Senyum melebar dibibirnya Hisyam. Dikejauhan dia dengan sangat jelas mengenali pada sosok secretary
nya itu yang jalan beriringan bersama Razlan.
Siapa menduga jika pesta ulangtahun tersebut buat Hisyam yakin akan mengusil Nazirah kerana wanita itu terlalu banyak tanda tanyanya buat Husyam.
Mata memandang tertuju pada Nazirah. Seberapa ramai jemputan yang hadir dipesta ulangtahun itu tak hentinya mata berkedip. Bisikan suara pujian mula terdengar. Cantik ! Anggun ! Siapalah wanita yang jalan bergandingan Razlan itu ? Apakah dia adalah calon pendamping hidupnya Razlan ?
Razlan dan Nazirah datang menghampiri empunya pesta tersebut. Ucapan selamat buat pemilik ulangtahun adalah kebiasaanya bila sambutan majlis diadakan.
"Happy Birthday.. My friend.. " Ucapan selamat itu ternyata ditujukan buat seorang wanita. Ya wanita itu adalah teman baiknya Razlan. Tapi kenapa wajah wanita itu sepertinya tidak asing dimatanya Nazirah ?
"Happy Birthday to you.. " Wanita itu tersenyum manis.
Namun kenapa senyuman dari wanita itu buat Nazirah tak keruan ?
"Honey ! Happy Birthday to you.. " Ucap salah seorang lelaki dari arah belakang. Tapi tunggu ! Kenapa suara lelaki tersebut seperti Nazirah sangat biasa mendengarnya ?
Nazirah berbalik badan. Penasaran pada arah suara itu.
Memang tidak dipungkiri, jelas itu suara yang tak asing bagi Nazirah.
DEG ! DEG !
Deguban jantung Nazirah bagaikan nak terhenti saat itu juga. Memang tidak salah lagi. Rupanya Razif. Bekas suaminya Nazirah.
'Kenapa kebetulan sekali ? Apakah Allah sedang memberiku petanda agar melupakan Razif selamanya ?' Naziah membatin. Sumpah demi apapun ketika ini hati dan perasaan Nazirah tersayat. Serasa seperti dicarik - carik.
Teguhnya tubuh berdiri tadi mengapa seperti ingin melayang jatuh ? Sekuat itukah rasa cinta Nazirah buat Razif ?
"Eh ! Naz ! Kau okey ?" Nazirah yang hampir linglung dibahunya Razlan untung ada Razlan yang mencekalnya.
Menyambut Nazirah itu buat perhatian dimatanya Hisyam. Tak tinggal pada Razif dan wanita yang empunya majlis tersebut.
Razif segera mendapatkan Nazirah. Merampas tubuh itu dari cekalan Razlan. Seketika pandangan mata bekas pasangan suami isteri itu bertatap. Tatapan penuh cinta. Dua insan yang saling mencintai namun tiada siapa yang tahu akan perasaan itu.
Razif menuntun Nazirah ke sebuah meja yang ada disitu.
"Duduklah !" Pinta Razif. Nazirah hanya mengikuti
apa yang dikatakan oleh bekas suaminya itu. Detak
jantung keduanya itu tak kalah berdetak kencang.
"Apa yang membuatmu sampai hampir nak rebah seperti tadi. Kau pasti penat bekerja, iyakan ?"
Nazirah tak bergeming. Dirinya masih shock mendengarkan Razif memanggil Honey pada wanita itu. Jangan ditanya pada hatinya saat ini, tergurisnya bukan kepalang.
"Jadi ini alasannya ? Aku ingat abang bergurau saat masih bersama dulu. Rupanya benar abang punya kekasih. Thank's abang ! Aku faham sekarang, kenapa abang ceraikan aku.. begitu besarkah cintamu pada wanita itu sampai lepaskan aku, membelakangkan keluarga kita ?" Razif memejamkan matanya sekilas.
Sungguh kenyataan ini sangat sulit untuknya jelaskan pada Nazirah.
"Bee.. lupakanlah jandamu itu ! Kan ada aku disisimu ?
Atau kau nak aku.. " Kata wanita yang tidak lain tidak bukan ialah Annisa, sang kekasih Razif yang terlanjur
ditidurinya.
"Stop Honey !" Razif bangkit dari duduknya yang bersebelahan dengan Nazirah. Lalu beranjak meninggalkan tempat tersebut. Annisa kemudiaannya menyusul Razif. Dia tahu kalau Razif pasti sedang benggang padanya.
"Naz.. I'm sorry ! Aku tak tahu jika Annisa itu adalah boyfriendnya Razif. Jomlah ! Aku menghantarmu pulang.. " Razlan meraih paksa tangan Nazirah dengan niat ingin menghantar Nazirah pulang ke rumah.
"No ! Jangan pedulikan aku ! Biarkan aku sendiri..
Razlan please ? Untuk kali ini je !" Razlan melepaskan
genggaman tangan mereka. Ya ! Mungkin benar apa yang Nazirah katakan itu. Dia perlu sendiri untuk tenangkan hatinya.
Nazirah angkat kaki. Suasana hatinya benar - benar tak
baik. Membawa diri hingga jauh dari perkarangan tempat tersebut.
"Jom ! Ikut aku !" Satu tangan menarik paksa tangan Nazirah. Kepala mendongak melihat melihat lelaki yang ada didepan itu buat senyum sinis tersungging dibibirnya Nazirah.
"Hei ! Jangan sambarangan kamu ya pegang tanganku !" Pekik Nazirah.
"Wah ! Jangan jual mahal sangat ya.. aku akan membuatmu hilangkan masalahmu. " Kata Hisyam menyeringai terpancar pada raut wajahnya.
"No ! Aku tak perlukan kau untuk hilangkan masalahku !" Nazirah mencuba melepaskan tangannya yang masih dalam genggamannya Hisyam.
"Uuhh ! Kau tak nak aku buatmu melayang tinggi ke awan.. kau faham kan maksudku ? Kau janda dan aku duda.. pasti kita akan terbang bersama dengan nikmatnya.. " Usiknya Hisyam.
"Argh !!!" Teriak Nazirah. Apa Hisyam fikir dia adalah janda yang gatal ? Senang bila diajak begituan ?
Pasti saja Nazirah bukannya orangnya.
Hisyam pula semakin giat dengan mengusik Nazirah.
Sungguh Hisyam terhibur kerana kelicikannya saat ini dan dalam dia tersenyum penuh percaya diri, tiba - tiba..
'Plakk !!'
Satu tamparan keras hinggap ke pipinya Hisyam.
Siapa menduga kalau seorang wanita seperti Nazirah
berani melayangkan tamparan pada Hisyam ?
"Sial kau janda murahan !"
Marah Hisyam pada Nazirah. Lalu..
Share this novel