Bab 9

Romance Completed 11466

BAB 9

"Aku terima nikahnya Sakinah Nur Umairah Binti Abdul Razak dengan mas kahwinnya RM 100.00 ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz saja Sakinah kini sah menjadi isteri kepada Muhammad Akif bin Ashraf Khusyairy. Saat itu juga tangisan Sakinah bertambah seperti deras ombak. Dia tidak mahu menikah dengan lelaki itu. Dia tidak rela.

Perlahan-lahan Sakinah maju ke arah suaminya. Dia menyalam Akif. Dia rasa semua itu mimpi. Tapi kenyataannya tidak kerana dia dapat merasakan kucupan hangat Akif di ubun-ubunnya.

"Ya Allah, kenapa kau duga aku sampai begini?"

Air mata Sakinah masih mengalir laju. Dia belum dapat menerima takdir ini.

"Maafkan saya."

Itulah kata-kata Akif setelah mengucupnya tadi. Tetapi Sakinah tidak memandang Akif. Dia merasakan Akif yang rancang semua ini. Perasaan benci yang dulu berjaya dia hapus untuk lelaki itu kini datang membuak-buak.

"Saya takkan maafkan awak, Akif."

Kata-kata itu hanya mampu diucap dalam hatinya dengan jelingan yang tajam dituju ke arah Akif. Akif pula hanya memandang Sakinah dengan rasa bersalah yang menebal.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Umairah, ibu nak minta maaf sebab perkara ni boleh berlaku dengan kamu berdua. Ibu dan ayah harus juga nikahkan kamu berdua kerana itu saja jalan yang ada buat masa ini."

Kata-kata Puan Salsabyla masih terngiang-ngiang di telinganya sebelum mereka diijab kabulkan. Kini wanita itu sudah menjadi ibu mertuanya.

"Cikgu Mairah, Ina minta maaf sangat. Kalau Ina tak lambat datang tadi, perkara ini takkan berlaku. Ina lambat sebab anak puan Lisa minta ajar subjek matematik, itu yang tak dapat pulang awal. Sekali lagi, Ina minta maaf cikgu Mairah. Ini semua salah Ina."

Ina menangis sambil menyalami Umairah. Umairah hanya berdiam diri. Dia tak tahu nak cakap apa.Dia kelu. Dia bingung. Dah banyak kali dia bagitahu perkara sebenar dengan saksi yang menangkap mereka tapi mereka tidak percaya kerana keadaan mereka yang mencurigakan tadi.

Akif memakai baju kemeja yang semua butang bajunya sudah dibuka sehingga menampakkan singlet putihnya. Umairah juga masa itu hanya sempat memakai tuala menutup kepalanya semasa diserbu tadi. Apa yang saksi itu tidak curiga kan?

"Akif ni pula, bukan Akif out station ke sampai esok? Apasal balik awal?"

Encik Ashraf yang tadi diam tiba-tiba bertanya. Kalau Akif tidak balik hari ini, perkara ini tak akan berlaku juga. Dia mengeluh.

"Erh, Kimi yang handle untuk projek esok.Itu yang Akif balik awal. Tapi tak sangka pula Sakinah ada kat rumah."

Jawabnya perlahan. Sedari tadi dia memandang Sakinah. Sakinah pula membisu. Akhirnya dia mengikut saja kata Puan Salsabyla walaupun sebenarnya berat sangat hatinya untuk melakukan perkara itu. Dia lebih rela ditangkap basah dengan orang lain berbanding dengan lelaki itu.

"Astaghfirullah."

Cepat-cepat dia beristighfar. Dia tidak ingin pun perkara seperti itu berlaku.

"Umairah, fikirlah baik-baik ye. Kalau Mairah tak nak kahwin dengan Akif, sanggup ke Mairah buat cara yang satu lagi? Bukan senang Mairah, ibu cuma nak yang terbaik. Ini demi maruah kamu berdua juga. Pasal family Mairah, nanti kami terangkan semuanya. Lagi pula ini bukan salah kamu berdua. Ibu yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini."

Terang Puan Salsabyla. Sedaya upaya dia memujuk dan menenangkan Umairah. Dia sudah menganggap Umairah seperti anaknya sendiri. Entah kenapa dia tertarik dengan perempuan itu. Dia tahu Umairah daripada orang yang baik-baik. Dia memeluk Umairah sambil mengusap kepalanya. Dia juga terkejut apabila Ina menelefon mereka berdua dan menceritakan pasal kejadian itu. Jadi terpaksalah mereka balik awal dari kenduri yang mereka hadiri. Umairah hanya mampu mengalirkan air mata saat Puan Salsabyla menyebut pasal keluarganya.

"Pasti umi dan abah kecewa."

Hanya itu yang terlintas di fikirannya. Dia sedih.

"Baiklah, Mairah setuju."

Setelah fikir masak-masak, itulah kata putus yang mampu dia buat. Semua mata tertumpu ke arahnya apabila mendengar jawapan yang baru saja keluar dari bibirnya. Akif lagi terkejut kerana akhirnya Sakinah setuju.

"Alhamdulillah. Terima kasih Mairah."

Puan Salsabyla mengucup Umairah. Encik Ashraf hanya tersenyum lega. Ina yang di sebelah Umairah hanya tersenyum kelat.

"Pasti bukan itu yang cikgu Mairah nak."

Getusnya dalam hati.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Umairah memandang cincin platinum milik Puan Salsabyla yang kini tersarung di tangannya. Majlis akad nikah yang dijalankan tadi ringkas sahaja. Umairah hanya memakai baju kurung putih milik kakak Ina, iaitu kak Lyn. Nasib baik mereka berdua lebih kurang je saiz badan dan cincin itulah yang digunakan semasa akad nikah tadi. Majlis itu hanya dihadiri oleh keluarga Akif dan beberapa orang saksi.

"Sakinah.."

Umairah yang khusyuk memandang cincin itu terus berpaling ke arah suara itu.

"Akif.."

Panggilnya dalam hati. Baru dia sedar yang kini dia berada di dalam bilik Akif, itupun setelah tiada alasan yang perlu dia elak dari tidur di bilik lelaki itu.

"Mairah, tak payah baliklah malam ni ye? Tidur je sini. Esok baru balik, lagi pula hari dah malam sangat ni."

Cadang Puan Salsabyla. Umairah ingin membantah tapi betul juga cakap ibu mertuanya itu. Hari dah gelap, takut juga dia nak drive seorang.

"Baiklah ibu."

"Ina, bagi tunjuk bilik abang Akif. Ibu ada nak bincang dengan abang kamu ni."

Ujar Puan Salsabyla.

"Hah? Tidur kat bilik mamat tu? Tapi takkan nak tidur dengan Ina, nanti apa pula yang ibu fikir nanti?"

Umairah sudah gelabah tapi dia membontoti juga Ina menuju ke arah bilik Akif.

Dia duduk di sofa yang terdapat di bilik suaminya itu. Tiba-tiba perasan benci terhadap lelaki itu datang. Dia terus mengalihkan pandangan.

"Sakinah, saya nak minta maaf. Saya tahu awak pun tak nak perkara ini berlaku, begitu juga dengan saya."

Akif cuba menerangkan perkara sebenar.

"Saya tak tahu macam mana perkara ini boleh berlaku. Saya.."

Belum sempat Akif menghabiskan ayatnya, Umairah terus memintas.

"Dahlah awak, puas hati awak sekarang kan? Saya tahu ini angkara awak. Huhh, tak sangka pula awak ABANG Ina. Macam mana saya tak perasan gambar-gambar family awak kat ruang tamu tadi? Kalau saya tahu, dah lama saya balik dan perkara ini takkan berlaku. Pandai awak tipu adik awak. Sudahlah, saya malas nak fikir semua ni. Yang penting suatu hari nanti, saya nak kita berpisah. Awak ingat itu!"

Umairah terus merebahkan badannya di sofa tanpa membuka tuala di kepalanya. Sudah itu, dia hanya tidur beralaskan lengannya. Dia masih marah dengan Akif. Boleh-boleh dia tidak nampak gambar family Ina yang digantung di ruang tamu. Kalau dia tahu, huhh. Umairah mengeluh kesal. Dia tak tahulah, dah berapa kali dia mengeluh sejak kebelakangan ini.

"Ya Allah, ampunilah aku."

Akif terdiam. Pedas sungguh kata-kata Umairah.

"Berpisah?"

Ya, dia mengaku. Ina tidak tahu pun pasal kisah mereka yang dulu. Dan sekarang Umairah tahu siapa ABANG Ina yang bagi dia hadiah dulu. Dia tahu Umairah rasa ditipu. Akif duduk di birai katilnya.

"Tak ada guna pun bercakap dengan dia sekarang Akif. Dia masih marahkan kau, mesti dia ingat ini angkara kau."

Akif bermonolog dengan kata hatinya.

"Nanti je lah aku terangkan dengan dia."

Getusnya. Saat itu juga dia mengambil bantal dan selimut lalu perlahan-lahan dia menuju ke arah Umairah. Dia mengangkat kepala Umairah dan meletakkan bantal di bawah kepalanya.

"Maafkan saya."

Acap kali Akif mengulangi perkataan itu. Dia duduk berlutut sambil memandang Umairah. Dia meneliti setiap sudut muka isterinya.

"Cantik."

Puji Akif. Mata Umairah kelihatan bengkak sedikit, mungkin kerana terlalu banyak menangis tadi. Hatinya bergetar. Entah macam mana dia boleh lukakan hati perempuan itu dulu. Dia kesal dan dia berjanji yang dia takkan menyakiti hati Umairah lagi. Umairah kini sudah bergelar isterinya yang sah. Kalau boleh, dia tidak ingin lagi berpisah daripada Umairah. Itu janji dia. Lalu dia mengucup perlahan ubun-ubun Umairah setelah menyelimutkannya.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Ibu, Mairah pergi dulu. Selepas ni Mairah kena pergi ambil kawan dari kursus."

Ujar Umairah. Dia meminta pamit daripada Puan Salsabyla. Encik Ashraf pula sudah keluar bertemu dengan clientnya. Dia terus menyalami ibu mertuanya itu.

"Baiklah, hati-hati. Kalau ada masa datanglah sini lagi. Lagi pula tak jauh kan. Kalau tak pun, nanti suruh je Akif jemput."

Kata Puan Salsabyla. Dia ingin juga berkenalan dengan Umairah lebih dalam lagi.

"Ah? Insyaallah ibu."

Umairah hanya mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Hati-hati kak Mairah."

Ina di sebelah ibunya melambai ke arah Umairah yang sudah menjadi kakak iparnya. Umairah membalas lambaian Ina. Dia sudah memaafkan Ina, lagi pula bukan salah dia.

"Tak salam suami ni ke?"

Tegur Akif tiba-tiba menyampuk. Entah dari mana datang mamat poyo tu. Umairah yang baru menyarungkan kasut seraya memandang Akif.

Dia ingin mengendahkan saja kata-kata Akif tetapi ada dua orang manusia sedang melihat perbuatannya. Terpaksalah juga dia menuju ke arah Akif dan menyalam suaminya itu.

"Hati-hati jalan tu. Kalau ada apa-apa bagitahu abang."

Kata Akif lagi setelah mengucup ubun-ubun Umairah. Dia mengenyitkan matanya. Umairah terkedu dengan perbuatan Akif itu.

"Ambil kesempatan pula mamat ni. Eii, geramnya. Abang? Ish, gelilah."

Umairah menggigit bawah bibirnya. Dia mendengus.

"Hurmm."

Cepat-cepat dia menjarakkan diri dari Akif.

"Mairah jalan dulu, assalammualaikum."

Sempat Umairah memberikan jelingan tajam kepada suaminya itu. Akif hanya menahan gelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience