PROLOG

Drama Completed 8137

"Today is the day" Sempat gadis tinggi lampai yang berambut coklat gelap itu bermonolog saat melihat dirinya di cermin yang terpampang di hadapannya. Gaun pengantin yang berwarna putih bersih itu di beleknya sambil tersengih-sengih.

Hari ini merupakan hari bahagia buat pemilik nama Nur Afiqah Dahmani binti Muhammad Yusof. Seorang lecturer yang paling digemari oleh para pelajar di salah satu kolej swasta di Kuala Lumpur.

"Hi, ratu sehari!" Sapa seorang gadis yang berwajah pan asia sebaik sahaja membuka pintu bilik tersebut.

"Eh Christella!" Balas Afiqah separuh menjerit. Christella Depp, gadis berusia 25 tahun, berdarah kacukan Cina-English. Dah nama pun kacukan kan, orangnya sudah semestinya cantik jelita! Walaupun Afiqah dan Christella berbeza agama dan bangsa, tetapi persahabatan antara mereka tetap utuh sebagai satu.

"Babe, kau dah ready tak ni? Aku dah excited nak tengok si Eidlan tu lafaz akad!" Jerit Christella dengan begitu teruja. Sesekali bahu Afiqah di goncangnya kuat.

"Aku risaulah.."

"Kau nak risau apa?" Soal Christella. Wajahnya dikerut. Slang English Christella ternyata lebih pelat dari slang cinanya.

"Aku tak buat keputusan terburu buru kan?" Soal Afiqah kepada Christella sekaligus membuat gadis yang mesra disapa Chris itu mendengus perlahan-lahan.

"Kau rasa terburu-buru ke? Eh, Afiqah kau lupa macam mana susahnya si Eidlan tu nak dapatkan kau? Yelah, mana tidak, bapa kau tu profesor kat college dulu kot? Cuma dia seorang je berani dekat dengan kau. He's the one, trust me!" Jelas Christella membuatkan aku berfikir panjang.

Imbas kembali..

"Hi, Afiqah.." Sergah seorang jejaka yang berkulit sawo matang itu sambil tersenyum mesra. Senyumannya yang manis menampakan sebaris gigi ya tersusun rapi itu pasti dapat memukau perhatian para gadis yang memandang.

"Erm..?" Soal Afiqah ragu-ragu. Manakan tidak, takda hujan takda ribut, tiba-tiba didatangi lelaki kacak yang tinggi hanya beberapa inci daripadanya.

"Oh ya, lupa perkenalkan diri. Nama saya Muhammad Eidlan Fakrullah" Kata jejaka tersebut sambil menghulurkan tangannya dan tanpa was-was, Afiqah pun menyambut huluran tangan jejaka kacak tersebut.

"Oh, Eidlan. Hi, nice to know you" Ujar Afiqah sambil tersenyum lebar. Entah apa yang lebih mengembirakan hatinya, didatangi lelaki kacak bergaya itu ataupun hakikat yang akhirnya ada lelaki yang cukup berani untuk mendekati dirinya.

Almaklum sahajalah, kalau dah nama pun anak profesor di kolej. Budak mana nak dekat dengan si empunya diri. Belum apa-apa lagi, diaorang dah cabut lari.

"Saya sebenarnya nak berkenalan dengan awak, kalau awak sudi." Kata Eidlan dengan penuh sopan. Kedua belah tangannya diseluknya ke dalam poket belakang seluarnya.

"Rasanya.. Boleh kot? Kalau awak sanggup berdepan dengan ayah saya. Awak kenal kan ayah saya?" Soal Afiqah sambil tersenyum sinis. Eidlan mengangguk perlahan-lahan sebelum bibirnya mengukirkan senyuman.

"Jadi, kalau saya berani berhadapan dengan ayah awak, awak akan terima saya?" Soal Eidlan pula, masih mencuba. Afiqah dengan pantas menganggukkan kepalanya mengiyakan persoalan Eidlan.

Tanpa berlengah, Eidlan segera berjalan meninggalkan Afiqah dan juga Christella yang sejak dari tadi menjadi saksi perbualan antara Eidlan dan Afiqah.

"Eh kau nak gi mana? Kata nak usha kawan aku!" Herdik Christella seakan-akan mencabar kejantanan Eidlan. Eidlan memusingkan tubuhnya lalu tersenyum sinis.

"Nak pergi jumpa bakal bapa mertua. Minta izin untuk jadikan anak perempuannya, isteri saya yang sah." Jelas Eidlan dengan penuh romantis sekaligus membuatkan pipi Afiqah meronta kemerahan. Malu.

Christella yang turut terusik dengan ucapan Eidlan itu pantas memukul lembut bahu sahabatnya itu sambil tersengih-sengih. Macam dia pula yang dilamar.

Imbas kembali terhenti. Afiqah tersenyum sendiri. Christella yang sedari sahabatnya itu jauh mengelamun, pantas memetik jarinya berulang kali.

"Bangun! Bangun!" Kata Christella membuatkan Afiqah tersentak.

"Betul juga cakap kau, he's the one. Insyallah.." Ujar Afiqah lembut lalu menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.

Kun faya kun, jadilah, maka jadilah ia. Apabila Allah SWT berkehendak dan menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia. Dia lah yang menentukan segala-galanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience