"Suami jenis apalah si Eidlan tu! Dah tau bini sakit, dia sedap pulak meeting!" Bebel Christella di dalam kereta Honda Civic yang berwarna silver miliknya "Kau ok tak ni?" Soalnya sambil mengerling sekilas ke arah Afiqah yang sedang meyandarkan tubuhnya pada kerusi leather itu.
"Kalau ok, taklah aku suruh kau drive..Kau ni pun satu, aku lemah macam ni pun kau masih nak membebel.." Balas Afiqah sambil memicit-micit kepalanya yang terasa pening.
"Aih? Aku pulak yang kena? Patutnya kau marah laki kau tu bukannya aku. Ish!" Gumam Christella lalu memusing stering keretanya ke kiri.
"Kau nak gi mana? Bukan kau terus hantar aku balik ke?" Soal Afiqah setelah menyedari mereka memasuki laluan ke tengah bandar, sedikit jauh dari kediamannya.
"Gi tapau dulu lah.. Kau nak aku mati kebuluran ke?" Balasnya dengan sindiran yang tajam namun sikit pun Afiqah tidak terusik. Nama pun kawan, kalau gurau kasar manja cam gitu, apalah sangat.
"Hm.. Baiklah.." Jawab Afiqah akur.
Selepas hampir 15 minit memandu, mereka pun sampai ke destinasi yang di tuju. Tanpa membuang masa, Christella pantas memakir keretanya di hadapan restoran tersebut.
Sedang dia melepaskan tali pinggang keledarnya, mata dia tiba-tiba tertarik pada satu figura yang cukup dia kenali. Dengan dahi yang berkerut, mata yang semakin mengecil, dia bertanya. "Eh tu bukan Eidlan ke?"
Afiqah yang terkejut dengan pertanyaan Christella pantas mendongak kepalanya sedikit ke atas untuk memastikan kenyataan Christella tersebut. Sekali lagi, hatinya bagai ditusuk sembilu kerana ternyata Eidlan tidak bersendirian.
"And tu bukankah.."
"Damia."Â
Cepat saja Afiqah menjawab. Bibirnya diketap menahan geram. Baru beberapa minit yang lalu Damia mengatakan suaminya sedang bermesyuarat, tapi kenyataannya, dia berada di sini, makan tengah hari berdua dengan Damia!
"Kepala hotak dia meeting!" Bentak Christella. Dia sudah pasti merasakan apa yang sahabatnya rasa. Tengah bini sakit, nak minta tolong dia pulak buat hal lain. "Siaplah kau Eidlan!" Sambung Christella lagi lalu membuka pintu keretanya dengan kasar namun sempat ditahan oleh Afiqah.
"Janganlah, Chris.." Pujuk Afiqah.
"Laki kau dengan perempuan lain, Afiqah! Kau boleh duduk diam cam ni? Kau sakit dia tak kisah pun, cakap meetinglah, itulah, inilah! Ni meeting ke menggatal!" Marah Christella lalu mendengus kasar.
Dia pulak yang terlebih geram manakala Afiqah hanya terdiam. Mungkin rasa sakit yang kini dia alami membuatkan dia malas. Malas nak ambik tahu hal yang sebenarnya.
"Tapi Chris, bukan Eidlan yang angkat phone, cakap dia meeting.." Ujar Afiqah lemah. Sakit dia menjadi semakin parah apabila ditambah dengan sakit hati.
"Habis tu siapa?"
"Damia.."
"WHAT? ish geram aku dengan budak perempuan tu! Aku dah cakap dia memang something wrong. Kau tak boleh biarkan, Afiqah.." Nasihat Christella sambil matanya menjeling tajam ke arah Eidlan dan Damia yang sedang bergelak sakan.
"Kau nak aku buat apa?"
"Buat apa? Gi tamparlah muka dia bagi dia sedar sikit yang Eidlan tu suami kau!"
"Kita takda bukti kan?"Â
"Yang depan kau ni apa? Bukan bukti?"
"Who knows tu hal kerja...?" Balas Afiqah, masih cuba meyakinkan dirinya yang Eidlan takkan curang walaupun hakikatnya, hati dia merasa curiga.
"Mira tak pernah macam ni okay? This is obviously bukan hal kerja. Mira tau kot batas dia dengan Eidlan dulu.." Tambah Christella lagi, cuba menegak kebenaran namun tidak di endahkan oleh Afiqah bahkan dia mengajak Christella untuk singgah ke restoran yang lain.
Christella mengeluh berat sebelum bersetuju dengan rancangan sahabat baiknya itu. Kalau ikutkan hati dia, ingin saja dia membunuh kedua-dua mangkuk hayun yang sedang berasmara dana di depan matanya itu.
*****
"Sayang dah ok ke ni?" Soal Eidlan penuh perihatin sambil dia meletakkan mangkuk yang berisi bubur yang dimasak olehnya itu di atas meja. Afiqah melemparkan senyuman kepada suaminya sebagai tanda terima kasih.
Sebenarnya cita-cita Eidlan menjadi seorang chef yang terkemuka di dunia. Sejak di bangku sekolah lagi, Eidlan sentiasa menunjukkan minatnya dalam bidang kulinari, namun atas desakan papanya yang ingin dia menguruskan business milik papanya itu, dia terpaksa mengalah.
"Esok takda class kan?" Soal Eidlan lagi setelah soalan pertamanya masih tidak terjawab. Afiqah hanya mengangguk, mengiyakan soalan Eidlan. Sakit hatinya siang tadi ternyata masih lagi tersisa.
"Sayang betul ok tak ni?" Soal Eidlan untuk sekian kalinya
"Ok..Berapa kali abang nak tanya?" Ujar Afiqah. Nadanya kedengaran sedikit meninggi. Rimas gamaknya.
"Dah sayang tak jawab abang. Abang tanyalah.." Balas Eidlan sambil mencebik bibir. Isterinya itu dijeling Eidlan sekilas sebagai tanda merajuk.
"Abang tengok je ke? Taknak tolong suapkan?" Rengek Afiqah sambil mengerling ke arah mangkuk yang berisi bubur itu tadi.
"Eh dah besar panjang pun nak suruh orang suapkan ke?" Jawab Eidlan sambil menjongket keningnya nakal.
"Yelah, mana tahu ni boleh jadi suapan yang terakhir dari abang untuk sayang.." Balas Afiqah slamba tapi penuh makna.
"Sayang merepek apa ni?" Marah Eidlan.
Haih? Tanya kita pula. Macamlah dia tak tahu, ke pura-pura tak tahu?
"Takdalah.." Jawab Afiqah cuba menafikan bisikan hatinya "Abang, abang lunch kat mana tadi?" Tanyanya pula, seakan menguji kejujuran suaminya.
"Kat restoran yang terletak tak jauh dari ofis abang, kenapa?" Tanya Eidlan pula selepas menjawab pertanyaan Afiqah.
"Sorang ke?" Soal Afiqah lagi, masih lagi dengan misinyan
Kalau aku jujur kang, dia sakit pulak. Dah lah dia tengah sakit nih. Aish.. Fikir Eidlan, buntu.
"Hm.. Takdalah.. Dengan Alvin." Jawabnya, bohong.
"Oh.." hanya itu saja ayat yang keluar dari mulut Afiqah. Sesungguhnya dia merasa terkilan dengan sikap suaminya yang tidak jujur itu. Padahal dia tahu jawapan yang sebenar.
"Kenapa sayang ni? Sayang sakit, perangai pun lain macam.." Tanya Eidlan lalu tertawa kecil. Entah apa yang membuatkan dia geli hati. Mungkin dia gembira sebab dah berjaya menipu isterinya itu.
"Mungkin bukan cuma perangai, tapi perasaan dan hati sayang pun lain macam dah sekarang.." Sindir Afiqah namun tidak tercapai di akal Eidlan. Dengan wajah sayunya, sempat Afiqah mengerling ke arah suaminya sekilas sebelum dia menyuap sedikit demi sedikit bubur itu ke dalam mulutnya.
Muhammad Eidlan Fakrullah, saya pegang janji saya pada awak, tapi kenapa awak lakukan yang sebaliknya?
*****
"Lama betul kita tak lunch sama kan, Lan?" Ujar Alvin sambil menyuapkan seketul daging ke dalam mulutnya.
"Memanglah lama.. kau tu hah sebok je memanjang.. Mana ada masa untuk aku.." Rajuk Eidlan. Maklumlah, malam semalam merajuk dengan bini tak dilayan. Jadi dia merajuklah dengan Alvin.
"Sorrylah.. Kerja dengan bestfriend pun bukannya dapat curi tulang.. Apatah lagi kalau dapat bestfriend merangkap bos macam kau!" Usik Alvin sambil tertawa kecik "Kau pun.. macam takda bini. Ada bini, ajak lah di lunch lah sekali. Taklah kau sunyi lunch sorang sorang" Sambungnya lagi sekaligus membuatkan Eidlan mengeluh berat.
"Kau ni macam tak kenal Afiqah. Kalau dia betul-betul free je dia keluar lunch dengan aku kalau tak, memang takkanlah." Jawab Eidlan. Memang benar, tugas Afiqah sebagai seorang pensyarah menyukarkan beliau untuk meluangkan masa, makan tengah hari bersama suaminya.
"Hei, dah pandai merungut nampak? Iman dah tergugat ke?'' Usik Alvin sambil tersenyum nakal.
"Tergugat? Apa benda lah kau merepek ni?" Marah Eidlan sambil mengerutkan dahinya.
"Takdalah.. Aku tengok kebelakangan ni rapat benar kau dengan si secretary baru kau tu?" Soal Alvin. Bukan dia tidak percaya pada kesetiaan sahabatnya itu, cuma seperti Christella juga, dia merasa curiga pada Damia. Apatah lagi tingkah Damia jauh sekali daripada Mira dulu.
"Of course lah! Dah nama pun secretary.. Apalah kau ni.." Balas Eidlan menafikan telahan si Alvin.
"Yeke? Aku tengok cara Damia tu lain macam lah, tak macam Mira dulu-dulu.." Tegas Alvin lagi. "And.. yang semalam tu, kau gi lunch dengan si Damia, Afiqah tau ke tak?" Soalnya seakan dapat menghidu perbuatan Eidlan.
"Tak. Aku cakap aku keluar dengan kau." Jawab Eidlan bersahaja membuatkan Alvin mendengus geram.
"Eidlan! Kau jangan, Lan.. Kau jangan cuba bermain dengan api..Sekali kau dah terbakar merana kau seumur hidup.."
Share this novel