"Mak mertua kau call?" Soal Christella sebaik saja mendengar penjelasan Afiqah. Afiqah mengangguk kepalanya lalu tersenyum-senyum. "Lepas tu dia cakap apa?" Tanya Christella lagi sambil tangannya sibuk menggantung pakaian yang sudah siap di seterika olehnya tadi di tempat yang disediakan.
"Takdalah tanya aku sihat ke tidak.. Dan.. Dia tahu pasal perceraian aku dengan Eidlan.." Balas Afiqah ringkas sebelum dia membelek-belek majalah yang terletak di atas meja butik pakaian milik Christella itu.
"Macam mana dia tahu? Eidlan bagitahu?" Teka Christella. Afiqah menggeleng-geleng kepalanya sebagai jawapan 'tidak'
"Damia."
"Damia?! Eh apa hak dia bagitahu benda ni dekat mak Eidlan!?" Pekik Christella yang tiba-tiba beremosi.
"Entahlah." Jawab Afiqah selamba. Tangannya masih lagi membelek-belek majalah.
Ding!
Belum sempat Christella mengajukan soalan yang seterusnya, loceng butik tersebut terlebih dahulu berbunyi. Afiqah yang turut ingin tahu siapa tetamu yang bertandang pantas memanjangkan lehernya. Terlihat wajah figura yang cukup mereka berdua kenali. Christella melemparkan senyuman yang manis kepada Afiqah.
"Panjang umur mak mertua kau, ke kau nak aku panggil bekas mak mertua" Ujar Christella berseloroh. Afiqah yang terusik dengan gurauan Christella pantas menghadiahkan satu cubitan manja pada lengan gadis itu.
"Kau ni! Walau macam mana pun dia tetap mak mertua aku lah!" Marah Afiqah lalu menjeling manja sebelum perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman. "Cepatlah, pergi buka pintu. Nanti lama dia tunggu.." Tambah Afiqah lagi lalu menolak tubuh sahabatnya itu sedikit ke hadapan membuatkan mulut Christella sedikit terlopong, terkejut.
"Amboi mak mertua kau, aku pula yang nak kena layan.." Katanya dengan nada sinis.
"Pembawakan budak, malas jadinya." Jawab Afiqah selamba lalu tersengih. Perutnya diusap berulang-ulang kali.
Christella hanya menggeleng-gelengkan kepalanya lalu mengeluh berat. Nak tak nak, layankan je lah perangai mak buyong kesayangan itu. Tanpa berlengah, Christella kemudian berjalan menghampiri pintu butiknya lalu dibuka.
"As..Eh hampir makcik ucap Assalamualaikum dekat kamu." Ujar Maria yang terlupa akan Christella bukanlah beragama Islam lalu tertawa kecil. Christella ikut ketawa.
"Takpalah.." Jawab Christella sambil tersenyum. "Masuklah makcik, Afiqah ada hah kat belakang tu, malas nak angkat sebab pembawakan budak katanya.." Tambah Christella sambil bibirnya di senget ke tepi, serupa mak Joyah. Maria hanya tertawa melihat gelagat sahabat menantunya itu.
"Afiqah.." Ujar Maria lalu menarik menantunya dalam pelukannya. Tanpa terasa, air matanya jatuh membasahi pipi. Christella yang terperangkap dalam adegan menjejak kasih itu turut merasa sayu.
"Kenapa mama nangis? Duduklah.." Pelawa Afiqah lalu memberikan signal kepada Christella untuk membuat minuman kepada ibu mertuanya. Tidak membantah, Christella mengangguk faham. Tambahan pula, dua beranak itu sudah memerlukan ruang privasi saat ini.
"Mama rindukan kamu.. Dan mama.."
"Mama jangan.." Balas Afiqah, mencelah seakan dapat membaca apa yang terbuku di benak mertuanya itu.
"Mama tahu, kamu sedih, kamu terluka.. Tapi kamu cuba untuk tunjukkan yang sebaliknya depan mama, Christella dan semua orang sebab kamu tak nak kitaorang risau.." Ujar Maria dengan nada risau. Wajah menantunya itu diusap lembut dan ditenung dengan penuh kasih sayang.
"Mama, Afiqah oklah. Mama pun tengok kan, Afiqah siap boleh ketawa lagi. Lagi-lagi dengan si Christella tu, tak kering gusi dibuatnya!" Balas Afiqah masih lagi cuba menyakinkan Maria agar tidak risau dengan dirinya.
"Afiqah boleh tipu semua orang tapi bukan mama, mama kenal sangat kamu. Jangan seksa diri kamu macam ni Afiqah.. Tolonglah.." Kata Maria lagi dengan nada sayu membuatkan Afiqah tertunduk diam. Akhirnya dia akur. Harus dia akui, apa yang diperkatakan oleh mak mertuanya tadi memang benar. Tapi, kalau diturutkan sangat rasa hati pun merana.
"Mama, Afiqah kena kuat, demi budak ni" Ujar Afiqah lembut sambil mengusap perutnya yang kian membuncit lalu tersenyum sendri. Termasuk hari ini sudah masuk 5 bulan usia kandungannya.
Maria yang turut tersenyum pantas mendekatkan mulutnya ke perut buncit Afiqah tersebut. Afiqah hanya tertawa kecil melihat telatah mamanya.
"Oh hi cucu nenek.. Cucu nenek sihat ke tak? Cucu nenek kena kuat okay? Teruskan beri kekuatan kepada mak kamu.." Ucap Maria lalu tersenyum. Airmata Afiqah yang terasa ingin mengalir cuba dibendung olehnya.
*****
Hari demi hari berlalu, ruang kosong di hati Eidlan kian terasa. Jikalau dulu, setiap kali dia melangkah rumah itu, pasti Afiqah akan datang menyapa dengan senyuman yang manis di bibir tapi kini semuanya berbeza, yang tinggal cuma kenangan. Eidlan tersenyum sendiri dek diusik kenangan lalu sambil perlahan-lahan dia menutup daun pintu utama rumahnya.
"Afiqah.. Afiqah sihat?" Katanya sambil mengusap lembut sofa empuk, tempat kegemaran Afiqah untuk baring menonton televisyen. "Nampaknya Afiqah dah betul-betul tak perlukan abang dalam hidup, buktinya Afiqah terus menghilangkan diri.." Tambahnya lagi lalu melabuhkan punggungnya. Pandangannya kemudiannya dialihkan pada ruang dapur yang masih lagi gelap-gelita.
"Kalau dulu, awak mesti dah masak yang sedap-sedap untuk saya sebab awak ambik nasihat mama, kalau nak pikat suami mesti mula dari perut. Tapi sekarang dah takda siapa nak pikat perut saya, awak.."
"Saya rindukan awak.. Rindukan kita..Saya teringin nak tengok 'mini us' membesar.."
*****
Tiba masa makan tengahari, Azira dan Daniel bergegas ke cafe yang berdekat dengan hospital. Sibuk, sibuk jugak, kesihatan pun mesti dijaga. Barulah pesakit yakin untuk bertemu dengan doktor, betul tak?
"Orang cakap makanan dekat sini boleh tahan.." Ujar Daniel bagi memulakan perbualan.
"Oh ye ke?"
"A'ah.. Kalau macam orang nak melawat pesakit ke apa diaorang selalunya singgah sini untuk makan. Yelah, kadang-kadang ada yang sampai berjaga malam, sinilah diaorang makan."
"Oh I see.. Er.. Daniel?" Panggil Azira perlahan. Daniel yang sedak kusyuk menjamu selera, mendongak mengamati wajah Azira.
"Ya?"
"Awak masih belum jawap lagi soalan saya tempoh hari berkenaan adik awak tempoh hari. Dia macam mana?" Soal Azira jujur membuat Daniel sekali lagi terkelu.
"Dia ada kat sini, Malaysia." Jawabnya.
"Bukan itu yang saya maksudkan.. Awak faham kan maksud saya.." Ujar Azira lembut sambil memandang ke dalam mata Daniel.
"Faham.."
"Lepas tu?"
"Dia tak berapa sihat."
"Maksud awak, Damia tak berubah tapi makin teruk?" Ujar Azira tegas. Daniel tidak menjawab pertanyaan Azira sebaliknya menyambung semula aktivitinya sebentar tadi iaitu, makan. Azira yang seakan dapat membaca bahasa tubuhnya Daniel, mengeluh berat. "Daniel.." Panggilnya lembut.
"Saya tahu, saya faham. Saya dah langgar etika kerja saya. Saya sepatutnya merawat bukan membiarkan dia macam tu je" Jawab Daniel dengan nada tegas setelah agak lama berdiam.
"Daniel, saya faham dia adik awak. Tapi dia tak normal, awak tak boleh layan dia macam orang yang normal. Jangan sampai dia jumpa mangsa.. Dia boleh jadi lebih teruk!" Kata Azira yang beriak risau.
"Sebenarnya memang dah ada.." Balas Daniel sekaligus membuatkan Azira membulatkan matanya, terkejut. Mulutnya juga sedikit terbuka. "Sebab sekarang dia ada hubungan dengan bekas suami orang, bekas suami Afiqah.." Tambah Daniel lagi.
"Afiqah? Bukankah dia.."
"Perempuan yang saya selalu cerita dekat awak dulu. Cinta lama saya dan penyebab keluarga saya terlibat dalam kemalangan 18 tahun yang lalu.." Cepat saja Daniel mencelah. Tiada gunanya lagi kalau dia cuba berdolak-dalih untuk menceritakan pekara yang sebenar. Lambat-laun Azira akan tahu juga.
"Ya Allah daniel! Ni bahaya!" Ujar Azira dengan nada sedikit meninggi. Kerisauan yang terpahat di hatinya kian menebal.
"Tapi ini semua takdir, Azira.. Cepat atau lambat, dia akan terima. Afiqah sendiri pun tak minta benda ni jadi kat dia dan juga Damia.." Balas Daniel membuatkan Azira kehilangan kata-kata seketika. Dia mengeluh berat. Sungguh dia tidak menyangka, nasihat yang diberikan kepada Daniel bertahun lama hanya sekadar membuang air liurnya saja.
"Itu bagi awak yang waras, tapi tidak bagi Damia yang kurang waras. Takkan awak nak biarkan Damia macam tu je?" Marah Azira lalu mendengus geram. Sesekali kepalanya di geleng geleng "Sampai bila Daniel? Sampai ada nyawa yang melayang?" Sambungnya lagi.
Share this novel