Bab 8

Romance Completed 11466

BAB 8

Akif teringat pertemuannya dengan Sakinah tadi. Dia sedang baring di sofa biliknya. Sekarang dia bingung bagaimana nak meminta maaf dengan perempuan itu. Dia resah.

"Macam mana aku nak jumpa dia lagi? Dia dah bagi amaran kat aku. Takkan nak minta tolong dengan Ina, memang taklah jawabnya."

Dia tahu Ina takkan membantunya lagi. Akif kini rasa sangat menyesal dengan perbuatannya dulu. Dia dapat merasakan ada satu perasaan halus di dalam hatinya yang dia tidak pernah rasakan selama ini. Mungkinkah dia sudah jatuh cinta dengan Sakinah? Persoalan itu hanya berlegar di fikirannya.

Akif teringat janjinya dengan Sakinah 7 tahun lalu.

AkifShah: Nanti sy nak g Sabah. Jumpa seseorang. Huhu. ;)
NurSakinah:Ye ke? Hee. Sapelah tu erk? ;D
AkifShah: Huhuh. Kalau x dpat jmpa pun, nt sy hrap dy prgi smanjung. Then, sy sndiri yg cari dy. Heheh. ;) ;) ;-*
NurSakinah: Haha. Ada2 jelah awk ni, sape jga perempuan yg buntung tu? Smpai sggup awk cari dy kan. Huhuh ':) ':)
AkifShah: Org yg tgah baca ni lah. Ckap ngn dy, sy janji akn jmpa dy suatu hari nt. In sya Allah. Heee ;-* ;-*

Janji palsu itulah yang memakan diri dia sendiri.

"Kan dah terkena sendiri."

Omel Akif. Dia kesal dengan sikapnya yang suka bermain kata-kata dengan semua perempuan yang dia 'ayat'. Sampai perempuan yang kini seakan-akan telah menakluk hatinya telah membencinya. Akif buntu. Perlahan-lahan matanya terlelap.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Malam itu merupakan hari lahir Encik Ashraf yang ke 51 tahun. Majlis yang sederhana ringkas itu dihadiri oleh staf-staf syarikat Encik Ashraf, rakan sekerja dan keluarga terdekat mereka. Suasana majlis itu sungguh meriah. Encik Ashraf hanya tersenyum gembira mendengar ucapan hari jadi yang tidak henti daripada mereka.

"Seterusnya, saya persilakan Encik Hakimi untuk membuat persembahan istimewa buat ulang tahun Encik Ashraf yang ke 51 tahun ini. Dipersilakan."

Jemput Sarah selaku pengacara majlis yang juga merupakan anak buah Encik Ashraf. Ramai hadirin yang memberi tepukan.

Hakimi sudah di berada atas pentas yang dihias cantik bersama dengan gitar di tangannya.

"Terima kasih kepada cik pengacara majlis. Saya akan mendendangkan sebuah lagu khas untuk Encik Ashraf sempena hari istimewa beliau. Saya harap hadirin sekalian enjoy mendengarnya."

Hakimi memberi senyuman ke arah Encik Ashraf. Encik Ashraf hanya mengangguk seraya membalas senyuman Hakimi.

Hakimi sudah memetik gitarnya. Dia mendendangkan lagu Sempurna yang diubah suai liriknya sedikit oleh Hakimi.

Para hadirin nyata seronok mendengar lagu itu.

"Wah, sedap juga suara abang Kimi kan bang. Serak-serak bahasa gitu, tak sangka pula abang Kimi pandai menyanyi."

Puji Ina yang sedang berdiri di sebelah abangnya.

Tiba-tiba Akif seperti mengingati sesuatu.

"Serak-serak bahasa? Kenapa macam pernah dengar erk?"

Ujarnya dalam hati.

Akif memandang ke arah Hakimi. Keningnya berkerut. Lama dia merenung Hakimi.

"Fateh Hakimi?"

Getus Akif dalam hati.

"Allah! Bukankah dia tu.."

Omelnya. Akif menepuk dahinya. Ina yang perasan abangnya seperti terkejut menegurnya.

"Kenapa bang?"

"Ah? Erk, tak de apa."

Jawab Akif kalut. Dia tersenyum kelat. Ina pula hanya buat dek selepas mendengar jawapan abangnya.

"Patut pun macam familiar. Dialah Fateh Hakimi. Orang yang mengkhianati cinta Sakinah dulu. Kenapa baru sekarang aku perasan?"

"Macam aku ni bukan orang yang pernah khianati Sakinah?"

Akif mengutuk dirinya sendiri.

"Tak sedar diri."

Dia bermonolog dengan kata hatinya. Tapi macam mana dia tidak boleh perasan dari awal lagi.Huhh.

AkifShah: Hurm, awak. Boleh tahu dy tu macam mana orngnya smpai awk boleh suke dy? Saja je tanya. ;) ;)
NurSakinah: Dy? Hurm. Sy suke dy sebab dy ahli nasyid. Lagi pla, dy pndai taranum, then slalu azan n jadi imam. Huhuh. Suara dy serak-serak bhasa itulah sy bleh tahu bila masa dy azan n jdi imam. Heee, malu pula sy bgitahu awk. Lpas tu dy lagi pndai dr sy. Heheh. ':) ':)
AkifShah: Oh, patut pun. Huhu, tpi biasalah law perempuan suka lelaki yg mcm tu kan. Yelah, boleh jdi imam untuk dy nnti. Heheh, xlah macam sy ni. Byak kekurangan. ;'( ;'(
NurSakinah: Huhu, ye kot. Alah, awk pun ap krangnyer. Pandai, baik, memahami lgi. Heee. :D ;D
AkifShah: Sy biasa jelah, tak macam dy. Huhuh. Hurm, awak ad gmbar dy ke? Gmbar mase kat kelas ke. Sy nk tgok, itupn law awk x kisah. Hee ;-* ;-*
NurSakinah: Gambar dy? Hurm, sy dah buanglah awk. Hahah. Terukkan. ':/ Tp law awak nk tgok juga, awk addlah dy kat fb. Kat situ ad gmbar dy. :) :)
AkifShah: Tak teruklah tapi memang patut awak wat gitu sbab dy dah khianati awakkn. Huhuh. Hurm, bleh jga. ;D ;D
NurSakinah: Heheh, ye ke? ':) Hurm, ini nama fb dia Fateh Hakimi. ;) ;)

"Abang! Tepuklah tangan. Abang Kimi dah habis nyanyi tu. Termenung pula dia."

Ujar Ina. Dia memberi tepukan kepada Hakimi. Persembahan yang dilakukan oleh Hakimi sangat mengagumkan dengan suara dia yang merdu.

"Oh, ye ke?"

Akif hanya tersengih seperti kerang busuk melihat adiknya. Dia memberi tepukan juga buat Hakimi. Dan dia yakin itulah Fateh Hakimi yang dimaksudkan oleh Sakinah dulu.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Baiklah kelas, cikgu harap kamu semua boleh bentangkan tajuk yang dipilih sebentar tadi minggu depan. Jangan lupa juga sambung nota bab 7. Okey?"

Umairah mengingatkan tugas yang perlu dilakukan oleh murid-muridnya.

"Baik cikgu."

Jawab mereka. Saat itu juga Ikmal, ketua kelas 5 Pintar memberi salam hormat kepada Umairah sebelum keluar. Mereka pun keluar berpusu-pusu.

"Ina, boleh ke sini sekejap?"

Ina yang baru hendak keluar dipanggil oleh cikgu Sejarahnya itu.

"Ye cikgu, ada yang boleh Ina bantu?"

Ina sudah berada di hadapan Umairah.

"Hurm, ada. Ina busy tak esok?"

"Sabtu ni? Tidak rasanyer. Kenapa cikgu?"

Umairah tersenyum mendengar jawapan Ina.

"Cikgu nak minta teman Ina pergi shopping, nak beli hadiah untuk Cikgu Hafsah. Dia kan baru bersalin. Sambil itu, Ina boleh juga tolong cikgu pilihkan hadiah. Jangan risau, cikgu belanja. Boleh?"

Terang Umairah. Dia minta teman Ina kerana Nafisah akan menghadiri Kursus Geografi bermula hari ini sehingga ahad. Nasib baik kursus Nafisah itu diadakan berdekatan daerah mereka, senang sikit Umairah meminjam kereta Nafisah. Tinggal dia perlu hantar dan jemput Nafisah sahaja nanti. Maklumlah, bukan kereta dia. Kalau tidak, terpaksalah dia menaiki teksi.

"Boleh cikgu, tak ada masalah. Hihih. Nanti cikgu bagitahu je Ina jam berapa jalan. Okey?"

Ina tersenyum girang. Taklah dia bosan seorang diri di rumah. Abangnya out station. Ibu dan ayahnya pula pergi ke kenduri sebelah kampung. Jadi tinggal dia seorang je di rumah.

"Okey, nanti cikgu bagitahu."

Ina terus menyalam Umairah dan beredar.

"Selesai satu masalah."

Umairah tersenyum lega. Dia pun meninggalkan kelas itu setelah suis kipas dimatikan.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Hah, belok kiri. Dan depan tu rumah Ina."

Terang Ina. Mereka sudah sampai di depan halaman rumah Ina. Ina terus keluar dari perut kereta dan membuka pintu pagar automatik itu.

Umairah tergamam sebentar melihat banglo yang tersergam indah itu. Cantik. Di luar halaman banglo itu terdapat taman kecil. Umairah juga perasan seperti ada hutan di belakang banglo itu memandangkan kawasan itu hanya menempatkan rumah Ina.

"Memang rumah anak ahli korporat."

Puji Umairah dalam hati. Kagum juga melihat rekaan banglo itu. Umairah terus memasuki garaj kereta.

"Masuklah cikgu. Jangan segan, buat macam rumah sendiri."

Jemput Ina. Ramah.

"Cikgu masuk je bilik yang hujung tu. Itu bilik tetamu, cikgu boleh solat kat situ. Kalau cikgu nak minum ke apa, cikgu pergi je kat dapur sebelah bilik tetamu tu. Okey?"

Kata Ina lagi. Mereka berada di ruang tamu.

Umairah hanya tersenyum malu. Segan pun ada. Yalah, rumah besar. Pertama kali dia masuk ke rumah yang seperti istana itu.

"Okey Ina. Malu pula cikgu."

Jawab Umairah jujur. Dia sudah menuju ke bilik tetamu.

"Apa yang nak dimalukan cikgu? Ina seorang je kat umah ni. Lainlah kalau ada family Ina kan. Huhuh. Hurm, cikgu. Ina pergi rumah jiran sebelah sekejap boleh? Diorang ada kirim barang tadi. Tak apa ke cikgu seorang?"

Tanya Ina. Baru dia ingat barang yang dipesan oleh Puan Lisa, jiran sebelah rumahnya.

"Oh, okey. Boleh, pergilah.Tapi tak lama kan?"

"Ya, sekejap je cikgu. Hantar barang ni je."

Ujar Ina. Umairah hanya mengangguk mengiakan. Ina pun beredar keluar.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Mana pula Ina ni. Kata sekejap, dah nak dekat setengah jam dah ni."

Omel Umairah. Dia sudah selesai menunaikan solat maghrib. Dia sedang duduk di birai katil sambil bermain dengan telefonnya.

"Mungkin ada hal kot, itu yang lama. Baik pergi dapur, haus pula tekak ni."

Umairah mengusap tekuknya. Kehausan. Dia pun keluar dari bilik itu dan menuju ke dapur untuk membuat air.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Eh, kereta siapa pula ni?"

Getus Akif dalam hati. Pelik. Selain kereta Audi ibunya dan Mercedesnya, ada sebuah kereta MyVi merah.

"Takkan kawan Ina pula? Hurm, rasanyer."

Bermonolog Akif. Dia sudah berada di depan pintu. Ada sepasang kasut yang asing di situ. Baru sahaja dia ingin menekan loceng, pintu rumah itu terbuka sedikit.

"Pintu tak tutup rapat lagi tu? Budak ni kan. Kalau ada apa-apa yang terjadi. Eii."

Ujar Akif. Dia terus masuk ke ruang tamu. Baru sahaja dia ingin memberi salam. Dia terdengar bunyi seperti orang membuat minuman di dapur.

"Mesti Ina yang buat minuman. Heheh, bagi kejutlah."

Akif sudah tersenyum nakal. Perlahan-lahan dia menghendap ke dapur. Belum sempat dia menyergah, perlakuannya itu terhenti.

"Eh, Itu bukan Ina."

Ujarnya dalam hati. Akif terkaku. Ada seorang perempuan bertocang satu paras pinggang memakai baju blouse labuh dan dipadankan dengan skirt. Dia membelakangi Akif dan sedang asyik membuat minuman. Akif cuba mengecam perempuan itu.

Umairah yang saat itu berdepan dengan singki terus pusing untuk duduk di meja makan yang ada di dapur itu setelah minumannya siap. Namun dia sangat terkejut kerana baru perasan ada seorang lelaki sedang memandang ke arahnya.

"Ting!"

Sudu di tangan Umairah terlepas seraya menyedarkan Akif dari terus memandangnya. Akif tersedar.

"Sakinah.."

"A, Akif.."

Getus mereka perlahan.

Saat itu juga pintu rumah utama berbunyi tandanya ada orang yang menekan loceng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience