BAB 30

Drama Completed 8137

Keluar saja Eidlan dari bilik sakit, Alvin sudah pun terpacak di depan pintu. Alvin melemparkan senyuman yang selebarnya namun Eidlan hanya membalasnya dengan lemah.

"Macam mana? Masih belum jumpa siapa yang langgar Afiqah?" Soal Eidlan kepada Alvin. Dengan perasaan yang hampa, Alvin perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.

"Belum lagi lah, Eidlan. Tapi kau jangan risau, pihak polis sekarang tengah siasat rakaman cctv kat airport.." Jelas Alvin dengan penuh harapan. Harapan yang kes langgar lari yang melibatkan Afiqah ini selesai dengan segera. Eidlan mengangguk faham.

"Nah, aku belanja." Ujar Christella yang datang entah dari mana sambil menghulurkan dua tin minuman. Alvin dan Eidlan serentak menyambut huluran itu.

"Thanks, Christella." Ucap Alvin lalu mengangkat minuman tersebut sedikit ke atas.

"Kau masih tak jumpa Daniel ke?" Soal Eidlan tegas. Entah mengapa, sejak telahan Alvin tempoh hari, Eidlan semakin yakin Daniel ada kaitan dengan kes langgar lari tersebut. Christella menggelengkan kepalanya sebagai jawapan 'tak'

"Seingat aku kan, dia kerja dekat hospital ni. Tapi, entahlah.. Pusing-pusing, tak jumpa pun.." Tambah Christella lagi lalu meneguk air kopi yang dibelinya tadi.

"Kau takda contact Damia?" Soal Alvin kepada Eidlan pula. Tidak seperti Eidlan, Alvin lebih yakin yang Damia ialah dalangnya.

"Takda. Damia pun takda contact aku.." Jawab Eidlan ringkas lalu mengeluh panjang.

"Eidlan.." Sergah satu suara. Eidlan, Alvin dan Damia serentak memusingkan tubuh mereka bagi melihat empunya suara itu.

"Daniel!" Jerit Christella, terkejut. Umpama magik, baru saja sebut dah muncul depan mata.

"Eidlan aku ada benda nak cakap." Ujar Daniel perlahan-lahan. Tangannya terasa sejuk kerana terlalu gementar. Gementar kerana terlalu memikirkan nasib yang bakal menimpanya selepas ini.

"Apa benda kau nak cakap? Kau cakap kat sini." Kata Eidlan dengan nada tegas. Wajah Daniel dipandang serius tanpa secalit senyuman di bibirnya.

"Sebenarnya, aku tahu siapa yang langgar Afiqah.." Balas Daniel. Nadanya semakin lama kedengaran semakin rendah.

"Damia?" Teka Alvin. Terkejut dengan telahan Alvin, Eidlan pantas memusingkan kepalanya ke arah sahabatnya itu sebelum di alihkan kepada Daniel.

Gulp. Daniel menelan air liurnya dan perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.

Tidak menunggu lama untuk hatinya merasa panas, Eidlan segera melepaskan penumbuk sulungnya ke pipi kanan Daniel. Alvin yang seakan sudah menjangka tindak balas dari Eidlan itu, pantas menahannya dari menghayunkan penumbuk yang ke dua.

Eidlan mendengus geram. Tangannya digenggam kemas. Wajah Daniel dipandangnya dengan pandangan yang begitu bengis. Nafasnya pula tercungap-cungap, bagaikan pelari pecut baru sahaja menghabiskan larian 100 meter.

Tumbukan Eidlan yang terlalu kuat menyebabkan pandangan Daniel berpinar-pinar. Pipinya juga terasa bengkak dan menebal. Entah ilmu apa yang dipelajari oleh Eidlan, hanya dengan satu tumbukan saja dah cukup untuk menumbangkan Daniel yang jauh lebih tinggi darinya.

Dengan lemah longlai, Daniel cuba bangun namun belum sempat dia berdiri, Eidlan terlebih dahulu mencengkam kolar bajunnya, memaksa dia untuk lekas berdiri. Tanpa terasa air mata jantan Daniel mula jatuh membasahi pipi.

"Kalau kau nak tumbuk aku kau nak tampar atau bunuh aku, buat je lah, Eidlan! Kalau itu dapat lepaskan geram kau kat aku." Pekik Daniel, menyerah. "Tapi kau kena ingat Damia itu adik aku, aku sayang kan dia.. lebih aku sayangkan Afiqah.." Tambah Daniel.

Kalau ikutkan hati, ingin saja dia bunuh Daniel saat itu juga. Namun akal warasnya tetap berdegil. Masalah ini takkan selesai dengan kekerasan. Dengan itu, dia melepaskan kolar baju Daniel perlahan lalu mendengus geram.

"Sayang? Kalau sayang kau rawat! Bukannya biarkan dia berkeliaran macam tu!" Marah Christella. Sesungguhnya dia tidak menyangka Daniel boleh bertindak seperti hanya semata-mata kerana tidak mahu menghumban adiknya masuk ke dalam hospital sakit jiwa.

"Tapi dia buat semua ni bukanlah 100% sebab masalah mental dia, tapi sebab dendam.." Jelas Daniel lemah.

"Dendam?" Soal Alvin, hairan.

"Afiqah tak pernah sakitkan hati orang, yang ada dia yang sakit hati!" Marah Eidlan pula.

"A'ah lah. Damia yang sakitkan hati dia!" Tambah Christella lagi.

"Dendam berbelas-belas tahun yang lalu.." Ujar Daniel perlahan-lahan sekaligus membuatkan Eidlan, Alvin dan Christella terpinga-pinga.

"Eh kau tak payah nak bermadah helah! Dendam apa yang berbelas tahun yang lalu? Afiqah masih kecik, tak pun remaja lagi kot?" Herdik Eidlan, ingin saja dia menelan Daniel yang berdiri kaku di depannya itu.

"Arwah ibu Afiqah meninggal dunia akibat kemalangan kan?" Soal Daniel pula. Tidak menafikan, Eidlan mengangguk laju. "Kemalangan yang sama meragut kedua ibubapa saya dan adik kembar Damia." Tambah Daniel lagi membuatkan mereka semua terkejut. Damia ada adik kembar?

"Maksud kau?" Soal Christella, hairan. Semakin pening kepalanya.

"18 tahun yang lepas, dalam perjalan pulang dari kampung, ibu, ayah dan juga Dania, adik kembar Damia terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawa mereka dan penumpang yang lain." Ujar Daniel bagi memulakan ceritanya. Dia kemudiannya mengeluh panjang.

Walaupun sudah 18 tahun berlalu, hatinya masih lagi tidak dapat menerima pemergian tiga orang insan yang dicintainya itu, sekaligus. Namun pun begitu, tidak seperti Damia, Daniel lebih bersahaja dan tenang menghadapinya.

"Dan arwah ibu Afiqah meninggal sebab berlanggar dengan sebuah bas ekspres." Kata Eidlan. Suaranya kedengaran semakin tenang. "Maksudnya bas tu.."

"Bas yang sama ibu, ayah dan Dania tumpang.." Balas Daniel, mencelah. "Sewaktu saya dan Damia tiba di tempat kejadian, saya masih ingat, tempat tersebut penuh dengan darah. Ada yang terkeluar dari bas lah, terhantuk dengan cermin kaca bas lah, dan kereta yang dipandu arwah ibu Afiqah pula hancur teruk sehinggakan mayat arwah ibunya terpelanting di sisi jalan. Takda apa yang tinggal di situ, cuma dipenuhi dengan mayat-mayat" Tambah Daniel. "Tapi.. Afiqah selamat." Kata Daniel lalu tunduk ke lantai.

"Afiqah ada cakap pasal ni, yang dia terselamat daripada kemalangan itu. Tapi malangnya arwah ibunya tidak. Afiqah terpaksa melalu beberapa proses untuk pulihkan trauma dia.." Jelas Eidlan.

"Di situ kesalahan aku, aku biarkan Damia hidup bebas. Aku sepatutnya hantar dia ke hospital, untuk buat rawatan lanjut tapi tidak, sebab aku sayangkan dia. Aku tak sanggup tengok dia di layan seperti orang kurang waras, walaupun hakikatnya dia memang kurang waras." Balas Daniel dengan nada terketar-ketar. Matanya mulai berkaca. Eidlan hanya terdiam begitu juga Alvin dan Christella. Perasaan marahnya kini bertukar sayu. Entah mengapa dia merasa kesian kepada Daniel.

"Cuma dia je yang aku ada.. " Tambah Daniel lagi lalu menarik nafasnya sedalam-dalamnya sebelum perlahan-lahan dilepaskan.

"Sebaik sahaja pasukan bomba tiba, mereka cuba mengeluarkan Afiqah dari kereta tersebut dan saat aku mengalihkan pandangan ke arah Damia, Damia sudah pun memandang ke arah Afiqah sambil tangannya digenggam kemas." Ujar Daniel lagi, menyambung semula ceritanya yang terhenti tadi. "Sejak dari kejadian tu, dia bersumpah yang dia akan pastikan Afiqah takkan hidup aman." Tambahnya lagi. Sampai sekarang, masih segar di mindanya, setiap ayat dan kata yang dikeluarkan oleh Damia ketika itu.

"Sebab dia anggap Afiqah punca dia kehilangan keluarganya.." Ungkap Eidlan, seakan dapat memahami situasi Damia. Daniel mengangguk lemah, mengiyakan telahan Eidlan.

"Ya, tapi lain pulak bila masuk sekolah menengah, aku atuh cinta pada Afiqah sekaligus membuatkan Damia semakin marah.."

"Jadi, dia balas dendam sekarang?" Tanya Christella yang sejak dari tadi menjadi pendengar setia. Sekali lagi, Daniel menganggukkan kepalanya.

"Selesai tamat spm, aku ajak Damia untuk menetap ke luar negara, dengan wasiat yang diturunkan oleh keluarga aku, Alhamdulillah, kami mampu. Lagipun aku tahu, risikonya kalau dia terus tinggal kat sini,  Malaysia. Aku tak nak dia tersasar jauh dengan dendamnya. Dan sebab itu jugalah, aku bertekad belaja bidang psikologi, dengan harapan, aku mampu rawat Damia." Jelas Daniel panjang lebar.

"Selepas hampir 6 tahun dia menetap di situ, dia memutuskan untuk pulang ke Malaysia. Aku dah mula naik risau sebab aku yakin dia memang kembali ke Malaysia untuk mencari Afiqah semula. Ternyata tekaan aku betul. Dia jumpa Afiqah. Waktu dia bagitahu aku yang dia bakal berkahwin, firasat aku sebagai seorang abang dah dapat rasakan ada sesuatu yang tak baik berlaku." Sambung Daniel lagi membuatkan Eidlan terduduk lemah sambil tangannya menekup wajahnya yang lesu itu.

"Ya Allah semua ni memang dah rancang dari awal. Sejak hari pertama dia bertemu dengan Afiqah.." Ujar Eidlan dengan penuh penyesalan. Sesungguhnya dia menyesal kerana membuka ruang untuk Damia melepaskan dendam kesumatnya.

"Aku minta maaf. Dan aku tahu maaf tak mencukupi, sebab itu aku ke sini. Jumpa kau. Cuma kau sorang je yang dapat bantu aku.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience