Sedang Eidlan bergegas siap untuk makan tengah hari, tiba-tiba Damia datang menyergah masuk ke dalam pejabatnya.
"Eh, you rushing nak ke mana?" Soal Damia hairan.
"Oh Damia! I nak balik." Jawab Eidlan membuatkan air muka Damia bertukar masam.
"You nak balik ke mana? I baru je nak ajak you lunch.." Ujar Damia tegas sambil memeluk tubuh tanpa secalit senyuman pada wajahnya.
"Hm.. Balik rumah parents I. Diaorang call cakap nak ajak lunch sekali.." Jawab Eidlan dengan nada yang tersekat-sekat membuatkan Damia curiga. Wajah jejaka yang berada di hadapannya itu, direnung Damia tajam. Matanya dikecilkan sedikit.
"Fine." Kata Damia yang akhirnya akur dengan permintaan Eidlan. Eidlan yang ternyata gembira mendengar ungkapan itu pantas tersenyum lebar sebelum beredar meninggalkan Damia yang masih lagi ragu-ragu.
Setiba saja ditempat parkir kereta, Eidlan segera membuka pintu di bahagian pemandu sebelum melangkah masuk ke dalam perut keretanya. Tanpa berlengah, dia kemudiannya menghidupkan enjin, sebelum memecut ke rumah ayah Afiqah, Profesor Yusof.
Sejak dari kelmarin, Eidlan tidak dapat tidur dengan lena. Fikirannya tidak henti-henti memikirkan ayah mertuanya itu. Dia yang kini semakin hampir dengan kediaman mertuanya itu, merasakan degupan jantungnya kian memuncak.
Perlahan-lahan dia menghembuskan nafasnya lalu memusingkan stering kereta ke kanan sebelum memarkirkan keretanya tepat di hadapan rumah agam milik ayah mertuanya.
"Assalamualaikum!" Ucap Eidlan sebaik saja keluar dari perut kereta.
"Walaikumsalam!" Tidak menunggu lama, salamnya terus di balas. Kelibat ayah mertua semakin lama semakin kelihatan. Cepat-cepat Eidlan melemparkan senyuman sekaligus menutup kegusaran hatinya.
"Ayah.. Ayah sorang je ke?" Soal Eidlan sebaik saja melihat cuma ayah mertuanya yang keluar menjemputnya.
"Yelah sorang. Ayah ni kan dah lama membujang. Takkan kamu ada nampak perempuan lain kat rumah ni?" Ujar Profesor Yusof berseloroh. Eidlan hanya terawa kecil kerana cuma dia tahu apa yang dimaksudkannya sebentar tadi.
Kalau Afiqah tak tidur dekat rumah ayah, dia tidur mana? Fikir Eidlan.
"Bah, masuklah Eidlan!" Jemput Profesor Yusof, mematikan lamunan Eidlan. Eidlan kemudiannya menunduk faham lalu mengekori langkah ayah mertuanya untuk masuk ke dalam rumah.
"Takdalah. Ingatkan Afiqah ada kat sini.." Balas Eidlan yang masih lagi tertanya-tanya kemanakah perginya bekas isterinya itu.
"Afiqah? Afiqah cakap dia ambik cuti. Takkan kamu tak tahu?" Soal Profesor Yusof, hairan. Dahinya dikerutkan. "Dia bukan pergi makan angin dengan kamu ke, Eidlan?" Sambung beliau lagi.
"Erm.. Tahu... Dia ambik cuti sebab.. Erm.. Tak berapa sihat." Jawab Eidlan tergagap-gagap membuatkan profesor Yusof semakin hairan. Sesekali kepalanya di geleng-geleng. "Ingatkan dia ada singgah kat rumah ayah, jenguk ayah.." Tambah Eidlan lagi.
"Ish, takda. Sejak ayah sound dia hari tu, lama jugaklah dia tak datang. Takut agaknya." Jawab Profesor Yusof jujur lalu menjemput Eidlan duduk.
"Ayah sound Afiqah apa?" Tanya Eidlan ingin tahu.
"Ayah cakaplah, tempat dia di sisi suami, di sisi kamu. Janganlah asyik dok bertenggek kat rumah ayah ni hah.." Jawab Profesor Yusof membuatkan Eidlan tertunduk diam.
"Kamu ni kenapa?" Soal Profesor Yusof setelah sekian lama Eidlan berdiam diri. Wajah menantunya itu ditenung penuh dengan kasih.
"Maksud ayah.. Afiqah takda jumpa ayah belakangan ni? Takda cakap apa-apa dekat ayah?" Soal Eidlan, pertanyan ayah mertuanya tadi dibiar tidak terbalas.
"Cakap pasal apa?" Tanya Profesor Yusof, semakin hairan. Kepalanya di garu-garu.
"Lupakan je lah ayah.. Ayah dah makan?"
*****
Masuk saja Damia ke dalam rumah, Daniel sudah pun menunggu di sofa yang terletak di ruang tamu. Sempat Daniel mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 10.45 malam. Tanpa mempedulikan renungan tajam abangnya, Damia perlahan-lahan menutup daun pintu.
"Abang pandang Damia tajam semacam ni kenapa? Takkan sebabkan perempuan tu abang nak bermusuh dengan Damia pulak?" Perli Damia lalu berjalan menghampiri abangnya.
"Mulai sekarang, abang taknak Damia balik malam-malam macam ni!" Kata Daniel serius. Air mukanya kelihatan tegang, sebenarnya sejak dari kemarin lagi.
"Abang! Damia bukan budak-budak lagi! Abang tak boleh kawal Damia macam ni" Marah Damia lalu mendengus kasar.
"Jangan melawan eh Damia! Abang cakap, abang tak nak Damia balik lewat malam, jadi Damia jangan balik lewat malam!" Pekik Daniel lalu bangkit dari tempat duduknya. "Paling lambat 9 malam" Tambahnya lagi. Damia yang ternyata tidak berpuas hati pantas membulat matanya sebulat-bulatnya.
"Abang berpihak pada perempuan tu, abang dapat apa, hah?" Herdik Damia. Tanpa balasan, Daniel hanya terdiam. "Takda apa, abang. Cinta abang masih jugak tak terbalas. Abang tahu tak, abang dah tak ubah macam ikan yang terdampar kehausan. Terkapai-kapai, merayu, menagih kasih orang yang tak sudi!" Tambahnya lagi sambil bibirnya diketap geram.
"Damia, tolonglah berhenti! Berhenti buat semua ni!" Pinta abangnya, hampir saja dia melutut di hadapan satu-satunya adik kandungnya itu.
"Damia takkan berhenti sampai dendam Damia terbalas!" Jawab Damia tegas. Matanya dibuntang.
"Diaorang dah cerai dah pun, Damia! Apa lagi yang Damia nak?!" Bentak Daniel sambil mencekak pinggang, tangan sebelah kanannya pula memicit-micit kepalanya.
"Itu tak cukup, abang! Damia nak tengok hidup Afiqah hancur berkecai sampai takda sisa yang dapat dikutip lagi!"
"Damia!" Jerit Daniel dan tanpa diduga, dia mengangkat tangannya ingin menampar Damia, namun belum sempat tamparan itu singgah di pipi Damia, lelaki itu pantas saja membatalkan niatnya.
"Kenapa? Abang nak tampar Damia ke?" Soal Damia lalu tersenyum sinis. "Tampar lah!" Cabar Damia dengan nada yang lantang. Daniel hanya mendengus kasar.
"Naik atas!" Perintah Daniel pula sebelum perlahan-lahan mejatuhkan tangannya ke pinggang semula.
Kau tunggu, Afiqah. Perceraian kau dengan Eidlan cuma permulaan. Perlahan-lahan, aku akan buat kau datang kat aku dan melutut!
Getus hati Damia. Damia yang ternyata masih sebel menghentak kaki sebagai tanda protes. Sempat dia menjeling abangnya, tajam sebelum berjalan menaiki anak tangga.
*****
"Kau dengar tak apa doktor cakap tu, kandungan kau sihat. See, even dia nak kau kuatkan semangat!" Kata Christella dengan penuh semangat membuatkan Afiqah tersenyum lebar.
"Budak ni memang berikan aku semangat selain kau dan juga ayah aku.." Balas Afiqah sambil mengusap lembut perutnya. "Anak mama kuat kan?" Soalnya pula sambil tersenyum sendiri. Christella yang turut terhibur dengan telatah Afiqah, turut ikut tersenyum.
"Dah berapa bulan kandungan kau ek?" Tanya Christella tiba-tiba sekaligus membuatkan Afiqah tersenyum.
"Dah 4 bulan. Alhamdulillah.." Ujar Afiqah lembut
"Tak lama lagi tu, Afiqah.. Ada 5 bulan je lagi untuk aku tengok Afiqah junior!" Kata Christella lalu melompat riang. Dah macam budak-budak! Afiqah hanya tertawa kecil. Christella kemudiannya membongkokkan tubuhnya sedikit lalu mendekatkan mulutnya ke baby bump Afiqah.
"Kalau dia keluar je nanti aku nak pesan kat dia, 'jangan jadi macam mama awak. Terlalu lembut, baik dan positif. Mesti tegas sikit macam auntie Christella dia ni" Usik Christella lalu tertawa kecil.
"Erm baiklah sangat tu! Kau nak ajar anak aku benda yang bukan-bukan!" Marah Afiqah sambil memukul lengan gadis itu manja sekaligus mengisi ruang hospital yang tadinya hanya di temani bunyi mesin, di riuhkan dengan gelak ketawa.
Sedang mereka berdua bergelak sakan, Damia yang kebetulan berada di situ memandang wajah kedua-dua sahabat itu dengan penuh minat.
"Eh tu bukan Afiqah ke? Apa dia buat dekat sini? Bukan kah dia dengan Eidlan dah cerai, takkan proses persenyawaan tu masih berjalan?" Soal Damia, bermonolog sendirian.
"Hei, Damia!" Sergah Daniel yang datang dengan tiba-tiba membuatkan Damia tidak keruan. Risau kalau abangnya terdengar luahan hatinya itu tadi. "Ada apa nak jumpa abang ni? Abang ada temujanji dengan pesakit sekejap lagi.." Tambah Daniel lagi sekaligus membuatkan Damia tersenyum lega.
Jadi abang tak dengar? Bisik hatinya.
"Takda. Saja melawat" Balas Damia lalu tersenyum sinis.
Share this novel