Pagi-pagi lagi, Alvin dah menepek di pejabat Eidlan sambil tersengih-sengih. Beg bimbit masih lagi terselit di celah ketiaknya. Eidlan yang seperti tahu niat sahabatnya itu, mengeluh berat.
"Hi bos, selamat pagi!" Ucap Alvin sambil mengangkat tangannya. Eidlan hanya membalas ucapan dengan memberikan senyuman yang paling malas di dunia. Eh ada ke?
"Sedap tidur?" Perli Eidlan sambil memeluk tubuhnya. Wajah Alvin dipandangan dengan pandangan yang serius.
"Sorrylah bos, semalam aku tidur lewat sangat, sebab tu lah lambat datang pagi ni.. Lagipun jammed teruk pagi ni!" Jawab Alvin bersungguh-sungguh.
"Yelah tu. Banyak sangat alasan. Aku potong gaji kau, baru tahu!" Tegas Eidlan lalu menggelengkan kepalanya.
"Jangalah marah.." Pujuk Alvin sambil tersengih-sengih. "Eh Eidlan, kau tak open interview ke untuk cari secretary baru?" Soal Alvin pula, cuba menukar topik perbualan. "Ke kau dah fobia?" Sambungnya lagi lalu tertawa kecil.
"Belum masanya lagi kot. Entahlah. Tapi semalam, aku ada lah terima beberapa resume yang di hantar pergi email ofis ni..Tapi.. Entahlah. Aku pun tak tahu.." Balas Eidlan acuh tak acuh.
"Actually, aku tanya kau pasal ni pun bersebab. Sebab aku nak recommend someone dekat kau.. " Ujar Alvin.
"Aku tak ready nak kahwin lagi lah, Alvin. Aku masih tunggu Afiqah." Tegas Eidlan membuatkan Alvin terpinga-pinga.
"Siapa cakap aku nak carikan kau jodoh? Aku nak recommend someone untuk jadi secretary baru kau! Apa benda lah kau mengarut ni!" Marah Alvin sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Semenjak di tolak bekas isteri, Eidlan semakin tidak keruan.
"Cakaplah awal-awal.." Balas Eidlan acih tak acuh lalu menekan papan kekunci komputernya, seakan menaip sesuatu. "Hah, siapa? Jangan cakap, Christella.." Sambung lagi. Fokusnya masih lagi pada skrin komputer.
"Kau ingat aku nak ke kerja sepejabat dengan bakal kakak ipar aku tu? Eeee seram!" Kata Alvin. Matanya dipenjam seketika sambil bahunya diangkat sedikit ke atas. "Adalah.. Kau ok tak? Kalau ok, aku suruh dia datang jumpa kau." Sambung Alvin lagi membuatkan Eidlan mengeluh panjang sebelum meletakkan jari di dagu, gaya orang berfikir.
"Mana-mana kau lah.." Balas Eidlan, akhirnya bersetuju.
"Tapi dengan satu syarat.." Kata Alvin pula dengan menaikkan jari telunjuknya.
"Ya Allah apa lagi?!" Marah Eidlan, bagai dirasuk, mood Eidlan tiba-tiba bertukar. Mood swing bak kata orang putih.
"Kau interview dia dekat luar bukan dekat sini.." Jawab Alvin. Eidlan mengerutkan dahinya, hairan.
"Apa yang kau merepek ni? Mana ada org interview dekat luar pejabat. Kang dia fikir aku nak apa-apakan dia ke apa..Tak pasal-pasal aku meringkuk dalam penjara!" Balas Eidlan dengan nada yang sedikit meninggi.
"Tak.. Dia takkan tuduh kau bukan-bukan. Dengar cakap aku, dia yang minta jumpa kat luar.." Jelas Alvin. Eidlan berfikir sejenak. Wajah Alvin yang tersengih-sengih macam kerang busuk, dipandang dengan pandangan yang sangat tajam.
"Ish, mana-manalah! Malas aku nak layan.." Kata Eidlan setelah sekian lama berfikir.
*****
Sejak dari tadi Eidlan tidak duduk diam. Sesekali dia mengerling jam tangannya sambil mendengus geram. Para pelanggan yang sedang menikmati makanan tengah hari di restoran itu, diperhatinya, setiap sorang sebelum dia memutuskan untuk menelefon Alvin. Tidak menunggu lama, panggilannya disahut.
"Alvin, kau jangan bergurau boleh tak, aku dah tunggu nak dekat 30 minit, takda pun orang yang kau cakap muncul! Bayang pun tak nampak..! Dia betul ke tak ni?"
"Kau call je terus membebel, dah macam perempuan. Ni lah padahnya kalau pergi ceraikan bini.. Kau sabarlah. Jalan sesak kot. Sabarlah sikit.."
"Itulah kau, asal aku meroyan je kau libatkan si Afiqah.. Eh, aku banyak kerjalah dekat ofis tu, kau tahu tak?!"
"Aku tahulah, pi masalahnya sekarang lunch hour, yang kau sibuk-sibuk nak kerja kenapa?!"
"Kalau bab jawab menjawab, kau memang bijak... Ish, kalau aku tahu kau main-main, siap kau!" Marah Eidlan lalu meletakkan panggilan tersebut. Sekali lagi dia mendengus geram. Tanpa dia sedar, dirinya sebenarnya diperhatikan oleh seorang wanita yang sejak tadi berdiri di belakangnya.
"Hi.." Sapa wanita tersebut sambil menepuk lembut bahu Eidlan dan secara automatik Eidlan berpaling bagi melihat gerangan yang menegurnya.
"A-wak..?" Soal Eidlan, sambil dahinya dikerut, matanya membulat.
*****
"So, macam mana? Eidlan cakap apa?" Soal Christella sebaik saja panggilannya di sahut.
"Hello, ini Alvin ok, mestilah dia dengar cakap aku..Semuanya pasti OK!" Jawab Alvin lalu tersenyum lebar
*****
"Afiqah.. Kenapa awak buat semua ni? Awak boleh je call, ajak jumpa macam biasa." Soal Eidlan hairan. Rupa-rupanya, wanita yang dimaksudkan oleh Alvin, ialah Afiqah. Patutlah, beriya-iya sangat!
"Sebab saya nak jadi secretary awaklah.." Jawab Afiqah lalu tertawa kecil. "Dua bulan lagi tinggal. Budak dalam perut ni akan lahir.." Ujarnya pula, cuba menukar topik perbualan. "Dan since awak bertanya, nah.." Sambungnya lagi sambil menghulurkan sekeping gambar yang bewarna hitam putih. "Itu 'gambar' baby kita. Saya sengaja scan 3D supaya ayah dia dapat nampak dan imagine macam mana muka junior dia." Tambah Afiqah lagi.
Eidlan yang terkejut dengan tingkah Afiqah yang tiba-tiba itu, perlahan-lahan mendongak kepalanya ke atas. Mulutnya sedikit ternganga.
"Junior? So maksudnya, it's a.."
"Yes, it's a boy." Balas Afiqah mencelah. Tanpa sedar, bibir Eidlan kini mengukirkan senyuman yang mansi. "Macam yang awak selalu harapkan. Anak sulung, lelaki. Supaya dapat jadi abang dan ketua untuk adik-adik dia." Tambah Afiqah lagi. Eidlan masih tersenyum lebar sambil matanya menatap gambar bentuk janin yang sempurna sifatnya.
"Andai saya dapat putarkan masa.." Keluh Eidlan lalu menunduk lemah.
"Sejujurnya, tak pernah sedikit pun saya rasa menyesal kenal dan nikah dengan awak, mahupun mengandung budak ni, demi awak.." Ungkap Afiqah lembut, memberikan sedikit ketenangan pada jiwa Eidlan.
"Tapi awak betul serius ke nak jadi secretary saya ni?" Soal Eidlan, masih lagi curiga. "Kenapa?" Tanyanya lagi.
"Damia." Jawab Afiqah ringkas, melukiskan satu kerutan pada dahi Eidlan.
"Damia?" Tanya Eidlan, hairan.
"Puas saya berfikir pasal ni, Eidlan. Baru sekarang saya sedar, Damia ajar saya tentang sesuatu.. " Jawab Afiqah lalu menarik nafasnya sebelum menyambung semula ungkapannya. "Rumahtangga kita ni, memang disebabkan oleh Damia tapi ianya sebenarnya berpunca daripada kita sendiri..." Jelas Afiqah sambil memandang tepat ke arah mata Eidlan. "Memang, saya jaga makan minum awak, pakaian awak, berusaha untuk dapatkan zuriat demi awak, tapi ada satu yang saya lupa..iaitu masa."
"Sepanjang kita bersama, saya asyik habiskan masa, fikirkan tentang Mak cik Siti yang dok tanya pasal zuriat, merajuk dengan awak semata-mata sebab ingat parents awak pun sama push saya untuk dapatkan anak. Saya dah banyak buang masa dekat benda yang takda faedah, stresskan diri saya sendiri tanpa sebab daripada bertanya tentang awak, apa yang awak buat dekat ofis, macam mana kerja awak hari ni, awak letih ke tidak.." Sambung Afiqah lagi lalu tersenyum sendiri. Eidlan masih lagi setia mendegar.
"Semakin lama benda ni jadi, semaki semakin regang hubungan kita, tanpa kita sedari. Damia tu cuma umpama bonus, dia datang tepat pada masa sehingga akhirnya kita berdua terhantuk." Ujar Afiqah sambil bermain-main dengan jari-jemarinya.
"Tapi Afiqah, benda ni takkan jadi kalau saya tak melayan. Saya pun salah sebab ikutkan hati, sampai terlafaz cerai kat awak.." Balas Eidlan.
"Itu mungkin sebab awak dah bosan. Awak bosan melayan 'drama' kita yang tiada kesudahan ni.. Awak bosan sebab asyik gaduh benda yang sama dengan saya, dan awak dah bosan dengan semuanya.." Kata Afiqah, masih lagi berpegang pada pendiriannya.
"Tapi saya tak pernah bosan hidup bersama awak dan tak pernah terlintas di hati saya lafazkan cerai kat awak.." Ujar Eidlan jujur sekaligus mengukirkan senyuman manis di bibir Afiqah.
"Saya tahu. Lafaz cerai itu hanya sekadar hasutan syaitan dan ego awak yang menggunung waktu tu.." Balas Afiqah. "Eidlan.. Saya minta maaf sangat-sangat sebab dah berkeras dengan awak selama ni, itu pun sebab saya tak nak nampak lemah di depan awak. Saya tak nak awak rujuk semula atas sebab kesiankan saya dan budak ni. Saya nak awak rujuk semula sebab awak betul-betul ikhlas ingin kami semula." Jelas Afiqah. Eidlan hanya mengangguk faham. Gambar bakal anak lelaki itu ditatap sekali lagi.
"Sebab itu, saya datang jumpa awak, dan bawa ni.." Kata Afiqah sambil menghulurkan kotak kecil yang berbentuk hati. "Cincin pernikahan kita.. Cuma awak seorang yang berhak tentukan apa yang awak patut buat dengan cincin ni.."
Share this novel