BAB 31

Drama Completed 8137

"Kahwin?!" Jerit Christella yang jelas sekali terkejut setelah mendengar rancangan gila Daniel. "Habis tu kau setuju?" Soalnya pula. Eidlan terkaku diam. Kalau dia angguk, Christella akan meroyan tapi kalau geleng pun Christella mungkin takkan percaya. "Mana Daniel? Aku nak jumpa!" Katanya lagi lalu berjalan melangkah pergi namun sempat di tahan oleh Alvin.

"Christella, jangan!" Arah Alvin. Wajah bengis dipandang lama. Sesekali dia menelan air liurnya.

"Eh kau dah kenapa? Kau pun sokong si Eidlan ni kahwin dengan perempuan gila tu?!" Marah Christella sambil menepis tangan Alvin."Ish, aku tak fahamlah dengan korang! Damia tu gila, Eidlan! Kau sedar tak!" Sambung Christella lagi lalu mendengus geram. Matanya dipejam seketika sambil kepalanya di picit-picit.

"Aku tahu, Chris.. Ni bukan pilihan terbaik. Tapi aku takda pilihan lain.." Jawab Eidlan lembut sambil memandang wajah Christella dengan penuh harapan. Harapan yang Christella akan memahami situasi yang di alaminya saat ini.

"Takda pilihan?" Soal Christella lalu tersenyum sinis. "Eh, Eidlan satu-satunya pilihan supaya semua masalah ni selesai dengan segera adalah dengan sumbat perempuan gila tu dalam hospital jiwa!" Pekik Christella. Matanya membulat memandang wajah Eidlan membuatkan Eidlan terkedu. Kang tak pasal-pasal Eidlan yang di depan matanya itu, ditelan hidup-hidup. "Ini bukan masalah kau Eidlan, ni masalah Daniel!" Sambung Christella lagi yang sedaya upaya untuk mengawal emosinya.

"Chris, kau sabarlah dulu.." Ujar Alvin. Dia sendiri pun buntu memikirkan cara untuk menenangkan Christella.

"Nak sabar apa benda nya? Kawan baik aku tu, terlentang dekat hospital ni tak sedarkan diri, sedangkan bekas suami dia merancang nak kahwin baru! Kau nak aku sabar?!" Ujar Christella lalu menggigit bibirnya bagi menahan geram. Tangannya digenggam kemas. "Ke kau memang sokong bestfriend forever kau ni? Lelaki, kalau bab-bab poligami ni memang nombor satu kan? Benda lain simpan tepi, yang penting hati dia puas!"

"Kau marah-marah macam ni, kau ingat aku nak ke? Aku pun tak nak lah!" Pekik Eidlan. Kesabaran kian menghilang.

"Memang patut pun kau tak nak. Kalau kau mati takpa, ni kalau Afiqah?!"

"Christella!" Jerit Eidlan sekaligus menarik perhatian ibunya yang baru saja menghampiri mereka.

"Eidlan..Ada apa ni bising-bising ni?  Kamu sekarang di hospital.." Tegur Maria dengan nada tegas tapi masih ada kelembutan di situ.

"Kau ingat aku tak fikir ke pasal Afiqah? Aku fikir! Aku fikir pasal perasaan dia, hidup dan mati dia, aku fikir!" Balas Eidlan tanpa menghiraukan teguran ibunya. Suaranya kedengaran terketar-ketar, seakan sedang menahan sebak di dada. "Aku buat semua ni pun sebab dia, Chris.. Aku yang mulakan, jadi aku jugalah yang mesti hentikan semuanya. Enough is enough." Sambunya lagi.

*****

"Eh kejap.. Abang tahu yang aku langgar Afiqah dan dia tak sebut pun pasal Afiqah dah mati ke apa. Jadi maksudnya..." Ujar Damia yang bermonolog sendirian sambil mengigit jari-jemarinya, seakan sedang berfikir.

*****

Setiba saja di hadapan rumahnya, Eidlan perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam. Beban hidup yang ditanggung olehnya membuatkan tubuhnya terasa lemah, tidak berdaya. Setiap sudut ruang tamu dipandangnya lalu tersenyum sendirian.

Kalau ikutkan hatinya, dia ingin terus bermalam di hospital, untuk menjaga Afiqah, tapi atas pujuk rayu ayah mertuanya, dia terpaksa akur.

Eidlan kemudiannya, menaiki anak tangga.
Eidlan yang kini berada di hadapan pintu biliknya, memandang ke arah kotak yang diberikan oleh Christella siang tadi seketika sebelum dia memutuskan untuk melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Eidlan.. Aku ada benda nak bagi kat kau. Benda ni, Afiqah yang punya. Setiap malam, aku tengok dia letakkan sesuatu dalam kotak ni. Jadi, satu hari tu aku buka. Alangkah terkejutnya aku tengok isi dalam kotak tu. Aku rasa kau patut tengok..Dan sebab itu jugalah aku emo sangat tadi.." Ungkapan Christella siang tadi terngiang-ngiang di telinganya.

Apa benda dalam ni? Bisik hati Eidlan, hairan lalu perlahan-lahan dia membuka kotak yang berukuran 16x16x4 cm itu.

Gambar. Kotak tersebut penuh dengan gambar-gambar dia dan juga Afiqah Yang jelas sekali di simpan oleh bekas isterinya dari awal perkenalan sehinggalah kini.

Eidlan tersenyum sendiri melihat setiap keping gambar yang di beleknya, hingga sampai satu keping gambar yang menampakkan dirinya yang sedang mengenakan t-shirt berwarna kelabu, dia berhenti. Perlahan-lahan dia menarik keluar gambar tersebut dari kotak sebelum membaca tulisan tangan yang dikarang oleh Afiqah.

"Nama dia Eidlan. Dia handsome orangnya. Waktu mula dia tegur dulu, saya malu sebab dia pandai memikat. Well I guess, saya dah terpikat hihi"

Eidlan tertawa kecil, mengenangkan dirinya yang sanggup ponteng kelas semata-mata ingin menghadiahkan 'gambar terbaiknya' itu kepada Afiqah. Senyuma manis dan tawa manja Afiqah saat itu, masih lagi segar di ingatannya.

Eidlan kemudiannya, meletakkan gambar itu semula ke dalam kotak lalu beralih kepada gambar yang kedua, di mana dia dan Afiqah sudah pun rasmi menjadi pasangan kekasih.

"First date. Siapa sangka lelaki yang selama saya suka pun suka saya juga. Mesti ramai yang fikir, saya suka kan dia sebab dia handsome kan? Tapi sebenarnya tidak, ianya lebih dari itu.. Dia bahagiakan saya."

Perasaan sebak tiba-tiba menyerang saat Eidlan membaca perkataan, dia bahagiakan saya, kerana dia cukup tahu bagaimana kebahagian Afiqah di hancurkan olehnya dirinya sendiri secara perlahan-lahan. Dia menarik nafasnya sedalam-dalamnya sebelum meneruskan kepada gambar yang ketiga.

"Pertunangan. Satu fasa baru dalam kehidupan dan juga kehidupan kami. Sejujurnya, saya ragu-ragu. Tapi dia berhasil meyakinkan saya yang dia ialah the one. See you on our wedding! Insyallah.. ?"

Tulis Afiqah, membuatkan Eidlan tersenyum-senyum. Manisnya wajah Afiqah di hari pertunangan mereka, yang lengkap dengan busana tradisional Melayu. Tidak seperti gambar-gambar yang sebelumnya, Eidlan memandang gambar tersebut dengan lebih lama. Sesekali dia mengusap lembut wajah Afiqah yang tidak mampu di rasainya saat ini.

Cukup 3 minit menatap wajah si 'darah manis' itu, Eidlan berganjak kepada gambar yang seterusnya. Gambar yang menangkap segala memori dan sejarah yang indah buat dia dan juga Afiqah.

"Perkahwinan. Akhirnya saya telah pun di ijab kabulkan dengan dia, dia yang bernama cinta, Eidlan. Abang, terima kasih sebab sudi terima Afiqah yang serba kekurangan ini. Doakan hubungan kami bahagia k gais?"

Melihat dirinya yang sedang menyarungkan cincin di jari manis Afiqah, hati Eidlan tiba-tiba diulit rasa gementar. Walaupun sudah bertahun berlalu, hatinya masih lagi mampu menghasilkan gentaran yang sama, dan dengan itu, tanpa dia sedari, bibirnya mengukirkan senyuman yang indah, seindah hari pernikahannya.

Eidlan mengeluh berat. Terlalu banyak kenangan antara dia dan juga Afiqah tersimpan rapi di dalam kotak tersebut. Kenangan yang dulunya indah kini bertukar pahit hanya disebabkan orang ketiga. Sekarang barulah dia faham, kenapa Christella beriya-iya menyuruh aku membuka kotak tersebut dan bertindak agresif saat dia menyatakan hasrat ini berkahwin dengan Damia.

Setelah hampir 10 minit merenung nasib diri, Eidlan meletakkan gambar yang cukup berharga itu semula ke dalam kotak sebelum dia meneruskan aktiviti itu tadi. Sedang dia mencari-cari gambar yang seterusnya, matanya tiba-tiba tertarik kepada kotak kecil yang berbentuk hati.

Perasaan sebaknya kembali bertandang. Matanya kelihatan mula berkaca. Perlahan-lahan dia membuka kotak kecil yang bewarna merah itu tadi. Di dalamnya terselit sekeping nota. Seakan dapat meneka yang bajunya bakal basah lencun akibat airmata, Eidlan menarik nafas, cuba mencari ketenangan jiwa.

Perlahan-lahan dia membuka lipatan kertas tersebut lalu dibacanya;

"Teruntuk kamu yang pernah aku perjuangkan,
Silakan jika kamu ingin pergi,
Aku tak berhak untuk memaksamu untuk tetap disini,
Bila akhirnya kita harus berpisah,
Aku iklas,
Aku pasrahkan semua padaNya,
Sebab Allah tahu yang terbaik untukmu dan untukku,
Aku takkan menangisi perpisahan,
Tapi terkadang terlintas di fikiran,
Kenapa ada pertemuan?
Terima kasih kerana telah ada untukku,
Walaupun kita ditakdirkan untuk bersatu."

Seperti yang dijangka, airmatanya jatuh dengan derasnya umpama air terjun.

"Sayang pegang janji sayang tapi abang mungkirinya. Abang bersalah.. Perlahan-lahan abang dah bunuh cinta kita, sayang.." Ucap Eidlan dengan penuh sayu. Kotak yang berisi gambar-gambar itu tadi ditenung lama. Setelah agak lama termenung, Eidlan kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya yang sejak tadi tersimpan rapi di dalam poket seluarnya lalu mendail nombor seseorang.

"Hello, Damia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience