"Tuan.. aku nak jumpa Nazirah, cakap kat dia untuk yang terakhir kalinya. Tolong aku.. " Entah apa yang sedang Razif rasakan saat ini. Dia seperti patah hati. Dengan wajah memohonnya itu, sekali lagi Nazir rasa hiba. Tapi perasaan itu harus dibuang jauh - jauh.
"Untuk apa ? Kau cuma akan keruhkan keadaan je..nanti korang akan jumpa juga." Terdengar hembusan nafas kecil dari mulut Razif.
Razif menatap mata nyalang Nazir dengan perasaan yang seakan mati rasanya. Lagi - lagi senyum kecut nan sinis tersungging.
Razif kini hanya mampu mendengarkan derap langkah Nazir kian menjauh sehingga bunyi itu hilang begitu sahaja.
Ditempat lain pula, Nazirah bersama suaminya yang sedang santai duduk diberanda banglo kedatangan seorang tamu yang tak diundang.
Terdengar sapaan seseorang yang sangat Tak asing didaun telinganya Nazirah. Mata menoleh mencari sumber arah suara tersebut.
"Ayah.. " Kata Nazirah tanpa menjawab salam dari
bekas ayah mentuanya.
"Duduklah uncle.. " Hisyam menarik Salah satu bangku untuk dipersilakan pada Syukri, ayah dari Razif.
"Nazirah.. ayah minta maaf.. kenapa korang tak bagi tau kat ayah tentang penceraian korang ?
Ayah tak kisah jika kau sudah nikah lagi, tapi tak baik belakangkan orang tua.. " Kata Syukri. Anak ekor matanya tak lepas dari melirik Hisyam.
"Razif dah bagi tau semuanya kat ayah, dia sangat mencintaimu nak.. " Imbuhnya Syukri lagi.
"Hal dah jadi ayah, Razif ada jugak bagitau kat aku tapi selepas aku dah bersuami baru.. dia dah gila sampai sanggup buat aku jijik seperti ini.. "
Luahnya Nazirah. Hisyam menarik nafas dalam.
Hatinya seperti tak keruan mendengar Syukri bagaikan sedang memohon.
"Uncle.. I am sorry when I say it, takde gunanya lagi nak bahas sekarang. Seperti yang isteri Saya cakap, benda dah jadi.." Selanya Hisyam.
"Apakah Uncle punya niat nak minta isteriku untuk tarik dakwaan tu ? Saya takkan benarkan itu terjadi. Bagaimana pun Nazirah isteriku yang sah dan Razif cuma bekas suaminya.. dan aku takkan biarkan Razif terlepas begitu sahaja.. "
Imbuhnya Hisyam semula.
Helaan nafas dalam terdengar pada Syukri. Belum pun sempat dia mengutarakan niat kedatangannya, Hisyam sudah menolak tanpa sempat mengetahuinya.
"Ya.. aku tahu ini salah, tapi tolong bagi Razif peluang untuk tebus salahnya.. "
"Tapi bagaimana dengan Datuk Malik ? Aku rasa dia tidak lepaskan Razif begitu sahaja. Uncle tahukan Datuk Malik seperti apa orangnya ?" Sanggahnya Hisyam.
Terbayang terus raut wajah Datuk Malik seperti apa. Hushh ! Bagai nak naik bulu remang ditengkuk. Rasa seram singgah.
"Ayah.. apapun keputusannya nanti aku harap ayah dapat terima dengan rela hati. Aku jugak sedang menunggu, mana mungkin aku akan tarik dakwaan itu.. ayah I am sorry.. " Ucap Nazirah. Kepala ditundukkan kerana hatinya sendiri juga rasa hiba jauh disudut hatinya. Jika tidak kerana Hisyam mungkin dirinya sangat membenci Razif tak terhingga.
Syukri hanya mampu mendengus kesal. Mungkin takdir sedang tidak menyebelahinya. Dalam hati rasa sangat kecewa. Apa yang harus ia lakukan adalah berserah pada ketentuan. Satu - satunya pilihan terbaik yang ia ada saat ini.
Setelah sebulan lalu selepas kejadian Razif memperkosa Nazirah, Nazirah seperti terasa ada perubahan pada keadaan rutin hariannya. Terutama sekali dari cara pemakanannya...
Share this novel
salam. debor pula baca teaser author tp pasti tu anak hisyam...yakinnn