BAB 28

Drama Completed 8137

Imbas kembali..

"Abang..kalau Afiqah pergi dulu, abang sedih tak?" Soal Afiqah sambil mengusap lembut rambut Eidlan yang sedang baring di pangkuannya.

"Apa sayang merepek ni? Ish, janganlah cakap benda yang bukan-bukan!" Marah Eidlan. Matanya masih lagi tertumpu pada kaca televisyen yang sejak dari tadi terpasang.

"Takdalah.. Sayang cuma teringin nak tahu kalau, satu hari nanti sayang pergi untuk selamanya.." Balas Afiqah lembut sambil tersenyum mesra.

"Dahlah.. Tak baik cakap macam tu..Sayang masih depan abang sekarang ni kan?" Jawab Eidlan. Afiqah hanya membisu. Eidlan yang seakan dapat membaca fikiran isterinya pantas mengalihkan pandangan ke arah Afiqah yang sudah pun mencebik bibir. Eidlan yang tadinya baring kini dalam posisi duduk.

"Hm.. Macam ni lah, sejujurnya, abang takkan sanggup kalau sayang pergi dulu sebab abang tak mampu hidup tanpa sayang. Abang akan terseksa. Jadi, jangan pergi sebelum abang ya?" Ujar Eidlan lembut. Matanya memandang ke dalam mata isterinya lalu tersenyum.

"Tapi ajal maut kan di tangan Tuhan.." Kata Afiqah pula. Eidlan mengeluh berat.

"Tahu. Tapi... Dah dahlah tu. Tak payah cakap pasal benda yang belum jadi lagi." Balas Eidlan. Afiqah mengangguk, akhirnya akur. "Abang lapar, tolong masak.." Tambah Eidlan lagi, sambil mengenyitkan matanya.

"Tu je lah yang abang tahu, makan makan makan!" Marah Afiqah manja lalu tersenyum simpul.

Imbas kembali terhenti. Di hadapan Eidlan kini terlihat sebuah bilik yang bertulis, 'wad kecemasan'. Pintu bilik itu tertutup. Kalau ikutkan hatinya, ingin saja dia menendang daun pintu itu supaya dia dapat merobosi bilik kecemasan itu. Eidlan memandang sekeliling. Tiada siapa di situ. Perasaannya semakin resah. Dia kemudiannya berjalan mundar-mandir kerana kegelisahan. Sesekali, Eidlan mencuri-curi pandang kegiatan di dalam bilik itu melalui cermin kaca bulat yang terlekat pada daun pintu bilik tersebut.

"Eidlan!" Sergah satu suara yang cukup dikenalinya dari belakang dengan nafas yang tercungap-cungap. Sudah pasti sahabat Afiqah itu merasa risau seperti dirinya jua. "Mana Afiqah?" Soal Christella pula. Edilan hanya mengeluh berat sebelum perlahan-lahan dia melabuhkan punggung pada kerusi yang sudah pun tersedia.

"Afiqah masih kat dalam. Doktor masih periksa dia.." Balas Eidlan lemah. Christella mengeluh panjang. Kepalanya di picit-picit. Alvin yang juga turut berada di situ merangkul tubuh Eidlan kemas.

Mengikut perancangan, Alvin sepatunya menghantar abangnya pulang ke rumah dan Christella pula akan kembali ke butiknya bersama dengan Afiqah. Tapi lain pula jadinya, nasib baiklah Christella yang bawa kereta. Jadi, Alvin boleh tumpang kereta Christella dan Dylan bawa balik kereta Alvin.

Eidlan menekup wajahnya dengan kedua belah telapak tangannya. Matanya kelihatan kembang dek menangis tanpa henti. Tiba-tiba pintu bilik terkuak. Automatik kepala Eidlan mendongak ke atas, matanya juga membulat. Doktor yang dipercayai merawat Afiqah perlahan-lahan keluar sambil menatang sebuah fail. Eidlan, Christella dan juga Alvin serentak meluru ke arah doktor tersebut.

"Doktor.. Macam mana dengan keadaan isteri saya?" Sergah Eidlan yang terlupa akan Afiqah kini bekas isterinya.

"Encik..?"

"Eidlan!" Jawab Eidlan laju.

"Oh ok, Encik Eidlan. Begini, isteri Encik dalam keadaan stabil. Tapi.."

"Tapi apa?" Soal Eidlan, tak sabar.

"Dia mungkin mengambil sedikit masa untuk sedar, akibat hentakan yang kuat pada kepalanya.." Jelas doktor tersebut membuatkan ketiga-tiga mereka terngangam.

"Banyakkan berinteraksi dengan pesakit, Insyallah dia akan kembali pulih.." Tambah doktor itu lagi.

"Bayi dalam kandungan dia macam mana?" Tanya Eidlan pula.

"Alhamdulillah.. Bayi pun selamat." Balas doktor itu ringkas lalu tersenyum. Eidlan menghembuskan nafas lega. Walaupun Afiqah kini masih lagi belum sedarkan diri, tetap dia bersyukur kerana kedua-dua mereka selamat dan dalam keadaan yang stabil.

*****

Christella yang baru saja balik dari cafe hospital memandang wajah Eidlan yang kusut, sayu. Dia kemudiannya perlahan-lahan berjalan menghampiri Eidlan sambil menatang sebuah bekas makanan.

"Eidlan.. Aku benci kau, tapi aku tak sanggup tengok kau macam ni. Sejak dari tadi lagi kau tak makan.." Ujar Christella sayu. Eidlan hanya diam membisu sambil badannya disandar pada dinding putih itu. "Nah.. Kau makan ni." Tambah Christella lagi sambil menghulurkan bekas makanan tersebut.

"Aku memang patut dihukum macam ni. Apa yang aku buat dekat Afiqah, takkan terbalas." Ujar Eidlan lemah. Separuh tubuhnya rasa tidak berfungsi lagi.

"Kau tak boleh macam ni, Eidlan. Aku tahu aku banyak menyumpah kau sepanjang kes curang kau tu dulu.. Tapi, kau tetap kawan aku, kesihatan kau pun penting." Balas Christella. Sekali lagi dia menghulurkan bekas makanan tersebut. Eidlan dengan lemah longlai menyambut bekas makanan itu.

"Aku takda selera nak makan. Lagi pun, kalau aku tinggalkan Afiqah, manalah tahu kot kot dia bangun ke apa?" Ujar Eidlan sambil merenung ke arah bekas makanan yang digenggamnya itu tadi.

"Aku kan ada? Aku akan jerit nama kau, kalau dia bangun. Kalau Afiqah tengok kau macam ni, mesti dia sedih.. Kalau orangtua kau.."

"Eidlan!" Jerit satu suara yang meluru ke arah Eidlan, sekaligus mematikan kata yang keluar dari mulut Christella. "Afiqah macam mana?" Tambah wanita itu lagi.

"Mama.."

"Afiqah macam mana?" Sudah pasti soalan itu yang terpancul keluar dari mulut ibunya.

"Alhamdulillah, Afiqah stabil. Cuma dia masih belum sedarkan diri. Kata doktor, kita mesti banyak berinteraksi dengan Afiqah dan bagi semangat serta dorongan kepada Afiqah.." Jelas Eidlan. Maria hanya mengangguk faham.

"Eidlan.." Panggil Yusof lembut, membuatkan hati Eidlan bertambah serba salah.

"Ayah.."

"Isteri kamu macam mana?" Soal Yusof yang jelas sekali masih tidak tahu menahu tentang nasib nya menimpa anak perempuannya itu.

"Eidlan.." Panggil ayah Eidlan tegas sambil memandang wajah anak lelakinya itu, lama. Eidlan yang seakan dapat membaca fikiran ayahnya pantas memandang ke lantai.

"Er.. Maaf, pak cik mak cik, mungkin ada baiknya saya pergi dulu.." Kata Christella dengan penuh sopan lalu beredar dari situ.

"Eidlan.. Ada baiknya kamu berterus-terang. Kamu bayangkan, andai satu hari nanti kamu ada anak perempuan, dan dia diperlakukan seperti ini, apa perasaan kamu?" Soal ayah Eidlan dengan tegas. Eidlan masih lagi terdiam kaku.

Tidak lama kemudian, dia perlahan-lahan mengangkatkan kepalanya dan menatap wajah tua milik bapa mertuanya itu.

"Kenapa ni?" Soal Yusof terpinga-pinga. Wajah Maria, suaminya dan juga Eidlan dipandang bersilih ganti.

"Ayah.. Sebenarnya.. Hm.. Eidlan..Eidlan minta maaf." Ucap Eidlan dengan nada yang terketar-ketar, menambahkan lagi kebingungan Encik Yusof.

"Apa yang Eidlan dah buat? Eidlan takda buat salah apa-apa.." Balas Yusof lembut. Andai saja dia tahu apa yang sudah Eidlan perlakukan kepada Afiqah, mahu tak meroyan dia.

"Banyak.. Banyak sangat salah Eidlan dah buat ayah.." Jawab Eidlan yang tiba-tiba menangis teresak-esak. Tanpa di duga,   duduk melutut sambil memeluk kaki ayahnya mertuanya "Eidlan dah ceraikan Afiqah. Maafkan Eidlan ayah. Maafkan Eidlan.." Tambah Eidlan lagi dengan nada yang tersekat-sekat. Dia kemudiannya, mendongak ke atas melihat wajah Yusof yang pucat lesi. Bibirnya diketap, menahan rasa sebak atau mungkin geram.

Maria yang ikut merasa sebak pantas menekup mukanya pada bahu suaminya. Yusof menarik nafasnya sedalam-dalamnya sebelum perlahan-lahan menarik tubuh menantunya itu supaya Eidlan bangkit dari posisi melutut.

"Anggap saja tiada jodoh.." Ujar Yusof sayu. Eidlan hanya tertunduk malu, malu untuk berhadapan dengan ayah mertuanya yang cukup baik dan sabar.

"Dan ayah.. Afiqah mengandung.." Tambah Eidlan lagi sekaligus membuatkan Yusof terduduk lemah.

"Ya Allah, Afiqah! Kenapa kamu tak bagitahu ayah semua ni?" Katanya lalu menekup wajahnya dengan kedua telapak tangannya. Maria dan suaminya hanya menjadi pemerhati. Enggan masuk campur tangan dalam hal rumahtangga Eidlan.

"Habis bayi dalam kandungan dia macam mana Eidlan?" Soal Yusof setelah beberapa minit berdiam di dalam tangisan.

"Alhamdulillah, selamat juga ayah." Balas Eidlan ringkas. Yusof kembali menekup wajahnya, membuatkan Eidlan merasa semakin serba salah. "Ayah.. Eidlan betul-betul minta maaf. Eidlan dan hancurkan kepercayaan ayah terhadap Eidlan, untuk jaga Afiqah." Ungkap Eidlan lalu menarik tangan bapa mertuanya sebelum dicium bertubi-tubi.

"Takpa Eidlan. Ayah percaya, semua ini ada hikmahnya.. Yang penting sekarang, kita jangan putus harapan. Teruskan berdoa. Afiqah perlukan kita semua untuk sembuh.." Balas Yusof sambil melemparkan pandangan jauh.

*****

"Saya rasa dah tiba masanya untuk awak tebus kesalahan awak, Daniel." Ujar Azira. Pandangannya kemudian dialihkan kembali ke arah Eidlan yang sedang memaut bahu Yusof.

"Tapi saya tak pasti.."

"Apa lagi yang awak tak pasti? Awak sendiri pun tahu kan, Afiqah takda musuh lain kecuali Damia? Takkan ada orang lain yang bertindak di luar kawalan macam tu, Daniel. Tolonglah...Demi kebaikan Damia dan juga semua orang." Bebel Azira. Kalau ikutkan hati, ingin saja dia menampar wajah Daniel, biar bagi sedar sikit.

"Apa yang saya patut buat?" Soal Daniel.

"Awak tahu apa yang awak patut buat.." Balas Azira ringkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience