Sebelum pukul 8 lagi, Eidlan sudah pun berada di dalam pejabatnya. Jam yang terlekat pada dinding ditenungnya sambil badannya disandar pada kerusi yang empuk itu. Matanya dipejam rapat. Sesekali dia mengeluh berat.
Tok tok tok!
Bunyi ketukan pintu menghentikan lamunannya. Matanya yang tadi ditutup kini terbuka.
"Masuk!" Perintahnya.
"Tuan.. Maaf mengganggu.. Tapi cik Damia sudah sampai.." Balas setiausahanya yang bernama Mira itu.
"Damia? Awal jugak? Bukan haritu, saya cakap datang after lunch ke? Lagipun sekarang pukul 8 pun belum.." Ujar Eidlan, hairan.
"Entahlah tuan.. Excited sangat nak replace tempat saya nampaknya." Usik Mira lalu tertawa kecil. Eidlan hanya tersengih-sengih. "Tuan nak saya buat macam mana? Nak bagitahu dia tuan busy ke?" Tanya Mira, ingin pasti.
"Hm.. Takpalah, awak suruhlah dia masuk." Arah Eidlan. Tanpa sebarang bantahan, Mira mengangguk faham lalu beredar sebelum memanggil Damia masuk ke pejabat tuannya.
"Selamat pagi, tuan." Ucap Damia kepada Eidlan lalu tersenyum lebar.
"Selamat pagi. Silakan duduk" Pelawa Eidlan lalu memberi signal kepada Mira untuk beredar. Mira yang faham dengan bahasa tubuh tuannya, menunduk kepalanya sebelum dia menutup daun pintu bagi memberikan ruang peribadi kepada Damia dan Eidlan.
"Jadi.. Cik Damia boleh saya tengok resume awak?" Soal Eidlan bagi memulakan bicara.
"Boleh tuan.." Balas Damia lalu menghulurkan sekeping envelope yang berisi maklumat peribadinya itu kepada Eidlan.
Disebabkan janji Eidlan kepada isterinya, dia hanya membelek resume Damia sekilas sebelum dia bersetuju untuk mengambil beliau sebagai setiausahanya. Dengan perasaan yang sangat teruja, Damia pantas menarik Eidlan dalam pelukannya tanpa ragu-ragu membuatkan Eidlan terpinga-pinga.
Ehem. Eidlan berdehem membuatkan Damia sedar akan kesalahannya. Dia kemudiannya perlahan-lahan meleraikan pelukannya lalu tersenyum sipu.
"Maaf tuan.." Ucapnya lalu tertunduk malu.
"Tak apa. Saya faham, awak excited.." Balas Eidlan tanpa melenting. "Kalau ikutkan hati saya, memang saya nak awak terus kerja hari ni, tapi memandangkan saya kena gi hospital dalam pukul 9 macam tu, jadi awak boleh start esok. For now, saya akan suruh Mira briefing pasal tugasan awak." Jelas Eidlan panjang lebar.
"Tuan, tuan pergi hospital? Kenapa? Afiqah tak sihat ke, ke tuan yang tak sihat?" Soal Damia risau. Eidlan yang merasa kurang senang dengan perihatian yang diberikan oleh Damia itu, tersenyum simpul.
"Takda apalah. Dua-dua sihat. Cuma ada hal sikit.." Balasnya ringkas lalu menekan satu butang pada telefon dan kemudiannya memberikan arahan kepada Mira untuk masuk ke pejabatnya.
Mira hanya memakan masa seminit untuk sampai di bilik pejabat Eidlan dek jarak yang terlalu dekat. Seperti biasa, sebelum masuk, Mira akan mengetuk pintu terlebih dahulu. Sebagai tanda hormat katanya.
"Mira, saya akan serahkan cik Damia kepada awak untuk briefing pasal tugasan dia and so on.. Sebab awak pun tahun kan saya memang ada hal pagi ni.." Jelas Eidlan sebaik sahaja Mira melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.
"Baik tuan! Hm.. Itulah tuan, saya dah nasihatkan tuan, ambik cuti hari ni tapi tuan degil.." Kata Mira berseloroh. Eidlan yang terusik dengan katanya hanya tertawa kecil.
"Dah bini saya yang beriya sangat saya interview kawan dia ni hah.. Saya ikutkan je lah.. Sebab tu lah sebenarnya saya suruh Damia ni datang after lunch, tapi lain pula jadinya.. Dia pun excited macam Afiqah.." Balas Eidlan jujur dengan tawanya yang masih tersisa.
"Untunglah puan Afiqah dapat suami macam tuan.. Semua kehendak diturutkan.." Tambah Mira lagi lalu tertawa kecil. Damia yang sejak dari tadi menjadi pendengar setia hanya tersenyum sinis.
"Handsomenya Tuan Eidlan.. Dahlah baik! Kau memang bertuah kan, Afiqah. Dari dulu lagi. Tapi kenapa diaorang pergi hospital. Hm.." Sempat dia memandang wajah Eidlan sekilas sebelum hatinya berbisik.
*****
KLIA, 8.30 a.m
"Hah, Afiqah. Kau nak apa? Ish! Kau tahu tak, aku geram betul lah dengan adik aku tu. Dah besar panjang pun masih nak harapkan aku ambik dia kat airport. Tak boleh ke dia naik teksi ke apa ish!" Bebel Christella sebaik sahaja menyahut panggilan telefon dari sahabatnya itu.
"Amboi dah lama benar simpan perasaan tu.." Usik Afiqah di talian lain lalu tertawa kecil. "Kau ni pun.. angkat call aku, then tanya aku nak apa.. lepas tu boleh pulak kau gi bebel masalah kau.." Rungut Afiqah.
"Sorrylah, aku marah sangat dengan dia.. Hah, yang kau call ni kenapa? Si ex classmate kau tu buat hal ke hari pertama dia jumpa laki kau?" Tanya Christella dengan andaiannya yang tidak berasas itu sekaligus membuatkan Afiqah geli hati.
"Kau ni tak baik buruk sangka. Takdalah! Aku just nak bagitahu, yang aku sekarang dekat hospital untuk buat checkup.." Jawab Afiqah.
"Oh ya!Kau ada text aku semalam cakap Eidlan benarkan.. Sorry babe, aku lupa. So good luck! Don't worry, neither you or Eidlan yang ada problem. It's just that, belum ada rezeki lagi ok? Trust me!" Kata Christella dengan penuh semangat. Afiqah yang rasa amat lega dengan kata-kata semangat dari sahabatnya itu pantas menghela nafas lega.
"Thanks.. Hopefully lah, takda apa-apa.."
"Amen..!"
Dan dengan tiba-tiba bahu Christella dilanggar kasar oleh seseorang dari arah yang bertentangan membuatkan dia hampir saja terjatuh.
"Eh sorry, tak sengaja." Ucap lelaki yang sederhana tinggi, berkulit putih, mata sepet persis lelaki cina itu.
"Ish! lain kali jalanlah pakai.." Marah Christella namun terhenti saat dia mengenali empunya diri yang melanggar dia sebentar tadi. "Eh? Alvin?" Soalnya terkejut.
"Kalau ku tahu kau tadi memang taklah aku nak minta maaf. Bahasa tak padan dengan muka! Patutlah takda sorang laki pun nak melekat dekat kau." Bentaknya lalu mendengus kasar. Christella mengetap bibirnya geram sambil matanya memandang tajam ke arah lelaki yang bernama Alvin itu tadi.
"Sedapnya mulut kau. Habis kau tu, ada ke perempuan ya nak?!" Balas Christella dengan nada perli. Alvin yang seakan menyampah dengan Christella pantas memberikan jelingan yang tajam.
"Kau buat apa sini?" Soalnya selepas hampir 5 minit masing-masing mendiamkan diri.
"Shopping!! Guna akal lah, aku sekarang di aiport.. Aku gi ambik adik akulah! Takda soalan yang lebih cepu emas ke kau boleh bagi kat aku?" Herdik Christella sambil rambutnya dilibas ke arah Alvin membuatkan Alvin sedikit berundur.
"Manalah tau kau nak melancong ke honeymoon ke?" Perli Alvin membuatkan Christella membulatkan matanya, terkejut dan tidak semena satu tumbukan lembut hinggap di dada Alvin.
"Kau pun nampak takda bagasi kan dengan aku? Ish!" Bentak Christella sambil menghentakkan kakinya sekaligus membuatkan Alvin tertawa kecil. Entah mengapa dia rasa Christella nampak agak comel begitu.
"Aku baru pulang dari kampung.." Ujar Alvin lembut.
"Kampung? Sarawak ke?" Soal Christella. Walaupun hatinya tengah panas, tetap juga dia ingin melayan dan bertanya perkembangan terkini jejaka lun bawang itu.
"Taklah, kampung aku dekat UK." Jawab Alvin selamba diiringi oleh gelak tawa darinya. "Sarawaklah! Mana lagi? Dah lama tak jumpa orang sana, aku minta izin Eidlan, pergi bercutilah.." Sambungnya lagi.
"Sebut pasal Eidlan kau tau ke yang dia dah ada secretary baru?" Soal Christella. Memang pantang nampak peluang, pantas saja dia cuba mengorek rahsia.
"Aku tahu yang si Mira nak resign sebab nak sambung study ke luar negara.. Tapi, pasal secretary baru ni... Aku belum tahu apa-apa lagi. Laju juga kau tau eh?" Soal Alvin dengan nada perli. Dia yang sudah lama mengenali Christella seakan dapat membaca fikiran gadis di hadapannya itu.
"Dia ex classmate Afiqah waktu sekolah menegah dulu.. Sebab tu lah aku tahu. Eh, kau boleh tolong aku tak?"Pinta Christella pula. Alvin menggelengkan kepalanya perlahan sebelum dia mengeluh berat.
"Tolong apa dia? Jarang kau minta tolong dengan aku." Ujar Alvin ringkas.
"Tolong intip si Damia tu." Balas Christella jujur. Entah mengapa dia benar-benar merasakan ada sesuatu yang tidak baik daripada bakal setiausaha suami kawan baiknya itu.
"Oh Damia nama budak tu? Dah kahwin ke belum?" Soal Alvin bersahaja. Yalah, dia pun masih belum berpunya, kalau belum kahwin boleh lah dia masuk 'line'.
"Ish kau ni! Aku serious lah!" Bentak Christella. Alvin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Entah apalah yang si Christella ni sibukkan sangat? Runsing dia dibuatnya!
"OK OK.. Tapi kau nak intip dia kenapa? Takut kot kot kalau dia dengan Eidlan berskandal? Eh, isteri dia pun tak sibuk, yang kau nak sibuk dah kenapa..?" Soal Alvin.
"Alvin! Afiqah tu sahabat aku, kalau dia sedih aku pun sedih. Jadi, lebih baik mencegah daripada merawati!" Jawab Christella tegas.
"Hm.. Yelah yelah.. Aku setuju. Tapi ku tak boleh janji yang aku dapat pantau diaorang 24 jam. Sebab aku pun ada hal aku kena buat.. Tapi aku jamin 100% yang Eidlan takkan curang dengan Afiqah sebab dia sayang bini dia kaw kaw!" Ujar Alvin, mempertahankan bestfriend merangkap bosnya.
Share this novel