BAB 29

Drama Completed 8137

Afiqah masih lagi begitu. Baring di atas katil hospital dengan wajah yang tak beriak. Tubuh Afiqah kelihatan lebih kurus daripada biasa. Pipinya juga semakin cengkung. Menurut doktor, Afiqah hanya menerima mineral melalui saline yang disalurkan melalui getah tiub yang di cucuk di lengannya sahaja.

Eidlan perlahan-lahan menarik kerusi besi yang terletak berhampiran dengan katil Afiqah dan duduk. Wajah Afiqah yang pucat itu dipandangnya lama. Seribu penyesalan terlintas di dalam benak fikirannya. Acap kali, dia menyalahkan dirinya atas kejadian yang menimpa Afiqah. Eidlan mengeluh berat.

Tangan Afiqah yang kaku itu ditarik lembut lalu digenggam erat. Sekali lagi, Eidlan memandang wajah bekas isterinya itu lama. Dia cuba selami wajah Afiqah yang masih lagi tidak memberi sebarang respon, dan cuba membaca emosi yang terlindung sebalik wajah itu. Jika sebelum ini, mudah untuk Eidlan membaca emosi sesorang melalui riak wajah dan pandangan mata, tapi dengan keadaan Afiqah saat ini, dia tidak nampak apa-apa. Kosong! Afiqah umpama mayat hidup. Masih bernyawa tapi jiwanya kosong.

"Sayang.. Abang rindukan sayang..Abang rindukan senyuman, gelak tawa sayang.." Bisik Eidlan di telinga Afiqah yang belum pasti berfungsi ataupun tidak. "Sayang kena kuat, untuk abang, untuk anak kita. Afiqah bangun ye sayang.." Tambahnya lagi. Tanpa dia sedari air matanya mulai jatuh, membasahi genggaman tangan mereka. "Sayang janji yang sayang takkan pergi sebelum sayang.. Tolong jangan mungkiri janji..please.." Rayu Eidlan lagi dengan air matanya yang kian deras.

"Eidlan.." Panggil Yusof yang tiba-tiba muncul. Eidlan cepat-cepat mengesat air matanya.

"Ayah..Ayah duduklah." Pelawa Eidlan yang segera bangkit dari tempat duduknya. Kebiasaanya, pihak hospital hanya menyediakan sebuah kerusi di dalam setiap bilik. Jadi, salah seorang haruslah mengalah dan dalam situasi ini, sudah semestinya Eidlan yang harus mengalah.

"Terima kasih." Ucap Yusof lalu mengambil tempat di sisi anaknya yang masih lagi kaku. "Ayah kenal kamu, Eidlan. Ayah tahu kamu takda niat untuk menceraikan Afiqah." Tambah Yusof lagi tanpa memandang ke arah Eidlan. Eidlan hanya terdiam. Otaknya ligat memikirkan apa yang harus dijawabnya.

"Dan ayah kenal Afiqah. Ayah yakin dia pun masih sayangkan kamu.."

*****

"Eh Eidlan. Kenapa kau kat luar ni?" Tegur Alvin yang baru sahaja sampai. Christella juga di situ. Sejak kejadian langgar lari tempoh hari, hubungan Alvin dan Christella terlihat semakin akrab. Takda gaduh-gaduh, seperti anjing dan kucing.

"Ayah Afiqah kat dalam. Jadi aku keluar, bagi ruang." Jelas Eidlan ringkas.

"Kau.."

Bunyi ringtone telefon bimbit Eidlan, menandakan ada panggilan yang masuk mematikan niat Christella untuk bertanya sama ada Eidlan dah makan ke belum. Eidlan mengalihkan perhatian kepada telefon bimbitnya. Wajah Eidlan yang berkerut saat membaca nama pemanggil yang tertera pada telefon bimbitnya, menimbulkan tanda tanya buat Alvin mahupun Christella.

Sejenak berfikir, Eidlan akhirnya menjawab panggilan tersebut.

"Hm..?"

"Cuti? Oh, boleh. Lagipun I sibuk."

"Hm.. Baiklah.."

Tett. Panggilan dimatikan. Wajah Alvin dan juga Christella yang seakan menanti jawapan, dipandang Eidlan bersilih ganti.

"Siapa?" Soal Alvin.

"Damia.. Dia minta emergency leave." Jawab Eidlan ringkas.

"Eh, jap. Sebut pasal Damia.. siapa nama abang Damia tu? Dia bukan kawan Afiqah ke?" Sergah Alvin yang tiba-tiba teringat akan kewujudan Daniel. "Tak nampak pun dia datang menjenguk.." Tambahnya pula.

"Yalah.. Aku pun lama tak tengok muka dia." Kata Christella sambil kepalanya di angguk laju-laju. Baru kali ini, dia benar-benar setuju dengan Alvin.

"Korang tak rasa pelik ke?" Soal Alvin pula.

"Pelik?" Tanya Christella, hairan. Dahinya di kerut, begitu juga dengan Eidlan.

"Yelah, macam kebetulan. Damia minta emergency leave dan Daniel pula tak muncul-muncul.." Jawab Alvin cuba memprovok. "Damia dengan Daniel adik beradik kan?" Soalnya pula. Christella mengangguk kepalanya, sebagai jawapan 'ya'

"Maksud kau, diaorang mungkin terlibat dalam kes langgar lari tu?" Tanya Eidlan dengan nada yang serius, seakan dapat membaca fikiran sahabatnya itu.

"Mungkin." Jawab Alvin ringkas. "Aku taknaklah tuduh orang bukan-bukan. Tapi diaorang ada motif, Damia girlfriend dan Daniel pula, bekas kekasih Afiqah." Sambung Alvin lagi. Christella yang tidak berpuas hati mengangkat tangannya sedikit meninggi.

"Eh jap. Siapa bagitahu korang yang Daniel bekas kekasih Afiqah?" Soalnya hairan, kerana setahu dia Afiqah dan Daniel hanyalah sekadar seorang junior dan senior. Tak lebih daripada itu.

"Damia" Jawab Eidlan dan Alvin serentak.

"Afiqah cuma pernah couple dengan kau sorang jelah, Eidlan!" Tegas Christella dengan nada yang sedikit meninggi.

"Habis tu, macam mana Afiqah kenal Daniel?" Tanya Alvin pula. Eidlan mengangguk laju sambil wajah Christella di pandang dengan penuh semangat.

"Afiqah dan Daniel satu sekolah, itu yang pasti." Jawab Christella jujur.

"Satu sekolah? Jadi, mungkin diaorang pernah bersama kan?" Tanya Alvin, masih tidak berpuas hati.

"Alvin. Alvin. Sebab ini lah kita dua selalu sangat gaduh. Kau tak pernah nak faham kan? Walaupun benda yang simple macam ni!" Marah Christella. Alvin menggaru-garu kepalanya yang tak gatal manakala Eidlan masih lagi menanti jawapan. "Afiqah kan bestfriend aku, mestilah aku tau. Dari A to Z. Apa saja, dia mesti bagitahu aku. Dan dia bagitahu yang Eidlan cinta pertama dia!" Tegas Christella lalu mendengus perlahan. Sesekali kepalanya di geleng-geleng.

*****
Melangkah saja Damia ke dalam rumah, Daniel segera meluru ke arah Damia. Tangannya di tarik Daniel kasar. Dia yang jelas tidak suka diperlakukan sebegitu memandang wajah abangnya dengan bengis sekali.

"Damia dah melampau!" Jerit Daniel sekuat hati. Hampir saja segala urat-urat sarafnya terkeluar.

"Oh, jadi abang dah tahu? Jadi, apa khabar Afiqah? Dah mati ke belum?" Soal Damia lalu tersenyum sinis.

"Damia!" Jerit Daniel. Kali ini, kesabarannya benar-benar sudah hilang. Mungkin benar kata Azira, dia sepatutnya ambil tindakan bertahun dulu. Sekarang, nasi sudah pun menjadi bubur. Hendak menyesal pun taida guna.

"Kenapa? Salah kah Damia cakap? Dia memang patut dah lama matilah abang!" Pekik Damia. Matanya membulat.

"Damia sedar tak apa yang Damia dah buat ni hah?" Marah Dania lalu mendengus kasar. "Damia boleh masuk penjara, Damia tahu tak!?" Sambungnya lagi. Kedua belah tangannya diletakkan di pinggangnya.

"Penjara? Are you sure? Sebab seingat Damia kan, Damia ada problem kat sini" Ujar Damia sambil menunjuk ke arah kepalanya. "Jadi, Afiqah mati katak!" Tambahnya lagi lalu tertawa kecil. Tidak sedikit pun dia merasa bersalah atas perbuatannya.

"Damia tolonglah Damia. Berubah, dan luapakan semuanya!" Pinta Daniel, merayu.

"Lupakan? Semudah tu je ke? Tak mungkin! Eidlan tengah merancang untuk rujuk semula dengan Afiqah dan Damia tak boleh biarkan benda ni jadi, sebab kalau diaorang rujuk semula, Afiqah akan bahagia dan Damia akan sengsara!" Bentak Damia sambil menghentakkan kakinya.

"Damia takda rasa besalah lansung ke?" Soal Daniel pula. Kepalanya yang  naik pusing di picit-picit.

"Rasa bersalah? Masalahnya, Damia ada perasaan ke bang? Akal pun takda.." Jawab Damia selamba. Daniel hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum mengeluh berat.

*****

"Eidlan.. Eidlan dah makan ke belum ni? Sejak tadi ayah tengok kamu kat sini jaga Afiqah." Soal Yusof lembut sebaik saja mendekati Eidlan. Eidlan yang tadinya terlelap seketika pantas mendongak ke atas. Matanya kelihatan layu, mungkin terlalu letih.

"Eidlan takda selera lah ayah.." Jawab Eidlan lemah sebelum dia melakukan senaman ringan bagi memanaskan badannya.

"Janganlah macam ni, Eidlan. Kalau orang tua tengok rupa kamu macam ni, naik risau mereka nanti!" Kata Yusof sambil mengurut-urut bahu bekas menantunya itu.

"Lepas ni lah, Eidlan makan. Tengok macam mana." Jawab Eidlan, akur. "Ayah.. Ayah, rasa akan ada peluang kedua tak untuk Eidlan?" Soal Eidlan. Wajah Yusof dipandanya dengan pandangan yang sayu. Yusof tersenyum. Dia menarik dan kemudiannya perlahan-lahan menghembuskan nafasnya.

"Insyaallah.. Mungkin kali ini, Eidlan kena usaha lebih sikit. Bukan sebab ayah, tapi sebab Afiqah. Bagi seseorang individu untuk membina semula kepercayaan yang dah luluh itu, makan masa yang sangat lama. Nampaknya Eidlan kena banyak sabarlah.." Balas Yusof lalu menepuk bahu Eidlan perlahan-lahan sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience