27_Mari bersanding

Romance Series 212605

'Bersanding denganmu akan buat masalah bertambah rumit. Cukup kita sah dimata undang-undang dan agama' {Author POV}

"Aku rasa tak perlulah nak sanding - sanding.. cukup sudah sah dimata agama dan undang - undang. Untuk apa pamer, kitakan sudah sama - sama pernah laluinya." Apa yang ada difikiran Nazirah sebenarnya ialah ia masih bimbang akan keluarga bekas mentuanya, ibu bapanya Razif. Nazirah yakin pasti Razif belum memberitahu mengenai penceraian mereka berdua. Apatah lagi jika tahu jika dirinya yang sudah menikah lagi. Ingat pada masalah kesihatan ayahnya Razif yang punya riwayat jantung, Nazirah tidak sampai hati jika bekas ayah mentuanya itu terkena serangan jantung.

"But.. ayah dan ibuku yang memintanya jugak.. apa kau tidak kisah jika orang tuaku yang nak buat majlis tu ?"
Ujar Hisyam pada Nazirah.

"Sebenarnya apa yang kau fikirkan ? I think you have something else to worry about.." Ujar Hisyam semula.
Nazirah cuma menggeleng. Ia tidak mungkin memberitahu apa yang sedang ada difikirannya saat ini. Apalagi ianya berkaitan dengan keluarga bekas suaminya.

"Nothing.. Awak jangan sangka yang bukan - bukan pulak. Tiada sangkut pautnya sekali pun.. " Kata Nazirah berbohong. Sedangkan memang itu kenyataannya.

"Really ? I don't trust it lah.. " Sanggah Hisyam. Nazirah memutarkan bola matanya, rasa jengah pada sikap Hisyam yang tahu -tahu sahaja perasaannya.

"Up to you lah, awak.. " Jawab Nazirah lalu beranjak keluar dari kamar tersebut. Dengan sigap Hisyam menghadang pergerakan Nazirah dengan rentangan kedua tangannya.

"Wait ! Aku belum habis cakap ni ! Tak sopan tau tinggalkan suami begitu je.. " Seringai tipis tersungging dibibirnya Hisyam. Entah apa lagi yang ia rencanakan selepas ini.

"Awak !" Terdengar suara Nazirah tak suka bila tangan suaminya itu menghadang pergerakannya.

"Malam ni kita tidur kat rumah orang tuaku.. tak ada protesnya, because ni adalah arahan ibu mertuamu.."
Sebenarnya itu idea dari Hisyam sendiri. Dia memang sengaja ingin membawa isteri barunya itu pulang ke rumah orang tuanya untuk diperkenalkan secara mendalam lagi.

"Okey ! Nasib aku ni jenis orang yang hormat pada keluarga sebelah suami.. "

"Thanks Nazirah.. " Ucap Hisyam dengan wajah berbinarnya.

"But.. hari ini aku nak minta izin kejap.. sebelum masuk office aku nak ke mall. Ada barang keperluan yang aku nak beli.. "

"Never mind.. nak aku hantar ?" Tanya Hisyam.

"Tak payahlah.. aku bawa kereta sendiri je.. nanti aku direct je kat office.. " Hisyam mengangguk. Tiada bantahan apapun kerana dia percayakan pada isterinya. Mana mungkin Nazirah buat hal yang tidak masuk akal..

"Okey ! Drive carefully yeah !" Kata Hisyam.
Dan Nazirah hanya membalasnya dengan senyum terbaiknya..

"Nazirah !" Seseorang telah memanggil namanya dan pergelangan tanggannya dicekal. Suara itu sepertinya tidak asing ditelinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience