Bab 25

Romance Completed 11466

BAB 25

"Apa maksud awak cakap macam tu tadi?"

Akif terus bertanya kepada Sakinah setelah mereka siap makan tadi. Mukanya berkerut dan timbul bermacam-macam persoalan.

"Erh."

Umairah gugup. Dia tidak tahu ingin menerangkan macam mana. Akif seolah-olah marah kerana mungkin dia menipu Puan Salsabyla.

Akif cuba bertenang.

"Awak cakap macam tu sudah memberi harapan kepada ibu walaupun hakikatnya itu tidak akan berlaku."

Terang Akif. Suaranya mendatar, serius.

Umairah terkejut dengan ucapan Akif. Dia terkedu. Adakah maksudnya Akif ingin berpisah dengannya seperti mana yang dia fikirkan dulu?

Umairah sudah menjadi takut. Matanya tiba-tiba berair. Dia memandang suaminya tapi Akif tidak pun memandangnya.

"Sepatutnya kita bagitahu saja perkara yang sebenar."

Ujar Akif perlahan.

Hati Umairah bertambah berdebar-debar. Dia sudah mulai takut. Dia ingin memberitahu sesuatu, tetapi kata-kata itu hanya tersekat di tekaknya.

"Tak apalah, nanti kalau ada masa kita jelaskan semuanya."

Akhirnya Akif memberi kata putus setelah Sakinah hanya mendiamkan diri tanpa menjawab.

Umairah yang tadi berdiri menghadap Akif terus terduduk setelah mendengar ucapan Akif yang terakhir sebelum suaminya itu turun ke bawa.

Dia menangis. Bukan itu yang dia mahukan. Dia ingin menjelaskan perkara sebenar bahawa apa yang dia cakapkan tadi itu adalah benar. Dia ingin memulakan semuanya bersama Akif tetapi dia tidak punya kekuatan.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan."

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Eh, Akif."

Tegur seseorang dari belakang. Akif baru saja keluar dari bank.

"Nafisah."

Akif tersenyum ke arah Nafisah yang baru keluar dari bank. Mungkin juga mengeluarkan duit sepertinya.

"Dah lama tak jumpa kau."

Tegur Nafisah.

"Ya, kalau macam tu jom ke restoran. Borak sekejap, kalau awak tak kisah. Awak dah makan?"

Cadang Akif.

"Boleh juga. Jom."

Nafisah tersenyum lebar. Dia memang pantang kalau orang sebut pasal makanan. Mereka pun jalan beriringan.

Mereka sudah sampai di sebuah restoran yang berdekatan. Mereka juga sudah memesan makanan. Suasana sunyi seketika.

"Kau sihat ke? Macam tak bermaya je aku tengok. Macam hilang bini dah."

Usik Nafisah memecahkan kesunyian.
"Alhamdulillah, sihat. Haha,takdelah. Saya okay. Awak? Dah ada calon ke?"

Akif pula mengusik. Nafisah sudah mencebik.

"Sihat walafiat je ni. Alhamdulillah. Huh, takde. Siapalah yang nak dekat aku ni. Lainlah macam kau, dah ada bini."

Akif hanya tergelak mendengar jawapan Nafisah. Dia menggeleng.

Waktu itu juga makanan sudah sampai di meja mereka.

"Jemput makan."

Pelawa Akif. Dah macam restoran dia pula.

"Terima kasih."

Nafisah tersenyum. Mereka pun menikmati makanan yang terhidang.

Beberapa minit kemudian.

"Akif, kau dengan Mairah? Macam mana? Okay ke?"

Ujar Nafisah. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

Suapan Akif terhenti. Dia diam seketika sebelum menjawab soalan Nafisah.

"Insyaallah. Okay."

Jawabnya perlahan.

"Aku bukan nak masuk campur pasal rumahtangga korang cuma aku harap korang kekal bersama."

Akif mengeluh.

"Ya, saya pun harap begitu Fisah tapi entahlah. Saya rasa kami dah tak dapat bersama."

"Maksud kau?"

"Saya dapat rasakan Sakinah nak berpisah dengan saya dan saya rasa itu jalan yang terbaik untuk kami berdua."

Sambungnya lagi. Mukanya sudah berubah sedih.

"Ya Allah."

Nafisah menepuk dahinya.

"Apalah korang berdua ni? Memang nak berpisah betul-betul ke apa? Yang seorang itu pun cakap kau nak berpisah dengan dia."

"Maksud awak?"

Akif kebingungan.

"Yalah, Mairah pun cakap kau nak berpisah dengan dia."

"Eh, tak! Saya tak nak pun berpisah dengan dia tapi bukan dia ke yang nak?"

Akif terkejut mendengar jawapan Nafisah.

"Ya Allah, korang belum berbincang lagi ke pasal hubungan korang ni?"

Tegur Nafisah.

"Tak, takde."

Nafisah menepuk dahinya buat kali kedua.

"Korang berdua ni. Aku tak fahamlah. Kata cinta antara satu sama lain tapi nak berpisah? Apa benda? Itulah. Lain kali kalau ada masalah, jangan pendam lama-lama, boleh tak? Kalau tak, macam mana masalah nak selesai. Ini tak, buat andaian masing-masing."

Nafisah sudah membebel. Dia menasihati Akif. Ini baru Akif, belum lagi kawan dia yang seorang tu.

"Hah? Sakinah cintakan saya?"

Akif terlopong sebentar. Dia seperti tidak percaya apa yang diucapkan oleh Nafisah.

"Ya, Akif. Mairah cintakan kau."

"Tapi."

"Ini yang aku nak bagitahu kau. Umairah tu ego sikit, dah tu pemalu lagi. Tapi aku yakin dia memang cintakan kau. Dia dah maafkan kau Akif. Dia bagitahu aku dulu selepas korang balik dari honeymoon."

Akif sebak tiba-tiba. Ada air mata kegembiraan mengalir di matanya. Hatinya berbunga mendengar penjelasan Nafisah. Sakinah sudah memaafkan dia. Akif lega.

"Betul ke dia ada cakap macam tu?"

Akif meminta kepastian. Dia seolah-oleh tidak percaya apa yang Nafisah cakapkan sebentar tadi.

"Betul, dia meluah kat aku. Dia juga ada kata dia tak nak berpisah dengan kau. Itu yang dia takutkan."

Terang Nafisah lagi. Dia gembira memberitahu perkara yang sebenar kepada Akif.

Akif sudah tersenyum lebar. Itu bermakna apa yang Sakinah cakapkan semalam, dia betul-betul maksudkan. Akif rasa bersalah pula kerana tidak mendengar penjelasan isterinya terlebih dahulu. Perlahan-lahan air mata lelakinya gugur juga.

Dia gembira.

Sangat gembira.

"Ya Allah, terima kasih ya Allah."

Nafisah yang perasan Akif mengalirkan air mata turut sebak.

"Dahlah Akif, tak malu ke orang tengok kau nangis kat sini."

Gurau Nafisah.

Akif hanya tersenyum lebar. Dia mengesat air matanya.

"Terima kasih Fisah sebab bagitahu segala-galanya. Saya hampir putus asa tentang hubungan kami. Saya tahu, saya sepatutnya memulakan perbicaraan tentang semuanya. Saya cuma takut kalau apa yang saya fikirkan akan menjadi kenyataan. Itu yang buat saya hanya mendiamkan diri."

"No problem. Cuma aku nak nasihatkan, kalau nanti korang ada masalah, bincanglah baik-baik. Jangan simpan. Kalau tak, inilah jadinya."

Akif hanya mengangguk. Dia bersyukur ada kawan macam Nafisah a.k.a kawan rapat Sakinah.

"Dan aku yakin Sakinah dah maafkan kau. Jangan risau. Dia juga cintakan kau,Akif."

"Ya, terima kasih banyak-banyak Fisah. Kalau awak tak ada,mungkin lain yang akan jadi."

"Okay, sama-sama."

Mereka saling berbalas senyuman.

"Hurm, boleh saya jalan dulu. Ada yang nak dibereskan."

Ujar Akif tersengih.

"Amboi, tak sabar nak jumpa bini dialah tu. Okay, tak pe. Kau selesaikanlah masalah korang tapi belanja aku nanti? Heheh."

Kata Nafisah. Dia mengangkat kening kanannya.

"Haha, okay . Beres, insyaallah. Kalau macam tu, saya pergi dulu. Bye."

Akif meletakkan beberapa keping not RM 50 di atas meja sebelum dia berlalu meninggalkan Nafisah. Dia melambai ke arah Nafisah.

Nafisah membalas lambaian Akif dan menggeleng tersenyum.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka. Kau kekalkanlah mahligai mereka."

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menyelesaikan semuanya hari ini."

Doa Umairah tadi. Dia baru saja menyelesaikan solat Isya'. Dia menuju ke arah almari baju dan mencari sesuatu.

Umairah mengambil gaun malam yang dulu dihadiahkan untuknya dari Puan Salsabyla.

Entah kenapa dia ingin memakai baju itu. Mungkin sudah tiba masanya.

Gaun malam yang tadi dikeluarkan olehnya sudah dipakai. Matanya agak terbeliak sekejap.

"Mak ai, memang seksi sangatlah gaun ni."

Dia menggeleng. Tak sangka dia akan pakai juga gaun itu.

"Tapi cantik. "

Pujinya pula. Dia tersenyum.

Umairah menuju ke meja soleknya pula. Dia terus melepaskan rambutnya.

Dia menyisir rambutnya yang sampai paras pinggang. Lalu dia meletakkan sedikit make up di pipinya. Tidak lupa juga dia mencalit sedikit lip balm ke bibirnya. Dia juga memakai mascara.

Ini adalah pertama kali dia ber'make up' . Dia lakukan semua itu hanya untuk Akif.

"Ya Allah, betul ke apa yang aku buat ni?"

Umairah menelan air liurnya. Dia malu pula. Pipinya sudah merah. Dia sudah siap berdandan. Umairah berdiri dan melihat dirinya di cermin.

Saat itu juga ada orang membuka tombol pintu.

Umairah terkejut. Apalagi dia terus berlari ke arah katil dan menyorok di bawah selimut.

"Akif ke tu?"

Getusnya dalam hati.

"Kenapalah aku lupa kunci pintu tu?"

Umairah menggigit bawah bibirnya.

Hatinya berdebar-debar seolah-olah ingin melompat.

"Sakinah."

Umairah sudah kaku. Dia juga dapat rasakan nafasnya boleh terhenti waktu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience