Jam di dinding menunjukkan pukul 6 petang. Afiqah yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah terkejut melihat kelibat suaminya yang sudah pun di atas sofa. Dahinya dikerut.
"Awal abang datang?" Soal Afiqah, hairan.
"Kenapa? Awak suka ke kalau abang balik lambat?" Tanya Eidlan tegas. Wajahnya masih lagi masam mencuka. Afiqah yang masih lagi terpinga-pinga dengan perubahan suaminya pantas meletakkan beg tangannya di atas sofa.
"Apa maksud abang?" Soal Afiqah, seakan dapat mengagak apa yang berada di fikiran suaminya itu.
"Apa yang abang bagi tahu dekat awak tempoh hari?" Tanya Eidlan lalu bangkit dari tempat duduknya. "Jangan keluar berdua dengan abang Damia kan? Kenapa awak ingkar?" Sambungnya lagi. Wajahnya jelas kelihatan tegang. Afiqah mengeluh panjang lalu tersenyum sinis.
"Apa masalah abang ni sebenarnya hah? Itu restoran kan? Sesiapapun berhak untuk datang ke situ.." Jawab Afiqah sambil menggeleng-geleng kepalanya, tidak percaya. "Kitaorang terserempak.." Tambahnya lagi.
"Terserempak? Kalau sekali, boleh lah Afiqah cakap terserempak ni dah kedua kali. Itupun terkantoi. Kalau yang tak terkantoi, dah berapa kali hah?!" Pekik Eidlan. Wajah Afiqah yang sedang mengetap bibir geram, ditatapnya tajam.
"Habis, abang nak Afiqah cakap apa? Sengaja? Abang.. Susahlah cakap dengan abang sekarang ni. Apapun yang Afiqah cakap, semuanya salah di mata abang!" Bentak Afiqah. Nafasnya tercungap-cungap keletihan. Letih, bertikam lidah dengan suaminya sendiri.
"Macam mana abang nak percayakan Afiqah, kalau kerja Afiqah nak menipu je? Cuba Afiqah jujur.." Balas Eidlan membuatkan Afiqah tersenyum sinis. Sesekali dia tertawa kecil.
"Menipu? Abang, Afiqah tak pernah tipu abang! Abang je yang tak pernah percayakan Afiqah. Eh, abang! Kalau abang nak berskandal sekalipun, tolonglah.. Takpayah nak cari kesalahan Afiqah. Cermin diri tu dulu!" Herdik Afiqah lalu menarik kasar beg tangannya sebelum berjalan menaiki anak tangga. Kakinya sengaja di hentak hentak sebagai tanda protes.
Tidak lama kemudian, Afiqah kembali menuruni anak tangga. Namun kini, dia bersama bagasi yang sudah pasti berisi baju-baju miliknya.
"Afiqah! Awak nak pergi mana?" Soal Eidlan tegas, mematikan langkah Afiqah yang baru saja ingin memulas tombol pintu.
"Saya nak tinggal dengan ayah untuk seminggu dua macam tu." Balas Afiqah selamba. Wajah Eidlan tak sedikit pun dipandangnya.
"Kenapa? Awak dah takda rumah ke nak tidur? Bilik tu pun elok je saya bagi kat awak tidur." Kata Eidlan dengan nada sinis.
"Mohammad Eidlan Fakrullah!" Jerit Afiqah membuatkan Eidlan sedikit tersentak. Bagasi yang di gengamannya tadi kini di lepas. Tubuhnya dipusing menghadap Eidlan. Bibirnya diketap geram.
"Saya dah letih! Letih dengan telahan awak yang entah apa-apa, letih dengan perangai awak yang tak sikit pun cuba untuk faham saya, saya letih hari-hari nak menghadap dan bertengkar dengan awak, awak faham tak?!" Pekik Afiqah melepaskan segala amarahnya. Bergetar satu tubuhnya dek terlalu lama menyimpan rasa sakitnya itu. Bibirnya diketap geram. Seketika, dia lupa yang dia sedang mengandung.
"Sebab itulah awak cari abang Damia kan?" Soal Eidlan pula, masih lagi mempertahankan egonya.
"Balik balik abang Damia! Balik balik abang Damia! Dalam kepala otak abang cuma ada Damia dengan abang dia je ke hah?" Marah Afiqah lalu mendengus geram. "Dahlah abang, biarkanlah Afiqah pergi. Duduk dalam rumah ni, dah umpama duduk dalam neraka! Takda rasa sayang apatah lagi cinta, yang ada cuma benci!" Sambungnya lagi lalu memusingkan tubuhnya sebelum memulas tombol pintu.
"NUR AFIQAH DAHMANI!" Panggil Eidlan tegas. Wajahnya kelihatan semakin serius, tanganya digenggam kemas membentuk penumbuk.
Dengan pintu yang sedikit terbuka, Afiqah menarik nafasnya sedalam-dalamnya, seakan dia dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.
"Selangkah kau keluar dari rumah ni, aku akan ceraikan kau dengan talak satu" Sambung Eidlan. Urat-urat di pipinya kelihatan semakin menegang, egonya semakin menggunung.
Afiqah terdiam seketika. Matanya kelihatan mulai berkaca. Alangkah hancurnya hatinya sebagai seorang isteri apabila lelaki yang dipilihnya menjadi suami melafazkan talak sebegini. Eidlan masih lagi berdiri di situ, kaku. Takda pujuk rayu, mahupun tutur kata yang lembut, bagi menarik semula ungkapannya.
Dengan hati yang tabah, perlahan-lahan Afiqah berjalan melangkah keluar dari rumah seiring dengan talak yang di lafaz oleh Eidlan sebentar tadi. Mungkin dah tiba masanya untuk mengalah. Mengalah demi maruah diri. Eidlan membulatkan matanya terkejut dan sudah pasti sedikit menyesal. Mulutnya sedikit ternganga, seakan tidak mempercayai apa yang baru saja terjadi. Nur Afiqah Dahmani bukan lagi miliknya yang sah.
"Terima kasih abang.. Mungkin benar, saya terlalu baik untuk abang. Selamat tinggal daripada saya dan juga anak kita.." Ucap Afiqah sebelum berjalan terus menuju satu-satunya harta miliknya, iaitu kereta kuning pemberian arwah ibunya.
"A-nak? Maksud awak? Afiqah.. Awak mengandung!?" Soal Eidlan terkejut. Matanya dibulat sebulat-bulatnya seakan tidak percaya.
"Jumpa awak di mahkamah." Ucap Afiqah lalu menghidupkan enjin kereta sebelum cepat-cepat pergi. Eidlan yang merasa menyesal pantas menekup mukanya. Terlihat 1001 penyesalan dari raut wajahnya. Tanpa dia sedar, dia kini terduduk lemah di atas lantai beralaskan airmata.
*****
Setelah hampir 20 minit memandu tanpa arah tuju, Afiqah akhirnya membuat keputusan untuk parkir keretanya di stesen bas yang tidak jauh dari situ dan dengan serta merta airmata yang cuba dibendungnya tadi, kini mencurah-curah membasahi pipinya.
Kepalanya diletakkan pada stering kereta. Bingung! Sesunguhnya, dia kini hilang arah tuju. Entah pada siapa dia perlu mengadu Dia tidak mungkin pulang ke rumah ayah dalam keadaan sebegini. Pasti masak Eidlan dibuatnya!
Dan tiba-tiba, nama Christella bermain-main dimindanya. Tanpa berlengah dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor sahabatnya itu. Tidak menunggu lama, Christella segera menjawab panggilannya.
"Chris.. Kau kat mana sekarang?"
"Kat rumahlah. Kat mana lagi? Kau kenapa? Kenapa suara kau macam bergetar? Kau nangis eh? Afiqah, apa yang jadi?!"
"Nanti aku cerita.. Aku jumpa kau sekarang."
Panggilan dimatikan. Tanpa berlengah Afiqah segera memecut laju ke kediaman Christella.
"Kau kenapa, Afiqah?" Soal Christella sebaik saja membuka daun pintu buat sahabatnya itu. "Kenapa mata kau kembang? Kau baru habis menangis ke apa?" Tanya Christella lagi setelah agak lama soalannya tidak di respon.
"E.. Eidlan.." Kata Afiqah tersekat-sekat. Sisa airmatanya yang masih lagi terlekat pada hujung matanya dihapus dengan hanya satu kedipan. "Aku dah tak tahan.. A.. Ku tak.. Ta..hu apa yang aku patut buat.." Sambungnya lagi membuatkan Christella semakin kebingungan.
"Kau cerita kat aku perlahan-lahan. Apa yang dah jadi. Apa Eidlan buat dekat sampai kau nangis macam ni teruk!" Ujar Christella dengan nada yang sedikit meninggi sebelum mempelawa Afiqah duduk di sofa yang bewarna cream miliknya itu.
"Chris.. A.. ku, a.. ku dah diceraikan oleh Eidlan, Chris.." Kata Afiqah tersekat-sekat dan sekali lagi, dia tewas membendung airmatanya daripada terjatuh deras.
"WHAT?" Soal Christella tidak percaya. Afiqah yang cuba menenangkan dirinya sendiri pantas menarik tubuh Christella lalu dipeluknya erat. Habis basah lencun baju putih yang terlekat pada tubuh Christella dek airmata Afiqah.
"Sabar, Afiqah.." Pujuk Christella sambil mengusap lembut belakang tubuh Afiqah. "Kau tak nak bagitahu ayah kau ke pasal ni?" Soal Christella pula lalu meleraikan pelukan Afiqah.
"Aku tak tahu.. Takkan lah aku nak jumpa ayah aku macam ni? Cukup aku seorang yang sakit, Chris.." Ujar Afiqah sayu. Christella yang merasa kesian melihat nasib Afiqah pantas mengesat airmata sahabatnya itu lembut.
*****
Keesokan paginya, bangun saja dari tidur, Afiqah merasakan seperti sesuatu yang berat menghempap kepalanya. Airmatanya terasa kering dan tubuhnya pula semakin lemah. Christella yang sudah pun duduk di bucu katil pantas meletakkan telapak tangannya pada dahi Afiqah bagi memeriksa suhu badan wanita itu.
"Afiqah.. Lepas breakfast ni, aku nak gi jumpa someone. Tapi before tu, aku nak kau turun dan makan. Aku dah buatkan bubur untuk kau.." Ujar Christella. Afiqah hanya mengangguk lemah.
"Kepala aku peninglah.." Ujar Afiqah sambil perlahan-lahan dia bangkit dari katil.
"Macam mana lah tak pening, kalau nangis je memanjang..." Kata Christella sinis lalu merangkul tubuh Afiqah.
"Thanks, Chris. Sorry kalau aku susahkan kau.." Ucap Afiqah sebaik saja tiba di dapur rumah Christella sebelum melabuhkan punggungnya.
"Ish takda apalah!" Balas Christella sambil menghidangkan mangkuk yang berisi bubur itu tadi di hadapan Afiqah. Afiqah hanya tersenyum kelat.
"Kau cakap kau nak jumpa someone. Kau nak jumpa sapa?" Soal Afiqah, ingin tahu.
"Adalah.." Balas Christella sambil mengerling jam tangannya. "Hm oklah, Afiqah. Aku kena pergi. Sepanjang aku takda kat rumah, kau jangan buat benda yang bukan-bukan.. " Kata Christella seakan memberi amaran membuatkan Afiqah tertawa kecil.
"Apa kau merepek ni? Aku masih waraslah!" Marah Afiqah lalu menyuapkan bubur itu tadi ke dalam mulutnya.
"Manalah tahu kan.." Ujar Christella sambil mengerling ke arah Afiqah tajam. "K lah aku pergi dulu!" Sambungnya lagi lalu menarik beg tangan yang di letaknya di atas meja.
"Bye, see you later!" Ucap Afiqah lalu tersenyum. Cincin di jari manis Afiqah yang menangkap pandangannya, dimain.
"Alright! Jangan tenung lama sangat. Kalau boleh bakar terus!" Kata Christella seakan memerli sebelum dia berjalan keluar.
*****
"Awak nak bawa saya kat mana ni?" Soal Daniel sebaik saja masuk ke dalam perut kereta milik Christella.
"Ofis Eidlan." Jawab Christella ringkas lalu memecut kenderaan empat rodanya itu.
"Kita nak buat apa pergi ofis Eidlan? Siapa Eidlan?" Soal Daniel pula.
"Kau tak kenal siapa Eidlan?" Soal Christella. Daniel pantas menggelengkan kepalnya
"Suami Afiqah. Bakal suami adik kau." Jawab Christella dengan nada tegas. Daniel yang seakan terkejut dengan berita itu hanya terdiam kelu.
Setiba saja di pejabat Eidlan, Christella segera meluru ke arah Eidlan yang sedang duduk di kerusinya sambil memicit-micit kepala. Daniel yang berada sedikit ketinggalan ke belakang, terkial-kial mengekori langkah Christella.
"Christella?" Soal Eidlan lalu bangkit dari kerusinya. Tidak menunggu lama, Christella pantas menghadiahkan satu tamparan hebat di pipi kanan Eidlan. Eidlan yang terkejut dengan tingkah Christella pantas membulatkan matanya.
"Afiqah tak dapat buat ni dekat kau, tapi aku dapat! Mana kau letak hati dan akal kau hah Eidlan?! Kau tak kesian ke dekat Afiqah yang tengah mengandungkan anak kau?!?" Pekik Christella lalu mendengus geram.
"Kau dengar sini baik baik eh, aku sumpah kau takkan bahagia dengan perempuan tu dan aku akan pastikan yang Afiqah takkan rujuk balik dekat kau, sekalipun kau melutut!" Herdik Christella sambil nafasnya tercungap-cungap menahan marah.
"Ehem! Excuse me. Tolong hormat tempat orang, please.." Pinta Damia yang datang menyergah dari belakang, dengan wajahnya yang selamba.
"Kau pun sorang!" Marah Christella lalu menarik rambut Damia namun sempat ditahan oleh Damia.
"Kau jangan cari pasal sini.."
"Kau memang tak tahu malu kan? Kau manusia jenis apa hah? Mana kau letak hati kau?! Ini yang kau balas lepas apa yang Afiqah dah korbankan?!" Jerit Christella tepat pada wajah Damia membuatkan air liurnya sedikit terpercik. Damia yang terasa percikan itu pantas mengesatnya kasar lalu memandang mata Christella tajam.
"Aku tak main kasar. Tapi aku dapat buat sesuatu yang tak tercapai dek akal.." Gertak Damia.
"Damia. Ikut abang!" Perintah Daniel tegas, yang sejak tadi memerhati. Damia yang akur dengan arahan abangnya pantas melanggar bahu Christella kasar. Tidak melepaskan peluang, Christella cepat-cepat menarik rambut Damia yang hitam berkilat itu.
"Puas hati aku!" Sempat Christella melepaskan geramnya.
Share this novel