"Selamat pagi abang!" Sapa Afiqah mesra sambil tersenyum girang. Hari ini merupakan hari ulangtahun yang keempat bersama Eidlan, sudah pasti dia mengharap sebuah kejutan dari suaminya itu.
"Hm.. Abang nak gi dulu" Kata Eidlan malas lalu beredar.
"Eh, abang! Abang tak sarapan ke?" Soal Afiqah hampa. Hampa yang suaminya tidak ingat pada tarikh istimewa itu.
"Abang lambat..Asalamualaikum.." Ucap Eidlan lalu melangkah keluar dari rumah agam itu.
"Walaikumsalam.." Balas Afiqah dengan perasaan yang sayu. Dia mengeluh berat sambil memerhati tingkah suaminya itu yang seakan-akan mengejar masa.
*****
Sebaik saja sampai di tempat temu janji, iaitu sebuah restoran yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Christella dan Afiqah berjalan masuk ke dalam. Christella dan Afiqah masing-masing memanjangkan leher mereka bagi mencari kelibat wanita yang di cari.
"Afiqah!" Jerit wanita yang cukup dikenali Afiqah mahupun Christella. Afiqah yang gembira melihat figura itu pantas tersenyum lebar.
"Mama!" Jerit Afiqah lalu memeluk tubuh Maria erat sebelum dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. "Mama buat apa sini?" Soal Afiqah, hairan.
"Takda.. Si Damia. Dia call mama, cakap nak jumpa kat sini." Jawab Maria, mengukirkan kedutan pada dahi Afiqah?
"Damia?" Tanya Afiqah. Maria pantas mengangguk lalu tersenyum. "Kitaorang datang sini pun sebab dia yang ajak.." Sambung Afiqah lagi.
"Oh yeke? Mulanya, mama ingat dia ajak mama kat sini sebab hal kerja.. Tapi kalau bukan hal kerja, hal apa?" Soal Maria pula. Tanpa membalas, Afiqah hanya mengangkat bahunya 'tak tahu'
"Hi korang!" Sergah satu suara yang sejak dari tadi dinanti-nanti ketibaannya mmbuatkan Afiqah, Christella dan Maria serentak memusingkan tubuh mereka.
"Hi Damia, ada apa hal panggil kitaorang semua datang sini?" Soal Afiqah membuatkan Damia tertawa kecil.
"Yelah, dengan aku sekali kau angkut!" Pekik Christella pula dengan wajahnya yang seakan meluat.
"Takdalah I nak buat announcement.." Jawab Damia ringkas. "You guys duduklah dulu.." Pelawanya sambil tersenyum-senyum membuatkan perasaan benci Christella semakin membuak.
"I nak bertunang.." Ujar Damia. Senyumannga sedikit pun tidak lekang dari bibirnya.
"Oh really? Wow congrats!" Ucap Afiqah yang tumpang bahagia.
"Kalau kau bertunang apa kaitannya dengan aku?!" Marah Christella. Sesekali wajah Damia dijelingnya tajam.
"Kamu bertunang dengan siapa?" Soal Maria pula yang sejujurnya turut hairan dengan kaitan dia dan berita pertunangan Damia.
"Dengan Eidlan.." Balas Damia selamba sambil memeluk tubuhnya sekaligus membuatkan Christella, Afiqah dan Maria terkejut.
"Ya Allah, Eidlan!" Jerit Maria sambil mengusap belakang tubuh Afiqah yang masih lagi terpana. Matanya kelihatan berkaca dek air mata yang ingin mengalir namun cuba dibendungnya.
"Aku dah cakap dah, perempuan mi memang ada something wrong! Kau perempuan memang tak..!"
"Damia..bila?" Tanya Afiqah dengan hati yang kecewa. Akibat membendung airmatanya daripada mengalir itu tadi, suaranya kedengaran agak bergetar.
"Tiga bulan lagi.." Balas Damia tanpa rasa bersalah walaupun sedikit.
"Tiga bulan lagi?!!!! Wahhhh, kau memang tak tahu malu kan? Rampas laki orang dan dengan slamber nya kau cakap kau nak tunang tiga bulan lagi wow!" Herdik Christella yang jelas sekali tidak dapat menahan perasaan amarahnya. Kalau ikutkan hati ingin saja dia tanam Damia itu hidup-hidup!
"What did I do wrong?" Soal Afiqah perlahan-lahan. Maria yang ternyata merasa bersalah dengan kejadiaan yang menimpa menantunya itu pantas memeluk tubuh Afiqah erat, bagi menguatkan semangatnya yang sudah pasti hilang.
"You tanyalah diri you sendiri yang nak sangat anak.." Balas Damia lalu tersenyum sinis. Christella yang sakit hati dengan tingkah Damia itu pantas mendengus geram.
"Nak sangat? Tapi Eidlan tak pernah membantah.." Balas Afiqah lemah.
"Memanglah.. Sebab dia takut nak membantah. You yang asyik push dia.. Lelaki mana yang tahan?" Soal Damia pula dengan nada sinis.
"I tak pernah paksa dia ok? And kalau dia kahwin dengan you pun, takkan selesaikan masalah kitaorang, sebab problem datang dari.."
"Abang.." Jawab Eidlan yang datang dari arah belakang dengan tiba-tiba.
"Eidlan! Sampai hati kau buat macam ni dekat Afiqah!" Tanpa sebarang amaran, Christella terlebih dahulu 'menyerang' Eidlan.
"Kau diam sebab kau tak tahu apa apa!" Herdik Eidlan.
"Aku tak tahu apa apa?" Soal Christella yang ternyata tidak berpuas hati lalu menolak kasar bahu Eidlan. "Eh, aku dengan korang dari kolej lagi. Aku siap jadi saksi lagi betapa gentleman kau nak dengan anak prof ni dulu. Ini balasan kau dekat dia Eidlan!" Pekik Christella lalu mendengus kasar.
"Abang..kenapa abang tak jujur?" Soal Afiqah lembut. Sesungguhnya dia merasa sangat lemah saat ini, hampir saja dia tersungkur kebumi. Manakan tidak, cinta yang dulunya mekar kini layu akibat orang ketiga.
"Abang tak jujur?!" Soal Eidlan dengan nada sinis lalu tertawa kecil. "Sayang yang tak pernah jujur dengan abang!" Jerit Eidlan sekaligus menarik perhatian mata-mata yang memandang.
Air mata Afiqah yang mulai jatuh, cepat-cepat di lap olehnya. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan suaminya mahupun Damia.
"Abang mandul, Afiqah! Abang tak dapat bagi apa yang Afiqah nak.." Sambung Eidlan lagi. Namun kali ini suaranya kedengaran sedikit merendah. Mungkin dia pun tidak mahu kalau orang lain tahu tentang masalah kesihatannya.
"But there's still hope.. Doktor pun cakap kan?" Tanya Afiqah. Wajah suaminya dipandangnya dengan agak lama.
"Abang dah buat semua doktor cakap, kurangkan kafein, pakai seluar ketat tu semua.. Tapi hasilnya masih takda.." Balas Eidlan yang masih lagi dengan pendiriannya.
"It takes time.." Pujuk Afiqah.
"And you cannot wait.."
"I can.."
"Say who?"
"Me.. Of course."
"Kalau betul, kenapa sayang canang kat satu dunia pasal kesihatan abang?" Soal Eidlan tegas.
"Siapa cakap?" Tanya Afiqah pula.
"Damia tahu.. Dan dia just secretary abang merangkap ex classmate sayang
And I'm pretty sure you best friend forever ni pun tahu. Siapa lagi yang tahu? Mak cik Siti?" Perli Eidlan membuatkan Afiqah terdiam seketika. Baru kini dia sedar rupanya Damia, musuh dalam selimut.
"Eidlan! Mama tak ajar kamu macam ni!" Marah Maria pula. Eidlan memang anaknya, tapi itu tidak memberi jaminan untuk dia menyebelahi Eidlan. Salah tetap salah!
"You know what, Eidlan? What a surprise. Abang berubah in a blink of the eye. Dan.. Ini adalah hadiah yang paling 'termahal' Afiqah pernah dapat untuk anniversary kita yang keempat. Thank you.." Ujar Afiqah dengan nada yang tersekat-sekat. Eidlan membulatkan matanya terkejut. Baru dia ingat yang hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinannya dengan Afiqah.
Untuk terakhir kalinya, Afiqah memandang wajah suaminya itu dalam, bibirnya diketap geram. Ikutkan hatinya, sudah lama wajah Eidlan itu merah dek ditampar olehnya namun dia masih berpegang pada agama. Eidlan suaminya. Walau apapun terjadi, dia wajib menghormati suaminya itu.
Dengan hati yang kecewa, Afiqah melangkah pergi meninggalkan mereka semua terpinga-pinga. Mata-mata yang menyaksikan pertelagahan itu pantas mengembalikan pandangan masing-masing pada sediakala.
"Afiqah!" Jerit Christella cuba memberhentikan langkah Afiqah namun gagal. "Kau memang nak kena Eidlan!" Sempat dia memberikan amaran pada Eidlan sebelum dia mengejar Afiqah.
"Eidlan, ikut mama sekarang." Perintah Maria dengan tegas. Sempat Eidlan memberikan signal kepada Damia untuk pulang ke pejabat sebelum bersetuju untuk mengekori ibunya itu.
*****
"Cuba Eidlan bagitahu mama, apa yang sebenarnya berlaku! Eidlan mandul.. Tu semua.. Apa ni?" Marah Maria sebaik saja memasuki kereta BMW miliknya itu. Eidlan mengeluh panjang. Sesungguhnya dia buntu. Buntu menemukan jalan yang terbaik untuk meleraikan kekusutan di kepalanya.
"Mama tahu kan, Eidlan ada masalah.." Ujar Eidlan lembut sambil menunduk. Takut dia melihat wajah ibunya yang bertukar menjadi singa itu.
"Masalah apa Eidlan?" Soal Maria tegas membuatkan Eidlan mengangkat kepalanya lalu mengerutkan dahinya, hairan.
"Afiqah tak bagitahu?" Soal Eidlan.
"Dah lama mama tak jumpa Afiqah, Eidlan.. Manalah dia masa nak bagitahu mama. Apa dia?" Tanya Maria, mendesak Eidlan supaya menceritakan hal sebenar cepat-cepat.
"Eidlan sebenarnya mandul. Bukanlah mandul. Cuma sperma Eidlan lebih banyak yang abnormal than normal. That's why kitaorang susah nak dapat baby." Jelas Eidlan. Pipinya meronta kemerahan. Walaupun Maria ibunya, tetap dia merasa malu untuk menceritakan hal-hal seperti ini
"Tapi tadi Afiqah cakap ada caranya, kan?" Tanya Maria pula.
"Ada tapi makan masa.." Jawab Eidlan ringkas.
"Kalau gitu, kenapa Eidlan nak kahwin dua? Eidlan tahu kan poligami ni hal serius?" Soal Maria pula, tak tumpah seperti seorang anggota polis yang sedang menyoal siasat.
"Tahu ma.. Eidlan buat sebab Eidlan tak nak seksa Afiqah seumur hidup.." Jawab Eidlan jujur.
"Jadi maksud Eidlan, cepat atau lambat, Eidlan akan lepaskan Afiqah?" Tanya Maria yang ternyata masih tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh anaknya itu. Eidlan hanya berdiam diri dan perlahan-lahan dia melemparkan pandangan jauh.
Share this novel