Setiba saja di bilik kosong yang tidak jauh dari pejabat Eidlan, Daniel pantas mendengus kasar. Sorotan matanya yang tajam mengetarkan hati Damia kamu dapat dikawalnya kerana dia tahu, abangnya tak mungkin bertindak di luar kawalan. Segala urat yang melingkar di wajah Daniel kelihatan tegang, namun Damia pula sebaliknya, dia kelihatan lebih tenang sambil memeluk tubuh.
"Damia! Apa Damia dah buat?" Soal Daniel tegas. Enggan menatap mata abangnya, Damia melemparkan pandangannya ke arah papan putih yang terhias di sudut bilik itu. Sesekali bibirnya diketap.
"Damia tak buat apa-apa pun.." Jawab Damia selamba.
"Tak buat apa-apa?!" Pekik Eidlan.
Wajah Daniel yang berubah merah akibat menahan marah ditekupnya lalu mendengus geram. Sungguh dia tidak menyangka Damia akan bertindak senekad ini.
"Eidlan pilih Damia. Itu salah Damia ke, abang?" Tanya Damia dengan wajah yang masih lagi bersahaja. Tak sedikit pun rasa bersalah bertandang di dalam hatinya.
"Ya Allah, Damia! Damia dah rosakkan rumahtangga Afiqah, Damia! Damia rasa benda ni tak salah ke?!" Marah Daniel. Terkeluar segala urat lehernya, namun Damia masih lagi bersahaja. Masuk keluar kiri keluar telinga kanan, begitulah tingkahnya.
"Dia layak diceraikan, abang.. Biar dia tau macam mana rasanya sakit hati.." Ujar Damia. Pandangan kini beralih kepada Daniel. "No! Biar dia tau macam mana rasanya sengsara!" Sambungnya lagi lalu tersenyum sinis.
"Abang tak pernah ajar Damia jadi macam ni." Ujar Daniel lembut dengan nada kecewa.
"Memang. Memang abang tak pernah ajar Damia. Tapi dendam yang tersemat dalam hati Damia yang ajar Damia macam ni." Jawab Damia lalu mengetap giginya, menahan marah.
"Berulang kali abang cakap, semua tu bukan salah Afiqah! Afiqah tak salah, Damia faham tak? Kenapa Damia mesti salahkan Afiqah sampai berdendam!?" Tengking Daniel dengan wajahnya yang bengis.
"Are you sure, Daniel Elhamsyah? Abang dah lupa ke apa yang jadi dengan mama, papa dan juga Dania, adik kembar Damia? Jangan disebabkan perasaan cinta abang kat dia, abang jadi buta!" Balas Damia dengan nada yang meninggi. Seakan dikunci mulutnya, Daniel hanya terdiam membisu.
"Afiqah dah rampas sebahagian daripada semangat Damia dan juga abang, dan sekarang dia akan hilang semuanya.. SEMUANYA!" Sambung Damia lagi, sengaja dia menekankan pada perkataan 'semuanya' lalu beredar meninggalkan Daniel yang masih lagi terkaku.
*****
Sejak masuk ke dalam kereta lagi, Daniel lebih banyakkan termenung daripada bersuara. Apa yang diperkatakan oleh adiknya sebentar tadi terngiang-ngiang di corong telinganya. Bebelan Christella yang duduk di sebelahnya tidak diendahkan olehnya.
"Hoi! Kau dengar tak aku tanya apa?" Marah Christella sebaik saja sedar dirinya tidak dilayan.
"Apa dia?" Jawap Daniel lemah. Kata-kata Damia masih lagi menganggu fikirannya.
"Adik kau tu ada masalah mental ke?" Soal Christella, serkap jarang membuatkan Daniel sedikit terkejut. "Apasal aku salah cakap ke? Betul lah kan? Kalau dia takda masalah mental, takkan lah dia dah rampas laki orang, muka dia macam lansung tak rasa bersalah..!" Sambung Christella lagi. Sesekali stering kereta dihentak, bagi melepas geram.
"Afiqah tinggal dengan kau kan?" Soal Daniel membuatkan Christella semakin bingung.
"Yelah.. Kenapa?"
"Aku minta tolong dengan kau, jangan sesekali tinggalkan Afiqah bersendirian.. " Pesan Daniel menambahkan lagi kecelaruan mindanya.
"Kenapa pula?" Soal Christella untuk sekian kalinya.
"Kau ok tak bawa dia dekat tempat kerja?" Soalan dibalas dengan soalan. Christella mengeluh panjang. Sesekali dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
"I own a boutique. So, aku boleh bawa sesiapapun aku suka. Tapi kenapa?" Ujar Christella, tapi kali ini dengan nada yang lebih tegas. Mungkin letih kerana sejak dari tadi soalannya dibiar tidak terjawab.
"Aku taknak Damia bertindak jauh.." Kata Daniel perlahan-lahan, mengukirkan satu garis halus pada dahi Christella.
"Hah?"
"Damia adik aku, aku kenal dia macam mana. Kau dengar cakap aku. Jangan biarkan Afiqah bersendirian." Balas Daniel dengan wajahnya yang tampak serius. "Please.." Rayu Daniel pula membuatkan Christella mengeluh panjang. "And satu lagi.."
"Apa dia?"
"Jangan biarkan Damia tahu Afiqah pregnant.."
*****
Dari kejauhan, Christella melihat Afiqah yang duduk termenung di atas sofa. Imej yang terpapar pada skrin hanya sekadar hiasan. Christella mengerutkan dahinya lalu perlahan-lahan dia berjalan menghampiri sahabatnya itu.
"Amboi, jauh termenung?" Sapa Christella membuatkan Afiqah sedikit melompat dek terkejut. Kepalanya serta dipusingkan ke arah Christella sambil tangan kanannya mengusap lembut dadanya.
"Eh, bila kau sampai?" Soal Afiqah. Christella mengeluh panjang sebelum meletakkan beg tangan yang di jinjit olehnya sejak tadi, di atas meja.
"Aku masuk pun kau tak perasan.. Dah makan ke belum ni?" Ujar Christella lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Afiqah.
"Dah.. Aku dah masak tadi. Ada hah atas meja tu, aku tinggalkan untuk kau.." Balas Afiqah sambil menjuihkan bibirnya ke arah ruang dapur. Christella hanya mengangguk faham. Wajah Afiqah di renung sejenak.
"Kau kenangkan siapa? Eidlan, suami yang dah ceraikan kau sebab perempuan lain?" Soal Christella setelah agak lama berdiam diri. Afiqah menunduk lemah sambil bermain-main dengan cincin di jari manisnya. Matanya kelihatan mulai berkaca. "Dah.. Dia start dah.." Ujar Christella lalu mengeluh berat.
"Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam ni.." Kata Afiqah dengan nada yang tersekat-sekat.
"Afiqah, aku tahu yang kau dah lali dengar benda ni, tapi.. You deserve better. Bak kata kau dulu, itu dah pilihan dia kan?" Balas Christella sambil menyandarkan tangannya pada bahu Afiqah.
"Aku silap pasal tu, Chris.." Balas Afiqah sayu.
"Tak! Kau tak silap! Dia ceraikan kau, dia yang rugi bukannya kau!" Tegas Christella membuatkan Afiqah terdiam seketika.
"Entahlah.. Aku.. A.. ku sebenarnya tak yakin kalau aku dapat besarkan budak dalam perut aku ni tanpa Eidlan, ayah kandung dia." Kata Afiqah lalu mengusap lembut perutnya yang kian membulat.
"Afiqah, kau cuma kehilangan Eidlan..Tanpa Eidlan, kau dengan budak ni masih boleh survive. I know!" Balas Christella bersungguh. Sesekali dia menepuk lembut bahu sahabatnya itu. "Walaupun luaran kau nampak positif, lembut, tenang tapi dalaman kau.. kebal. Kau orang yang paling kuat aku pernah kenal, Afiqah." Sambung Christella lalu tersenyum.
"Thanks.." Ucap Afiqah lemah.
"Ayah kau tu, bila kau nak berterus-terang dengan dia pasal hal ni?" Soal Christella pula. Afiqah perlahan-lahan menggelengkan kepalanya
"Aku tak naklah buatkan dia risau."
"Yang itu kau silap. Ayah kan? Cubit peha kiri, peha kanan akan terasa. Lagi lambat dia tahu, lagilah dia risau dan rasa bersalah dekat kau nanti.." Balas Christella.
"Tunggulah.. Kalau aku betul-betul bersedia.." Balas Afiqah lemah lalu melemparkan pandangannya pada kaca televisyen.
"Budak tu.. Kau tak gi klinik ke hospital ke untuk check up? Bukan selalunya ada ke?" Soal Christella, sekali lagi menukar topik perbualan. Perut Afiqah yang kelihatan sedikit buncit dipandangnya.
"Adalah.. Esok aku pergi. Kau nak teman?" Tanya Afiqah pula. Christella berfikir sejenak sambil jari jemarinya menari-nari di atas pipi gebunya.
"Boleh gak. Aku memang patut bawa kau 24 jam pun.." Jawab Christella, yang tiba-tiba teringat akan janjinya pada Daniel.
"Hah? Kenapa?"
"Aku taknak lah kau kemurungan, duduk sorang-sorang kat rumah ni.." Bohong Christella kerana dia tahu, kalau dia bagitahu Afiqah pekara yang sebenar, Afiqah gerenti akan reject idea asal Daniel itu.
"Takda lah.. Susah-susah kan kau je, nanti kacau kau pulak." Jawab Afiqah membuatkan mendengus geram. Geram dngan kedegilan Afiqah yang tidak bertempat.
"Eh takda excuse.. Kau kena ikut aku!" Tegas Christella. Perlahan-lahan Afiqah menganggukkan kepalanya, akur. "Kau berapa lama ambik cuti ni?" Tanya Christella pula.
"Seminggu. Aku cakap dengan diaorang yang aku nak g makan angin.." Jawab Afiqah lembut. Matanya masih lagi tertumpu pada kaca televisyen. Entah faham ke tidak dia, apa yang ditonton olehnya. Kalau mata ke lain, otak ke lain.
"Kau tak craving ke? Mak buyong bukannya selalu craving itu ini ke?" Tanya Christella yang tak tumpah seperti seorang ibu.
"Kau memang risau kan pasal aku dengan budak ni.." Balas Afiqah lalu tertawa kecil.
"Oh my god! Of couselah! Apalah kau ni!" Marah Christella lalu menghadiahkan satu cubitan manja pada lengan Afiqah.
"Hm... Jap aku fikir.." Kata Afiqah dengan tawanya yang masih tersisa. "Nak cendol.." Rengeknya sambil membuat mimik muka yang comel, secomel-comelnya.
"Ew kau ni, dah macam awek cendol yang viral tu! Urghhhh! Menyesal aku tanya." Marah Christella membuatkan Afiqah tertawa riang. "Dah malam ni, kau nak makan cendol buat apa?" Sambungnya lagi dengan wajahnya yang kelihatan sedikit tegang.
"Laaa dah baby nak?" Ujar Afiqah, menjadikan kandungan dalam perutnya sebagai alasan.
"Tak payah nak mengada sangat okay! Baby tu ke kau yang nak?" Balas Christella membuatkan Afiqah tersengih-sengih. Lengan Afiqah dipaut manja.
"Baby.." Jawab Afiqah selamba.
"Ish, yelah.. Tapi dengan satu syarat." Kata Christella yang akhirnya akur dengan permintaan mak buyong kesayangannya itu.
"Apa dia?" Tanya Afiqah. Dahinya dijongket sebijik macam Ziana Zain!
"Aku taknak kau order yang ada ais. Kau minum macam kau minum air suam biasa tu. No ice!" Tegas Christella membuatkan Afiqah mengeluh berat. Bibirnya dicebik.
"Apa guna makan cendol kalau takda ais?" Ujar Afiqah dengan nada yang manja.
"Jangan membantah! Aku tak nak eh, kau apa-apa.. Kau tu mengandung! Kang apa-apa jadi kat kau.. Ish.. Tak berani aku!" Ujar Christella lalu memeluk tubuhnya.
"Yelah, doktor Christella. Aku ikut cakap kau yang entah apa-apa tu.. " Balas Afiqah akur.
Share this novel