"Abang… sudah lima bulan, sampai bila hubungan kita terus begini ? Abang.. " Razif menatap sang isteri yang sudah mulai mengomel. Senyum sinis terukir dibibir.
"Ada apa ? Jangan nak mulai lagi.. " Bau alkohol sangat menyengat menembus ke hidung Nazirah.
"Abang minum air kencing syaitan itu lagi kan ?" Nazirah sangat yakin akan itu.
"Stop drinking alcohol !" Mulut ocehan dari Nazirah itu dibuat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja oleh Razif.
Razif meninggalkan Nazirah, wanita yang sudah dinikahinya sejak lima bulan lalu tanpa ada cinta keduanya. Pernikahan yang terpaksa dijalani itu berjalan seiringnya waktu tanpa cinta itu ternyata semakin hari tiada kemajuan. Malah yang ada bertambah buruk. Pernikahan itu terjadi kerana perjodohan dari kedua belah pihak keluarga. Demi menyelamatkan harta kekayaan agar tak jatuh kemana - mana, mereka dijodohkan.
"Abang.. aku kan bertanya, hubungan macam apa yang sedang kita jalani ini ? Apa sedikit pun dihatimu tiada cinta buatku ?" Entah untuk yang ke berapa kali sudah Nazirah mengutarakan perihal hubungan mereka. Sungguh Nazirah binggung pada sang suami yang tidak pernah menganggapnya sebagai isteri.
Razif menghela nafas panjang. Walau dia ada meminum alkohol, tapi kesedarannya masih ada. Alkohol adalah cuma tempatnya melampiaskan masalahnya yang Nazirah tak pernah tahu.
"Nazirah… katakan padaku, kau nak apa ? Kau tahu sendirikan bagaimana pernikahan kita ini terjadi ? Dan kau tahu juga aku sudah punya kekasih !" Begitulah Razif yang selalu dengan alasannya tatkala Nazirah mempersoalkan keterlanjutan hubungan mereka.
Nazirah tanpa malunya memeluk erat ke tubuh Razif. Airmatanya menitis, tapi suara tangisnya tak terdengar. Sungguh hatinya teramat sakit bila dirinya diperlakukan seperti orang asing selama tempoh lima bulan ini.
'Argh ! Ini yang aku takutkan. Aku takut luluh dengan tingkahnya yang selalu merayuku seperti ini ?' Razif membatin dalam hati. Cukup selama ini Razif buat - buat tak peduli pada Nazirah yang telah sah jadi pendamping hidupnya. Asal saja Nazirah tahu, kalau selama ini dirinya menyimpan rasa sayang dan terlanjur cinta pada diri wanita yang berusia 27 tahun itu. Namun, andai saja Nazirah tahu Razif terpaksa simpan rasa itu sendirian kerana ugutan dari kekasihnya sendiri. Apakah Nazirah sedar, selama dalam pernikahan ini, Razif sangat tersiksa lahir batinnya ?
"Sudah ! Jangan nak berlakon depanku lagi. Aku tahu kau sedang menggodaku kan ?" Nazirah tak menggubris pada ucapan suaminya itu. Entah keberanian dari mana datangnya Nazirah tiba - tiba mencium bibir Razif walau ia tak sehebat seperti wanita lain. Apalagi ini ada ciuman pertamanya yang ia serahkan sendiri pada suaminya yang tak pernah menyentuhnya lagi. Menciumnya saja tidak pernah.
"Abang… aku mencintaimu… Please.. bukalah pintu hatimu buatku." Nazirah cuba memohon. Mengungkapkan perasaanya pada suaminya. Ya, dia tahu dan sedar jika suaminya itu sangat dingin padanya. Melihat wajahnya sahaja ia tak ingin, apatah lagi nafsu ?
"Stop Nazirah ! bukankah sudah ku bilang… Jangan pernah berharap pada pernikahan kita. Aku tak kan pernah mencintaimu dan tak kan pernah. Sedarlah sikit !" Razif mendorong tubuh Nazirah sehingga tergeletak diatas ranjang.
"Apa ? Kau ingin aku menidurimu bukan ? Okey fine ! Aku akan tunaikan kemahuan dan hasratmu. Tapi jangan menyesal jika satu saat nanti kita bercerai.. " Imbuhnya Razif. Ayat - ayat sadis itu tak dipedulikan langsung oleh Nazirah. Memang itu yang diinginkannya. Berharap Razif meniduri dirinya lalu hamil. Dan bagi Nazirah hamil itu bakal mengikat satu hubungan dengan kuat.
Razif menindih tubuh Nazirah. Melumat bibir seksi itu. Tangannya dengan kasar menarik paksa satu persatu apa yang menutupi ditubuhnya Nazirah. Tiada kelembutan sedikit pun.
'Awh !' Nazirah mendesah sakit pada puting buah dadanya kerana digigit oleh Razif.
"Nikmat bukan ?" Razif sengaja sebenarnya berlaku kasar pada Nazirah. Mata Razif kini tak berhenti dari menatap setiap inci tubuh polos yang sudah bertelanjang bulat itu.
'Argh ! Tidak ! Aku tak akan lakukannya.. !' Kata Razif dalam hatinya. Razif berperang dengan perasaannya sendiri. Ia segera menghentikan aksi gilanya.
"Maaf ! Aku tak sanggup lakukannya bersama wanita yang bukan aku cintai sungguh pun kau isteriku.. " Sebelum pergi, Razif memungut semua pakaian Nazirah yang ia lucutkan tadi lalu melemparkannya ke tubuh isterinya. Nazirah merasakan bahawa dirinya bagaikan seorang pelacur saja walau masih belum disentuh sepenuhnya.
Nazirah menggeram kesal diperlakukan sedemikian oleh Razif. Lima bulan dirinya sah sebagai isteri dari Razif, tapi dia masih perawan. Memalukan sekali !
Siapa menyangka jika Razif datang semula ke kamar mereka. Dengan tujuan apa ? Walau berat mengatakannya pada Nazirah, tapi itu adalah jalan yang ia pilih untuk kebaikan bersama.
"Kita cerai ! Esok kita jumpa kat pejabat syariah untuk daftarkan penceraian. " Kata - kata dari Razif itu buat Nazirah terpaku. Nazirah terkejut bukan kepalang.
"Nazirah binti Malik, aku Razif bin Mohd.Syukri
jatuhkan talak satu ke atasmu !" Razif kini benar - benar pergi meninggalkan Nazirah yang sudah berlinang airmata. Akhirnya Nazirah ditalakkan tanpa alasan kukuh. Tiada cinta ? Apakah itu pantas dipanggil alasan ?
"Abang.. ! Abang sangat kejam ! Ini sangat tak adil buatku !" Nazirah sudah tak berdaya lagi. Tubuh yang terkapar itu sedang dalam dilemanya sendiri. Hampir saja ia tak percaya, diceraikan saat keperawanannya yang sudah hampir diserahkan pada suaminya. Namun… sangat disayangkan bagi dirinya yang telah ditalak sebelum disentuh.
'Apa salahku abang Razif ?' Nazirah bergumam sendiri. Kedepannya.. Dia tidak tahu bagaimana nasibnya. Jika keluarganya tahu tentang penceraiannya ini, apakah namanya akan dikeluarkan dari keluarga ?
'Maafkan aku Nazirah. Aku sangat sayangkan dirimu.. Tapi aku tak nak merosak kehidupanmu dengan keegoanku. ' Razif mengacak - acak rambutnya. Dia amat terluka dengan sikapnya sendiri. Jika bukan kerana Annisa sang kekasih hatinya yang mengugutnya untuk menghantar video lucah mereka berdua kepada keluarga besarnya, mana mungkin ia melepaskan Nazirah begitu sahaja. Kerana kebodohannya sendiri, ia terlanjur meniduri Annisa.
'Maafkan aku Nazirah !' Ucapnya Razif sendirian yang sedang bersembunyi dibalik pintu kamar tidur.
Share this novel