BAB 6

Drama Completed 8137

Sejak dari tadi mata Eidlan tidak lekang dari komputernya. Sesekali dia memanggil Mira bertanyakan tentang perkembangan Damia. Walaupun Damia merupakan rakan sekelas isterinya tapi dia tetap tegas seperti yang dia pernah katakan kepada Afiqah sebelum ini, no excuse.

Sedang dia sibuk menaip sesuatu, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering, menandakan ada panggilan yang masuk. Wajahnya tadi berkerut-kerut bertukar ceria. Sesungguhnya, panggilan dari isterinya itu dapat menghilangkan segala stress di pejabat.

"Asalamualaikum.." Ucap Eidlan sebagai pembuka bicara.

"Waalaikumussalam.. Afiqah call ni bersebab. Erm.. Abang, Afiqah sebanarnya nak minta izin gi jumpa ayah lepas kerja nanti. Jadi.. Kalau abang nak stay lama sikit kat ofis ataupun abang nak gi rumah mama pun boleh.."

"Oh sebab tu je ke call abang? Ingat nak cakap yang sayang rindukan abang ke.."

"Eh abang ni, mengadanya!"

"Mengada, manjanya abang cuma dekat sayang sorang je tau! Orang lain mana dapat tengok sisi abang yang satu ni.."

"Yelah tu.."

"Sayang..sayang masih ragu-ragu dengan abang ke ni?"

"Takdalah bang! Janganlah sensitif sangat.. So, cam mana? Abang setuju tak ni?"

"Hm abang setuju.. Berani abang tak benarkan? Kang tak pasal pasal ayah pergi sengkeh kepala abang sebab tak bagi ayah jumpa anak kesayangannya.." Usik Eidlan lalu tertawa kecil. "Kalau macam tu, abang pun ada terfikir nak OT tadi.. Sebab banyak sangat kerja, dengan si Damia pun baru belajar.." Sambung Eidlan lagi.

"Damia macam mana bang? Okay..?"

"So far so good lah.. Mira banyak bagi tunjuk ajar dekat Damia.."

"Oh I see.. Btw, Mira last day bila, bang?"

"Uhm lusa.. Sebenarnya, abang ada nak cakap dekat sayang pasal Mira ni..."

"Apa dia?"

"Abang ada terfikir nak buat farewell party untuk Mira. Jadi, abang nak minta tolong sayang, bagi pendapat macam mana nak plan tu semua...Ye lah sayang kan perempuan.. Perempuan kan lebih arif bab-bab macam ni.."

"Boleh je bang.. Tapi nak upah? Hehehe"

"Kalau abang bagi upah cinta, boleh?"

"Ish! Merepeklah abang ni! Ok lah, nanti balik kita bincang lagi ye, bang?"

"Aie, kasi upah cinta terus nak tukar topik? Hehehe Baiklah... Jadi sayang makan dekat rumah ayahlah ni?"

"Yup! Hm.. Oklah, bang. Sayang dah nak start class dah ni.. See you later.. Asalamualaikum.."

"Walaikumsalam.."

Tersenyum-senyum Eidlan melihat skrin telefon bimbitnya walaupun suara isterinya itu tidak lagi kedengaran. Sayang teringin nak ada baby sendiri, bang.. Tiba-tiba mindanya teringat dengan kata-kata yang keluar dari mulut isterinya. Dia mengeluh berat.

Ya Allah, kau kurniakanlah aku dan isteriku, Afiqah cahaya mata yang insyaallah cukup sifatanya agar dia berhenti menyiksa jiwanya dengan terus berharap..

*****

"Hm.. Mira." Sapa Damia yang sejak dari tadi merenung ke arah gadis ayu yang bertudung maroon itu.

"Ye Damia? Awak ada apa-apa persoalan ke?" Balas Mira dengan senyuman yang lebar. Mungkin sudah terbiasa sebegitu setiap kali disapa atau menyapa klien Tuan Eidlan.

"Ada.. Tapi bukan pasal kerja." Jawab Damia jujur membuatkan Mira berfikir sejenak sebelum bibirnya sekali lagi mengukirkan senyuman.

"Kalau bukan pasal kerja, pasal apa Damia?" Soalnya pula. Damia yang seakan cuba mencari cara yang lebih sesuai untuk bertanya, pantas mengigit bibirnya sambil jari-jemari menari di atas mejanya.

"Pasal Tuan Eidlan.. Dan isterinya.."

"Puan Afiqah, maksud Damia?" Cepat-cepat Mira mencelah. Tidak menjawab, Damia hanya mengangguk kepalanya perlahan-lahan. "Hm.. Bukankah, dia satu kelas dengan Damia ke dulu? Jadi.. Mestilah Damia lebih kenal puan dari saya kan?" Sambungnya pula.

"Takdelah.. Cuma hari tu, sewaktu saya datang interview. Tuan ada cakap dia nak gi hospital sebab ada hal.." Jelasnya sekaligus membuatkan Mira tersenyum lebar.

"Lah.. Pasal tu! Dia pergi hospital sebab nak buat checkup.." Jelas Mira ringkas.

"Checkup?!?" Soal Damia terkejut. Matanya dibulat mana Mira hanya mengangguk sambil tersenyum.

"A'ah checkup untuk check kenapa diaorang masih takdapat baby.. Awalnya tuan agak kekok nak bagitahu Mira pasal ni.. Yelah, masalah rumahtangga diaorang kan? Tapi mungkin sebab tuan dah tak tahu nak cakap dengan siapa pasal ni, yelah bestfriend dia pun balik Sarawak, so dia pun cakaplah dengan Mira.." Jelas Mira panjang lebar sebelum menyambung semula kerjanya, meninggalkan Damia dengan penuh tanda tanya.

"Ehm, Mira.. Bukan nak menyibuk ke apa.. Tapi tuan dengan Afiqah, belum ada anak dah lama ke?" Soal Damia pula, masih tidak berpuas hati.

"Dah 3 tahun lebih diarong kahwin Damia tapi sampai sekarang Puan Afiqah masih belum ada isi. Mungkin belum rezeki diaorang kot. Insyaallah, suatu hari nanti adalah ye.." Balas Mira lalu tersenyum. "Damia berminat sangat nak tahu kenapa? Damia ada tahu insiatif lain untuk dapat baby cepat ke? Kalau ada, bolehlah suggest kat tuan.." Sambung Mira lagi dengan nada yang teruja.

"Eh, takdalah Mira.. Lagipun saya ni pun belum kahwin lagi. Ilmu suami isteri pun tak pernah katam lagi, apatah lagi anak." Balas Damia lalu tertawa kecil. Mira hanya tersengih-sengih sebelum dia mengembalikan fokusnya pada kerja yang tertangguh tadi.

Jadi.. Diaorang belum ada baby, dan Eidlan nak ada baby dan Afiqah pun? Jadi.. Hm.. Kalau aku tolong diaorang dapatkan baby mesti ok kan? Yelah.. Afiqah kenal aku, dan Eidlan pula not bad handsome.. Kaya pula tu. Dia mampu apa kahwin dua?

*****

"Berapa kali ayah nak pesan, tempat kamu sebagai isteri tu di sisi suami.. Yang kamu gi sini, masak untuk ayah buat apa?" Marah encik Kamal. Tingkah anaknya yang sedang sibuk menyediakan makanan di atas meja dipandangnya tajam.

"Ayah.. Seberapa kali itu jugaklah Afiqah balas, yang ayah adalah cinta pertama dan terakhir Afiqah dan Afiqah takkan lepas tanggungjawab Afiqah sebagai seorang anak." Balas Afiqah. "Lagipun sejak ibu meninggal, mesti ayah sunyikan takda 'wanita' yang melengkapi hidup ayah.." Sambung Afiqah lagi.

Sejujurnya dia teragak untuk berkahwin dengan Eidlan dahulu kerana fikirkan tiada siapa yang akan menjaga ayahnya. Namun setelah puas dipujuk oleh Encik Kamal, akhirnya Afiqah akur.

"Kamu ni.. Ayah oklah. Ayah dah biasa pergi makan luar, tapau untuk ayah.." Jawab ayah sambil tangannya mencedok ikan masak lemak cili api itu.

"Ayah.. Ayah taknak ke tinggal dengan Afiqah, dengan Eidlan? Sekurang-kurangnya ada juga yang tolong tengokkan ayah.." Pujuk Afiqah lembut.

"Ish, kamu ni.. Dah banyak kali ayah reject. Memang sengajakan nak buat ayah rasa bersalah.." Jawab Encik Kamal, masih enggan menerima pelawaan anaknya itu. Seperti biasa,Afiqah akan mencebik bibir setiap kali menolak pemintaannya.

"Afiqah.. Bukannya ayah taknak. Mestilah ayah nak, dekat dengan anak kesayangan ayah ni 24 jam. Tapi kamu tu, dah bersuami.. Dan ayah taknak kacau rumahtangga kamu dengan suami." Tambah encik Kamal bagi memujuk anak perempuan kesayangan itu.

"Ayah tak kacau. Ayah cuma duduk sama je kan..?" Pujuk Afiqah lagi.

"Afiqah.. Afiqah belum faham konsepnya. Orang tua kandung ni tak sama tau dengan mertua. Sebab tu lah orang selalu pesan ada lebih baiknya selepas kahwin hidup berasingan dengan mertua.." Jawab ayah, cuba memberi alasan.

"Tapi.."

"Takda tapi tapi.. Jagalah suami kamu sampai kamu merasa letih. Kalau kamu dah letih suatu hari nanti.. Barulah kamu pulang ke pangkuan ayah okay?" Pesan encik Kamal membuatkan Afiqah terdiam seketika.

"Baiklah, ayah.." Balas Afiqah akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience