BAB 13

Drama Completed 8137

"Kau ajak aku lunch ni kenapa?" Soal Alvin sambil melabukan punggungnya di kerusi kosong berhadapan Christella. Dia kemudiannya memanggil pelayan restoran tersebut untuk membuat pesanan.

"Lah aku tak boleh ajak kau lunch ke?" Soal Christella pula dengan nada sindir.

"Entahlah.. Sebab asal tengok je muka kau, aku rasa nak naik angin." Jawab Alvin jujur sambil tersenyum sinis. Menyakitkan hati Christella seakan menjadi hobi utamanya.

"Amboi...Eh! lepas ni kau akan tengok muka aku hari-hari sebab kau dah mungkir janji dan kau tau aku tak suka orang yang mungkir janji!" Herdik Christella sambil menghentak meja membuatkan sebahagian daripada pelanggan memandang ke arah mereka berdua.

"Apa yang aku dah buat?" Tanya Alvin Suaranya direndahkan seakan berbisik. Pipi dia meronta kemerahan, malu. Malu dipandang orang ramai.

"Apa yang kau dah buat? Wei, aku suruh kau buat apa hm?" Soal Christella pula membuatkan Alvin berfikir sejenak. "Intip si Eidlan dengan Damia kan? Dan kau janji apa kat aku? Kau yakin yang Eidlan takkan curang sebab kau kenal Eidlan macam mana bla bla and bla, kan!" Sambung Christella lagi.

"Tak.. Aku tak faham. Cuba kau cakap straight to the point.." Pinta Alvin membuatkan Christella meluat.

"Eidlan curang. Dia ada something dengan Damia" Jelasnya ringkas. Alvin yang seakan terkejut mendengar telahan Christella pantas menyandarkan tubuhnya pada kerusi restoran tersebut.

"Aku rasa kau dah salah faham ni.. Dia memanglah rapat dengan Damia sebab Damia tu secretary dia.." Jawab Alvin, mempertahankan sahabatnya itu.

"Masalahnya ada ke secretary lunch berdua dengan bos dia? Padahal bini si bos tu tengah sakit teruk hah?" Ujar Christella sambil mendabik dadanya. Alvin hanya terdiam.

"Jap, Afiqah sakit ke hari tu?" Soalnya setelah hampir seminit berdiam.

"Jadi kau tahulah diaorang lunch bersama hari tu?" Laju saja Christella mengajukan soalan itu kepada Alvin. Kalau bab bab nak pyscho orang bagi saja pada Christella. Dia memang hebat! Kalau tak, takkanlah boleh bergelar kaunselor.

"Aku tahu.. Eidlan ada bagitahu. Tapi aku tak tahu yang Afiqah sakit." Jawab Alvin, jujur.

"Dan the worst part is, Eidlan tipu Afiqah. Dia cakap, dia lunch dengan kau." Kata Christella lagi membuatkan mulut Alvin terkunci.

"Sebenarnya pasal tu pun aku tahu. Eidlan ada bagitahu aku semalam." Jawab Alvin perlahan-lahan. Rasa bersalah yang menerpa hatinya kini kian menebal.

"Jadi betul lah aku cakap kau pengkhianat! Kau tahu semua tapi kau tak bagitahu aku pun.." Pekik Christella, seakan tidak berpuas hati.

"Yang itu salah.. Aku bukan pengkhianat ok? Aku tak nak tuduh Eidlan bukan-bukan, sebab bukti takda. Eidlan pun masih layan Afiqah sama kan?" Soal Alvin masih lagi mempertahankan Eidlan. Sebab dia pasti, yang Eidlan tidak mungkin berlaku curang di belakang Afiqah.

"Sama kau cakap? Kalau dulu phone tu berkepit 24 jam dekat sisi dia, tapi sekarang boleh pulak si Damia tu pegang, angkat call dia." Balas Christella bersertakan sindiran yang pedas. Alvin yang merasa bersalah bercampur binggung pantas memicit-micit kepalanya.

"Hish.. Aku tak beranilah cakaplah. Boleh jatuh fitnah Damia!" Katanya setelah agak lama dia berdiam.

"Ke sebab dia kawan kau?" Perli Christella pula, cuba mengawal minda Alvin.

"Eidlan memang kawan aku tapi Afiqah pun kawan aku jugak. Kitaorang kan satu college dulu.. Aku sayang Afiqah sama macam aku sayang Eidlan." Jelas Alvin lalu mengeluh berat. Dahinya kelihatan berkerut. Eidlan punya kes, dia pulak yang stress!

"Habis kau nak buat apa?" Soal Christella. Amarahnya terhadap Eidlan kedengaran semakin reda.

"OK. OK. Aku akan try slow talk dengan Eidlan, tanya dia sampai dia mengaku. Buat masa ni, kau jangan bagitahu Afiqah apa-apa. Kau pun cakap dia sedang sakit, aku tak nak dia jadi makin parah." Jelas Alvin. Christella hanya mengangguk sebagai tanda setuju dengan perancangan Alvin. Sekali lagi, Alvin mengeluh berat.

*****

"Tuan.." Panggil Damia lembut sambil berjalan memasuki bilik pejabat Eidlan perlahan-lahan.

"Eh, Damia. Saya tak panggil pun kamu masuk ke dalam?" Soal Eidlan heran.

"Saya nak tuntut janji tuan pada saya.." Balas Damia tanpa berlengah.

"Damia.."

"Tuan.. Kalau betul tuan sayangkan Afiqah. Tuan kena lepaskan dia. Tuan tak rasa ke yang tuan dah bebankan dia?" Ujar Damia membuatkan Eidlan tertunduk diam.

"Tapi dia tak pernah mengeluh pun pasal hal ni dengan saya." Kata Eidlan masih mempertahankan kesetiaan isterinya.

"Itu apa yang tuan cakap. Cuba tuan tanya bestfriend dia, Christella. Dia banyak tahu pasal perasaan Afiqah." Balas Damia sekaligus membuatkan Eidlan berfikir panjang.

"Maksud awak..?" Soal Eidlan, ragu-ragu.

"Tuan. Saya perempuan. Afiqah perempuan. Cuma perempuan akan faham perasaan perempuan. Kalau saya jadi Afiqah, saya takkan bagitahu tuan pekara sebenar. Saya akan lebih memilih untuk cerita dekat kawan baik saya.." Jelas Damia lembut.

"Entahlah, Damia.."

"Takpa tuan. Kalau tuan tak percaya, dipersilakan telefon Christella sekarang. Tanya dia.." Cabar Damia. Eidlan memandang wajah Damia dengan agak lama sebelum dia mendail nombor Christella. Tidak lama kemudian, panggilan disahut.

"Hello, Christella."

"Hah? Kau nak apa? Afiqah sihat ke tak?"

"Dia sihat. Aku nak tanya kau something.."

"Hah, tanyalah! Apa dia?"

"Afiqah pernah bagitahu kau tak yang dia nak baby?"

"Apa punya soalan kau tanya ni? Of courselah. Nama pun bestfriend.. Semua benda dia bagitahu aku. Kenapa?"

"Takda apa. Thanks."

Melihat dari riak wajah Eidlan, Damia seakan dapat mengagak jawapan yang diberikan oleh Christella. Dengan senyuman sinis pada bibirnya dia berkata,"See?"

Afiqah.. Afiqah.. Ingatkan sayang akan pegang janji sayang.. Nur Afiqah Dahmani, awak dah cabar saya.

*****

"Lan.. Cuba kau cakap jujur dengan aku, apa hubungan kau dengan Damia. Sumpah, aku tak nak bersubahat." Ujar Alvin yang tidak putus-putus memujuk sahabatnya itu untuk mengaku.

"Jadi Afiqah bagitahu dekat kau juga. Memang kerja dia sekarang, jaja cerita aku kat semua orang ke apa?" Pekik Eidlan membuatkan Alvin mendengus kasar.

"Kau ni kenapa? Dia tak bagitahu aku. Tapi Christella. And.. Dia tahu pasal kau lunch dengan Damia tempoh hari.."Kata Alvin jujur. Kalau disimpan lama-lama jadi perkasam pun tak guna.

"Siapa cakap? Kau?" Tanya Eidlan serkap jarang

"Memang taklah! Kau dah apasal? Semua orang kau nak tuduh." Marah Alvin. Sakit hatinya dituduh oleh Eidlan sebegitu.

"Masalahnya sekarang aku ni dah tak boleh caya dengan sesiapa pun walaupun kau dan Afiqah" Jawab Eidlan jujur. Alvin menggeleng-geleng kepalanya, tidak percaya. Sesekali dia mengeluh berat.

"Aku tak fahamlah, Lan. Memang betul Christella cakap, kau jauh berubah." Komen Alvin jujur.

"Apa lagi Christella cakap kat kau?" Soal Eidlan tegas. Makin geram pulak hatinya bila memikirkan yang telahan Damia selama ini ternyata benar.

"Dia rasa kau curang dengan Afiqah." Jawab Alvin. Eidlan yang sudah menjangka jawapan yang keluar dari mulut Alvin itu segera bangkit dari tempat duduknya.

Sesekali dia melemparkan pandangan ke arah luar jendela sebelum dia memusingkan tubuh menghadap Alvin. Seperti CCTV, Alvin hanya memerhati gerak-geri Eidlan.

"Memang!" Herdik Eidlan membuatkan Alvin sedikit terkejut. "Aku memang curang dengan Afiqah. Korang nak sangat tahu pasal ni kan?! Kau bagitahu kat semua orang kat luar sana yang aku dengan Damia akan bertunang! Biar semua orang kat dunia ni tahu buruknya aku!" Sambung Eidlan lagi. Suaranya kedengaran semakin meninggi membuatkan Alvin tertelan air liurnya.

"EIDLAN! Kau sedar tak apa kau cakap ni?!? Hal poligami bukan benda yang ringan kau tahu? Kau kena jaga banyak perasaan termasuk Afiqah." Balas Alvin. Seperti tidak mahu mengalah, suaranya juga kedengaran meninggi.

"Masalahnya.. Afiqah pernah tak jaga hati aku?" Soal Eidlan sambil mengetap bibirnya geram.

"Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi dekat kau. Tapi yang pasti aku kecewa dengan kau. Sangat. Sia-sia aku pertahankan kau depan Christella, Lan.." Jawab Alvin jujur sambil matanya memandang ke dalam mata Eidlan, dengan penuh harapan. Harapan untuk Eidlan menukar fikirannya.

"Kau cakaplah apa kau nak, Vin. Kau takkan faham sebab kau belum kahwin dan kau tak berada di posisi aku sekarang." Tegas Eidlan. Alvin hanya mengeluh berat. Sungguh dia tak sangka yang Eidlan boleh berubah 360 darjah sekelip mata.

"Benda ni tak susah Eidlan. Cuma kau tu, kau dan hati kau tak berkomunikasi sesama sendiri, sebab tu kau jadi macam ni.. " Ujar Alvin dengan hampa sebelum dia berjalan melangkah keluar dari pejabat Eidlan.

******

KLIA, 11.45 p.m

"Selamat kembali ke Malaysia, abang!" Ucap Damia dengan penuh girang. Manakan tidak, dah tercapai hajatnya bukan saja untuk bertemu dengan abangnya itu tapi juga memiliki kekasih hatinya, Muhammad Eidlan Fakrullah.

"Thanks..! kalau tak sebab adik abang nak bertunang ni, abang takkan balik la.." Jawab Eidlan jujur. Wajahnya yang gembira bertukar sedih.

"Oh c'mon lah bang. Luka lama jangan dikenang.." Pujuk Damia membuatkan abangnya tersenyum mesra.

"Tapi adik.. Kali ni yang betul ke?" Soal Daniel seakan dapat membaca akal licik adiknya.

"Apa abang merepek, of course!" Marah Damia sambil memukul lembut lengan abangnya membuatkan kedua-dua mereka tertawa besar. "Jum!" Ajak Damia lalu menarik bagasi milik abangnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience