Rm300 sahaja. Selebihnya nanti kita bincangkan. Yang penting sekarang, lafaz nikah dulu."
Datuk Malik melirik sekilas ke arah Razif. Sengaja ia ingin mewalikan Nazirah dihadapannya kerana ada rasa tidak rela bila anaknya dipermainkan.

"Ya Datuk.. aku sudah siap.." Sahut Hisyam seraya manik matanya tertuju pada Razif.

..Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku
Nazirah binti Malik dengan emas kahwinnya bernilai Rm300 tunai..

..Aku terima nikahnya Nazirah binti Malik dengan emas kahwinnya berjumlah Rm300 tunai..

Sah ? Sah ? Sah..

Tok Kadi pun membacakan doa selamat ijab qabul selepas lafaz nikah itu diucapkan.
'Amin..' Saksi yang ada disana berbalas Amin setelah doa itu selesai dibacakan oleh Tok Kadi.

"Datuk Malik, saya sangat berduka cita diatas kejadian ini. Dan saya minta maaf jika saya berlaku tidak adil pada anak perempuan Datuk serta yang ada disini."
Ucapan Tok Kadi dibuat tak acuh sahaja oleh Datuk Malik.

"Jika begitu, kami beredar dulu.." Lirihnya Tok Kadi.
Selepas bersalaman, Tok Kadi pun meninggalkan tempat tersebut bersama para saksi tadi.

"Razif.. kau puas sekarang ? Aku sengaja nikahkan Nazirah didepanmu.. kau tidak sakit hati bukan ?"
Razif bagaikan terpukul dengan ucapan Datuk Malik.
Tapi harus bagaimana lagi dirinya sedangkan semuanya telah berubah dalam sekelip mata. Nasi sudah menjadi bubur.

"Dan kau Hisyam, jangan jadi riak pula.. cukup jadi suami diatas kertas sahaja. Urus surat nikah korang esok ! Lepas tu.. aku akan memintamu untuk melepaskan Nazirah secepatnya.. " Kata Datuk Malik
tanpa memikirkan kalau setiap dari kata - katanya itu adalah satu dosa.

"Nazirah.. ikut Papa pulang !"
Datuk Malik tanpa ampun menarik paksa tangan Nazirah masuk kedalam kereta miliknya. Benar - benar Datuk Malik bukan sosok yang senang berkompromi.

Razif dan Hisyam hanya tinggal diam. Sungguh keduanya tak terkutik. Berdepan dengan Datuk Malik bagaikan satu musibah jika tidak berhati - hati.

'Suami diatas kertas ?' Batinnya Hisyam.
Hisyam bergedik ngeri pada kata - kata itu. Sungguh ini menguras emosinya. Namun mana mungkin dia dapat melawan Datuk Malik ? Orang yang berpengaruh besar dalam dunia perniagaan..

"Papa.. izinkan aku ke luar negeri ? Aku nak release tension.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience