BAB 4

Drama Completed 8137

Pagi-pagi lagi, Afiqah sudahpun bangun bagi menjalankan tugas sebagai isteri, menyediakan sarapan buat suaminya.

"Selamat pagi, sayang.." Ucap Eidlan lalu menghadiahkan satu kucupan manja di pipinya.

"Selamat pagi.." Balas Afiqah ringkas sambil tangannya sibuk mencedok nasi yang digorengnya masuk ke dalam mangkuk.

"Sayang.. Pasal semalam, abang nak.."

"Tak abang, sayang yang nak minta maaf." Kata Afiqah, mencelah sambil meletakkan mangkuk yang berisi nasi goreng itu tadi di atas meja. Kerusi kosong ditariknya lalu dia mempelawa suaminya untuk duduk. Tanpa sebarang bantahan, Eidlan pantas melaburkan punggungnya.

"Sayang ok tak ni?" Soal Eidlan dengan raut wajahnya yang jelas risau.

"Ok, bang.. Mama dengan papa semalam.."

"Diaorang balik terus. Abang dah suruh tunggu, sebab abang nak masak untuk diaorang, tapi..sayang fahamlah.. mama tu macam mana.." Jelas Eidlan. Afiqah mengangguk faham. Masak sungguh dia dengan perangai ibu mertuanya yang enggan terlihat masuk campur rumahtangga mereka.

"Sayang rasa bersalah pulak, bang.. Kalau nanti sayang ada masa, saya singgahlah jumpa diaorang. Sebab tadi sayang check schedule macam tak banyak kelas nak attend hari ni.." Balas Afiqah pula lalu menghulurkan sepinggan nasi goreng kepada Eidlan sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi kosong berhadapan dengan suaminya.

"Baiklah, kalau macam tu.. Nanti abang call sayang after office hour. Kalau sayang masih di rumah mama, balik kerja je, abang terus ke sanalah.." Ujar Eidlan lalu tersenyum lebar. Afiqah membalas senyuman suaminya sambil dia menyuap nasi goreng itu ke dalam mulutnya.

"Ehm.. Btw, sayang tahu kan yang secretary abang, Mira nak sambung study?" Soal Eidlan. Afiqah mengerutkan dahi, kerana seingatnya, suaminy itu tidak pernah menceritakan hal ini kepadanya.

"Er..ada ke abang bagitahu sayang before? Macam tak pernah dengar pula.."

"Eh, ye ke? Abang takda cerita kat sayang ek? Macam ada je.."

"Oh, mungkin sayang lupa kot? Hehehe.."

"Alaa sayang ni.. Tu lah banyak sangat fikir." Tegas Eidlan. Afiqah hanya tersengih-sengih. "Mira nak sambung study, dia dah hantar pun surat berhenti kerja. Sekarang ni, abang tengah dok sibuk cari orang ganti dia hah.. Kalau sayang ada kenal siapa-siapa yang nak kerja, bagitahulah abang, ok?" Sambung Eidlan lagi.

***

"Aku ni belum lagi kahwin dah sibuk gi supermarket beli groceries. Kau punya pasal lah ni!" Bebel Christella. Afiqah yang seakan rimas dengan bebelan Christella pantas mengeluh panjang. Nasib baik sayang, layankan je lah.

"Aku kena beli barang dapur, sebab barang dapur aku habis lagi pula, aku nak masak special untuk mertuaku nanti..Dan kau pun, belajar awal lah, tak rugi apa pun ka?" Jelas Afiqah berserta usikan. Christella yang enggan menerima alasannya, mengeluh berat. Sesekali kepalanya di geleng-geleng.

"Kau nak masak special untuk mertua kau kenapa? Kau ada buat dosa ke kat mereka?" Kata Christella serkap jarang. Afiqah yang terkejut dengan soalan Christella pantas membulatkan matanya.

"Kenapa? Aku ada ada salah cakap ke?" Soal Christella sebaik melihat repson sahabatnya itu.

"Memang pun! Sampai hati kau cakap macam tu kat aku.." Ujar Afiqah lalu mencebik bibirnya. Merajuk.

"Haih.. Dah jadi bini orang pun masih nak merajuk. Kau ingat aku ni apa? Laki kau? Nak gi pujuk kau? Dah jum!" Kata Christella dengan tegas sambil menarik kasar tangan Afiqah, sekaligus membuatkan mulut Afiqah sedikit ternganga.

Setelah siap membeli barang dapur, Afiqah dan Christella pun singgah ke sebuah cafe yang berdekataan setelah tekak mereka terasa kering.

"Chris.. Sebenarnya, semalam aku gaduh kecil dengan Eidlan.." Ujar Afiqah perlahan-lahan sebagai pembuka bicara.

"Eidlan?" Soal Christella sambil dahinya mengukir satu kedutan halus. "Korang gaduh pasal apa?" Tambahnya lagi.

"Mak cik Siti tu hah. Dia buat hal lagi, siap bagi aku jus perawan lagi! Jadi mood aku tetiba swing, and tanpa aku sedar aku tinggikan suara kat Eidlan. Yang buat aku makin bersalah, parents dia kat situ semalam.." Jelas Afiqah sambil jari-jemari bermain dengan straw minumnnya.

"Aku dah agak dah kan! Sebab tu lah kau beriya-iya sangat ajak aku teman kau beli barang dapur ni, kau memang ada buat dosa!" Balas Christella jujur dan tidak semena satu cubitan manja hinggap di lengannya.

"Kau ni kan..!" Marah Afiqah lalu menghirup air jus oren yang dipesannya tadi. Cuaca yang panas begini memang sesuai untuk segelas jus.

"Afiqah?" Sapa satu suara yang kedengaran halus membuatkan Afiqah mengangkat kepalanya. Begitu juga Christella. "Hi, Afiqah! You masih ingat tak I?" Soalnya dengan nada yang girang.

Afiqah yang seakan cuba mengingati nama gadis yang sederhana tinggi dihadapannya itu, pantas menutup matanya sambil jari nya diletakkan di atas dahinya yang sedang berkerut.

"Hm.. Damia kan?" Soal Afiqah teragak-agak. Sejujurnya dia sendiri pun kurang pasti dengan jawaannya.

"Yes! Damia. Tak sangka you ingat I. Dah lama tak jumpa, kan? Last jumpa pun time reunion kelas dulu." Balasnya dengan begitu teruja dan tanpa di ajak di segera melabuhkan punggung di kerusi kosong bersebelahan dengan Afiqah.

Christella yang masih lagi duduk di hadapan Afiqah berpeluk tubuh sambil mencebikkan bibirnya, seakan jengkel dengan tingkah Damia yang terlihat palsu itu.

"A'ah. You buat apa sekarang?" Soal Afiqah, ingin tahu. Yalah, memang soalan klise setiap kali jumpa kawan lama pun, kan?

"I? I takda buat apalah. Tengah nak cari kerja.. Tapi dekat KL ni payah sangat!" Rengek Damia manja membuatkan Christella semakin menyampah.

"Sebut pasal kerja, kebetulan husband I tengah cari secretary. Kalau you nak, you boleh lah try.." Pelawa Afiqah membuatkan bibir Damia tersenyum lebar.

"Of course I nak!" Jawabnya dengan penuh teruja. "Maksud I, sebab yelah, sekarang ni payah sangat cari kerja. Dah rezeki depan mata kan.. Takkan tolak?" Sambungnya lagi dengan nada yang sedikit merendah sambil tersipu-sipu.

"Ok, kalau macam tu.. You bagi nombor you, then I will let my husband know.." Ujar Afiqah tanpa was-was.

Setelah selesai sesi menjejak kasih, Damia pun segera meminta izin untuk pulang. Sempat dia memeluk dan mengucup kedua belah pipi kawan lamanya itu sebelum beredar. Christella yang ternyata masih lagi jengkel dengan keberadaan Damia, memandang gadis bertubuh lansing persis model itu dari atas ke bawah.

"Siapa perempuan tu?" Cepat saja mulut Christella mengajukan soalan sebaik sahaja kelibat Damia tidak kelihatan.

"Ex classmate aku." Balas Afiqah ringkas lalu menghirup jusnya itu.

"Ex classmate kau?" Soal Christella lalu tersenyum sinis. "Kau sure kau nak kasi position tu kat dia? Kau sendiri pun tahu kan, kalau nak jadi secretary si Eidlan tu kena berkepit dengan dia 24/7?" Tambah Christella dengan nada yang agak tegas.

"Amboi..kau! Cemburu mengalahkan aku bini dia!" Ujar Afiqah lalu tertawa kecil. Sesekali kepalanya digeleng. "Lagipun dia perlukan kerja, aku tolong lah, Eidlan pun perlukan secretary..it's just a perfect timing." Tambah Afiqah lagi.

"Tolong tolong juga, tapi jangan terjerat diri sendiri sudah! Lagipula aku tengok dia lain macamlah.." Ujar Christella masih lagi bertegas dengan naluri wanitanya.

"Lain macam apanya? Aku kenal dia lama dah, dia oklah.." Kata Afiqah bersahaja. Makin dilayan si Christella, makin sakit kepala dibuatnya.

"Kau dah lama giler tak jumpa dia. Kau tak boleh expect orang tu akan stay the same..Lagipun, bagi kau tu, semua orang pun baik,ok. Kau tengok lah Mak cik Siti tu..Aku dah cakap awal-awal yang dia tu sejenis makcik-makcik bawang, tapi kau tak nak dengar, layan jugak kau..Kau tengok sekarang apa jadi?!" Marahnya dah persis macam perempuan tengah PMS.

"Ish kau ni! Fikiran kau terlalu negatif.." Ujar Afiqah lembut. Memang sudah menjadi tabiatnya untuk sentiasa berfikiran positif.

"Dan kau pula, terlalu positif. And jangan cakap aku tak warning kau.." Balas Christella dengan sedikit ugutan.

*****

Seawal 7 malam lagi, Afiqah sudah pun tercegat di ruang tamu, menunggu ketibaan suaminya. Kalau ikutkan kontrak, waktu berkeja buat Eidlan cumalah dari pukul 8 sehingga 5, tapi disebabkan kesesakan lalu lintas yang Agak teruk, beliau sering sampai ke rumah sedikit malam.

Pantulan lampu yang menyuluh ke arah rumah Afiqah menarik perhatiannya. Dia dengan senyuman yang lebar dibibirnya, pantas membuka daun pintu.

"Assalamualaikum, bang.." Ucapnya sebaik saja Eidlan keluar dari perut kereta lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Walaikumsalam.." Balas Eidlan lalu menghadiahkan satu kucupan manja di dahi isterinya itu.

"Abang.. Macam mana kawan yang sayang cakap tu? Abang nak tak ambik dia jadi secretary abang?" Laju saja mulut Afiqah mengajukan soalan itu. Eidlan yang terasa lucu dengan tingkah isterinya pantas tertawa kecil. Sesekali kepalanya di geleng.

"Ambik.. Dah isteri abang yang recommend.. Berani abang tolak?" Balas Eidlan lembut lalu tersenyum mesra. "Tapi sayang kena ingat, kalau dia tak boleh buat kerja, apa still ada hak untuk buang dia. No excuse." Sambung Eidlan lagi dengan nada tegas. Afiqah tersenyum sambil perlahan-lahan dia mengangguk faham.

"Hmm.. abang, kalau sayang nak tanya..hm..abang jangan marah." Ujar Afiqah lembut sekaligus membuatkan dahi Eidlan berkerut.

"Abang pernah marah sayang ke?" Usik Eidlan lalu tersenyum nakal. Afiqah yang termakan dengan usikan pantas menghadiahkan satu cubitan manja di lengan suaminya itu.

"Abang ni!" Rengek Afiqah. "Takda lah.. Dah lama sayang fikir pasal ni.. Kalau kita buat checkup nak tak?" Soal Afiqah.

Eidlan yang seakan faham dengan kehendak isterinya kelihatan kurang senang lalu tertunduk bisu. Agak lama dia dalam posisi sebegini sebelum dia bersuara.

"Boleh tak kita masuk dalam dan bincang? Tak elok rasanya kalau orang lain dengar.." Ajak Eidlan. "Apatah lagi kalau bestfriend sayang tu yang dengar.." Usik Eidlan sambil bibirnya dimuncungkan ke arah rumah Mak cik Siti lalu tertawa kecil dan tidak semena satu lagi cubitan manja hinggap di lengan sasanya.

Setelah selesai mandi, makan dan solat, Eidlan dan Afiqah masing masing melakukan aktiviti mereka. Eidlan sibuk dengan kerja dan komputer ribanya, manakala Afiqah pula sibuk membuat persiapan untuk kelasnya esok.

"Sayang." Panggil Eidlan tiba-tiba dengan nada yang halus dan manja.

"Ye bang.." Balas Afiqah. Pandangannya pada buka nota sebentar tadi kini beralih kepada suaminya.

"Abang nak tanya pasal checkup tu.." Kata Eidlan dengan penuh serious. "Kenapa tiba-tiba? Kenapa tiba-tiba nak buat ujian? Sayang rasa yang sayang tak subur ke punca takda anak?" Tanya Eidlan dengan berhati-hati. Wajah isterinya itu ditenung penuh.

"Takdalah..Tapi tak salah kan, kalau kita cuba, dari situ kita boleh tau masalah kita, dan selesaikannya. Sejujurnya, sayang teringin sangat nak ada baby, bang.." Jawab Afiqah. Eidlan mengeluh berat. Tangan isterinya itu dicapainya sebelum di genggam erat.

"Hm.. Kalau gitulah yang sayang nak, abang turutkan. Esok, lepas abang briefing pasal tugasan yang perlu Damia buat, kita gi hospital k?" Ujar Eidlan yang akhirnya akur dengan cadangan Afiqah.

"Tapi betul ke sebab tu? Bukan sebab pressure dari Mak cik Siti?" Soal Eidlan pula seakan masih tidak berpuas hati. Afiqah hanya tersenyum sebelum kepalanya perlahan-lahan mengangguk, mengiyakan soalan Eidlan itu tadi.

"Sayang.. Abang setuju. Tapi kalau disebabkan bestfriend sayang tu..hm.." Usik Eidlan lalu mengetap bibirnya geram membuatkan Afiqah tertawa kecil. "Sayang jangan fikirkan sangatlah pasal Mak cik Siti tu. Abang akan tetap cintakan sayang, sekalipun kita tak dikurniakan anak.." Sambung Eidlan lagi, bagi menenangkan hati isterinya itu.

"Abang yakin? Untuk berapa lama?" Soal Afiqah seakan mencabar kesetian Eidlan. Eidlan hanya tersenyum sambil tangan kanannya diangkat tinggi.

"Selagi cincin ni tersarung di jari manis abang, selagi itulah perasaan sayang abang kepada sayang takkan hilang.." Balas Eidlan dengan penuh romantis lalu tersenyum manis.

"Janji abang buatkan sayang semakin takut." Ujar Afiqah lembut.

"Takut apa?"

"Kehilangan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience