BAB 18

Drama Completed 8137

Tok tok tok!

Bunyi ketukan menghentikan lamunan Eidlan. Wajah Alvin yang sedang tersengih-sengih di balik pintu kaca itu, dipandangnya sekilas sebelum dia kembali memicit-micit kepalanya. Malas dia nak melayan Alvin. Alvin yang merasa hairan dengan tingkah Eidlan pantas menolak daun pintu sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat Eidlan.

"Eh bosku! Kenapa dah picit-picit kepala? Belum kahwin dah pening ke?" Sapa Alvin berserta dengan sindiran.

"Kau ni. Tengok aku tengah pening, bukannya nak tolong picitkan ke apa..Membawang je kerja.." Balas Eidlan sambil dahinya berkerut.

"Lah..apalah guna kau berbini dua kalau sorang pun tak boleh tolong picitkan?" Sindir Alvin lagi. Eidlan yang tidak senang dengan usikan nya pantas menarik buku nota di atas mejanya sebelum di baling ke arah Alvin, namun Alvin lebih tangkas mengelak.

Eidlan yang marah dek sasarannya tidak memgena, mendengus geram. Alvin hanya tertawa kecil sebelum dia perlahan-lahan melabuhkan kerusi berhadapan dengan Eidlan.

"Janganlah marah.. Betul lah apa aku cakapkan..?" Soalnya kepada Eidlan, namun sepi tidak terjawab. "Yang kau pening kepala ni, kenapa?" Soalnya lagi.

"Entahlah.. Tiba-tiba. Aku rasa macam loya pun ada tekak ni." Balas Eidlan sambil menyandarkan badannya di kerusi yang berlapikkan leather itu.

"Ish kau ni! Lain macam pula. Seram aku.." Kata Alvin sambil menjauhkan dirinya sedikit daripada meja milik Eidlan.

"Kau fikirkan apa?" Marah Eidlan. Wajah Alvin dipandangnya tajam. Dah macam singa kelaparan rupanya.

"Takdalah.. Selalunya bab-bab loya ni, cuma perempuan je akan alami. Ni kau? Eh, lain macamlah kau ni.." Jelas Alvin sambil mengerutkan dahinya.

"Kau nak cakap apa, aku mengandung?" Soal Eidlan dan tanpa was-was, Alvin menganggukkan kepalanya. Eidlan yang terkejut dengan 'kejujuran' Alvin pantas membulatkan matanya. "Ish, budak ni!" Marah Eidlan lalu memukul lengan Alvin dengan kuat sekali.

*****

Bunyi hon kereta yang dibunyikan menghentikan tingkah Afiqah yang sedang sibuk mengemas ruang tamunya. Itulah aktiviti yang sering dilakukan oleh Afiqah setiap kali tiada kelas. Dengan perasaan ingin tahu, Afiqah segera berjalan melangkah ke pintu utama sebelum membukanya.

Dari kejauhan, terlihat kelibat ibu mertuanya melambai-lambai di sebalik pagar rumahnya. Afiqah tersenyum mesra laku berjalan menghampiri Maria.

"Mama, ada apa datang ni?" Soal Afiqah sambil membuka pintu pagar rumahnya.

"Mama dah tak boleh datang jenguk anak mama ke?" Soal Maria pula lalu tersenyum-senyum.

"Takdalah ma.. Masuklah." Jemput Afiqah, mengiringi ibu mertuanya itu masuk ke dalam rumah.

"Afiqah.. Mama datang nak minta maaf." Ucap Maria sebaik saja daun pintu di tutup. Afiqah yang seakan faham dengan apa yang cuba di sampaikan Maria, pantas mengukirkan senyuman yang jelas palsu.

"Alaa.. Apa mama cakap ni? Mama tak salah apa pun, kan?" Pujuk Afiqah.

"Mama tahu bukan salah mama tapi Eidlan anak mama. Mama rasa serba salah sangat. Semenjak kejadian tu, Eidlan makin jarang jumpa mama." Balas Maria sambil memandang wajah Afiqah sayu. Pipi lembut Afiqah diusapnya lembut. "Afiqah, okay tak ni? Muka ni pucat je mama tengok.." Kata Maria.

"Afiqah sihat ma. Biasalah tu, ada masa, sakit kepala ni serang Afiqah." Balas Afiqah sambil mengenggam tangan ibu mertuanya yang masih lagi terletak di pipi kanannya.

"Sakit kepala? Kenapa? Afiqah stress ke?" Soal Maria, khawatir.

"Eh, takdalah mama. Memang sekali sekala, Afiqah akan rasa sakit kepala." Jawab Afiqah, menidakkan kenyataan Maria. "Hm..rak lama lagi, Eidlan baliklah tu." Kata Afiqah pula sambil mengerling ke arah jam dinding sekilas. "Mama duduklah dulu. Afiqah nak gi masak." Sambung Afiqah lagi.

"Mama tolong kamu.." Pinta Maria, bersungguh-sungguh membuatkan Afiqah keberatan menolak.

"Hm baiklah.." Jawab Afiqah akur.

8.45 malam

Pandangan Afiqah masih lagi tidak berganjak dari jam yang tergantung kemas di dinding. Perutnya sudah pun berbunyi, merengek, meminta makan.

"Mama.. Apakata kita makan dulu.. Mungkin Eidlan lambat sikit balik.." Ajak Afiqah.

"Afiqah tak tanya Eidlan ke? Pukul berapa dia balik?" Soal Maria pula. Afiqah perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.

"Takda ma.. Tak terfikir.." Jawabnya.

"Afiqah.. Rumahtangga Afiqah dengan Eidlan macam mana?" Soal Maria, seakan dapat menghidu bau keretakan hubungan mereka. Tanpa balasan Afiqah hanya menunduk diam. "Hm.. Bukan maksud mama nak masuk campur, tapi mama risaukan kamu, Afiqah. Mama lebih risaukan tentang kamu dari Eidlan, anak mama sendiri.." Sambungnya lagi.

"Ma.."

"Assalamualaikum!" Belum sempat Afiqah menghabiskan kata-katanya, Eidlan terlebih dahulu datang. Fuhhh selamat dia daripada sesi soal jawab. Bukannya dia tak tahu sifat mak mertuanya itu, selagi tak terjawab, selagi itulah dia akan bertanya.

"Hah tu Eidlan dah sampai.. " Ujar Afiqah.

"Afiqah, walaupun Eidlan anak mama, mama nak Afiqah tahu, mama akan tetap berpihak pada Afiqah dan bukannya perempuan tu.." Sempat Maria berkata-kata sebelum Afiqah membuka pintu buat suaminya. Afiqah yang akur hanya mengangguk faham.

"Eh mama? Bila mama sampai?" Soal Eidlan sebaik saja daun pintu dibuka.

"Bila kamu tanya? Mama dan naik lenguh tunggu kamu. Ni hah, perut bini kamu tu dah berbunyi." Kata Maria sambil menunjuk ke arah perut Afiqah. Afiqah yang terkejut dengan tindakan ibu mertuanya menghela nafas lega. Nasib baik tak disentuh!

"Lah, kenapalah tak makan dulu? Takpayah lah tunggu Eidlan.." Jawab Eidlan sambil memandang wajah Afiqah tajam.

"Mama yang nak sangat tunggu.." Jawab Afiqah seakan faham dengan bahasa isyarat suaminya itu. Dia ingat aku hingin sangat nak tunggu dia balik? Sempat hatinya berbisik.

"Hm.. Yelah, Eidlan naik atas dulu, mandi.." Pinta Eidlan. Maria dan Afiqah serentak mengangguk faham.

Selepas 15 minit melepaskan lelah di bawah pancuran air hujan, Eidlan mengelap tubuhnya yang basah sebelum mengenakan sehelai t-shirt putih bersarungkan kain pelikat.

Dia yang sudah siap lengkap berpakaian perlahan-lahan menuruni anak tangga. Dari kejauhan, Eidlan memerhati telatah ibu dan isterinya yang sedang bergelak ketawa sebelum dia mengeluh panjang.

"Hi, mama.." Sapa Eidlan sebaik saja menghampiri Maria dan Afiqah.

"Mama seorang? Isteri kamu tak 'hi'?" Soal Maria sambil mengerling ke arah Afiqah sekilas. Tanpa sebarang balasan, Eidlan hanya melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan ibunya. Dia yang kini duduk menghadap Afiqah, memandang wajah isterinya itu dengan agak janggal.

"Eidlan..kamu buat apa di Ofis, sampai sering pulang lewat?" Soal Maria tanpa berlengah.

"Kerjalah ma.. Banyak kerja di pejabat tu.." Balas Eidlan sambil menyuapkan nasi di dalam mulutnya dan tidak semena dia tersedak.

"Eh, suami kamu tersedak bagi dia minum" Perintah Maria sambil mengusap lembut belakang badan anak tunggalnya itu.

"Nah.." Ujar Afiqah lembut sambil menghulurkan segelas air suam kepada suaminya. Sekali lagi, Eidlan memandang wajah isterinya lama sebelum menyambut huluran air suam tersebut.

*****

Seawal 7 pagi lagi, Afiqah sudah pun bangun dari tidur yang panjang. Dia yang keletihan mengeliat sepuas-puasnya. Manakan tidak, pukul 11 malam barulah ibu mertuanya itu meminta izin untuk pulang. Nak tak nak, dia terpaksa jugalah berjaga malam.

Sedang dia berjalan melangkah ke dapur, tiba-tiba Eidlan muncul dari ruang tamu membuatkan dia sedikit terkejut.

"Awal abang bangun..?" Soal Afiqah kehairanan.

"Abang sakit kepala. Ingatkan dah tidur semalam dah okay, tapi makin teruk pulak pagi ni" Jelas Eidlan sambil menghulurkan sebotol minyak angin kepada Afiqah. Afiqah yang kehairanan hanya memandang minyak angin tersebut.

"Kenapa?" Soal Afiqah.

"Tolong urutkan kepala abang.." Pinta Eidlan. Afiqah akhirnya menyambut huluran minyak angin tersebut sebelum mengeluh berat. Kang kalau tak diturut, dicop derhaka.

"Abang duduk atas lantai.." Perintah Afiqah sambil berjalan menuju ke ruang tamu diikuti oleh Eidlan.

Sesampai saja di ruang tamu, Eidlan segera duduk di atas lantai dalam keadaan bersila sambil menyandarkan tubuhnya pada bucu sofa.

"Abang masuk angin ni" Kata Afiqah sambil mengurut bahagian belakang tengkuk Eidlan.

"Yeke? Macam mana Afiqah tahu?" Soal Eidlan. Matanya dipejam rapat. Terbuai dia seketika dek urutan yang lembut oleh si isteri.

"Burpp" Belum sempat Afiqah menjawab soalan Eidlan, Eidlan terlebih dahulu mengeluarkan bunyi burpp berulang kali, sekaligus membuatkan Afiqah geli hati. Dia yang kemudiannya cuba menahan diri daripada ketawa, mengetap bibirnya.

"Tu hah.. Angin abang keluar lah tu.." Ujar Afiqah sambil tersengih, masih lagi terusik dengan bunyi burpp itu tadi. "Dah rasa okay, tak?" Soal Afiqah pula.

"Adalah rasa ringan-ringan sikit.." Balas Eidlan sambil memukul lembut kedua belah bahunya.

"Nah ambik ni.." Kata Afiqah sambil menghulurkan minyak angin tersebut kepada Eidlan. Eidlan memusingkan tubuhnya sedikit bagi menyambut huluran Afiqah itu. "Afiqah nak buatkan abang teh halia. Kasi keluar semua angin tu" Sambung Afiqah lagi. Eidlan hanya mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience