Dari kejauhan Alvin melihat kelibat Christella yang sedang menyorong bagasi bewarna kelabu sambil mulutnya terkumat-kamit seakan membebel.
Tanpa menghiraukan Christella, lelaki yang berbaju hitam disebelahnya hanya memandang telefon bimbit sebelum perlahan-lahan lelaki tersebut memasang earphone di telinganya.
Christella yang sedar akan tingkah lelaki tinggi lampai itu, pantas memarahinya membuatkan Alvin yang sejak dari tadi memerhati, ketawa kecil.
Kalau aku kacau dia mesti syok ni.. Bisik hati kecil Alvin sambil dia tersenyum sinis. Tanpa berlengah, Alvin segera berjalan menghampiri Christella dan dengan sengaja dia melanggar bahu Christella, kasar.
"Ops sorry." Ucap Alvin sambil tersenyum sinis setelah melihat wajah Christella yang mula bertukar menjadi hulk.
"Alvin?" Soalnya dengan nada tinggi lalu mendengus geram. "Asal gi airport je muka kau, asal gi airport je muka kau. Dah macam takda muka orang lain ke?" Tambahnya lagi.
"Kau ingat aku nak hadap sangat muka kau?" Tanya Alvin sambil mencekak pinggang. Mukanya sengaja didekatkan ke wajah Christella, menayangkan barisan giginya yang putih bersih membuatkan Christella semakin geram.
"Ehem." Satu suara gurau berdehem sekaligus membuatkan Alvin dan Christella serentak memandang ke arah suara tersebut.
"Eh.. Dylan.." Ujar Alvin lalu memeluk tubuh sasa yang mengenakan baju kemeja berwarna putih. Terpaku dengan kekacakan jejaka yang bernama Dylan itu, mulut Christella kelihatan sedikit terlopong
"Oh this is my friend or maybe enemy, Christella." Kata Alvin sebaik saja pelukan mereka terlerai.
Bagaikan digam mulutnya, Christella hanya memerhati wajah Dylan lalu tersenyum manis. Dylan membalas senyuman gadis yang tidak tumpah seperti sedang dipanah cinta itu.
"Kau dah kenapa?" Soal Alvin yang hairan melihat telatah Christella itu. Dia yang dikenali seorang yang lantang dan garang tiba berubah menjadi seorang yang manja dan lembut.
"Eh takdalah Alvin.." Ujar Christella lembut sambil menyisipkan rambutnya ke telinga. Dia kemudiannya tunduk tersipu-sipu malu. "Jangan dengar cakap dia, kita orang okay.." Tambah Christella lagi.
"Yang kau tergedik-gedik dah kenapa?" Tanya Alvin lagi dengan nada yang agak meninggi membuatkan Christella mendengus geram.
"Ish mulut budak ni" Marah Christella sambil menghentakkan kakinya.
"My name is Dylan, abang Alvin. Nice to meet you." Sapa Dylan sambil menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan. Tanpa berlengah, Christella pantas membalas huluran tangan lelaki tersebut.
"Nice to meet you too." Ujar Christella lembut. Pipinya terasa kian merah. Baru kini dia tahu, rasanya jatuh cinta.
"Btw, you are beautiful.." Puji Dylan pula sekaligus membuatkan Christella teruja.
"Awww thankssss..." Balasnya sambil memegang keduah belah pipinya lalu tersenyum mesra.
"Dah muka tu tak payah nak over sangat. Kau datang sini dengan siapa? Boyfriend?" Soal Alvin sambil pandangannya beralih kepada lelaki yang sejak tadi berdiri kaku di sebelah Christella.
"Eh aku takda boyfriend eh!" Marah Christella. Risau kalau-kalau 'saham'nya jatuh di hadapan Dylan. "Ini adik akulah!" Sambungnya lagi, memperkenalkan 'lelaki misteri' di sebelahnya itu tadi.
"Korang dua je ke?" Soal Alvin pula.
"Tak. Aku bawa Afiqah sekali ambik budak ni hah" Balas Christella lalu memukul lengan adiknya itu, manja. Tidak memberikan apa-apa respon, adik Christella hanya berdiri tegak, mungkin sudah terlalu lali dengan sikap kakaknya yang garang. "Tapi Afiqah hilang entah ke mana.." Tambah Christella lagi.
"Afiqah?" Tanya Alvin, ingin pasti.
"Yelah, kenapa?" Soal Christella pula hairan.
*****
"Ish manalah Christella ni? Takkanlah dalam airport pun boleh hilang? Kat toilet pun takda. Di call tak angkah ish budak ni!" Rungut Afiqah lalu mendail nombor telefon Christella semula.
"Afiqah.." Panggil satu suara garau sekaligus menghentikan niat Afiqah yang ingin menelefon Christella semula.
"Eidlan?" Ujar Afiqah terketar-ketar, cuba menahan sebak.
"Afiqah.." Panggil Eidlan lagi sambil perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Afiqah. Kedua belah tangan digapainya. Afiqah hanya tertunduk diam, atau mungkin dia risau jika airmatanya jatuh tanpa di duga.
"Saya.."
"Apa awak nak?" Tegas Afiqah lalu mendongak kepalanya ke atas. Wajah Eidlan di amati betul-betul.
"Saya.. Abang.. Rindukan Afiqah.." Balas Eidlan satu persatu. Afiqah yang mendengar jawapan Eidlan itu pantas tersenyum sinis.
"Rindu?" Soal Afiqah lalu tertawa kecil. Geli hatinya, mendengar bekas suaminya merindui isteri yang telah pun diceraikan.
"Afiqah kita mulakan hidup baru?" Pinta Eidlan pula dengan nada sayu. Badannya sedikit membongkok, hampir melutut. "Abang tahu abang banyak buat silap, abang minta maaf.." Tambahnya lagi.
"Abang? Baru sekarang awak nak bahasakan diri awak sebagai abang? Dulu waktu awak di atas, saya dibawah, lansung tak dipandang, sekarang beriya pula awak merayu.." Sindir Afiqah lalu memeluk tubuhnya sambil memandang wajah Eidlan tajam. Aku kena kuat. Aku tak boleh nampak lemah di depan Eidlan. Sempat hatinya berbisik.
"Dan.. Mudahnya awak minta maaf dan minta kita mulakan hidup baru. Habis hati saya yang dah hancur berkecai ni macam mana?" Soal Afiqah tegas.
"Sebab tu, abang.. Er.. Saya nak mulakan hidup baru. Jadi saya boleh perbetulkan semua keadaan dan saya janji.."
"Janji apa? Takkan tinggalkan saya? Awak dah pernah janji itu dulu dan akhirnya awak mungkirinya jua." Kata Afiqah mencelah. Eidlan yang kehilangan kata-kata mengeluh panjang. Afiqah yang di hadapannya bukanlah Afiqah yang dulu, lembut dan mudah dipujuk.
"Lagipun mama dan papa tak restu perkahwinan saya dengan Damia.." Ujar Eidlan jujur sekaligus membuatkan Afiqah naik angin. Patutlah beriya, rupanya ada udang di sebalik batu!
"Lepas tu awak nak saya buat apa? Nak suruh saya pujuk mama dan papa terima Damia? Eidlan, saya ni takda kuasa untuk tentukan kehidupan awak sekarang sebab saya bukannya isteri awak lagi. Awak buatlah suka hati awak, saya dah tak kisah. Kalau susah sangat, kahwinlah lari. Lepas dah buat salah, melutut merayu dekat mama dan papa. Macam awak buat dekat saya sekarang, itu bersebab!" Perli Afiqah lalu menggelengkan kepalanya. Padangannya dilempar jauh. Malas dia hendak menatap wajah bekas suaminya itu.
"Afiqah awak dengar dulu."
"Nak dengar apa lagi? Hati saya dah hancur. Airmata saya ni, dah tak dapat mengalir lagi dah, Eidlan. Dah kering! Awak nak saya pergi jumpa mama dan papa, merayu kat diaorang suruh terima Damia jadi isteri awak ke dan kalau diorang tetap juga berkeras, barulah awak pergi ke pilihan kedua iaitu saya? Saya ni nampak bodoh sangat ke Muhammad Eidlan Fakrullah!" Marah Afiqah tanpa mendengar penjelasan dari Eidlan. Harga dirinya saat ini rasa bagai dipijak, tiada nilai! Semudah itu Eidlan membuat keputusan tanpa memikirkan hati dan perasaannya.
"Tapi bukan itu yang saya cuba sampaikan
Saya tak habis cakap pun awak dah potong.. Macam mana saya nak jelaskan?" Ujar Eidlan lalu mendengus kasar. Geram dia dengan tingkah bekas isterinya yang tidak memberi ruang untuk dia menjelaskan isi hatinya yang sebenar.
"Saya tak nak dengar penjelasan awak, saya taknak dengar apapun yang keluar dari mulut awak. Antara kita berdua dah takda apa-apa lagi. Move on, please.." Balas Afiqah. Sempat dia menghadiahkan jelingan maut kepada jejaka berkulit sawo matang di hadapannya itu. Baru dia sedar, yang perempuan tak semestinya perlukan lelaki untuk kuat.
"Afiqah, tolonglah.. Awak yang saya kenal dulu bukan macam ni. Awak dulu lebih tenang, dan senang di bawa bincang.." Kata Eidlan. Afiqah tersenyum sinis.
"Sebab tu lah senang untuk awak memanipulasikan saya kan?" Soal Afiqah sinis lalu tertawa kecil. "Dan untuk pengetahuan awak, saya berubah semuanya disebabkan oleh awak. Terima kasih, Eidlan. Awak dah jadikan hati saya seteguh karang." Balas Afiqah lalu beredar meninggalkan Eidlan yang sudah pasti hampa kerana usahanya untuk memujuk Afiqah tidak berjaya.
Dengan hati yang tabah, Afiqah terus melangkah ke arah pintu keluar lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur itu. Tanpa dia sedari, dirinya diperhatikan oleh
Damia yang sejak tadi menyaksikan drama antara dia dan juga Eidlan, di sebalik pintu kaca itu. Damia yang sedang duduk tegak di kerusi bahagian pemandu, menggenggam erat stering kereta miliknya.
"Eidlan.. Eidlan.. Kau ingat aku bodoh ke? Kau ingat senang-senang aku nak percaya cakap kau? Awalnya aku cuma merancang untuk bunuh budak dalam perut tu, tapi kau dah paksa aku untuk buat pilihan lain.." Kata Damia yang bermonolog sendirian sambil matanya memandang ke arah Afiqah yang sedang berusaha untuk membendung airmatanya dari terjatuh. "Aku akan bunuh kedua-dua sekali biar mampus semua! Arghhhh!" Sambungnya lagi lalu menghentak tangannya pada stering kereta dengan kuat.
Saat Damia melihat Afiqah mula berjalan menyeberangi jalan, dia segera melepaskan brek tangan sambil tersenyum sinis lalu menekan minyak sekuat hati dan tidak semena, dummm! Bunyi dentuman kuat berserta dengan satu hentakan yang keras dari arah luar. Keretanya rasa bergegar.
Tanpa menghiraukan kejadian itu, Damia tersenyum puas lalu memecut laju meninggalkan tempat kejadian. Orang ramai termasuk Eidlan yang sedar akan bunyi itu bergegas menghampiri tubuh yang terkulai layu di atas jalan itu. Salah seorang daripada mereka segera mengeluarkan telefon bimbit bagi menghubungi pihak hospital.
"Afiqahhhhhhhhh" Jerit Eidlan sekuat hati sambil memeluk tubuh bekas isterinya yang berlumuran darah.
Share this novel