Dengan ungkapan 'kelas dismiss', para pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas. Afiqah hanya tersenyum melihat telatah pelajarnya yang seakan tidak sabar pulang. Teringat pula dia dengan zaman universitinya.
November 2012
"Amboi, tak sabarnya balik!" Usik Christella sebaik saja melihat Afiqah yang bergegas mengemas alat tulis dan buku-bukunya.
"Eidlan. Dia kata nak ajak jumpa kat cafe. Urgent katanya. Entah apalah yang urgent sangat." Balas Afiqah tenang sambil memasukan semua buku-buku di dalam beg galasnya.
"Hm.. Oklah kalau gitu. Aku terus balik" Kata Christella lalu bangkit dari tempat duduknya.
"Eh kejap!" Perintah Afiqah sambil menarik lembut tangan Christella. Christella yang kehairanan pantas memusingkan tubuhnya, menghadap Afiqah. "Kau teman aku." Pinta Afiqah membuatkan Christella tertawa kecil.
"Afiqah.. Kau ni. Ingatkanlah apa tadi! Eidlan nak jumpa kau kan? Takkan lah aku nak kacau daun? Dah lama kot kau dengan dia, kau masih tak percayakan dia ke?" Soal Christella yang kedengaran seakan membebel.
Afiqah mengeluh panjang. Bukannya dia tak percayakan Eidlan, tapi dia berpegang pada prinsip, kalau berdua pasti ada yang ketiga.
"Pleaseeeeee. Kau pun tahu kan aku tak biasa berdua dengan Eidlan.." Rayu Afiqah lagi sambil memeluk erat lengan Christella membuatkan Christella merasa kurang senang.
"Yelah, yelah.. Nanti kang korang dah kahwin, kau tak boleh call aku suruh teman kau ok? Sebab dia dah 'halal' untuk kau." Balas Christella tegas, sekaligus mengukirkan senyuman di bibir Afiqah.
Sesampai saja di cafe, Eidlan sudah pun duduk menunggu. Afiqah segera melambaikan tangannya ke arah Eidlan. Lambaiannya dibalas mesra oleh Eidlan. Christella yang masih lagi merasa janggal, hanya tersengih-sengih.
"Hi, awak.." Sapa Eidlan lalu tersenyum manis ke arah Afiqah, membuatkan pipi Afiqah meronta kemerahan.
"Sorry, Eidlan aku terpaksa kacau daun, sebab awek kau ni mengada-ngada nak minta teman.." Jelas Christella.
Afiqah yang terkejut mendengar penjelasan Christella segera membutangkan matanya lalu menghadiahkan satu cubitan manja di lengan Christella. Ouch!
"Takpa.. Saya faham." Balas Eidlan, tersipu-sipu.
"Awak.. Kenapa gitar tu?" Soal Afiqah sambil menunjukkan ke arah gitar yang terbaring kemas di atas meja cafe.
"Oh gitar tu..Ehm. Saya sebenarnya join contest nyanyi yang di ajurkan oleh kolej kita baru-baru ni.." Jelas Eidlan sambil tersenyum-senyum. Afiqah mengangguk faham. Beberapa hari ni, memang agak kecoh satu universiti pasal contest yang dimaksudkan oleh Eidlan itu tadi. Almaklumlah, siapa saja yang tidak suka menyanyi kan?
"Saya tak tahu pula yang awak pandai nyanyi?" Soal Afiqah hairan. Eidlan hanya tersenyum-senyum. Sesekali dia tertawa kecil.
"Saya tak pernah bagitahu.. Jangan risau, lepas ni awak akan selalu dengar saya nyanyi.." Ujar Eidlan sekaligus membuatkan Afiqah mahupun Christella terpinga-pinga.
"Kenapa lepas ni? Sekarang tak boleh ke?" Soal Afiqah.
"Tak.."
"Kenapa?"
"Saya nak simpan, lepas kahwin. Itupun kalau awak terima lamaran saya.." Balas Eidlan lalu mengeluarkan kotak kecil yang berisi sebentuk cincin.
"Awwwww!" Ucap Christella. Seperti biasa, dia kelihatan lebih teruja daripada tuan empunya badan.
"Puan! Puan!" Panggil salah seorang seorang pelajar Afiqah, sekaligus menghentikan imbasan kembalinya.
"Ye, ada apa?" Soal Afiqah.
"Hm. Puan tak balik ke? Puan ok tak ni?" Tanya pelajar tersebut dengan nada risau. Afiqah tersenyum lega. Lega, ada jugak pelajar yang ambil berat tentang dirinya.
"Saya ok. Awak balik lah.." Balas Afiqah lembut. Pelajar tersebut menunduk faham sebelum berjalan melangkah keluar, meninggalkan Afiqah keseorangan.
Afiqah mengeluh panjang sebaik saja kelibat pelajarnya itu tadi tidak lagi kelihatan. Tanpa berlengah, dia segera memeriksa galeri yang tersimpan rapi di dalam telefon bimbitnya.
Afiqah tersenyum sendiri. Sekeping gambar menyimpan seribu satu memori antara dia dan juga Eidlan. Memori yang akan kekal dalam ingatannya, sampai bila-bila. Sekalipun, andai satu hari nanti, dia terpaksa menghapuskan semua gambar-gambar tersebut.
Sedang Afiqah meneliti beberapa keping gambar yang terpampang pada skrin telefon bimbitnya, tiba-tiba matanya tertarik dengan satu video yang menunjukkan Eidlan sedang memegang gitarnya dan tanpa berlengah Afiqah segera menekan butang play.
Seperti saya janjikan, ini lagu pertama abang nyanyikan untuk sayang. I love you.
Ucap Eidlan dengan penuh romantis lalu tersenyum manis sebelum memetik gitarnya bagi memulakan nyanyian.
Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu
Aku yang pernah terluka kembali mengenal cinta
Hati ini kembali temukan senyum yang hilang
Semua itu karena dia
Oh Tuhan ku cinta dia
Ku sayang dia, rindu dia, inginkan dia
Utuhkanlah rasa cinta di hatiku
Hanya padanya, untuk dia
Jauh waktu berjalan kita lalui bersama
Betapa di setiap hari ku jatuh cinta padanya
Dicintai oleh dia ku merasa sempurna
Semua itu karena dia
Oh Tuhan ku cinta dia
Ku sayang dia, rindu dia, inginkan dia
Utuhkanlah rasa cinta di hatiku
Hanya padanya, untuk dia
Sebaik sahaja usai menonton video itu, mata Afiqah mulai berkaca-kaca. Tanpa terasa, kini air mata itu sudah mengalir keluar membasahi kedua pipinya. Dia yang tersedar akan kejadian itu, cepat-cepat mengesat sisa air matanya sebelum menyelongkar beg bimbitnya, seakan mencari sesuatu.
"Eh? Mana aku letak ek?" Bisik hati Afiqah sekaligus menghasilkan satu garis halus di dahinya. Dia yang masih lagi tidak berpuas hati sekali lagi, menyelongkar beg bimbitnya itu.
"Ya Allah! Aku lupa nak bawa beg plastik aku tu ke?" Soal Afiqah pada dirinya lagu mengeluh berat. Beg bimbitnya itu tadi dihempasnya lembut. "Hish! Afiqah, Afiqah.. Macam manalah kau boleh lupa. Dah lah nak bawa budak-budak ni punya assignment lagi.." Sekali lagi, dia mengeluh berat.
Sedang dia mengenang nasibnya, tiba-tiba di di datangi oleh seorang wanita india yang berusia pertengahan 40-an.
"Puan Afiqah.." Sapa wanita yang lengkap berpakaian baju tradisional India itu.
"Eh, hi Madam Kartika!" Balas Afiqah lalu tersenyum. Wajah risaunya masih lagi kelihatan.
"You belum balik lagi ke? I dah nak ready untuk class I ni.." Ujar wanita India yang dikenali sebagai Kartika itu.
"Oh, you nak pakai hall ni ek? I nak balik lah ni, tapi ish cam mana nak cakap eh?" Soal Afiqah sambil memicit-micit kepalanya yang pening.
"I lupa bawa beg I yang besar tu.. Pakai I letak students I punya assignment.." Jelas Afiqah sambil tersenyum kelat. Sesekali dia menyentuh lembut beg bimbit yang bewarna hitam itu. "You ada beg tak, untuk I pinjam?" Soal Afiqah kepada Kartika pula.
"I memang selalu collect shopping bag. Tapi, it's just a shopping bag, so taklah besar mana.." Jelas Kartika. Afiqah menunduk faham sambil dia menompang dagu di atas meja. Jari-jemarinya digigit kemas, tabiatnya setiap kali dia sedang berfikir.
"It's okay, as long as dia beg.." Kata Afiqah setelah berfikir panjang.
"Are you sure? Cam mana you nak angkat?" Tanya Kartika pula sekaligus membuat Afiqah mengeluh berat.
"Pandai-pandailah I nanti.. Takkanlah waktu shopping boleh bawa beg penuh satu tangan, sekarang tak boleh?" Ujar Afiqah berseloroh lalu tertawa kecil.
"Ehm. Yelah, mana-mana you lah. I turun, gi ambik beg tu kejap eh.." Kata Kartika sambil dia meletakkan beg tangannya di atas meja.
"Eh I teman you.." Pinta Afiqah namun ditolaknya lembut.
"Nah, it's okay. I park betul-betul depan exit door tu je. I pergi sorang, you kemaskan apa yang patut.." Jawab Kartika lalu tersenyum.
"Alright.. Thanks, madam!" Ucap Afiqah sambil mengusap lembut tangan Kartika sebagai tanda terima kasih.
"You're welcome.." Balas Kartika lalu beredar.
*****
Dari kejauhan, Daniel yang baru saja keluar dari keretanya, melihat kelibat seorang wanita yang terkial- kial berjalan menuju ke tapak parkir sambil membawa beg-beg plastik ybg penuh kedua-dua tangan. Sesekali dia melihat wanita itu mendengus geram.
Dia yang sedang mengenakan kaca mata hitam itu, segera menanggalkannya sekaligus melihatkan satu garis halus pada dahinya.
Afiqah?
Sabar Afiqah.. Tak jauh lagi kereta kau tu.. Sempat Afiqah bermonolog sendirian saat dia melihat keretanya yang berwarna kuning itu terletak hanya beberapa langkah darinya dan disebabkan perasaan terujanya itu, tidak semena beg-beg plastik yang di jinjitnya itu tadi terjatuh ke atas jalan raya.
Ish!! Bentak Afiqah sambil menghentakkan kakinya di atas jalan raya bagi melepaskan geram.
Ikutkan hati, ingin saja dia tinggalkan beg-beg tu di situ tapi apakan daya, yang dijinjitnya bukan cuma beg tapi tanggungjawab terhadap para pelajarnya.
Sekali lagi dia mengeluh panjang sebelum dia perlahan-lahan mengutip semua beg tersebut satu persatu. Sedang dia mengutip beg-beg tersebut, dia terpandang akan tayar keretanya yang kelihatan sedikit pelik.
Aish, Afiqah.. Afiqah.. Apa malang sangat nasib kau hari ni? Dah kau dapat tau kau pregnant time laki kau curang, kau tak bawak beg untuk angkut semua assignment students kau dan sekarang ni, tayar kereta kau pula pancit? Getus hati Afiqah sambil dia memicit-micit kepalanya yang pening. Pening dengan nasib yang menimpa dirinya.
Daniel yang masih lagi menjadi pemerhati yang setia tertawa kecil melihat telatah Afiqah dari jauh. Comel! Sempat dia memuji. Sesekali kepalanya di geleng-geleng. Tanpa berlengah, dia terus berjalan menghampiri Afiqah.
"Afiqah? Afiqah kan?" Soal Daniel sebaik saja menghampiri Afiqah. Afiqah yang masih lagi tertuduk di atas jalan raya itu, mendongak kepalanya ke atas bagi melihat empunya suara yang menyapanya.
"Eh ya Allah.. Siapa ni aishhh.." Bisik hati Afiqah sambil dia menggaru-garu lehernya.
"Awak dah lupakan saya lah tu.." Balas Daniel seakan dapat membaca gerak tubuh Afiqah.
"Sorry.. Saya tak ingatlah.." Jawab Afiqah jujur lalu tersengih-sengih.
"Daniel. Abang Damia.. Senior awak dulu.." Jelas Daniel satu persatu sambil menghulurkan tangannya bagi membantu Afiqah.
Afiqah yang keberatan menerima hulurannya, pantas menggelengkan kepalanya lalu menunjukkan cincin di jari manisnya, sebagai bahasa isyarat yang dia sudah pun berkahwin. Daniel menunduk faham.
"Oh ya abang Damia..Saya ingat.." Ujar Afiqah. Mendengar nama Damia hatinya tiba-tiba terusik. Senyuman yang tadinya manis bertukar kelat. Perlahan-lahan dia bangkit dari 'tempat duduknya'.
"Kenapa? Ada masalah ke?" Soal Daniel seakan sedar akan perubahan pada wajah Afiqah.
"Takda hah.. Tayar kereta saya pancit.." Jawab Afiqah yang jelas sekali tidak mejawab pertanyaan Daniel. Tanpa disuruh, Daniel cepat-cepat memeriksa tayar kereta Afiqah.
"Ehm pancit.. Awak ada tayar spare tak?" Tanya Daniel. Afiqah terdiam seketika. Seingatnya, tayar keretanya dulu pun pernah pancit dah Eidlan dah pakai pun tayar spare yang dimaksudkan oleh Daniel.
"Erm.. Saya rasa dulu, suami saya dah pakai untuk gantikan tayar kereta ni." Ujar Afiqah lembut.
"Oh, kalau macam tu, awak pakai tayar spare sayalah. Saya ada." Kata Daniel dengan girangnya membuatkan Afiqah merasa serba salah.
"Eh takpalah.. Saya akan call mekanik untuk tukar tayar kereta ni." Balas Afiqah. Merasa dirinya seakan ditolak, Daniel tersenyum kelat. "Sorry, Daniel.. Bukan saya tak nak terima pelawaan awak. Tapi.."
"Takpa saya faham.. Awak dah kahwin. Awak tak ingat pun saya. Saya yang beriya.." Jawab Daniel, mencelah. "Hm.. Kalau macam tu, awak call husband awak. Saya tunggu sini, sampai dia datang.." Pinta Daniel. Afiqah hanya mengangguk setuju.
Selepas 30 minit menunggu, kelibat kereta Eidlan yang parkir agak jauh dari keberadaan Afiqah dan Daniel, kelihatan.
"Hah, itu suami saya!" Kata Afiqah dengan tiba-tiba membuatkan Daniel sedikit tersentak.
"Mana? Tak nampak pun?" Soal Daniel sambil memanjangkan lehernya.
"Dia park jauh sangat.. Kenapa awak nak tengok muka dia juga ke?" Tanya Afiqah pula seakan menyindir.
"Ish takdalah. Cuma hairanlah, kenapa dia park jauh." Ujar Daniel yang masih tidak lagi faham dengan sindiran Afiqah.
"Malas nak pusing kot? Awak baliklah.. Dia dah sampai." Kata Afiqah lalu tersenyum.
"Hm okay, awak taknak saya tolong?" Tanya Daniel pula.
"Eh, takpa.. Saya boleh. Awak balik je.." Pinta Afiqah.
"Baiklah.."
"Thanks.."
"Afiqah..?" Panggil Daniel sebelum berjalan melangkah meninggal Afiqah sendirian. Afiqah yang sedang sibuk mengutip beg-beg plastik tersebut mendongak kepalanya ke atas. "Awak okay?" Tanya Daniel. Afiqah menganggukkan kepalanya lalu tersenyum.
"Btw, congrats cakap dekat adik awak.." Ucap Afiqah sinis.
Share this novel