Bab 1

Romance Completed 11466

BAB 1

7 tahun kemudian. . .

Suasana di lapangan terbang KLIA begitu sibuk kerana ramai orang yang berpusu-pusu keluar dari lapangan itu dan bergerak ke tempat seterusnya. Umairah yang juga baru mengambil beg bagasinya terus mencari tempat duduk. Dia ingin membuat panggilan sebelum ke surau kerana sekejap lagi masuk waktu solat Asar.

"Assalammualaikum umi. Ya, Mairah dah sampai airport ni. Kejap lagi nak pergi surau."

Umairah memberitahu ibunya bahawa dia sudah sampai dengan selamatnya.

Sedang dia berbual dengan ibunya, tidak semena-mena beg bagasinya yang terletak di hadapannya dilanggar orang.

"Opps, sorry, sorry, sorry."

Suara seorang lelaki meminta maaf.

"Tengok, salah sayanglah ni."

Katanya lagi.

Umairah terhenti berbual dengan ibunya. Dia mendongak. Kelihatan seorang lelaki dan perempuan bertudung sedang berpegangan tangan seperti sepasang kekasih.

"Memang ber'kasih'-'kasih' pun."

Desis Umairah dalam hati.

"Hurm, okeylah umi. Mairah nak pergi surau dah ni. Nanti Mairah call balik ya. Assalammualaikum."

Dia terus mematikan panggilan.

"Sorry eh? Saya tak sengaja. Awak marah ke?"

Tanya lelaki itu lagi. Kekasihnya yang di sebelah hanya memandang sinis.

Belum sempat Umairah menjawab soalan lelaki itu, dia dipintas oleh kekasih lelaki itu.

"Ish, takkan itu pun nak marah?"

Omel perempuan itu sambil memberikan jelingan tajam kepada Umairah setelah melihat dia hanya berdiam diri dari tadi.

"Eh, tak. Tak pe, saya tak marah pun. Okey je."

Umairah menjawab pertanyaan mereka dan terus berdiri mengambil beg bagasinya. Dia hanya tersenyum nipis menampakkan lesung pipit di bawah bibir kanannya. Manis.

"Iz!"

Teriak seorang lelaki ke arah mereka. Di sebelahnya juga ada seorang perempuan berambut perang paras bahu. Umairah yang baru ingin beredar terhenti seketika. Dia menoleh ke arah lelaki yang memanggil kawannya tadi. Tiba-tiba matanya membulat. Terkejut. Dia mengecilkan lagi matanya untuk memastikan apa yang dilihatnya itu betul atau hanya pelanduk dua serupa.

"Allah. ."

"Lelaki itu. . Bukankah dia. ."

Umairah terkesima. Serta merta dia membelakangkan dirinya. Lelaki itu makin dekat dengan mereka. Jantung Umairah semakin berdetak laju. Dia mula menggelabah. Tangannya sudah sejuk seperti ais.

"Apa hal ini?"

"Tak ada apa-apa. Small matter." Terang Izhar.

"Huh, entah apa minah ni. Terlanggar beg dia je pun. Bukan kitorang nak curi."

Pintas kekasih Izhar lagi. Dia masih tidak puas hati. Mukanya sudah cemberut.

"Oh, fikirkan apa."

Lelaki itu mengangguk. Perempuan di sebelahnya pula hanya menjadi pemerhati. Mereka melihat Umairah bersama beg bagasinya. Umairah sudah bersedia menarik beg bagasinya untuk beredar.

"Hurm, awak. Sorry eh? Kekasih saya pula yang marahkan awak."

Kata Izhar lagi sambil menenangkan kekasihnya.

"Oh, tak pe. Saya pun minta maaf juga. Tak pasal-pasal pula awak gaduh dengan kekasih awak. Hurm, saya pergi dulu."

"Tahu pun. Huhh."

Kekasih Izhar pula yang membalas. Dia memberi jelingan lagi kepada Umairah.

Umairah hanya menolah ke arah Izhar dan mengangguk senyum. Sedaya upaya dia melindungi mukanya dari dicam oleh kawannya yang satu lagi. Dia terus beredar.

Izhar membalas senyuman Umairah walaupun Umairah tidak nampak kerana dia tergesa-gesa untuk pergi.

Akif mengerutkan keningnya apabila ternampak Umairah menoleh tadi. Dia memandang ke arah Umairah lagi tapi sayangnya Umairah sudah hilang dalam khalayak orang ramai.

Tiba-tiba terlintas di fikirannya wajah seorang perempuan yang sekian lama dia tidak tahu khabar beritanya kini.

"Takkanlah Sakinah?"

Getusnya dalam hati.

"Akif!"

Sergah Diana. Dia perasan Akif seperti mencari sesuatu.

"Hah?"

Akif terus menoleh ke arah Diana. Mukanya sudah 'blank'.

"Apa yang awak tengok tu?"

Dia merasakan Akif mencari perempuan tadi. Ada riak cemburu di hatinya.

"Hah? Hurm, takdelah. Jom, kata nak pergi KFC."

Akif tersenyum nipis. Dia terus mengubah topik. Dia segera meluru ke arah Izhar yang sudah jauh ke depan.

Diana hanya mengeluh kecil.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Wei Akif! Kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok berangan je."

Tanya Izhar. Dia perasan Akif sedang memikirkan sesuatu.

"Hurm? Takdelah."

Nafi Akif. Dia mengunyah cheese wedges yang tinggal satu itu.

"Ye ke? Ke kau ingat minah tadi? Yalah, kau kan pantang tengok minah dahi licin ni."

Seloroh Izhar. Siapa ysng tidak kenal dengan Muhammad Akif Bin Ashraf Khusyairy, lelaki kasanova Malaya.

"Taklah. Aku tak nampak pun muka dia tadi."

"Patut pun. Tapi rugilah kau,cantik gila minah tadi. Kalau aku masih single, memang aku pok silap tadi dengan minah tu. Tapi aku fikir dua kali juga kot sebab aku tengok dia macam ustazah je. Ahah, tapi memang lawa siot. Muke dia macam Yoona."

Terang Izhar tersenyum nakal. Kalau didengar oleh Ain apa yang dia cakapkan ni, memang nahas dia kena. Nasib baik dia pergi tandas dengan Diana. Sudahlah tadi kekasihnya itu merajuk.Cemburu.

"Hukss."

Akif yang sedang minum air pepsi ketika itu tersedak mendengar apa yang diberitahu oleh Izhar.

"Apa kau cakap? Yoona? Yoona mana ni?"

Tiba-tiba Akif ingin mengetahui siapa perempuan itu.

"Alah, Yoona yang Korea tu. Girls generation ke nama group diorang kalau aku tak silap."

Akif seperti tidak percaya apa yang dicakap oleh Izhar. Memang betul tekaan dia tadi.

"Kenapa? Kenal ke?"

Izhar yang perasan reaksi muka Akif berubah bertanya.

"Hurm?"

Akif hanya menggeleng.

"Sakinah ada di sini? Tapi apa yang dia buat kat sini."

Soalan itu berlegar di fikirannya.

Kelihatan Ain dan Diana dari jauh.

"Huh, sampai pun diorang. Lama betul ke tandas. Tak faham aku dengan perempuan ni."

Rungut Izhar.

"Hah, jom. Jangan nak berangan lagi."

Tegur Izhar yang masih melihat Akif seperti berfikir sampai tak ingat sekeliling.

"Apa lagi yang dia fikirkan ni?"

Akif terus berdiri setelah disapa oleh Diana. Mereka berpasangan terus meninggalkan tempat makan itu.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Ya Allah."

Umairah masih terkejut dengan kejadian tadi. Setelah hampir 7 tahun tidak berhubung, tiba-tiba dia terjumpa dengan Akif. Lelaki yang pandai bermain kata-kata, bermulut manis. Dia kenal lelaki itu di laman sosial Fac. Mereka tidak pernah bersua muka dan akhirnya kini dengan izin Allah, mereka dipertemukan buat pertama kalinya. Hanya beberapa minggu mereka berhubung tetapi banyak perkara yang berlaku.

"Huhh."

Umairah mengeluh kecil. Dia ingin melupakan cerita lamanya itu. Dia tidak ingin mengingatinya lagi. Dia pun segera mengambil wudu' untuk melakukan suruhannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience