BAB 8

Drama Completed 8137

"Kau nak gi hospital untuk checkup?! Bukan hari tu dah ke?" Soal Christella untuk sekian kalinya. Afiqah mengeluh berat. Letih dia menjawab soalan yang sama berulang kali.

"Belum.. Sir Robson call dia minta aku replace kelas dia sebab anak dia kena demam campak..Dah banyak kali aku explain dekat kau aih.." Jawab Afiqah malas.

"Oh yeke.. Aku pun lupa juga nak call tanya kau pasal result hari tu hehehe.. Jadi lepas kau nak gi lah..?" Soal Christella pula.

"Yes.. And.. Hm.. Chris, kenapa kau rasa Damia tu macam lain eh? Dari awal lagi kau tengok dia?" Soal Afiqah pula hairan. Sejak kejadian semalam dia seakan merasa curiga dengan tingkah Damia.

"Kenapa? Dia buat hal? Nah kan see? I told you! Dari luar pun aku dah agak muka dia macam muka tak boleh harap. Tapi Alvin tak juga inform aku apa-apa? Dia pun sama dua kali lima tak boleh harap!" Tak menjawab soalan Afiqah, mulut Christella pantas saja membebel sendiri.

"Takdelah. Aku just tanya je yang kau nak melenting dah kenapa?" Marah Afiqah lalu meneguk air cola yang terhidang di atas meja itu. "And.. Alvin? Apa kaitan dengan Alvin pulak?" Soal Afiqah pula.

"OKlah, Afiqah.. Kau tahu aku sorang yang jujurkan.. 3 hari lepas aku tersempak dengan si Alvin.. Time aku on the phone dengan kau.." Balas Christella sambil tersengih. Tetiba rasa bersalah menerpa hatinya.

"Wow jodoh!" Sempat saja Afiqah mengusik.

"Ish kau ni! Aku nak cerita ni." Marah Christella. Afiqah cepat-cepat mengangkat tangannya sebagai tanda minta maaf.

"Ye lah ye lah.. Continue please.."

"Jadi aku cakaplah dekat Alvin yang aku tak suka Damia at first sight. Aku nak dia perhatikan Damia untuk kau dan juga aku. Sebab.. Kalau Eidlan tu buat benda tak baik belakang kau... Dia tahulah nasib dia!" Jelas Christella. Sempat dia melemparkan perasaan amarahnya kepada Eidlan. Tangannya digenggam membentuk penumbuk.

"Haaa yelah tu. Kuat sangatlah kau nak hentam si Eidlan tu.." Perli Afiqah lalu tersenyum sinis.

"Bukan takat Eidlan, dengan Damia tu sekali aku hentam! Aku campurkan dua-dua adunan tu sampai sebati.." Balas Christella sambil penumbuknya itu tadi di hayunkan ke atas meja.

"Eh kau ni, mengarut!" Kata Afiqah lalu tertawa kecil. "Tali aku betul wondering jugak kenapa kau anti sangat kat Damia?" Sambung Afiqah lagi.

"Aku tak tahu lah explain dekat kau macam mana. Time dia datang dekat hari tu kan, aku rasa macam vibe dia tak match dengan aku.. Macam.. Entahlah.." Jelas Christella sambil menyandarkan tubuhnya pada kerusi restoran itu. "Tapi, kau kan isteri Eidlan.. Instinct kau jauh lebih kuat dari aku kot.. Kau tak rasa apa-apa ke?" Soal Christella sambil kening sebelah kirinya di naikkan ke atas.

"Tak.." Balas Afiqah ringkas. Christella mengeluh berat sebelum perlahan-lahan kepalanya digeleng ke kiri ke kanan.

Kalau aku cakap benda yang betul pun.. Takkan dapat ubah apa-apapun kan? Lagipula, ni masalah rumahtangga aku. Pesan ibu, jangan sesekali libatkan orang ketiga dalam hal rumahtangga kalau nak kekal bahagia.

*****

"Eh Afiqah! You buat apa sini?" Soal Damia sebaik saja melihat kelibat Afiqah yang sedang termenung di meja pejabat suaminya.

"Hi, Damia!Wanginya perfume you. Sakit hidung I." Tegur Afiqah jujur sambil jarinya sibuk menggaru-garu hidungnya kegatalan dek kesan alergik pada minyak wangi. "I buat apa? I nak jumpa husband I lah." Sambungnya lagi lalu menarik hidungnya, bagi menahan daripada bersin.

"Oh Tuan Eidlan..Tapi dia ada.."

"Sayang?" Sapa Eidlan yang datang tiba-tiba menghentikan niat Damia yang ingin 'menghalau' Afiqah dari situ. Damia mendengus geram.

"Abang..!" Balas Afiqah girang lalu mengapai tangan Eidlan untuk bersalaman.

"Tuan.. Tuan ada mesyuarat dengan Dato' Alif dalam 15 minit lagi" Kata Damia mencelah, seakan tidak memberi privasi kepada pasangan merpati dua sejoli itu.

"Oh.. Sorry abang. Sayang tak tahu pulak abang ada mesyuarat" Ujar Afiqah sambil bibirnya mengukir senyuman simpul. Rasa bersalah dia menganggu kerja suaminya.

"Eh Takpa." Cepat saja Eidlan menjawab isterinya. "Rasanya mesyuarat tu tak lama kot. Kalau tak abang gi tapau tempat dekat-dekat sini, nanti sayang makanlah sini. Kesian sayang susah payah datang.." Sambung Eidlan lagi. Sedikit pun dia tak merasa kehadiran Afiqah menganggu bahkan dia rasa bersalah kerana telah membuang masa isterinya itu.

"Achuuuu!" Belum sempat Afiqah menjawab cadangan suaminya itu, hidungnya terlebih dahulu mengeluarkan satu bunyi bersin yang kuat.

"Sayang kenapa ni? Merah dah hidung.." Ujar Eidlan lembut sambil tangannya membelek-belek hidung isterinya. Dah macam belek buku.

"Takda.. Perfume Damia kuat sangat and takpayah lah abang gi tapau.. Susahkan abang je.." Jelasnya. Sempat dia menjawab persoalan Eidlan yang tidak terjawab itu tadi.

"Takda lah susah.. Bukan selalu kan sayang datang sini? Sayang nak teman abang?" Soal Eidlan pula sambil tersenyum nakal.

"Nak!" Jawab Afiqah, laju.

"Jum!" Ajak Eidlan lalu menarik tangan isterinya.

Ehem. Damia berdehem, mematikan langkah Eidlan mahupun Afiqah.

"Oh ya sorry Damia. Hampir terlupa saya dekat awak. Kalau Dato Alif datang awal, suruh dia tunggu sekejap k? Nanti pandailah saya explain dekat dia.." Ujar Eidlan lalu tersenyum mesra.

"Baik, Tuan.." Kata Damia lalu tertunduk faham.

Lupa? Suatu hari nanti kau pasti akan ingat aku Eidlan Fakrullah.

"And lepas abang habis meeting dengan Dato Alif barulah kita gi hospital ok?" Perintah Eidlan. Afiqah mengangguk faham. Eidlan kemudiannya memusingkan tubuhnya ke arah Damia yang masih lagi berdiri di situ. "Damia, awak dah cancel semua appoinment belah petang macam saya arahkan semalam kan?" Soalnya.

"Dah tuan.. Tapi tuan dengan Afiqah pergi hospital untuk apa?" Tanya Damia, ingin tahu.

"For some personal reasons, Damia." Belum sempat Eidlan bersuara, Afiqah pantas saja mencelah lalu perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman. Eidlan hanya mengangguk-angguk kepalanya.

Di Hospital..

"Sayang, jangan nervous ok?" Ujar Eidlan sambil tangannya menggenggam tangan isterinya sebelum diusapnya lembut lalu tersenyum.

"Thanks abang.. Tapi sejujurnya jantung sayang rasa nak tercabut dah ni bang.." Jawab Afiqah jujur lalu tersengih, cuba menenangkan dirinya sendiri. Dia bukannya apa, memang ada fobia sikit dengan hospital. Almaklumlah sejarah silam yang menghantui..

"Encik Eidlan dan Puan Afiqah" Panggil seorang gadis berusia pertengahan 30-an yang lengkap berpakaian uniform jururawat.

Tanpa membantah, Eidlan dan Afiqah pun mengekori langkahnya, memasuki sebuah pejabat yang dindingnya di cat putih bersih dan di lengkapi beberapa dokumen di sebuah rak membelakangi kerusi yang di duduki oleh seorang wanita yang agak berusia.

Sebaik saja Eidlan memasuki pejabatnya, wanita itu cepat cepat melemparkan senyuman yang mesra, sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran hati Afiqah. Eidlan kelihatan nampak lebih tenang.

"Assalamualaikum.." Ucap wanita yang berpakain seperti seorang doktor lalu tersenyum. Eidlan dan Afiqah serentak membalas salam wanita itu lalu melabuhkan punggung. Sempat Afiqah mengerling ke arah tag nama yang melekat pada kot wanita itu. 'Aisyah'

"Ok, tanpa membuang masa, apa kita mulakan pemeriksaan ke atas Puan Afiqah dulu?" Soal doktor itu sambil memandang ke arah Afiqah dan Eidlan bersilih ganti dengan senyumannya yang tidak lekang dari bibirnya. "Saya akan ambik darah untuk check hormon" Sambungnya lagi sambil mengambil jarum suntikan yang berada tidak jauh darinya lalu dicucukan pada lengan Afiqah.

Afiqah yang memiliki fobia pada jarum suntikan, cepat-cepat memejamkan matanya sekaligus membuatkan doktor bernama Aisyah itu tertawa kecil.

"Ok dah.." Katanya lalu menarik perlahan-lahan jarum suntikan itu daripada lengan Afiqah.

"Hm.. Puan, daripada ujian darah ni, hormon puan normal.." Ujar doktor yang bernama Aisyah itu lembut.

"Normal?" Soal Afiqah seakan terkejut dengan keputusan tersebut.

"Ya Puan.. Hm.. Apa kata kita lanjutkan ke pemeriksaan melalui histerosalpingografi (HSG), untuk tengok sama ada saluran peranakan Puan Afiqah tersumbat ataupun tidak..Sebab puan pernah buat pembedahan di bahagian perut bukan?" Soal Doktor tersebut mmbuatkan Afiqah terdiam seketika.

Disebabkan pembedahan pada perutnya itulah juga, meyakinkan beliau yang dia merupakan punca kenapa mereka tidak mempunyai anak.

"A'ah.. Explora entah apa doktor cakap dulu untuk buang apendiks." Jelas Afiqah. Walaupun sudah bertahun berlalu, masih lagi segar di ingatannya perasaan takut saat doktor memberitahu yang sebahagian ususnya harus dibuang.

"Explorative laparotomy." Kata doktor tersebut memperbetulkan kenyataan Afiqah. "Oh I see.. K baiklah, mari kita mulakan?" Soalnya pula sambil mempelawa Afiqah untuk masuk ke satu bilik khas untuk pemeriksaan radiologi.

Sesampai saja di bilik tersebut, doktor Aisyah meminta Afiah untuk menggantikan baju dengan baju pemeriksaan dan melepaskan segala perhiasaan.

Doktor Aisyah kemudiannya meminta Afiqah untuk baring dengan kedua paha terbuka sebelum dia memulakan tugasnya.

Prosedur HSG itu hanya mengambil masa selama 30 minit. Setelah selesai, Afiqah diminta tetap berbaring selama beberapa minitsebelum dipersilakan bangun dan mengganti pakaian.

Afiqah yang masih terasa pening-pening lalat akibat kesan daripada pemeriksaan itu pantas melangkahkan kaki masuk ke dalam pejabat milik Doktor Aisyah itu semula.

Eidlan yang sedikit terkejut melihat keadaan isterinya yang tampak agak lemah segera membantunya untuk duduk di atas kerusi. Perlahan-lahan tangannya mengusap belakang isterinya.

"Puan Afiqah. Keputusan HSG puan pun ternyata normal. Maksudnya peranakan puan tidak mempunyai apa apa masalah."

"Takda?"

"Ya."

"Tapi kalau hormon saya normal, peranakan saya tak tersumbat.. Kenapa kami susah nak dapat anak?" Tanya Afiqah dengan penuh hairan. Ajaib!

"Puan.. Andai saja saya dapat jawab pertanyaan puan.." Ujar Doktor Aisyah lembut lalu tersenyum.

"Tapi abang kan belum check lagi.." Kata Eidlan tiba-tiba bersuara. Pandangan Doktor Aisyah dan Afiqah serentak beralih ke arah Eidlan yang sejak dari tadi duduk macam tunggul kayu.

"Yalah. Tuan Eidlan, awak ada bawa sample kan?" Soal Doktor Aisyah sekaligus membuatkan pipi Eidlan bertukar kemerahan. Mana tidaknya, ada ke patut doktor perempuan yang kena check tahap kesihatan spermanya.

"Ada.." Balas Eidlan tersipu-sipu sambil mengeluarkan satu kontena kecil yang agak transparent.

Tidak lama kemudian, sedang Eidlan dan isterinya bercerita, doktor Aisyah datang dengan keputusan di tangannya. Wajahnya kelihatan muram, seakan ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

"Maaf Tuan Eidlan dan Puan Afiqah. Saya tak tahu macam mana nak cakap pasal ni. Saya rasa saya dah tahu sekarang punca kenapa awak berdua belum dapat baby dalam tempoh yang boleh tahan agak lama.." Ujar Doktor Aisyah lalu mengeluh berat.

"Kenapa?" Soal Eidlan, ingin tahu.

"Selepas saya buat analisis terhadap tahap kesihatan sperma tuan, keputusannya sudah pasti tidak akan mengembirakan tuan baik pun puan cause the result came back as teratozoospermia, dalam erti kata lain banyak sperm yang abnormal morfologi, tak banyak sperma yang normal." Jelas Doktor Aisyah membuatkan Eidlan terduduk lemah.

"Abang.." Ujar Afiqah lembut sambil mengusap belakang Eidlan perlahan-lahan bagi menengangkan suaminya itu. Tanpa terasa sebutir jernih air mata jatuh di pipi Eidlan. Siapa sangka dia punca isterinya sering di perli oleh Mak cik Siti selama ini.

"But there's still hope.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience