BAB 7

Drama Completed 8137

"Kau tok! Ku dah di KL dah. Baru jak balit dua hari lepas. Time ku di sia, sikda kau nak cari ciahhh" Marah Alvin sambil dia mencekak pinggang. Eidlan yang sabar menanti, hanya memerhatikan gelagat Alvin yang mundar-mandir di dalam bilik pejabatnya.

"Oh ok bha. Next time lah mun ku balit gik ku hello hello ok?"

"Hm ok bha, bye!"

"Dah 30 minit rasanya aku tunggu kau habis calling.. Kau masuk je, duduk terus otp dengan someone." Ujar Eidlan sebaik saja Alvin mematikan panggilan tersebut.

"Hehehe hi bosku! Takda lah kawan aku.. Time aku balik hari tu, dia tak tahu. Baru ni hah dia dapat tahu dari geng kitaorang gak." Jelas Alvin sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Eidlan.

"Seronoklah cuti panjang?" Usik Eidlan sambil tersenyum simpul. Sesekali dia merapikan kotnya supaya sentiasa kelihatan kemas.

"Seronok sangat Eid! Ni masih jet lag sebenarnya.." Balas Alvin sambil mata sepetnya di kebil kebil.

"Yelah banyak kau punya jet lag kalau dah cuti pun tambah dua hari, baru hari ni masuk.." Perli Eidlan sambil tersenyum sinis.

"Hehehe janganlah marah Eid. Letih kot? Balik Sarawak tu bukannya untuk bercuti, Pergi ke sana ke sini.. Lawat saudara mara" Bebel Alvin.

"Yelah, aku faham. Saja je nak kacau kau. Kau datang masuk ofis ku ni kenapa? Dah takda kerja ke?" Tegas Eidlan menyerlahkan auranya sebagai pemilik syarikat tersebut.

"Banyak Eid. Kau jangan nak tambah lagi.." Balas Alvin sambil kepalanya digeleng ke kiri ke kanan. "Takda lah.. Hari tu aku tersempak dengan Christella, dekat KLIA.. Dia cakap ada orang replace Mira. Mana dia? Tak nampak pun..?" Sambung Alvin lagi.

"Oh Damia? Mira ajak dia jumpa Dato' Syukri. So dia boleh belajar macam mana cara seorang secretary untuk deal dengan klien before diaorang boleh jumpa aku.. Kau pun tahu kan, aku jenis yang tak suka buang masa. Kalau Mira rasa projek tu ok, dan bagi untung ke syarikat baru aku ajak jumpa. Kalau tak, taklah.." Jelas Eidlan panjang lebar.

"I know lah! Sebab tu lah aku cakap dengan Christella hari tu yang aku yakin kau memang setia dekat Afiqah 100%!" Jawab Alvin membuatkan Eidlan memandang ke arah Alvin, serius.

"Kenapa? Afiqah ada luah benda yang aku tak tahu dekat Christella ke?" Soal Eidlan, khawatir.

"Entahlah Eid. Tapi.. Aku rasa bukan dari Afiqah lah. Memang si Christella tu selalu curiga, sebab tu lah dia takda boyfriend!" Tegas Alvin cub menidakkan telahan Eidlan.
"Amboi, macamlah dia tu ada girlfriend! Dah boleh lah tu.. Christella selalu curiga, kau pula busybody!" Usik Eidlan lalu tertawa besar. "Tapi haritu adalah, Afiqah tetiba bersuara, dia ajak aku buat checkup untuk tengok kot kot ada porblem ke.." Sambung Eidlan dengan nada yang agak lebih rendah dari tadi, sebab dalam pejabat ni cuma Mira sorang yang tahu. Dia pun tidak mahu dijadikan bahan gosip, apatahlah gosip yang boleh dikatakan mencalar imejnya sebegini.

"Lepas tu? Kau pergi?" Soal Alvin ringkas.

"Aku pergi.. Tapi tulah.. Afiqah tiba-tiba dapat panggilan suruh replace class one of the lecturers sebab anak dia kena chicken pox." Jelas Eidlan. "Aku kesian jugak dekat Afiqah, Vin.. Selalu sangat ditanya orang sekeliling bila nak ada isi. Padahal nak dapatkan zuriat tu kerjasama antara suami dan isteri tapi yang menanggung beban tu si isteri sorang.." Sambungnya lagi lalu mengeluh berat.

"Hm.. Yelah, faham jugak aku. Tapi kenapa kau tak cerita kat aku pasal ni semua?" Tanya Alvin pula.

"Kau kan balik kampung. Aku pun tak naklah ganggu kau happy happy dengan family, kacau cuti kau.. Jadi, sebab tak tahan sangat aku tanyalah pendapat Mira. Nasib Mira jenis yang open minded sikit.." Jelas Eidlan. Alvin hanya mengangguk faham.

"Alaaa.. Mira dah masak dengan perangai kau. Memang 'sakit' lah kau takda Mira nanti" Ujar Alvin sekaligus membuatkan Eidlan tersemyum lebar. Memang benar, Mira satu-satunya setiausaha yang terbaik dia pernah jumpa. Takda yang dua. "Lagi pula dia kan perempuan, mesti dia faham situasi kau lebih dari kau sendiri. Sebab yelah.. Bak kata kau tadi, kalau masalah zuriat ni, mesti semua orang akan menunding jari ke arah si isteri.." Tambah Alvin lagi.

"Itulah, Vin.. Lega jugak aku kau balik. Taklah aku merana menahan rasa kalau aku perlukan someone.." Kata Eidlan jujur lalu tersengih-sengih.

"Waaaa berharganya aku kat mata kau Eid.. Bangga pulak aku.. Naik gaji please.." Balas Alvin sambil bibirnya mengukir senyuman selebar-lebarnya.

"Naik gaji ye?" Tanya Eidlan sambil keningnya dijongket nakal. "Kerja yang tertangguh dah siap ke belum?" Perli Eidlan.

"Hehehe belum bosku.." Balas Eidlan sambil tersengih bak kerang busuk.

"Jadi, kalau belum.. Buatlah.." Arah Eidlan dengan nada yang tegas tapi masih ada kelembutan di situ.

*****

"Dah siap!!!" Jerit Afiqah dengan perasan yang begitu teruja. Eidlan yang asyik memandang telefonnya pantas menaikkan kepala sedikit keatas. 

"Oh wow!" Ucap Eidlan teruja atau mungkin lebih tepat, terkejut. Terkejut dengan sentuhan isterinya yang begitu indah. Rasanya baru 1 jam yang lalu dia melihat taman bunga itu tadi kosong, cuma lampu jalan yang menghiasi. Namun kini ia bertukar 360 darjah, sangat cantik umpama taman syurga!

"Hebatnya isteri abang.." Puji Eidlan sambil tangan kanannya memaut bahu Afiqah erat lalu tersenyum. Afiqah membalas senyuman suaminya.

"Tuan.." Sapa satu suara dari arah belakang. Potong stim betul lah! Sempat hati Eidlan berbisik. Perlahan-lahan dia dan Afiqah memusingkan tubuh ke arah suara tersebut.

"Eh Damia.." Tegur Eidlan lembut. Cepat benar dia lupa hatinya yang tengah kesal tadi.

"Oh memandangkan Damia ada kat sini dah.. Abang, sayang nak gi tengok makanan dah siap ke belum jap.." Kata Afiqah meminta izin dari suaminya untuk beredar.

"Kalau macam tu abang ikut." Cadang Eidlan pula.

"Tak apalah bang.. Abang dekat sinilah dengan Damia tunggu ketibaan Mira. Mira kan staff abang." Balas Afiqah lembut sekaligus membuatkan Eidlan mencebik bibirnya merajuk.

"Ish abang ni. Damia tengok abang merajuk. Buruk tau!" Bisik Afiqah sebaik saja bibirnya medekati telinga Eidlan sebelum dia mengangkat tangan kepada Damia sebagai tanda ingin beredar dari situ.

Sebaik saja mendekati satu barisan meja yang khas untuk meletakkan hidangan, Afiqah segera mengeluarkan pinggan plastik yang masih lagi terbalut di dalam bungkusan itu dan diletakkan di sisi meja.

Sedang dia sibuk menyusun, matanya tiba-tiba tertarik untuk mengerling ke arah suaminya, Eidlan. Dari kejauhan Afiqah melihat Damia yang sedang merapikan tali leher suami kesayangannya itu. Selama hampir 5 tahun Mira bekerja dengan suaminya, tidak pernah pula dia perlakukan Eidlan sebegitu. Tiba-tiba api cemburu membakar diri Afiqah namun cepat saja di padamnya kerana enggan menimbulkan prasangka buruk terhadap suaminya mahupun Damia.

"Jauh termenung.." Sergah satu suara garau dari arah belakang Afiqah.

"Ya Allah, Alvin!" Jerit Afiqah girang. "Bila sampai KL?" Soalnya pula.

"Dua hari lepas. Tapi baru datang kerja hari ni.. Saja je nak ambik extra cuti." Jawab Alvin lalu tersengih-sengih.

"Oh I see.."

"Nak saya tolong ke?" Tanya Alvin pula sambil matanya melirik ke arah bungkusan pinggan plastik itu.

"Oh boleh jugak.." Balas Afiqah kelat. Sedikit sebanyak, kemesraan yang di saksikan sendiri oleh matanya itu tadi menguris hati wanitanya.

"Alvin.. Kau boleh tolong tunggu Mira dekat depan tak? Aku tolong bini aku sini.." Arah Eidlan. Entah berapa lama dia dah berdiri di situ.

"Berehh boss!" Jawab Alvin. "Kenapa? Tak tahan ke?" Usik Alvin ke telinga Eidlan.

"Ish merepek kau ni!" Bentak Eidlan dengan nada yang agak rendah. Cukup rendah untuk tidak didengari oleh Afiqah.

"Apa yang korang berdua bisik?" Cepat saja Afiqah menyoal suaminya itu sebaik sahaja kelibat Alvin tidak lagi kelihatan.

"Takda apalah.. Sayang macam tak kenal si Alvin tu macam mana.." Balas Eidlan bersahaja lalu tersenyum.

"Tadi sayang tengok Damia tolong abang rapikan tali leher.. " Ujar Afiqah, cuba memberanikan diri. Tambahan pula, suaminya sering berpesan, kalau ada masalah usah dipendam. Terus terang saja.

"Oh tali leher abang senget tadi. Dia tolong luruskan. Aie, baru 3 hari Damia kerja dengan abang, sayang dah jealous ni.. Belum lagi setahun dua.." Usik Eidlan lalu tersenyum nakal dan tidak semena satu pukulan manja hinggap di lengannya.

"Takdelah. Mira tak pernah pun buat abang camtu.." Balas Afiqah sambil bibirnya dicebik, seakan merajuk.

"Dengan Mira tak pernah pula sayang cemburu macam ni?" Kata Eidlan pula.

"Sebab Mira tak layan abang macam tu." Jawab Afiqah. Wajah suaminya itu ditenung lama.

"Hm.. Yelah yelah. Next time kalau Damia nak rapikan tali leher abang, abang akan cakap..eh stop! Bini saya tak suka. Dia cemburu.. Nanti payah saya nak pujuk.." Jawab Eidlan sambil tangannya mencubit manja pipi gebu milik isterinya itu lalu tersenyum.

"HA HA HA kelakar lah sangat.." Kata Afiqah dengan tawanya yang seakan dibuat-buat.

"At least sayang ketawa jugak kan?" Jawab Eidlan masih lag tidak putus mengusik isterinya. Macamlah tak tahu yang Nur Afiqah Dahmani ni mudah terusik.

"Ehm.. Abang.. Esok kita buat checkup lagi? Boleh..?" Soal Afiqah cuba menukar topik. Eidlan yang terdiam sejenak, hanya bermain dengan pinggan plastik ditangannya. Habis renyuk pinggan itu dibuatnya.

"Sayang..  Kalau abang tanya, boleh tak sayang jawab dengan jujur?" Tanya Eidlan, akhirnya bersuara.

"Kenapa? Selama ni sayang tak cukup jujur ke?" Soal Afiqah pula seakan mengusik.

"Takdalah..Cuma, abang hairan juga.. Sayang macam beriya sangat nak ada anak.." Jawab Eidlan jujur.

"Abang tak nak ke?" Soal Afiqah lalu mengeluh.

"Nak..of course nak..Tapi sayang macam paksa diri sayang sangat. Macam try hard. Kenapa ek?"

"Abang.. Abang tak rasa sunyi ke takde budak dalam rumah kita tu?"

"Sunyi ke risau? Sayang.. Abang janji takkan ada apa yang berlaku antara kita selagi nyawa abang dikandung badan..Hati sayang tu, janganlah sensitif sangat. Abang tengok dua tiga hari ni sayang macam mudah goyah je..Mana pergi my iron lady dulu dulu tu hah?" Ujar Eidlan. Sempat dia mengusik isterinya dengan panggilan iron lady yang sememangnya sesuai dengan diri Afiqah yang dikatakan kental.

"Sedangkan besi pun boleh hancur, inikan pula hati.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience