BAB 23

Drama Completed 8137

"Aku curigalah.. Eidlan tiba-tiba berubah, dan Afiqah pula pergi ke hospital, sebab apa ek? ish, ni tak boleh jadi.. Mesti ada something.." Damia bermonolog sambil mundar mandir sendiri sebelum membuat keputusan untuk masuk ke dalam pejabat Eidlan bagi menyiasat hal sebenar.

Tok tok tok!

Tidak lupa adab, Damia mengetuk pintu bilik pejabat Eidlan sebelum masuk ke dalam pejabat tuannya itu.

"Hi!" Sapa Damia dengan senyuman yang menggoda.

"Eh, Damia. Ada apa?" Tanya Eidlan bersahaja, seakan tidak termakan 'umpan' Damia.

"You.. I nak bagitahu you something.." Ujar Damia sambil perlahan-lahan berjalan mendekati meja antik itu. "You tahu tak siapa yang saya jumpa dekat hospital tempat abang saya bekerja?" Ujar Damia bagi memulakan permainannya.

"Siapa?" Soal Eidlan, seakan tidak berminat.

"Afiqah." Cepat saja Damia menjawabnya.

"Afiqah?!" Tanya Eidlan dengan penuh minat membuatkan Damia tersenyum sinis. Nampaknya, Eidlan termasuk dalam merangkapnya.

"A'ah.. Your ex wife.." Ujarnya dengan nada sinis lalu menarik kerusi di hadapannya dan duduk. "Erm.. Pelik kan? Dalam banyak-banyak hospital kat kl ni, tempat abang saya bekerja juga dia pergi kan? And.. I curigalah, apa dia buat dekat situ." Tambah Damia lagi, cuba memancing Eidlan untuk memberitahunya pekara yang sebenarnya.

"Jangan-jangan.."

"Dia mungkin pergi sana untuk check kandungan sebab Afiqah tengah pregnant sekarang." Kata Eidlan mencelah, sekaligus membuatkan Damia hilang sabar. Wajah Eidlan direnung tajam olehnya.

"Jadi dia mengandung? Sebab tu ke you berubah tiba-tiba?" Tanya Damia tegas.

"Siapa cakap I berubah?" Soalan di balas dengan soalan mengundang tawa kecil daripada Damia. Sesekali dia mendengus perlahan.

"You tengoklah you sekarang.. Lain eh Eidlan? Kalau dulu, pantang dengar nama bini you dengan abang I terus nak meracau tapi sekarang you menyebelahi dia. Wow, I'm impressed!" Sindir Damia lalu mencebik bibirnya.

"Damia.. Bukan macam tu maksud I.."

"Listen, I bukan perempuan yang biasa-biasa eh, Eidlan and you tak boleh main-mainkan I macam you buat dekat Afiqah." Ugut Damia sambil menundingkan jari telunjuknya tepat pada wajah kacak Eidlan. "Tunai janji you or you akan menyesal seumur hidup!" Tambahnya lagi sebelum beredar.

Ini tak boleh jadi! Afiqah mengandung dan besar kemungkinan diaorang akan rujuk semula.. Ish apa bodoh sangatlah si Eidlan tu lafaz talak satu dulu! Kenapa tak tiga sekali? Kan senang kerja aku. ARGHHH!

*****

Tidak seperti kebiasaannya, sejurus saja tamat waktu bekerja, Eidlan bersiap untuk pulang ke rumah. Tambahan pula, mood Damia yang tidak berapa baik membuatkan dia lebih memilih untuk berehat di rumah. Kalau dipujuk pun tak ke mana, masih juga Damia dengan keras kepalanya. Eidlan mengeluh berat lalu mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja di ruang tamu.

"Alvin, kau teman aku malam ni.." Kata Eidlan sebaik saja panggilannya berjawab.

"Aku?"

"Yelah, siapa lagi? Lagipun kau kan takda bini. Bolehlah teman aku yang tengah membujang ni.." Ujar Eidlan sayu lalu mencebik bibirnya.

"Ish kau ni. Macam-macam lah! Yelah, yelah.. Kejap lagi aku datang. Nak pack baju jap.. Manalah tau kot kot kau nak aku stay kat situ seumur hidup.." Usik Alvin. Eidlan hanya menggeleng-geleng kepala sebelum mematikan panggilan telefon tersebut.

Sudah hampir 30 minit menunggu, kelibat Alvin masih tidak lagi kelihatan. Pettttttttt!  Belum sempat Eidlan membebel, Alvin terlebih dahulu menekan hon keretanya, lama sekaligus membuatkan Eidlan sedikit melompat dek terkejut. Tanpa berlengah, Eidlan segera membuka pintu buat sahabatnya itu.

"Masuklah, tetamu istemewa.." Usik Eidlan lalu tersengih.

"Tetamu istemewa untuk orang terhormat.." Balas Alvin pula berseloroh.

"Wah, satu bagasi kau angkut eh?" Perli Eidlan pula saat melihat beg bagasi yang disorong oleh Alvin seiring dengan langkah kakinya.

"Yelah, kan aku dah cakap tadi, kot kot kau nak ajak aku stay sini seumur hidup" Sindir Alvin lalu menghadiahkan satu jelingan tajam ke arah Eidlan sebelum masuk ke dalm.

"Kau simpan lah bagasi kau tu kat sini dulu. Nanti nak tidur baru bawa naik atas.." Arah Eidlan, sesekali dia terlupa yang dia kini bercakap dengan Alvin sebagai sahabat dan bukannya pekerja.

"Eh, kau tak makan ke?" Soal Alvin. Perutnya sudahpun berbunyi, meronta minta disuapkan makanan.

"Kenapa? Kau nak masak? Ada tu hah, ayam, ikan dalam peti ais yang belum di masak." Balas Eidlan bersahaja sambil menunjuk ke arah dapur sebelum melabuhkan punggungnya, menyambung kembali aktiviti menonton televisyen.

"Aku bujang. Manalah reti masak! Kalau takat maggie tu boleh lah.. Yang kau tu? Tak makan ke?" Ujar Alvin, hairan. Sesekali dia mengerling ke arah dapur.

"Aku masak maggie tadi. Kalau kau nak, kau masaklah.." Balas Eidlan. Matanya lansung tidak berkedip daripada kaca televisyen.

"Maggie je? Kalau kau bagitahu awal-awal, memang aku dah gi tapau untuk kau ngan aku." Kata Alvin lalu mengeluh panjang. "Kenapa kau tak masak? Kau tak reti juga ke?" Soal Alvin pula, hairan. Selalunya, kalau dah jadi suami orang ni, bab-bab masak memang dah katam.

"Reti tu retilah tapi mungkin sedap kat tekak aku sorang je. Setiap hari, aku balik je kerja, lauk dah terhidang kat atas meja..Afiqah yang masak" Jawab Eidlan lemah. "Jangan kata masak, sampai je depan pintu, beg kerja aku tu terus dia angkut masuk dalam bilik. Ni sejak dia dah takda, mereputlah beg aku tu duduk atas sofa sampailah aku nak naik atas." Tambah Eidlan lagi lalu tersenyum sendiri.

"Kau rindukan Afiqah?" Tanya Alvin membuatkan Eidlan tertunduk membisu.

"Tadi aku jumpa ayah Afiqah." Tanpa membalas pertanyaan Alvin, Eidlan cepat-cepat menukar topik perbualan.

"Lepas tu?" Soal Alvin sambil menjongket keningnya.

"Dia tak bagitahu kat ayah dia pasal kitaorang. Pasal perceraian tu.." Jawab Eidlan lemah.

"Biar betik? Tapi kenapa?" Tanya Alvin.

"Entahlah.. Mungkin dia taknak ayah dia marah aku atau bencikan aku kot.." Balas Eidlan.

"Takkanlah ayah dia nak benci kau?" Ujar Alvin pula kerana seingat Alvin, Eidlan merupakan menantu kesayangan.

"Kenapa tidak? Aku dah ceraikan anak dia kot? Dan lebih parah, Afiqah tengah pregnant.. " Jawab Eidlan lalu mengeluh berat.

"Afiqah pregnant?!?" Jerit Alvin. Jelas dari raut wajahnya, terkejut mendengar pemberitaan itu. Tidak menafikan persoalan Alvin, Eidlan hanya mengangguk lemah. "Tergamak kau ceraikan dia eh, Eidlan!" Marah Alvin pula. Sesekali dia mendengus geram kerana tidak percaya yang Eidlan sanggup menceraikan isterinya ketika sedang mengandung.

"Kau ingat aku ni kejam sangat ke?! Kau dah kenal aku lama kan? Aku takkan sampai hati buat semua tu kat dia kalau aku tahu pasal benda ni." Marah Eidlan.

"Maksudnya kau tak tahu yang dia pregnant selama ni?" Soal Alvin serius.

"Tak!" Protes Eidlan. "Christella tak bagitahu apa-apa dekat kau juga ke?" Kini tiba masanya untuk Eidlan bertanya kepada Alvin.

"Kalau Christella bagitahu aku memang dah lama aku bagitahu kau Eidlan.." Jawab Alvin jujur.

"Ya tak ya jugak.."

"Tapi korang still boleh get back kan? Yelah, memandangkan aku bukan muslim, jadi aku taklah arif pasal hukum hakam islam ni, tapi seingat aku, kalau talak satu, masih boleh rujuk semula kan?" Soal Alvin, ingin pasti. Eidlan mengangguk sebagai jawapan 'ya'.

"Boleh tu memang boleh.. Tapi masalahnya sekarang, Afiqah nak ke terima aku semula?" Tanya Eidlan pula lalu mengeluh berat.

"Kalau kau nak menyesal sekarang pun tak guna Eidlan.. Nasi dah jadi bubur. Tapi kalau usaha, besar kemungkinan dia nak terima kau semula.." Ujar Alvin, cuba memberi kata-kata semangat kepada Eidlan. Sebagai seorang sahabat, sudah pasti Alvin menginginkan Eidlan berbahagia dengan orang yang dia cintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience