"Damia.. Dah berapa kali saya nak bagitahu, masuk ketuk pintu.." Ujar Eidlan, tegas.
"Maaf, tuan. Terkadang saya lupa" Balas Damia lalu tersengih. Bajuny yang agak ketat menampakkan bentuk tubuhnya yang langsing. "Tuan.." Panggil Damia dengan nada yang manja plus menggoda.
"Damia.. Dah banyak kali saya cakap kan, personal is personal. Jangan bawa ke ofis.." Jawab Eidlan seakan dapat membaca lentok tubuh Damia.
Damia yang ternyata tidak berpuas hati dengan jawapan Eidlan pantas mengusap lembut rambutnya sebelum berjalan mendekati Eidlan. Tanpa berlengah, dia segera melakukan punggungnya pada permukaan meja sambil kakinya di silang.
"Tuan.." Panggil Damia lembut sambil jarinya menari-nari di atas bahu Eidlan. Eidlan yang terasa geli pantas menepis 'belaian manja' Damia itu.
"Masalah saya takkan selesai dengan cara macam ni.." Kata Eidlan dengan nada yang masih lagi tegas.
"Sebab apa? Sebab masalah kesuburan tuan?" Soal Damia sambil memeluk tubuh lalu tersenyum sinis.
"Macam mana awak tahu pasal ni?" Soal Eidlan dengan reaksi yang terkejut mengundang rasa geli pada hati Damia.
"Siapa lagi, kalau bukan isteri kesayangan tuan yang cakap? Tuan ingat, Afiqah tu jujur? Tuan.. Abang saya pernah jadi boyfriend Afiqah and of course, I know her better than anyone else.." Jelas Damia sambil bibirnya di senget ke tepi.
"Pasal abang awak dengan dia adalah masa lalu, masa kini dia adalah bersama saya.."
"Tuan.. Kalau saya, saya tak kisah kalau tak dapat zuriat dari tuan sebab saya iklas nak kan tuan. Tapi Afiqah... Dia nak sangat baby..." Kata Damia, masih enggan mengalah.
Boleh tahan keras hati tuan Eidlan! Sempat hati Damia berbisik.
"Tapi saya sayangkan dia.. Sangat! Dan saya yakin dia takkan tinggalkan saya hanya kerana masalah kesihatan yang saya alami.." Jawab Eidlan, masih lagi berpegang teguh pada janji dan sumpah yang diucapkan Afiqah beberapa hari yang lepas.
"Tapi tuan kena ingat, Afiqah nak sangat ada anak dan perempuan boleh minta fasakh.." Ugut Damia seakan-akan cuba mengugurkan kejantanan Eidlan. Eidlan mengeluh berat. Mungkin ada benarnya apa yang Damia katakan itu. Fikirnya.
*****
"Eidlan belum balik lagi?" Soal mama sambil mengerling ke arah jam yang terpasang pada dinding. Pukul 8 malam.
"Sibuk agaknya.." Balas Afiqah sambil tersengih. "Mama pun satu.. Tak kasi tahu awal-awal nak datang. Kalau tak, mesti Eidlan dah tercegat kat depan pintu pagar tu hah, tunggu mama" Sambung Afiqah lagi sambil menjuih bibirnya ke arah luar membuatkan Maria tertawa kecil.
"Ish.. Mama tak nak jumpa Eidlan. Bosan! Mama nak jumpa kamu.. Kamu sihat?" Soal mama lembut.
"Sihat ma.." Balas Afiqah sambil tersenyum. "Apa kata kita makan dulu? Takut nanti Eidlan balik lambat sangat.." Pelawa Afiqah.
"Ish takpalah.. Kita tunggu Eidlan k?" Bantah mama. Afiqah hanya akur dengan permintaan ibu mertuanya itu.
Assalamualaikum! Jerit satu suara dari luar, mengukirkan senyuman pada wajah kedua wanita itu.
"Panjang umur Eidlan!" Ujar mama sambil tertawa kecil.
"Eh, mama kat sini?" Soal Eidlan hairan. "Pelik, sejak bila mama datang tak cakap dengan Eidlan. Ada rahsia ke antara mama dengan Afiqah yang mama tak nak Eidlan tahu?" Tambah Eidlan lagi membuatkan Maria dan menantunya terpinga-pinga.
"Rahsia apa bendanya? Papa kamu tu nak keluar dengan kawan, jadi mama suruhlah dia hantar mama gi sini, temankan Afiqah."
"Mana tahu kot kot Afiqah ada bagitahu mak jugak pasal masalah kesihatan Eidlan.." Kata Eidlan seakan memerli. Sempat dia menjeling tajam ke arah isterinya sedang tertunduk.
"Eidlan cakap apa ni? Mama tak faham.." Soal Maria.
"Mama tanya menantu mama.." Balas Eidlan ringkas sebelum berjalan menaiki anak tangga.
"Abang.. Abang tak makan..?" Tanya Afiqah. Walaupun dia sedar akan angin yang melanda suaminya itu, tetap juga dia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri untuk mengambil tahu tentang Eidlan.
"Abang dah makan kat luar." Jawab Eidlan ringkas sebelum meneruskan, menaiki anak tangga.
"Eidlan tu kenapa? Kamu dua gaduh ke?" Soal mama sebaik saja kelibat Eidlan tidak lagi kelihatan. Afiqah hanya tunduk diam sebelum perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya.
*****
"Kau gila ke apa? Aku nak kasi tahu Eidlan yang kau bagitahu aku pasal ni? Memang tak lah wei!" Tegas Christella sebaik saja ditanya oleh Afiqah soalan yang sama berulang kali.
Tanpa sebarang balasan, Afiqah hanya menarik nafasnya sedalam-dalamnya sebelum dihembus perlahan-lahan.
"Kau takda bagitahu orang lain ke selain aku..?" Tanya Christella membuatkan Afiqah berfikir sejenak.
Aku ada bagitahu Damia, tapi kalau aku cakap kat Chris, memang sah sah lah dia akan cakap yang Damia bagitahu Eidlan..
"Wei aku tanya kau ni! Kau ingat aku ni tunggul kayu ke apa?" Marah Christella sambil matanya dibulatkan.
"Takda.." Tipu Afiqah. Walaupun hatinya curiga dengan bekas classmatenya itu, dia tetap masih mencuba untuk melindungi Damia dari diserang oleh Christella tanpa alasan yang kukuh.
"Abis tu, kalau bukan aku, siapa?" Tanya Christella. Afiqah hanya mengangkat kedua bahunya sebagai tanda tak tahu. "Kau tak bagitahu Alvin kan?" Soal Christella pula, serkap jarang.
"Takkanlah aku bagitahu Alvin!" Protes Afiqah. "Ke kau yang bagitahu Alvin?" Usik Afiqah sambil tersenyum nakal.
"Ew no! Memang taklah!" Nafi Christella sekeras-kerasnya sambil bibirnya dicebik.
*****
Dari kejauhan Afiqah melihat kelibat suaminya yang sedang kusyuk membaca surat khabar.
Hm.. Khusyuk ke nak mengelak?
Sempat hatinya berbisik. Memang benar, dua tiga hari ini, jurang antara Eidlan dan Afiqah semakin luas. Eidlan seakan cuba untuk menghindari daripada Afiqah dengan balik lewat malam dan pergi kerja awal pagi.
Afiqah mengeluh berat sebelum dia perlahan-lahan melangkahkan kakinya menghampiri Eidlan. Dengan lembutnya, dia duduk di sisi katil tempat Eidlan baring.
"Abang.. " Panggil Afiqah lembut bagi mengajak suaminya untuk berbual namun hampa setelah perhatian Eidlan masih lagi tidak berganjak dari surat khabar tersebut. Sekali lagi dia mengeluh berat.
"Abang.. Sayang tak kisah siapa pun yang bagitahu abang.. Sayang cuma nak minta maaf.. Itupun kalau abang sudi.." Sambung Afiqah lagi, masih tidak berputus asa.
Sepi. Eidlan masih lagi terdiam. Afiqah yang seakan hilang akan untuk memujuk Eidlan segera mengangkat punggungnya dari katil tersebut namun sempat ditarik oleh Eidlan, membuatkan dia kembali terduduk.
Afiqah yang terkejut dengan tingkah suaminya segera memandang wajah Eidlan dengan matanya membulat.
"Abang tak marah. Cuma terkilan.." Kata Eidlan dengan nada yang seakan masih lagi marah.
"Sorry.."
"Ehm. Abang maafkan. Lain kali, kalau sayang ada benda yang sayang tak puas hati dengan abang ataupun apa apa saja yang sayang rasa macam.. Erm kurang.. Sayang bagitahu je abang.." Jelas Eidlan lalu tersenyum membuatkan hati Afiqah melonjak gembira.
"Gembiralah?" Usik Eidlan pula. Afiqah tersenyum malu sambil dia mengangguk berulang-ulang kali. "Sengsara hati abang tak cakap dengan sayang.." Tambah Eidlan lagi.
"Siapa suruh tak cakap?" Soal Afiqah.
"Ego. Lelaki. Memang tak dapat dipisahkan.. Nak buat cam mana?" Tanya Eidlan pula sambil tersenyum-senyum.
"Abanglah.. Degil sangat!" Marah Afiqah manja membuatkan Eidlan tertawa kecil.
"Sayang.. Dah 3 bulan dah since dari kita pergi medical checkup tu. Dan abang dah ikut semua apa yang doktor cakap.. Tak ambik minuman berkafein dah, tak pakai seluar ketat lagi.." Ujar Eidlan sambil bermain dengan hujung rambut Afiqah manja, seakan memberi 'signal' kepada bininya untuk memulakan 'projek'. Afiqah yang kurang mengerti dengan bahasa tubuh Eidlan menggaru-garu kepalanya.
"Laaaaa malam ni kan malam Jumaat.. Dan sayang nak sangat baby.." Ujar Eidlan pula dengan lebih jelas membuatkan mulut Afiqah berbetuk O.
Eidlan yang kelihatan gembira apabila bininya akhirnya faham dengan ajakannya, melemparkan senyuman yang lebar sambil keningnya dijongket nakal. Afiqah memegang pipinya yang terasa panas sebelum dia memukul bahu Eidlan manja.
"Jadi sebabkan malam Jumaat lah, abang berbaik dengan sayang ni?" Sindir Afiqah, sengaja menguji iman Eidlan.
"Takdelah.. Dah sayang nak sangat baby, abang tolonglah.." Balas Eidlan bersahaja sambil tesenyum nakal. Matanya tidak henti-henti melirik setiap lekuk tubuh isterinya itu.
"Abang!"
Share this novel