BAB 33

Drama Completed 8137

"Auntie, uncle! Macam mana dengan Afiqah?" Soal Christella yang baru sahaja sampai dengan nafasnya yang tersekat- sekat dek lari terlalu laju. Alvin di sisinya juga tercungap-cungap seraya menjabat tangan Maria.

"Alhamdulillah.. Dia dah sedar Christella, Alvin. Tapi dia perlu banyak berehat. Badan Afiqah terlalu memah sebab tak makan." Jelas Maria. Christella dan Alvin serentak mengangguk kepala.

"Eh, Mana Eidlan? Dia bukan dengan kamu ke?" Soal Yusof sebaik saja melihat kelibat Eidlan yang masih lagi tidak kelihatan. Dengan perasaan yang serba salah Christella dan Alvin saling berpandangan. Christella menjongket keningnya sebagai tanda 'kau bagitahu'

"Er.. Uncle.." Ujar Alvin tergagap-gagap sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Pening kepalanya memikirkan bagaiman caranya untuk dia menjelaskan kepada Yusof.

"Kenapa ni? Ada apa yang uncle tak tahu ke?" Soal Yusof lagi membuatkan semua terdiam.

****

"Afiqah.." Panggil Mak cik Siti, lembut. Afiqah tersenyum lemah. Lemah bukan kerana tidak selesa dengan keberadaan Mak cik Siti tapi disebabkan oleh tubuh badannya yang kekurangan nutrisi.

"Mak cik Siti bawa bubur untuk kamu. Mesti kamu laparkan?" Soal Mak cik Siti, dengan penuh perihatin.

"Laparlah Mak cik Siti. Budak dalam perut ni lagi lah lapar." Balas Afiqah lalu tertawa kecil. Mak cik Siti tersenyum lebar lalu melabuhkan punggungnya di sisi Afiqah sambil membuka bekalan yang dipegangnya sejak tadi.

"Bangun sikit, Afiqah.." Ujar Mak cik Siti sambil membantu Afiqah untuk bersandar pada katil hospital itu.

"Terima kasih mak cik Siti. Sorrylah kalau susah-susah kan mak cik.." Kata Afiqah. Walaupun wajahnya tampak pucat, senyuman dibibirnya masih lagi terhias manis.

"Takdalah Afiqah. Mak cik yang patut minta maaf, Afiqah. Kalau lah mak cik tak masuk campur dulu.. Mungkin.."

"Mak cik, yang berlalu biarlah berlalu. Mungkin dah ditakdirkan jodoh kami berdua sampai di sini.." Balas Afiqah mencelah sambil mengusap lembut tangan Mak cik Siti. Mak cik Siti membalas senyumannya.

"Bha, marilah mak cik tolong suapkan kamu bubur ni.. Penat tau mak cik masak!" Kata Mak cik Siti berseloroh lalu tertawa kecil. Sedang Mak cik Siti dan Afiqah seronok bergelak ketawa, tiba-tiba Eidlan muncul entah dari mana, dengan dirinya yang masih lengkap berbaju Melayu.

Mak cik Siti memandang ke arah Eidlan hairan sebelum perlahan-lahan mengalihkan pandangannya kepada Afiqah semula. Afiqah yang seakan dapat meneka apa yang terjadi sepanjang dia tidak sedarkan diri pantas tersenyum sinis.

"Wow, tahniah!" Ucap Afiqah berbaur sindiran. "Awak memang datang sini lengkap dengan baju Melayu, nak bagitahu awak dah kahwin ke?" Tambahnya lagi. Eidlan yang beriak serba salah pantas menundukkan kepalanya.

"Tengah sakit macam ni pun awak masih boleh perli saya ke?" Soal Eidlan sambil kepalanya perlahan-lahan mendongak ke atas. Afiqah tersenyum sinis. "Semua ni tak macam apa yang awak nampak.." tambah Eidlan lagi.

"Habis tu?" Tanya Afiqah tegas tetapi dengan nada yang agak lemah.

"Saya buat semua ni demi awak." Jawab Eidlan jujur membuatkan Afiqah tertawa kecil dek terlalu lali mendegar ungkapan yang sama keluar dari bibir Eidlan.

"Dah basi lah Eidlan. Guna ayat lain please.." Perli Afiqah lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Saya tak kahwin dengan Damia, ok? Ini cuma perangkap. Dia sekarang dalam perjalanan untuk dapat rawatan yang sepatutnya.." Jelas Eidlan, enggan berbasi-basi lagi.

"Rawatan?" Soal Afiqah hairan. Dia yang tadinya acuh tak acuh, kini memberikan fokus sepenuhnya kepada Eidlan. Eidlan mengangguk perlahan sebagai ganti jawapan 'ya'.

*****

"Jadi, Damia pesakit mental? Dan dia jadikan saya mangsa sebab dendam?" Soal Afiqah sebaik saja Eidlan menjelaskan semuanya, tanpa ada satu pun yang tertinggal. Eidlan mengangguk lemah. Dari raut wajah Afiqah, jelas terlihat yang dia amat terkesan dengan apa yang telah berlaku membuatkan dia tersepit antara kesian dan marah.

Eidlan dan Afiqah terdiam seketika sambil memerhati tingkah Damia yang terkurung di satu bilik khas yang hanya dapat di lihat melalui sebuah tingkap kaca. Kelihatan emosi Damia tidak stabil. Sekejap menangis, sekejap meronta minta di keluarkan, dan sekejap dia ketawa.

"Berapa lama dia macam tu?" Soal Afiqah ingin tahu.

"Tak pasti juga. Tapi sejak kemalangan tu, Daniel perasan pasal perubahan yang berlaku pada Damia.." Balas Eidlan ringkas. Afiqah hanya mengangguk faham. Matanya masih lagi tertumpu pada Damia.

"Sebab tu lah saya terpaksa 'kahwin' dengan Damia..Cuma dengan cara ni, dapat hentikan 'ilusi' Damia." Balas Eidlan lalu mengeluh berat.

"Tapi korang tak sah kan?" Tanya Afiqah pula sekaligus membuatkan Eidlan tersenyum lebar. Sesekali dia tertawa kecil. Afiqah yang kebingungan pantas mengerutkan dahinya.

"Kenapa? Ada yang cemburu ke?" Usik Eidlan lalu menjongketkan keningnya.

"Eidlan!" Panggil Afiqah dengan nada sedikit meninggi. Eidlan hanya ketawa kecil melihat reaksi Afiqah yang baginya agak comel dan mencuit hati.

"Tak. Kitaorang tak sah.. Cuma lakonan untuk tarik perhatian Damia supaya pihak hospital dapat tangkap Damia. Nasib baik diaorang bertindak denga cepat, kalau tak naya kitaorang." Ujar Eidlan berseloroh. "Perempuan memang boleh tahan ngeri kan bila marah? Macam awak dulu.." Usik Eidlan lagi lalu memuncungkan bibirnya, seperti ingin bersiul.

"Yang awak asyik nak kenang hal lama dah kenapa?" Perli Afiqah pula membuatkan Eidlan mengeluh panjang.

"Dah tu je yang saya mampu buat sekarang. Mengenang.." Balas Eidlan jujur dengan penuh makna lalu tersenyum simpul.

Setelah hampir 30 minit, Afiqah dan Eidlan selesai 'melawat' Damia, di tambah dengan sesi meluah perasaan dan mengenang kisah lalu, mereka berdua memutuskan untuk kembali ke bilik Afiqah.

Sedang mereka berdua berjalan, tiba-tiba satu figura lelaki muncul di hadapan mereka berdua, sekaligus membuatkan Afiqah melompat sedikit dek terkejut.

"Eidlan apa yang kamu fikirkan?!" Pekik Yusof tanpa berlengah. Eidlan memandang ke arah Afiqah. Afiqah juga melakukan yang sebaliknya.

"Ayah, kan Eidlan dah cakap Eidlan akan selesaikan apa yang patut diselesaikan.." Jawab Eidlan. Yusof mendengus perlahan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tapi kamu letak diri kamu sebagai risiko dan kenapa kamu tak bagitahu ayah lansung pasal ni?!" Tegas Yusof.

"Sebab Eidlan tahu yang ayah akan bantah. Ayah, demi Afiqah, Eidlan sanggup buat apapun ayah. Sekalipun nyawa diganti dengan nyawa." Jawab Eidlan bersungguh-sungguh.

"Awak rasa itu cukup ke, Eidlan? Cukup untuk awak tebus kesilapan awak dan kembalikan kepercayaan saya terhadapa awak?" Soal Afiqah tiba-tiba setelah agak lama berdiam. Wajah Eidlan dipandang serius.

"Afiqah, kamu kenapa? Kamu tak fikirkan budak tu perlukan bapa?" Tanya Yusof pula. Pandangan Afiqah di alihkan kepada ayahnya.

"Afiqah boleh besarkan budak ni sorang-sorang, ayah. Selama ini pun bukannya Eidlan ada di sisi Afiqah pun" Jawab Afiqah. Eidlan hanya tertunduk membisu.

"Kepercayaan saya terhadap awak dah hancur, Eidlan dan mustahil untuk awak pulihkan.." Kata Afiqah lagi sambil memandang wajah Eidlan yang masih lagi tertunduk.

"Betul-betul takda harapan ke untuk saya, untuk kita kembali bersatu?" Tanya Eidlan. Afiqah tersenyum sinis.

"Jawapannya ada pada awak.. Kalau awak betul iklas nak pulihkan semula hubungan kita, awak kena berusaha. Lebih keras.." Jawab Afiqah dengan wajah yang serius. "Yakinkan saya yang saya tak buat keputusan yang salah untuk kedua kalinya.." Tambah Afiqah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience