BAB 32

Drama Completed 8137

Seperti ada bisul di punggungnya, Damia tidak duduk diam. Sekejap ke kanan sekejap ke kiri, sekejap ke utara sekejap ke barat. Habis satu pejabat Eidlan dia pusing.

"Kenapa Eidlan nak jumpa aku? Jangan-jangan dia tahu yang aku merancang untuk bunuh Afiqah? Ish, ni tak boleh jadi! Aku yakin dia belum mati! Dia mesti buka mulut, dan Eidlan datang ni mesti bawa polis nak tangkap aku.." Fikir Damia sambil bermonolog sendirian. Kuku jarinya digigit bagi menghilangkan rasa takutnya.

Tidak berfikir panjang, Damia segera melangkah keluar dari pejabat Eidlan. Kot kot telahanya benar belaka. Membayangkan dirinya di sumbat dalam penjara pun dia tak sanggup, apatah lagi kalau betul-betul terjadi. Sedang dia bergegas keluar, tiba-tiba langkahnya di halang oleh seseorang. Dia yang semakin takut perlahan-lahan mendongak ke atas.

Eidlan!

"You nak kemana?" Soal Eidlan. Wajah pucat Damia dipandang serius menambahkan lagi kegusaran hati Damia.

Gulp

"Eh, you. I er.. Nak.. Erm.." Jawab Damia dengan nada yang tersekat-sekat. Kalau mata Eidlan dapat 'zoom in' wajahnya, pasti dia dapat melihat beberapa titis keringatnya.

"Masuklah dulu. I ada benda nak bincang dekat you.." Ujar Eidlan dengan tenang sambil tersenyum.

Dia senyum. Maksudnya takda apa lah yang jadi kan..? Bisik hati Damia lalu dia melemparkan senyuman yang manis kepada Eidlan. Jangan ketara sangat kau tengah risau, Damia. Takda apa yGulp. jadi! Bisik hatinya lagi.

"You nak cakap asal apa eh?" Tanya Damia dengan nada yang manja sambil jari-jemarinya bermain dengan bucu meja pejabat itu.

"Pasal pernikahan kita." Balas Eidlan ringkas sekaligus membuatkan Damia tersenyum puas. Puas yang akhirnya rancangan dia selama ini berjaya.

"Wait.. I tak salah dengarkan? Kita akan kahwin?" Soal Damia lagi, inginkan. kepastian. Eidlan mengangguk kepalanya laju.

"I nak pernikahan kita dilangsungkan dengan secepatnya. Tak perlu majlis besaran, yang penting you sah jadi isteri I dan lepas tu baru kita fikirkan, resepsi perkahwinan yang you idamkan." Balas Eidlan tegas, perwatakan CEO Eidlan pantas saja merasuknya.

"Habis parents you macam mana?" Tanya Damia sambil mengerutkan dahinya. Selama ini, Eidlan mendengar kata orang tuanya kenapa sekarang tidak.

"Yang nak kahwin I bukannya diaorang, so.." Kata Eidlan bersahaja sambil menjongket bahunya. Damia tersenyum sinis tapi perlahan-lahan hilang setelah dia tiba-tiba teringat akan Afiqah.

"Afiqah? You tak kisah pasal dia, baby dia?" Soal Damia. Eidlan tertawa kecil. Apa yang lucunya? Damia mengerutkan dahinya.

"Erm no! Past is past. Now, I realize that my future is you.." Ujar Eidlan dengan penuh romantis membuatkan Damia tersipu malu ataupun hanya pura-pura malu.

*****

"Afiqah.. Aku minta maaf, sebab aku dah gagal jadi kawan yang terbaik untuk kau. Gagal untuk lindung hati kau, gagal untuk selamat kau dari semua musibah yang timpa. Aku gagal jadi orang yang kau selalu harapkan.." Ucap Christella sayu. Wajah Afiqah di tenung dengan penuh harapan. Harapan yang Afiqah sedar dan boleh bergelak tawa dengannya.

"Siapa yang cakap?" Sergah Yusof, ayah Afiqah dari belakang, membuatkan Christella melompat sedikit dek terkejut.

"Eh uncle.." Ujar Christella lalu tersenyum.

"Christella lah kawan yang paling baik, insan yang paling penting dalam kehidupan Afiqah selain daripada uncle. Uncle patut berterima kasih kepada kamu sebab dah banyak kali berusaha untuk hapuskan airmata anak kesayangan uncle ni sepanjang uncle takda di sisinya." Kata Yusof sambil menepuk lembut bahu Christella. Christella hanya membalasnya dengan sekuntum senyuman. "Jadi usahlah kamu merasa sedih sangat." Tambah Yusof lagi. Christella mengeluh panjang.

"Takdalah uncle, cuma Chris kesiankan Afiqah. Lepas apa yang berlaku.."

"Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya chris, uncle yakin." Jawab Yusof, mencelah. "Manusia memang takkan lari dari berbuat kesilapan, dan cuma dengan itu, kita akan sedar dan belajar." Tambahnya lagi. Christella mengangguk setuju.

"Betul tu uncle.." Kata Christella.

"Eidlan baik orangnya. Anak yang taat, suami yang setia, dan menantu yang cukup sempurna.. Cuma mungkin, dia tersilap langkah dan imannya tak cukup kuat, maka terjadilah penceraian.." Ujar Yusof dengan nada yang sayu. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya. Christella hanya merenung jauh ke dalam mata ayah sahabatnya itu. Perasaan hiba tiba-tiba bertandang di hatinya.

"Uncle tak rasa marah lansung dekat Eidlan? Apa yang dia buat dekat Afiqah.." Soal Christella, ingin tahu.

"Nak marah pun takda gunanya.. Takkan dapat putarkan masa, Christella. Mungkin juga dah tertulis yang jodoh Afiqah dan Eidlan sampai di sini saja.." Balas Yusof lalu tersenyum, cuba menyembunyikan kekecewaannya.

*****

Hari ini, tibalah hari yang di nanti-nanti oleh Damia. Hari bersejarah buat dirinya, dimana dia akan menjadi isteri Eidlan yang sah. Manakala bagi Eidlan pula, ini merupakan kali kedua dia menjejakkan kaki di masjid ini, masjid yang sama dia dan Afiqah diijab kabulkan.

Damia tersenyum-senyum sambil melihat wajahnya yang cukup sempurna di hias oleh jurumekap yang profesional, ditempah khas dari Indonesia.

Selama bertahun-tahun aku tunggu, dendam aku akhirnya terbalas. Sekarang, mereputlah kau dengan perasaan kau, Afiqah!

"Adik, adik dah sedia?" Soal Daniel yang kelihatan sungguh kacak dan bergaya mengenakan baju Melayu berwarna biru muda itu. Sepadan dengan adiknya, Damia.

"Terima kasih abang.." Ucap Damia lalu tersenyum. Daniel mengangguk lemah, faham benar dia kenapa adiknya itu mengucapkan terima kasih.

Sesungguhnya, hatinya berbelah bahagi saat ini, sama ada terus dengan perancangan Damia ataupun membantu Afiqah memulihkan rumahtangganya semula.

"Kalau adik dah sedia, marilah kita ke luar. Abang dah cukup sedia untuk nikahkan adik dengan Eidlan.." Ujar Daniel lalu memimpin tangan Damia. Damia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum di hembus perlahan-lahan. Walaupun pada awalnya, ia hanya sebahagian daripada rancangannya, hatinya tetap merasa gemuruh yang amat.

Setelah tiba di hadapan masjid, Daniel dan Damia perlahan-lahan berjalan memasuki ke dalam. Dari kejauhan, terlihat Eidlan yang sedang duduk bersila bersama beberapa orang yang tidak dikenalinya.

"Nampaknya semua orang dah ada di sini, ada baiknya kita teruskan.." Ucap salah seorang yang dipercayai salah seorang daripada saksi kepada pernikah Damia dan juga Eidlan.

Tanpa berlengah, Eidlan dan Daniel segera menganggukkan kepala lalu menghulurkan tangan, seakan bersalaman. Wajah Eidlan dipandang Daniel, lama sebelum dia mengucapkan akad nikah.

"Aku nikahkan engkau dengan adik perempuanku, Damia binti Ismail dengan mas kahwin 200 ringgit, tunai.."

*****

"Kamu ok ke tidak ni? Kalau tidak kita balik.." Ajak ayah Eidlan sebaik saja melihat wajah sayu isterinya yang sedang duduk di sisi bekas menantunya itu.

"Kenapa Eidlan sanggup buat macam ni dekat Afiqah? Dekat kita, bang?" Soal Maria lalu mengeluh berat.

"Eidlan kan dah jelaskan semuanya? Kamu nak apa lagi. Biarkanlah dia settle semuanya, kita tak payah masuk campur.." Balas suaminya yang enggan melayan perasaan isterinya itu.

"Macam mana kalau sebaliknya yang berlaku?" Soal Maria pula, khawatir.

"Ish, kamu ni. Asyik fikir bukan-bukan! Doa-doakan semuanya baik-baik sahaja, cukuplah.." Jawab suaminy dengan nada tegas. Sesekali dia menggeleng-geleng kepalanya.

Jika Aku tak lagi engkau merindu katakan padaku
Sungguh Aku merasakannya darimu

?? Jika Aku tiada dalam hatimu
Tak Perlu kau buntu
Tak Usah kau pertahankanya untulku
Lepaskan Saja aku

Dan Bila ku sedang berduka
Kau Hadir bagaikan tiada apa
Sungguh Aku tak mengerti
Siapa Diriku sebenarnya dihatimu ??

Maria terdiam seketika. Wajah kaku Afiqah di tenung dengan penuh kasih sayang. Sesekali dia mengusap lembut pipi Afiqah yang tampak pucat itu dan tiba-tiba tangannya yang sejak tadi mengenggam tangan Afiqah, merasakan seperti ada sesuatu yang bergerak.

Maria perlahan-lahan meleraikan genggaman tangan mereka. Matanya membulat, mulutnya juga sedikit terlopong. Tangan Afiqah bergerak! Maria tersenyum lebar lalu memusingkan tubuhnya ke arah suaminya masih lagi terpinga.

"Abang panggil doktor bang! Tangan Afiqah bergerak!" Jerit Maria dengan nada yang teruja. Tanpa berlengah, suaminya segera keluar dari bilik tersebut bagi memanggil doktor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience