Bab 10

Romance Completed 11466

BAB 10

"Tok, tok."

Ada orang sedang mengetuk cermin pintu kereta Umairah.

Umairah yang sedang termenung terus tersedar apabila Nafisah sudah sampai. Dia tersenyum pahit ke arah Nafisah dan membuka pintu kereta.

Nafisah sudah duduk di sebelah tempat pemandu. Dia perasan muka Umairah yang lain semacam je. Mata Umairah juga seperti sembab dan agak bengkak.

"Kenapa dengan muka kau ni Mairah?"

Tegur Nafisah. Dia memegang bahu Umairah dan mendekatkan wajahnya ke arah Umairah. Dia membelek wajah Umairah.

"Kau nangis ke ni?"

Sambungnya lagi. Umairah hanya diam.

"Wei kenapa ni? Macam dah kena sampuk aku tengok?"

Saat itu juga air mata Umairah mengalir tanpa henti. Terus dia memeluk Nafisah.

Nafisah terkejut dengan reaksi kawannya itu.

"Kenapa ni? Ada apa-apa yang terjadi ke Mairah?"

Nafisah sudah risau. Umairah nangis teresak-esak. Tidak pernah dia nampak Umairah nangis sampai begitu sekali.

"Jangan macam ni Mairah. Bagitahulah aku apa yang terjadi, risau gila aku tengok kau macam ni. Please? Ceritalah."

Nafisah memujuk. Dia ingin tahu apa yang berlaku sampai Umairah jadi begini.

"Fisah.. Hukss."

Panggil Umairah perlahan. Dia masih memeluk erat Nafisah.

"Ya, kenapa ni? Ceritalah, insyaallah aku bantu. Okey?"

Nafisah meleraikan pelukan dan sedia mendengar cerita kawannya itu.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Ya Allah Mairah. Kau sabar ye. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Yakin dengan Allah."

Nafisah berasa simpati akan kejadian yang menimpa Umairah itu. Dia pun tidak sangka perkara itu boleh berlaku kepada kawannya.

"Saya pun tak tahulah Fisah. Saya masih tak dapat terima semua ini, saya rasa macam mimpi je. Huhh, tapi kenapa dengan lelaki itu Fisah? Kenapa dia? Dah lama saya cuba buang dia daripada ingatan saya dan akhirnya dia datang lagi. Dan dia jugalah yang jadi suami saya itu. Saya benci dia Fisah, saya tak dapat maafkan dia. Pasti dia yang rancangkan semua ini."

Ujar Umairah. Dia tidak mahu menerima semua itu. Air matanya mengalir lagi.

"Mairah, kau sabar erk? Minta petunjuk dengan Allah, pasti ada sebab Allah duga kau sampai begini. Allah sayangkan kau, Mairah. Dia takkan menguji hambanya di luar kemampuannya. Ingat itu. Apapun, selepas ini. Lupakanlah kisah dulu, mungkin ada hikmah di sebalik pertemuan kamu ini kerana semuanya dengan izin Allah. Kita merancang, tetapi Allah juga yang tentukan. Kau bersangka baik dengan Allah, ya Mairah. Dahlah tu, kau dah jadi isteri dia sekarang. Kau dah ada tanggungjawab. Benci mana pun kau kat dia, dia tetap suami kau. Syurga di bawah telapak kaki dia."

Nasihat Nafisah. Dia tahu, bukan mudah untuk Umairah menerima semua ini kerana lelaki itulah yang telah mengkhianatinya sehingga dia tidak ingin lagi membuka hatinya buat kali ketiga.

"Awak cakap senang Fisah,tapi awak tahu? Sakit itu masih berbekas? Awak tak akan dapat sembuhkannya kerana ada kenangan yang awak tak dapat lupakan walau seusaha mana pun awak cuba untuk melupakannya. Saya yakin dia yang rancang semua ini sebab dia nak balas dendam kat saya. Yelah, sebab saya marahkan dia dulu."

Omel Umairah. Dia memandang ke depan. Dia tidak lagi memandang Nafisah. Nafisah seolah-olah menyokong pula perkahwinan ini yang dia rasakan seperti mimpi ngeri dalam hidupnya.

"Astaghfirullah Mairah! Kenapa kau ni? Mana Mairah yang aku kenal? Yang tidak merungut, yang sentiasa bersangka baik dengan orang, yang tidak pendendam, yang tenang dalam apapun keadaan. Apa dah jadi dengan kau ni Mairah? Kau sanggup salahkan takdir Allah? Kau tak tahu ke Allah rindukan kau, itu yang dia uji kau!"

Marah Nafisah. Umairah yang disebelah dia saat ini bukan Sakinah Nur Umairah yang dia kenal. Sifat Umairah yang dia kenal seolah-olah hilang begitu saja.

Umairah tersentak. Terus dia beristighfar dan kembali menangis. Dia berdosa.

"Astaghfirullahalazim. Ya Allah, ampuni aku. Aku tidak bermaksud untuk tidak menerima takdir ini tetapi aku tidak kuat. Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menghadapi dugaanmu ini. Aku tahu Engkau rindukan aku, ya Allah."

Doa Umairah. Dia seraya memeluk Nafisah kembali. Dia melepaskan segala beban dibahu Nafisah.

"Saya tak kuat Fisah, saya tak kuat. Bantu saya."

Kata Umairah. Nafisah berasa sebak pula dengan kawannya itu. Perlahan-lahan air matanya pun mengalir.

"Insyaallah Mairah. Aku sentiasa di sisi kau. Sudahlah jangan nangis, nanti guru-guru perasan pula mata kau macam alien esok. Okey, jangan fikirkan lagi. Nanti kita selesaikan masalah kau ni sama-sama."

Nafisah mengusap belakang Umairah yang masih tersedu-sedu.

"Terima kasih Fisah, awaklah sahabat saya di dunia dan akhirat."

"Sama-sama. Sudah, biar aku yang drive. Tak yakin aku, kau bawa kereta ni."

Mereka hanya berbalas senyuman. Terus mereka berganti tempat duduk.

Ketika Allah rindukan hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. . .

Dalam hadith Qudsi,Allah berfirman:
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya."

( HR. Thabrani dari Abu Umamah )

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Itu ke cincin kahwin kau?"

Tegur Nafisah. Baru dia sedar Umairah memakai cincin platinum.

"Hah? Hurm, ya."

Jawabnya tersenyum kelat. Dia tidak sangka yang dia akan membiarkan saja cincin itu ditangannya tanpa menanggalkannya walaupun sesaat.

Waktu itu juga makanan yang mereka pesan sampai. Tetapi Umairah perasan, lelaki yang membawa makanan untuk mereka itu memandangnya dari tadi.

"Hish, kenapa pula lelaki ni pandang aku lain-lain? Ada apa juga kat muka aku? Ke aku yang perasan?"

Umairah memegang mukanya. Perbuatannya disedari oleh lelaki itu. Lelaki itu hanya menahan gelak sebelum beredar setelah siap menghidangkan makanan.

"Fisah, ada apa-apa ke kat muka saya ni?"

Terus dia bertanya kepada Nafisah. Nafisah memandangnya. Dia tersenyum lucu.

"Memang ada yang tak kena pun. Kau tak de tengok ke muka kau macam mana sekarang?"

Jawabnya seraya menggeleng. Umairah mengerutkan kening seraya mencari bedak compact di dalam tasnya. Terus dia melihat mukanya di cermin.

"Allah. Muka saya ke juga ni?"

Umairah terkejut melihat mukanya saat ini. Matanya sepet sebab menangis, ditambah lagi dengan bawah matanya yang bengkak. Hidungnya pula kemerahan. Patut pun lelaki tadi tengok dia lain macam je.

"Fisah! Kenapa tak bagitahu saya yang muka saya ni dah macam alien dah. Eiii, malunya. Patut pun lelaki tadi gelak. Huhh."

Umairah sudah memuncung.
Malu. Mukanya macam bukan muka dia dah.

"Hahah."

Nafisah ketawa mengekek. Sikit lagi makanan yang ada di mulutnya tersembur.

"Awak perasan juga lelaki tu tengok kau? Aku fikir kau tak perasan. Yalah, time ambil order tadi lagi dia tengok kau semacam. Aku fikir kau tahu muka kau macam mana sekarang. Awak kisah juga rupanya. Hahah."

Ketawa Nafisah lagi. Dia akui memang muka Umairah saat ini comel sebenarnya. Dah macam minah Jepun pula.

"Bukan kisah sangat pun tapi kalau dah teruk macam ni, malulah saya."

Omelnya. Tak ada selera makan pula.

"Sudah, jangan nak mengada. Makan. Comel juga tu."

Pujuk Nafisah.

"Yelah."

Umairah hanya membiarkan saja keadaan mukanya macam mana saat ini. Dah kerja dia menangis je dari kelmarin, apa tidaknya mukanya begitu. Tak kisahlah. Dia memulakan suapan.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Hah Akif, apasal kau nak jumpa kitorang ni?"

Tanya Izhar. Tiba-tiba mereka bertiga dipanggil Akif kerana ada hal dia nak bagitahu tapi matanya fokus melihat televisyen di depan.

Suasana di dalam restoran mamak yang mereka lepak agak bingit sedikit kerana malam itu ada perlawanan bola sepak yang berlangsung di televisyen. Jadi ramai yang berkumpul di situ.

"Hurm, macam mana nak mula erk?"

Akif tidak tahu nak mulakan dari mana. Dia diam sekejap. Cuba menyusun ayat yang sesuai.

"Ha'ah. Apa yang awak nak cakap tu?"

Tanya Diana pula yang duduk di sebelahnya. Rindu pula dia dengan lelaki itu. Sejak kebelakangan ini Akif sibuk sampai sudah jarang mereka keluar bersama. Diana cuba memaut lengan Akif tapi Akif menarik tangannya. Tidak selesa. Diana terus mengalah.

"Kau ni kenapa Akif? Dah macam hilang bini je aku tengok."

Ain pula menegur. Saat itu juga Akif terus memandang Ain.

"Hurm, bukan hilang bini tapi aku sudah ada bini."

Segera Akif menjawab. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Apa??"

Kata mereka serentak. Terkejut. Izhar yang tadi khusyuk menonton terus memandang Akif. Nasib baik suara mereka tenggelam dek kerana kebingitan di restoran itu.

"Apa ni Akif? Awak bergurau ni kan?"

Diana mencebik. Tidak percaya dengan kata-kata Akif sebentar tadi.

"Betul korang. Aku, aku dah bernikah kelmarin."

Jawab Akif serba salah berterus terang.

"Awak tipukan Akif? Kalau betul, mana cincin kahwin awak? Jangan cuba buat lawak bodohlah."

Diana sudah tidak keruan. Dia membelek tangan Akif. Mustahil Akif dah menikah. Tak mungkin dan tak boleh terjadi. Akif hanya boleh berkahwin dengan dia, tiada siapa yang boleh merampas Akif daripada dia. Diana sudah mendengus.

"Kau ni biar betul Akif?"

Tanya Izhar masih tidak percaya. Setahunya Akif masih ingin bebas dan tak nak terikat, belum pernah lagi Akif cakap yang dia ingin bernikah dalam masa terdekat ini.

"Betul, sumpah! Sebenarnya,aku.. Aku kena tangkap basah."

Terasa berat Akif menjelaskan semua itu. Dia mengangkat tangannya bersumpah.

"What? Damn it! How dare you? Erhh, I hate you Akif!"

Teriak Diana. Marah. Dia terus meninggalkan mereka bertiga. Dia tidak dapat menerima apa yang dicakap oleh Akif. Hatinya panas. Akif hanya mampu melihat Diana yang semakin jauh meninggalkan mereka. Dia tidak pula menahan Diana.

"Ya Allah, macam mana boleh jadi sampai begitu Akif?"

Tanya Izhar. Ina pula hanya diam membisu. Tidak sangka itu yang terjadi terhadap Akif.

Akif menarik nafas dan memulakan ceritanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience