Damia yang baru sahaja menuruni anak tangga memandang telatah abangnya tergesa-gesa, dengan penuh hairan.
"Abang nak gi kerja ke? Tak nak breakfast sama?" Soal Damia. Pandangannya masih lagi tertumpu pada Daniel yang sedang sibuk menyusun kertas kerja masuk ke dalam beg bimbit miliknya.
"Abang nak kena cepat ni" Jawab Daniel ringkas lalu bangkit dari tempat duduknya. Damia mengeluh berat.
"Asal eh semua orang, tengok muka Damia je mesti lari?!" Tanya Damia sambil memeluk tubuhnya. Rajuknya pada Eidlan semalam rupanya masih lagi tersisa.
"Serius adik, abang takda masa nak pujuk adik sekarang.. Abang ada appointment dengan someone." Balas Daniel
"Someone tu siapa? Afiqah? Damia tak faham lah, apa istemewanya Afiqah sampai semua laki tergila-gilakan dia!"
"Damia. Abang ada appoinment dengan assistant baru abang ok bukannya Afiqah!" Balas Daniel tegas. Wajah Damia dipandang seriu. "Pasal Eidlan.. Itu masalah adik sendiri. Siapa suruh nak sangat dengan laki orang, terpaksa makan hatilah jawabnya.." Tambahnya lagi lalu melangkah ke luar rumah.
"Amboi, abang.." Ujar Damia sinis lalu menghadiahkan jelingan tajam kepada abangnya sambil memeluk tubuh.
"Dahlah, abang dah lambat. Bye." Ucap Eidlan lalu berlari menuju ke arah keretanya. Damia yang terkecil hati dengan layanan abangnya pantas mendengus perlahan sambil bibirnya dicebik.
Kalau Afiqah tu keguguran, mesti mak mentua dia, Eidlan dan juga abang takkan sayang dia macam ni sangat, kan?
*****
Cerita semalam membuatkan Maria tidak senang duduk. Sejak dari tadi dia berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Sesekali terdengar keluhannya. Suaminya sedang asyik membaca surat khabar pun ikut pusing melihat tingkahnya.
"Yang kamu dok jalan sana jalan sini dah kenapa?" Soal suaminya sambil melipat surat khabar tersebut sebelum diletakkan di atas meja.
"Macam mana saya tak jalan sana jalan sini bang? Kalau anak kita tu dah ceraiakan anak orang? Mana nak letak muka ni bang?" Tanya Maria risau sambil memicit-micit kepalanya yang pening. Anak yang buat hal, dia pula yang terpaksa menanggung malu.
"Kamu fikir kamu, habis aku ni?" Tanya ayah Eidlan yang bernama Khairil itu pula sambil dia meletakkan jari telunjuknya pada batang hidungnya. "Yusof tu baik sangat dekat Eidlan, dekat kita sekeluarga.. Eidlan tu harapan dia untuk jaga satu-satunya anak perempuan dia tapi sebaliknya pula yang jadi. Ish abang tak tahu lah macam mana nak berdepan dengan dia sekarang.." Tambah Khairil lagi sambil kepalanya di geleng-geleng.
"Eidlan Eidlan.. Tak da kerja yang lebih gila ke kamu boleh buat?!" Ujar Maria dengan nada sedikit meninggi bagi melepaskan geram terhadap anak lelakinya itu.
"Sebut pasal diaorang, kenapa Yusof tak bagitahu apa-apa pasal ni kat abang eh? Dia tak call ke ajak jumpa ke.." Kata Khairil hairan.
"Saya rasa Afiqah tak bagitahu ayah dia pasal ni.." Balas Maria ringkas membuatkan Khairil semakin hairan sehingga menampakan garis-garis halus pada dahinya.
"Ish, macam mana kamu tahu?" Soal Khairil pula seakan memprotes telahan isterinya itu.
"Saya tahulah bang.. Saya kenal budak Afiqah tu dah lama. Dah masak sangat dengan perangai dia.. Dia mesti takkan bagitahu punya.." Jawab Maria yang masih lagi tegas dengan firasatnya.
"Eidlan Eidlan.. Nak cakap takda otak, lahir sempurna pulak.." Ujar Khairil lalu mengeluh berat. Binggung dia memikirkan bagaimana dia ingin bersoal jawab dengan Yusof, ayah Afiqah.
*****
"Kenapa I call you banyak kali you tak angkat hah?!" Jerit Damia tiba-tiba yang datang entah datang dari mana. Alvin yang sedang menghirup minumannya hampir saja tersedak dibuatnya manakala Eidlan pula memandang wajah Damia yang kemerahan menahan marah dengan perasaan serba salah. "Ke you memang ada niat nak tinggalkan I?" Tambah Damia lagi sebaik saja tidak menerima apa-apa respon dari kekasih hatinya itu.
"Damia, kita dekat restoran kan sekarang, janganlah menjerit-jerit macam ni.." Ujar Eidlan lembut di telinga Damia setelah bangkit dari tempat duduknya. Sesekali dia mengerling ke arah para pelanggan yang sedang menikmati sarapan mereka.
"Kenapa? Malu orang dengar?" Soal Damia lalu tersenyum sinis. "Biarlah orang dengar, biar orang tahu perangai you macam mana!" Jeritnya lagi membuatkan Eidlan cepat-cepat meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Damia yang tidak memperdulikan arahan Eidlan hanya mendengus geram.
"Ya.." Ujar Eidlan lembut. "Damia.. I busy.." Tambahnya lagi dengan harapan dapat menenangkan hati kepanasan Damia namun sebaliknya yang berlaku. Damia dengan geramnya membaling beg tangan miliknya ke arah Alvin yang masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya.
Alvin yang tidak menduga tingkah Damia itu pantas meletakkan beg tangan Damia di kerusi bersebelahannya. Sesekali dia menelan air liurnya. Boleh tahan perempuan ni meroyan. Sempat hatinya berbisik.
"Busy dengan siapa? Dengan jantan tak guna ni?! Sekarang you nak tukar selera ke?!" Marah Damia sambil menunding jarinya ke arah Alvin. Matanya dibulat sebulat-bulatnya.
"Damia!"
"Apa?"
"Boleh tak you jangan semakkan kepala I?" Jerit Eidlan. Kesabarannya sudah pun hilang. Mata-mata yang memandang diabaikan oleh nya. Ini bukan kali pertama dia bergaduh dengan Damia di hadapan khayalak ramai, dekat restoran pulak tu!
"Semak? Kepala you semak? You sedar tak, sejak you tahu Afiqah pregnant tambah lagi dengan orang tua you yang tak suka I, layanan you dekat I dah berubah..!" Kata Damia tegas.
"I tak berubah.. Cuma I.."
"Cuma apa? Bosan? Letih?" Kata Damia lagi mencelah. Eidlan hanya mengeluh berat. Pening dia melayan karenah Damia yang terkadang macam budak-budak!
"I perlukan masa untuk settle masalah ni satu persatu. I perlu bincang dengan family I dulu baik-baik, minta restu dengan diaorang.. I tak boleh teruskan rancangan kita kalau diorang masih tak setuju." Balas Eidlan lembut. Damia terdiam seketika sambil memeluk tubuhnya. Wajah Eidlan dipandangnya serius.
"Yeke? Bukan sebab you memang dah tawar hati dekat I sebab your one and only love dah mengandung?" Perli Damia seakan masih tidak berpuas hati dengan jawapan Eidlan.
"Ya.. Please lah Damia. Bagi I masa, ruang.. Kalau you asyik push I, kacau I macam mana I nak fikir? Sampai bila-bila pun masalah ni takkan selesai.. You faham tak?" Pujuk Eidlan lagi.
"Ok, fine. Tapi I nak you settlekan masalah nu secepat yang mungkin. Kalau tak.. You tahulah nasib you, Eidlan! I sumpah, kalau I tak dapat kahwin dengan you, orang lain pun takkan dapat! Dan I jenis yang pegang janji." Gertak Damia sebelum beredar dari situ. Beg tangannya tadi di tarik kasar.
Alvin yang melihat kelibat Damia sudah pun hilang menghembuskan nafas lega. Wajah Eidlan yang serabut di pandangnya lama. Sesekali Eidlan memicit-micit kepalanya.
"Kenapa? Pening? Aku dah pesan dekat kau jangan bermain dengan api, kelak membakar diri. Sekarang kau dah terbakar.." Ujar Alvin lalu menggelengkan kepalanya.
"Aku ni bukan takat terbakar je Alvin, rasanya dah jadi abu dah..Tunggu kena tiup angin, lesap je lagi." Balas Eidlan dengan penuh makna.
*****
Daniel melirik jam tangannya sebaik saja pintu lif dibuka. Dah lambat ni. Ish, Damia lah ni. Buat hal pepagi lagi. Getus hatinya.
Tanpa berlengah, Daniel segera melangkah ke ruang pejabatnya. Seperti yang di janjikan, pembantunya yang bakal dia latih hari ini sudah pun menunggu di ruang menunggu. Saat Daniel memasuki ruang menunggu, gadis yang berambut ikal mayang itu sedang leka memerhati iklan yang terpampang pada dinding hospital tersebut, menyukarkan Daniel untuk melihat wajahnya.
"I'm so sorry sebab buat awak tertunggu.." Sapa Daniel lembut membuatkan gadis tersebut sedikit terkejut.
"Nah, it's ok" Jawab gadis tersebut lalu memusingkan tubuhnya menghadap Daniel. Daniel yang terkejut pantas menutup mulutnya yang sedikit terbuka. Terkejut bukan sebab rupa paras gadis itu cantik tapi sebab dia cukup mengenali gadis itu!
"Eh, Azira? Azira kan?" Soal Daniel dengan nada girang. Gadis yang dikenali dengan nama Azira turut teruja, dengan pantas dia menganggukkan kepalanya. Senyuma di bibirnya kelihatan semakin lebar.
"Ya Allah, Daniel! So you are my doctor?" Tanyanya lalu tertawa kecil.
"And you are my assistant." Balas Danie sambil tersenyum mesra lalu mendepa kedua belah tangannya sebagai tanda 'selamat datang'.
"Tak sangka kan dapat jumpa awak dekat sini. Bakal kerja satu hospital pula tu!" Ujar Azira dengan penuh teruja.
"Yelah, kenapa awak minta transfer ke sini? Awak rindu nak berkepit dengan saya ke?" Soal Daniel seakan memerli.
Azira merupakan rakan sekelasnya sewaktu di Universiti dulu, yang banyak membantunya terutama sekali bab-bab ulangkaji pelajaran. Kalau tak di sebabkan Azira dia tak mungkin dapat gelaran doktor dengan jayanya.
"Mengarut! Saya tak tahu pun doktor yang saya kerja bersama tu awak!" Jawab Azira jujur lalu tertawa kecil.
"Saya gurau je lah.."
"Tahu.. Takda lah. Saya minta sini sebab lebih dekat dengan tempat tinggal.. Awak pula? Bukan dulu, awak beriya sangat nak jadi doktor kat luar negara ke, sampai tak reti nak balik negara sendiri.." Perli Azira lalu tersenyum sinis membuatkan Daniel geli hati.
Manakan tidak, dulu beriya sangat si Azira mengajak Daniel untuk sama-sama mencari kerja di Malaysia, hampir setiap hari! Dan setiap kali itu jugalah pelawaannya di tolak. Tup tup, sini jugak si Daniel kerja.
"Eh tak payah nak perli sangat eh.." Kata Daniel. "Rindu Malaysia balik lah.." Tambahnya lagi dengan nada sayu.
"Rindu Malaysia ke rindu cinta lama?" Soal Azira seakan dapat membaca fikiran lelaki itu. Mungkin sebab dah masak dengan perangai Daniel ataupun mungkin sebab dia dapat merasakan apa yang Daniel rasakan. Cinta bertepuk sebelah tangan.
"Ish awak ni. Sampai ke situ pula.. Lagipun saya nak jaga adik saya.." Protes Daniel. Azira hanya mengangguk perlahan-lahan dan tiba-tiba mindanya teringat sesuatu.
"Eh, sebut pasal adik awak, dia macam mana? Tahap kesihatan dia dah ok?" Tanya Azira. Daniel yang tidak menjangka soalan itu hanya tertunduk membisu. Gambaran wajah adiknya melintasi ruang fikirannya seketika.
Share this novel