"Asalamualaikum!" Ucap seorang wanita yang berusia lewat 40-an di hadapan pagar rumah mewah milik Muhammad Eidlan dan isterinya itu.
"Hei, Maria! Kau buat apa kemari? Lawat anak ke?" Soal mak cik Siti, jiran yang sungguh 'perihatin' itu kepada wanita yang dikenali sebagai Maria itu.
"Nampaknya gitulah ye, Siti.." Balas Maria dengan lemah lembut.
"Eh, menantu kau tu.. Tak teringin ke nak cucu?" Soal Mak cik Siti tanpa berlengah sekaligus membuatkan Maria tersenyum tawar.
"Siti.. Saya sebenarnya tak berani nak masuk campur hal rumahtangga si Eidlan dengan Afiqah. Biarlah diaorang.." Ujarnya lembut.
"Betul cakap isteri saya tu. Kitaorang pun bukan senang nak dapatkan si Eidlan tu. Sebab itulah, sorang je anak tu hah. Rezeki Allah kan, jangan pertikaikan." Sokong seorang lelaki yang kelihatan tidak jauh dari usianya pula, dengan tegas.
"Aku ni bukan apa, kesian juga tengok si Eidlan dengan Afiqah tu hah. Sunyi. Kalau ada anak nanti tak yah lah korang berdua dok sibuk datang kemari." Jawab mak cik Siti dengan nada yang sedikit memerli. Maria dan suaminya hanya terdiam.
"Ni hah, ku nak khabar dekat kamu berdua." Kata mak cik Siti sambil menghulurkan sebotol jamu. Maria dan suaminnya saling berpandangan sebelum dia teragak-agak untuk menyambut huluran jus tersebut. "Jus perawan. Bagus untuk kesuburan. Manalah tahu kot kot, si Afiqah tu ada masalah kesuburan ke, suruhlah dia minum tu" Sambung mak cik Siti lagi sambil bibirnya dijuih ke arah botol yang kini berada di dalam gengaman Maria.
"Ehem.." satu bunyi deheman, menarik perhatian Maria, suaminya dan mak cik Siti. Masing-masing mengalihkan pandangan ke arah pemilik suara itu
"Eh Afiqah! Dah lama ke kat situ?" Soal Maria teragak-agak. Dia risau andai menantu kesayangannya itu terdengar perbualan antara dia dan mak cik Siti.
"Taklah lama sangat, tapi sempat jugalah dengar mak cik Siti ni bebel pasal subur tak subur." Balas Afiqah bersahaja. Sempat dia menjeling ke arah mak cik Siti sebelum tangannya sibuk membuka kunci pintu pagar. "Mama dan papa lama dah sampai? Sorrylah kalau lama menunggu.. Kenapa tak call Afiqah dulu?" Soal Afiqah pula.
Walaupun ungkapan mak cik Siti itu sedikit sebanyak telah menguris hatinya, namun layanannya terhadap ayah dan ibu mertuanya tetap tiptop!
"Takda apalah Afiqah. Nak call tapi takut kacau kamu mengajar pula. Lagipun semalam dah bagitahu Eidlan yang mama dengan papa nak datang jenguk.." Ujar Maria lembut. Afiqah hanya mengangguk faham lalu menjemput kedua orang tua Eidlan masuk ke dalam rumah.
"Tengok kamu Afiqah. Kalau kamu ada anak, takdalah payah mak ayah si Eidlan datang menjenguk. Anak dia tu bukannya bujang lagi." Kata mak cik Siti tiba-tiba bersuara sekaligus mematikan mood Afiqah.
Eh, orangtua ni. Kalau tak disebabkan dia jauh tua dari aku, dah lama agaknya aku benam kepalanya masuk ke dalam lubang tanah. Bagi dia sedar sikit! Bentak hati Afiqah.
"Mak cik Siti, boleh tak kalau sekali je, mak cik jangan nak semak kepala Afiqah dengan soalan, tanya bila nak ada anak. Tahulah kami berdua Eidlan nak buat apa. Mak cik jaga je tepi kain anak mak cik sendiri!" Jerit Afiqah marah. Api kemarahan meledak bak gunung berapi.
"Mak cik ni bukan apa, kang si Eidlan tu pergi cari lain, meranalah kamu.." Katanya pula membuatkan Afiqah semakin geram. Ingin saja tangannya, siat mulut lancang mak cik Siti itu.
"Astagfirullah, anak kami takkan macam tu lah!" Marah Maria. Tanpa sebarang balasan, Afiqah segera berjalan melangkah masuk kedalam rumahnya. Malas dia nak layan perangai jirannya yang kurang waras itu.
"Afiqah, takpayah dengar sangat apa mak cik Siti cakap tu.." ujar ibu sebaik sahaja menutup pintu ruang tamu. Afiqah hanya mengangguk lemah.
"Yelah, ma. Mama papa duduk lah diruang tamu sementara tunggu abang Eidlan balik. Afiqah ada kerja sikit kat dapur ni.." Ujar Afiqah lalu tersenyum kelat. Kata-kata yang keluar dari mulut jirannya itu benar-benar meninggalkan kesan luka yang mendalam.
Aih.. Apalah nasib kau berjiran dengan orang yang macam tu, Afiqah?
"Asalamualaikum!" Jerit satu suara garau di balik pintu sebelum dia melemparkan senyuman.
"Walaikumsalam.." Balas Maria lalu cepat-cepat dia mendapatkan tubuh tinggi lampai itu di dalam pelukannya.
"Mama papa. Bila sampai? Afiqah mana?" Soal Eidlan sambil menghulurkan salam lalu dikucupnya jari tua itu.
"Tak lah lama sangat.. Afiqah kat dapur tu hah.." Balas Maria sambil tersenyum mesra. "Eidlan.. Mama rasa kamu patut jenguk si Afiqah. Risau mama." Sambung Maria pula sekaligus membuatkan Eidlan mengerutkan dahinya, risau tambah hairan.
"Kenapa dengan dia ma?" Soal Eidlan. Wajah ayahnya yang sedang leka membawa surat khabar ditenungnya seketika.
"Kamu fahamlah, kalau dah jiran sebelah kamu tu menegur dia.." Jawab ayah Eidlan bersahaja sambil menyambung semula bacaannya.
"Ish, mak cik Siti ni!" Bentak Eidlan lalu mendengus geram. "Baiklah, Eidlan masuk dapur jap.." Kata Eidlan kepada orang tuanya. Puan Maria hanya mengangguk faham.
"Ehm. Eidlan!" Panggil puan Maria. Tangan kanannya sempat menghentikan tingkah anaknya itu sementara yang sebelah lagi, menghulurkan jus yang diberi oleh Mak cik Siti kepadanya itu.
"Ma, apa ni? Mama pun macam mak cik Siti dah?" Soal Eidlan separuh menjerit. Sesungguhnya, dia tidak faham dengan semua orang yang asyik mendesak dia dan Afiqah untuk mendapatkan zuriat dengan segera.
"Ish takdalah Eidlan, itu mak cik Siti yang kasi. Mungkin ada bagusnya untuk Afiqah juga.." Pujuk puan Maria lembut. Tiada niat dihatinya, untuk melukakan perasaan anaknya apatah lagi menantunya itu.
"Hm.. Insyallah, kalau Eidlan dapat kekuatan nak pujuk Afiqah minum benda ni" Balas Eidlan ringkas lalu berjalan menyusuri ruang dapur.
Dari kejauhan Eidlan melihat isterinya yang sedang sibuk memandang ke luar tingkap. Sayur yang di letaknya di atas meja sikit pun tidak disentuh olehnya. Eidlan menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sendiri.
"Sayang.." Bisiknya lembut ke telinga Afiqah sekaligus membuatkan isterinya itu melompat sedikit dek terkejut. Eidlan tertawa kecil melihat aksi comel Afiqah.
"Eh abang, bila balik? Tak perasan pun.." Katanya dengan penuh hairan. Eidlan mengeluh berat.
"Macam mana nak perasan kalau jauh nau termenung tu.." Usik Eidlan sambil bibirnya di cebik dengan harapan, perasaan risau yang datang bertandang di hati isteri kesayangannya itu akan berkurangan.
"Abang ni.." Ungkapnya lembut sambil memukul manja dada bidang milik suaminya itu. "Mama dengan papa ada di ruang tamu tu hah." Sambung Afiqah pula.
"Sayang nak halau abang juga ke ni?" Usik Eidlan sambil keningnya dijongket nakal. Afiqah hanya tersenyum kelat. Eidlan dengan pantas mengusap lembut pipi isterinya yang putih gebu itu.
"Kenapa? Sayang malu berhadapan dengan mama papa?" Soal Eidlan, seakan dapat membaca isi hati Afiqah. Afiqah hanya terdiam. "Sayang.. Kan abang dah cakap jangan dengar sangat cakap mak cik Siti tu.." Sambungnya lagi.
"Tak payah dengar? Habis? Jus kat tangan abang tu apa?" Sindir Afiqah sambil matanya mengerling tajam ke arah jus yang sejak dari tadi di gengam oleh Eidlan.
"Oh ya ni, er.. hm.. Err.."
"Mama pun teringin nak cucu kan?" Soal Afiqah serkap jarang.
"Sayang.."
"Takpa, abang akan setia dengan sayang?" Soal Afiqah mencelah sambil tersenyum sinis.
"Abang, abang cakap senanglah! Yang rasanya sayang, sayang yang kena soal hari-hari bila nak ada anak, sayang yang kena telan jus perawan sebab orang tuduh sayang tak subur! Abang takkan rasa apa-apa sebab semua orang tunding jari ke sayang! Bukannya abang!" Jerit Afiqah. Belum pernah seumur hidupnya meninggikan suara kepada suaminya itu. Nafas naik turunnya kedengaran agak kuat dek perasaan geramnya. Tanganya digenggam kemas.
"Sayang.. Dengar dulu cakap abang.." Pujuk Eidlan, cuba menenangkan isterinya.
"Bagitahu mama.. papa.. yang sayang letih. Nak naik tidur. Abang tolong masakkan untuk mereka. Sorry abang.." Ujar Afiqah lembut sebelum cepat-cepat berjalan menaiki anak tangga.
Eidlan yang turut merasa kesal dengan tindakan mak cik Siti, mendengus geram.
Share this novel