Bab 4

Romance Completed 11466

BAB 4

Keadaan di dalam kereta Akif sunyi seketika. Masing-masing melayani perasaan sendiri. Hanya kedengaran bunyi radio.

Diana yang duduk di sebelah Akif sesekali memandang ke arah lelaki itu.

Dia masih tidak puas hati kerana Akif tidak menjawab persoalannya tadi. Dia tahu Akif seorang kasanova, memang akan terpaut dengan mana-mana perempuan yang berdahi licin. Tapi kali ini berbeza, Akif seolah-olah ingin mengambil stok ustazah.

"Biar betul Akif ni?"

Omel Diana dalam hati. Dia mengenali Akif sejak di universiti lagi. Akif tidak mengayat perempuan seperti itu.

"Akif."

Diana memanggil Akif yang sedang fokus memandu.

"Hurm."

Jawab Akif.

"Betul ke awak tak kenal dengan perempuan tadi tu?"

"Hei, dia ni."

Akif geram dengan soalan yang ditanya Diana. Asyik-asyik soalan yang sama.

"Tak. Aku salah orang."

Akif menjawab selamba. Tetapi dalam hati, dia yakin itu Sakinah.

"Tapi kenapa dia lancar je cakap semenanjung? Takde loghat Sabah pun. Bukan dia orang Sabah ke?"

"Oh, betul ni? Patut pun. Fikir awak dah tukar selera."

Diana menyindir. Walaupun dia sedap hati sedikit dengan jawapan Akif tetapi dia masih tidak puas hati. Dia boleh nampak cara Akif memandang perempuan itu tadi. Seolah-olah mengenali perempuan itu.

Akif hanya diam. Malas menjawab soalan Diana. Dia tahu Diana menyimpan perasaan terhadapnya sejak di universiti lagi. Itupun sebab Akif yang meng'ayat' dia dulu. Tak sangka pula Diana betul-betul setia dengannya walaupun dah acap kali dia memberitahu Diana bahawa dia hanya main-main. Namun Diana tetap berdegil. Akhirnya, Akif membiarkan saja. Dia nak enjoy dulu. Tak naklah terikat-ikat ni, nanti tak bebas. Dia akui Diana tu tak kurang comelnya tapi tak semanis dan secantik Sakinah.

"Eh, kenapa aku fikir perempuan ni lagi? Siap puji bagai."

Ujarnya dalam hati.

"Treeet..."

Serta-merta dia terbrek. Nasib baik tiada kenderaan di belakang.

"Akif! Kenapa berhenti mendadak ni? Terkejut tau."

Teriak Diana. Dia memegang dadanya yang sudah mengepam laju kaget.

Akif hanya tersenyum seperti kerang busuk.

"Sorry. Tak sengaja."

Katanya rasa bersalah. Diana menjeling tajam ke arah Akif. Entah apa yang dia fikirkan.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Aku yakin tadi tu Sakinah. Tapi kenapa dia macam mengelak je dari aku?"

Akif termenung. Dia teringat perempuan berjubah hitam corak bunga kecil biru yang dipadankan tudung wide shawl senada. Sakinah memang cantik. Lagi cantik dari gambarnya di laman sosial Fac dulu. Putih melepak dan kemerah-merahan.

"Hah, ini Akif yang tengok televisyen ke televisyen yang tengok Akif? Termenung panjang nampak. Ingatkan buah hati ke?"

Sindir Encik Ashraf yang perasan Akif tidak pun menonton televisyen tapi mengelamun. Dia baru saja solat Isya' dan terus ke bawah.

"Eh, ayah."

Akim senyum. Termalu sendiri.

"Apa yang dimenungkan tu? Sharelah dengan ayah."

Tanya Encik Ashraf yang sudah duduk di sebelah Akif. Dia mengambil alat kawalan televisyen dan mencari siaran berita.

"Takde apa-apalah ayah."

Nafi Akif.

"Betul ni? Ke gaduh dengan buah hati?"

Usik ayahnya lagi.

"Ish, tak adelah. Akif mana ada buah hati tapi pemilik hati ada. Ahah."

Guraunya.

"Amboi, siapa? Kenalkanlah dengan ayah. Tapi satu saja ayah nak nasihatkan, jangan main-mainkan perasaan perempuan Akif. Hati perempuan ni lembut. Ingat tu."

Nasihat Encik Ashraf. Dia tahu anaknya itu kasanova, itupun dari Ina. Nasib baik juga kasanova Akif tu sekadar bermain kata-kata. Akif bukan jenis yang keluar masuk kelab dan berfoya-foya dengan perempuan di luar. Dia kenal anaknya itu. Mungkin sikap kasanovanya saja yang tidak boleh dinafikan.

"Ya ayah, Akif tahu. Akif dah berubahlah."

Omel Akif. Dia akui, memang dulu dia kasanova tapi sekarang berkuranglah.

"Kuranglah sangat."

Akif mengutuk dirinya sendiri.

"Hurm, baguslah kalau begitu. Risau juga ayah nanti tak pasal-pasal ramai yang serang Akif sebab main-mainkan perasaan mereka. Jangan cari padah Akif. Ayah takut lain pula yang jadi kelak."

Ujar Encik Ashraf. Biar kali ni dia cuci sikit telinga anaknya itu.

"Baik, ayah. Akif dengar nasihat ayah tu. Jangan risaulah, takkan terjadi apa-apa pun."

Jawabnya sambil mengangguk. Tapi dia dapat rasa yang nasihat ayahnya itu seolah-olah masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Akif, Akif.

"Baguslah kalau begitu. Ohyah, bila nak masuk syarikat ni? Minggu depan dah boleh kan?"

Tanya Encik Ashraf. Baru dia teringat yang Akif sudah boleh masuk ke syarikatnya.

"Hurm, ha'ah. Minggu depan Akif masuk."

Akif membuat keputusan untuk memulakan kerjanya minggu depan. Tak sabar pula rasanya bekerja di syarikat ayahnya sendiri.

"Eloklah tu. Nanti bolehlah ayah kenalkan dengan staf-staf di situ."

Encik Ashraf sudah tersenyum lega kerana anaknya itu akan memulakan kerjanya dan meneruskan bidangnya. Hanya Akif sahaja yang mengambil bidang perniagaan. Anaknya yang pertama sudah menjadi doktor pakar bedah. Manakala anaknya yang ketiga mengambil bidang arkitek. Ina pula katanya nak jadi dentist.

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak-anakku. Makbulkanlah cita-cita mereka. Amin ya Robb."

Doa Encik Ashraf dalam hati. Dia memandang Akif yang sudah leka menonton siaran yang berlangsung di televisyen.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Pemilik hati? Huhh."

Akif tersenyum sendiri. Dia meletakkan tangannya di dahi. Kenangan lalu terimbas kembali di ingatannya.

AkifShah: Awak wat pe tu? ;) ;)
NurSakinah: Huhuh, tak wat ape2 pun. :)
AkifShah: Ye ke? Ke awak chat ngan buah hati? heheh. ;-* ;-*
NurSakinah: Eh, taklah. Mana de. Orang takde buah hatilah, pemilik hati je. Huhuh ;-D
AkifShah: Sapelah pemilik hati awak tu erk? Beruntungnya die. Heheh :-* :-*
NurSakinah: Hahah, takkan awak tak tahu kot.;-D ;-D

Tiba-tiba deringan mesej di telefon mematikan lamunannya. Terus dia mencapai Iphone 6snya di tepi bantal dan membaca mesej yang dikirim oleh Diana.

Diana - Akif sayang. Busy ke hujung minggu ni? Jom join Iz ngan Ain g birthday party Amy. Nak? Jomlah. Dah lama x jumpa Amy.

Akif mencebik. Terus dia segera membalas mesej Diana.

Akif - Alah, sorrylah. Hujung minggu ni aq teman Ina hang out. Dah lama kitorang x hang out. Kau bawalah orang lain, okey? Sorry.

Diana - Kalau mcam tu, Diana ikut Akiflah. Boleh?

Cepat Diana membalas mesejnya.

"Ish, dia ni tak faham bahasa ke apa."

Dengus Akif.

Akif - Sorry, memang x bolehlah. Aku nak dating ngan Ina. So, please understand. Kau ikut jelah Iz n Ain tu. Faham? Dah, aku nak tidur.

Belum beberapa minit,Diana menelefonnya.

"Huh, dia ni kan."

Marahnya. Dia membiarkan saja Diana menelefonnya tanpa bersambut. Lantaklah. Malas dia nak bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni.

Akif membuka komputer ribanya dan meneruskan 'hobi'nya. Heheh.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Akif sudah berada di depan perhentian bas. Jam sudah menunjukkan 10.35 pagi.

Akif mencari kelibat adiknya.

"Hurm, mungkin kejap lagi Ina siap kot."

Beberapa minit kemudian.

"Hah, itupun dia."

Akif yang terlihat adiknya tersenyum. Dia yang baru saja ingin menghon adiknya terhenti apabila ternampak seorang perempuan di sebelah adiknya.

Ina yang perasan kereta Mercedes abangnya terus menyalam Umairah dan meminta diri. Dia melambai ke arah Umairah dan menuju ke kereta.

Akif terpukau melihat senyuman Umairah. Pertama kali dia melihat Umairah tersenyum manis begitu di alam realiti. Entah mengapa dia rasa tenang melihat senyuman itu.

"Abang. Hah, jomlah."

Sergah Ina yang sudah mengambil tempat di sebelah pemandu. Akif tersentak kerana tidak perasan bila adiknya masuk tadi.

"Ah? oh. Okey."

Akif tersenyum kalut memandang adiknya dan meneruskan perjalanan. Dia sempat memandang cermin belakang keretanya.

"Siapa tadi tu?"

Tanya Akif. Dia berpura-pura ingin tahu siapa yang bersama adiknya tadi.

"Oh. Itu cikgu Mairah, guru sejarah adik. Kelas dengan dialah tadi tu."

Jawab Ina sambil itu dia meminum air mineral sejuk. Haus.

"Hah? Guru Sejarah? Bukan ustazah ke tu?"

Akif sedikit terkejut mendengar jawapan Ina. Dia mengerutkan keningnya.

"Ish, abang ni. Bukanlah, dia ajar subjek Sejarah. Mesti abang fikir dia ustazah sebab pakaian dia begitu kan? Abang, tak semestinya yang pakai pakaian labuh begitu dicop ustazah tau. Itu namanya pakaian cikgu Mairah menutup aurat. Apalah abang ni."

Terang Ina. Memang semua akan fikir cikgu Umairah itu ustazah kerana pakaiannya begitu. Tengok saja pakaiannya tadi. Blouse labuh paras lutut dan dipadankan dengan skirt labuh. Tidak tinggal juga tudung wide shawlnya yang labuh. Dulu, dia pun fikir cikgu Umairah tu ustazah semasa tahun lalu cikgu itu posting di sekolahnya.

"Hurm, yalah. Lawalah cikgu Ina tu. Siapa nama dia tadi?"

Akif sudah tersenyum miang. Saja ingin menanya lagi.

"Memang dia lawa pun bang. Hah! Yang abang tanya lebih-lebih ni kenapa? Takkan dengan cikgu Ina pun nak tersangkut?"

Ina sudah memandang tajam ke arah abangnya. Miang betul. Entah dari genetik siapa dia dapat penyakit tu.

"Eh, abang tanya jelah. Siapa nama dia?"

Nafi Akif lagi. Sengaja ingin mengada.

"Yalah tu, bukan boleh percaya sangat abang ni. Nama dia cikgu Umairah. Sakinah Nur Umairah."

Jelas Ina sambil menjeling abangnya.

Akif yang tadi tersenyum nakal terus memandang Ina setelah mendengar nama yang disebut oleh adiknya itu. Membulat matanya memandang Ina.

"Abang! Berhentilah, lampu merah tu."

Ina yang perasan Akif melihatnya dengan terkejut terus memukul lengan abangnya.

Akif apa lagi, dia terus brek mengejut.

"Ish, abang ni kan. Lain kali tengok depan time driving. Yang terkejut sangat tu kenapa? Apalah abang ni, bahaya tau."

Marah Ina lagi.

Akif kembali melihat ke depan. Dia tidak menghiraukan adiknya itu.

"Sakinah Nur Umairah."

Akif menyebut perlahan nama Sakinah.

"Memang sah dia Sakinah, tapi kenapa dia tak mengaku je hari tu?"

Getusnya dalam hati. Tidak puas hati kerana Sakinah menipunya. Dia mengeluh. Persoalan mengenai perempuan itu kini memenuhi fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience